السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
2 minggu lepas saya dan Encik Tunang pergi ke Pandan Indah untuk menempah kad kawin. Masa Pameran Pengantin kat PWTC hari tu kitorang ada book satu pakej kad kawin yang ada free kotak door gift. Kitorang amik pakej kad RM1.30/keping, dan bayar RM1oo sebagai deposit. Pusing2 cari jalan dgn Google Map jek + call tempat tu then akhirnya jumpa gak kedainya.
Sesampainya di kedai, kami disambut oleh sorang staff ni. Dia mintak resit booking dan suruh kitorang pilih design kad. Dalam kepala memang dah niat nak ambil ada satu design kad ni, yang ada riben. Dah elok pilih, tetiba staff tadi cakap, "Oh, yang ada riben tu kena tambah cas 50 sen satu ya..."
Ha..???? Tak tau pun. "Tapi masa tempah dulu orang tu cakap kad yang ada riben ni sama harga."
"Oh yeke. Jumpa siapa ya?"
"Jumpa En N. Dia tak cakap pun pasal ada cas tambahan ke apa. Kitorang memang tanya betul2 hari tu, dia cakap memang sama harga walaupun ada riben."
"Oh...N tu marketing. Dia salah cakap kot. Banyak jugak customer datang bgtau dia cakap lain...dia memang selalu salah cakap kat customer.."
"Dia takde kat sini ke hari ni? Kitorang datang ni pun sebab masa pameran tu dia cakap boleh datang jumpa dia kat kedai untuk bincang pasal design kad dengan kotak."
"Dia marketing, tak based kat sini. Dia cuma join kalau ada pameran je,..sorry ye.."
Kitorang argue lagi then ada staff cina tunjuk flyer, kat situ ada tulis siap2 yang harga kad tak termasuk riben. Kiranya macam salah kitorang la tak pergi baca betul2.
Dalam hati, adoii kena gak tipu. Huhu.. Fine. Mengalah jela. Lagipun ada riben ke takde ke bukan la hal besar sangat. Kitorang pilih jela design kad lain. Dah pilih kad, then kitorang tengok lak design kotak. Pun memang dah decide siap2 nak kotak macam mana, tinggal lagi nak tengok2 mana design lain yang lagi cantik ke apa ke. Sebab En N dulu menjanjikan pelbagai jenis design lagi kalau datang ke kedai. Tapi......bila tengok2, takde pun design lain. Semua pun memang ada tunjuk masa pameran dulu... Hm, ok, kitorang pun decide untuk kotak bertali yang dah pilih masa pameran dulu...
"Err....sorry, kotak ni hanya untuk pakej kad RM 1.80. Untuk pakej you ambil cuma boleh kotak ready-made." Staff cina tu bgtau kitorang.
Whattttt????!!! Tadi dah kena tipu pasal kad, lagi kena tipu pasal kotak? Apa lagi kejutan pasni agaknya..... Memang rasa tertipu sungguh, marah betul. Saya pandang En Tunang, macam mana ni...tak jadi la nak amik kalau macam ni. En Tunang pun marah gak coz kitorang amik pakej tu sebab dia janji bagi free kotak pape design pun. Yang besar sekali pun boleh. Alasan diorang tetap jugak sama. Maybe N xtau, xfaham....pergi explain lain kat customer..... Geram betul dengar.
En Tunang tanya diorang, "Boleh tak kalau kitorang cancel? Dapat balik deposit?"
"Boleh cancel..... boleh dapat balik duit..."
"Em cancel jela...kita ambil pakej ni sebab dia janji dapat kotak tu. Kalau tak boleh, takpelah, tak jadi la.."
Masa kitorang macam nak bangun untuk balik, tetibe staff cina tu kata, "Ok la..kalau you nak kotak tu, you boleh dapat, since N sudah janji macam tu pada you.. tapi kad dengan riben tu kita tak boleh bagi coz riben tu mahal."
Kitorang pun pikir2, em ok la. Dia dah kata ok untuk kotak, kitorang amik jela...lagipun malas dah nak cari lagi tempat lain. Tapi still rasa xpuas hati gak coz kena argue2 macam tu. Patutnya, masa booking kat pameran tu, suruh En N tu tulis siap2 kat resit, kad apa & kotak jenis apa yang kitorang boleh dapat. Baru takde argue2 kan...
Kitorang pun pilih design kotak, dan isi form untuk details dalam kad. Lepas tu pilih design badge untuk ahli keluarga. Malas nak fikir2 sangat design dan warna, so ikut je yang sedia ada tu. Lukiskan peta lokasi majlis (lukis tangan jek) dan designer diorang akan buatkan dalam komputer. Last sekali, bayar RM 600, dan dia janji minggu depannya akan email draf design kad kawin. Tapi sampai skrg pun tak dapat lagi draf. Huhu..kalau minggu ni tak dapat jugak, siapla..call terus. ;)
Note: ok..dah shoot email kat vendor semlm, terus dapat reply pagi ni (29 nov 2012)..heheee.. tapi still kena ada pembetulan sana sini..
Klik sini untuk cerita kad kahwin bahagian 2...
Klik sini untuk cerita kad kahwin bahagian 2...
No comments:
Post a Comment