Assalamualaikum w.b.t.,
Seusai majlis kenduri saya, baru saya dan keluarga terfikir apa yang kurang dalam persiapan majlis, dan apa langkah berjaga-jaga yang patut diambil untuk menyempurnakan lagi persiapan majlis tersebut:
- Kad kahwin - ni ambil pakej masa pameran pengantin. Satu perkara penting yang kita kena hati2 bab promosi masa pameran ni ialah ditipu. Kisah kitorang kat sini, tertipu dan hampir2 rugi lah juga.... Contoh ayat yang kita kena hati2 ialah bila salesman tu kata, "Ok pakej kad awak ni, sume2 yang tunjuk dalam flyer ni boleh dapat.. Bayar RM100 untuk booking..." Pastu kita pun bayar sebab dah tertarik dengan pakej dia. Dia pun cakap, "Ok saya tick kat dalam borang resit ni, awak boleh dapat kad dengan sampul surat, kotak door gift, badge, bunting, thank you tag. Takpe saya tak specify lagi jenis kad dengan kotak sebab datang kat kedai nanti awak boleh pilih lagi, banyak lagi design kalau nak tau. Kat pameran ni kitorang bawak sikit je ni.... Jangan risau. Datang jumpa saya kat kedai nanti...kita boleh bincang lagi." Dalam kes kitorang, saya sepatutnya suruh salesman tu tulis siap2 dalam resit, kad yang mana dan kotak yang mana. Barulah ada hitam putih dan takdelah kita rasa tertipu sangat kan. Tak salah rasanya sebab kita sebagai customer ada hak untuk tau betul2 apa yang kita akan dapat setelah bayar.
- Cuti - bab cuti rasanya jangan kedekut la...maksud saya sebelum majlis. Sebab yang penting kita nak prepare diri kita sekali untuk hari bermakna tu. Saya ambil cuti sehari je sebelum majlis. Terpaksa. Sebab bos tak bagi cuti lelama huhu. Tapi kalau saya boleh putar balik masa, saya akan fight untuk cuti 2 - 3 hari sebelum majlis. Lebih2 lagi kita kerja di Lembah Klang tapi kita nak balik belah Utara/Pantai Timur/Selatan tanah air. Kalau cuti sehari sebelum je memang rushing habis. Pastu gelabah lebih sebab takut tak sempat siap itu ini. Pastu ada la benda2 kecik yang tertinggal/terlepas pandang. Memang nak cari jalan untuk ketidaksempurnaan majlis. Enough said.
- Senarai tugas - senaraikan elok2 tugas yang perlu dilakukan untuk menjayakan majlis, dan siapa yang bertanggungjawab. Contohnya siapa yang patut jaga barang2 hantaran, bilik pengantin atau mana2 bilik yang menempatkan barang2 berharga, bekas duit salam kukut, hadiah, dan tak lupa buku tetamu kalau ada. Bunyi macam senang nak agih kerja kepada 2 - 3 orang je ye.. jangan... kalau seorang terpaksa jaga 2 atau lebih benda, takut2 nanti tak cukup petugas sebab masa kenduri kadang2 petugas kat tempat buku tetamu terpaksa tengokkan kejap barang dalam rumah bila ada orang mintak tolong. Pastu ada la benda2 ad hoc yang penting dan menyebabkan dia tak dapat kata 'Tak boleh tolong'. Sudah berapa banyak kes barang hantaran hilang kan...silalah berhati2. Macam kitorang, buku tetamu tak ramai pun yang tulis sebab takde orang jaga. Pastu lauk pengantin dan kuih-muih yang dibawa oleh saudara-mara sikit pun kami tak dapat rasa sebab habis ditapau oleh jiran yang tak berapa nak baik. Yelah, bukan penting sangat tapi still rasa terkilan sebab tak begitu sempurna. Huhu... Jadi, silalah buat senarai tugas/pelan, dan stick to it!
- Katering - kalau boleh, uji rasa dulu masakan pihak katering, sedap atau sebaliknya. Risik2 dengan orang lain yang ada ambik khidmat katering tu. Google untuk cari reviews pun boleh... Macam saya pulak, mungkin nak jadi rezeki, saya tak taste dulu makanan sebab takde masa nak gi, dan tak kenal pulak orang yang ada ambil khidmat katering tu, tapi alhamdulillah masakan dia sedap. Semua puji. Memang recommended, Fahami Collections di Temerloh.
- Baju dan mekap - Confirmkan betul2 setiap pakej yang kita ambil. Apa yang kita akan dapat, bila waktunya dan di mana tempatnya, siapa yang bertanggungjawab untuk mekap. Saya ambil khidmat mekap dan baju pengantin dari mak andam lain2. Mekap tu sekali dengan hiasan pelamin dan bilik. Masa ambil baju, saya pilih kebaya Indonesia. Mak andam tu pun kata ok nanti saya akan dapat baju, kain, veil, tiara, rantai. Inner sendirian berhad jelah. Tapi dia tak mention pun kena pakai korset. Aduh... Saya pun takdela search2 kot ada korset nak kena pakai kan....hmmm....Masa majlis baru la gelabah camne nak pakai korset sebab rupanya korset ni kena ukur dulu kat badan, baru tau saiz yang sesuai. Mekap pula, mula2 dah tanya siapa yang mekapkan. Dia kata Makcik Eton lah. Tapi silapnya saya tak follow up lagi bimbang dia terlupa ke... Maka masa hari nikah la baru tau rupanya mak andam ganti yang mekapkan. And the result was very frustrating... Dah habis majlis, nak bayar baki lagi RM900 kat Makcik Eton, barulah dia minta maaf sebab dia tak tau mak andam ganti tu mekap teruk. Dia cakap orang tu yang tawarkan diri, kata dah banyak mekap orang..hmmm...
Setakat ini dulu yang teringat. Kalau ada tambahan akan dikemas kini lagi ;)