Sunday, October 13, 2013

Kenangan: Drama siri Cina dulu2

Pada suatu Sabtu yang redup, sebelum kahwin dulu, mak ajak saya kemas bilik belakang, yang menempatkan berkotak2 barang lama, antaranya buku sekolah saya dan adik2 dari tadika sampai habis belajar kat U, buku2 lama ayah, baju kitorang masa kecik2, mainan, macam2 la..pendek kata sume barang yang terkumpul sejak kitorang lahir. So bayangkan la betapa padatnya bilik tu. Kena la buat kemas kini sikit supaya masih ada ruang untuk bernafas dalam bilik tersebut. Hoho.

Time nak buang beg sekolah rendah yang dah koyak, tup2 terjumpa kertas yang merekodkan senarai cerita drama Cina yang saya tengok kat TV3 dulu2. Haha. Memang hantu cerita Cina sungguh….
  1. Green Green Grass by the River – Ini drama siri Cina pertama yang saya tengok kat TV3, slot Jade Drama (7 p.m. – 8 p.m.) Best! Bersiaran masa saya Darjah 1, tahun 1994. Tapi tak tengok dari awal sebab pukul 7 biasanya kena mengaji dengan mak...dah nak naik baca Quran baru la singkatkan sikit waktu mengaji dan dapat la can tengok sikit cerita ni...hehe
  2. Yanky Boy – Ni cerita Hong Kong. Cerita kelakar. Kisah Tuan Leong yang ada 3 isteri.
  3. Passion Among Us
  4. Love and Passion
  5. Remembrance
  6. Police on the Road
  7. Smoke Around the House – ni cerita Mandarin. Suka tengok pakaian perempuan dia. Kalau tak silap kisah tentang mak mentua yang tak suka menantu perempuan (heroin cerita ni). Satu keluarga halau perempuan ni depan anak dia yang masih kecil. Kena pukul dgn penyapu dan kena simbah dgn air lagi. Sejak tu, anak dia tak bercakap. Sehinggalah mak dia kembali ke rumah tu, dan dapat idea camne nak buat anak dia kembali bercakap. Diorang lakonkan semula adegan halau perempuan tu tapi setakat simbah air jela. So anak dia nampak, nangis dan kemudian boleh bercakap panggil mak dia.... ;)
  8. Lady Sing the Blues - kisah perempuan yang menyanyi macam panggung zaman dulu2...kisah sedih jugak rasanya tapi dah tak berapa ingat. Masih ingat melodi lagu tema dia..tapi sebutan ke laut la...hehe
  9. Kung Fu Kid
  10. This Life This Generation - hero cerita ni Steve Ma, yang berlakon dalam Green Green Grass by the River dan The Good Old Days. Pun masih ingat melodi lagu dia...
  11. Eastern Hero
  12. Hand of Hope
  13. Witness of Time 
  14. Snow - ada pelakon2 yang sama dari siri Green Green Grass by the River dan Smoke Around the House
  15. Glittering Moments - Kisah model. Tapi cerita ni habis dalam masa 2 minggu jek. Bagusla sebab bukan best pun. Hehe.
  16. The In Between
  17. Stepping Stone
  18. Princess Xin Yue Ge Ge - ha cerita ni mesti ramai yang tau. Pelik kenapa tajuk dia Pricess Xin Yue Ge Ge sebab Ge Ge dalam cerita ni means Princess. Patut letak tajuk omputih dia Princess Xin Yue sahaja. Puteri Xin Yue ni minat kat seorang Jeneral yang dah tua (umur 40-an) yang sesuai jadi ayah dia. Suami orang, dan ada anak lelaki yang suka kat Xin Yue. Tapi cinta punya pasal, lastly Xin Yue bunuh diri sebab Jeneral tu mati kat medan perang. Tak suka watak hero n heroin cerita ni, tapi suka cerita zaman dinasti2 macam ni sebab kostum dan perhiasan kepala dia cantik, haha.
  19. A Good Match From Heaven
  20. For Better Or Worse - heroin dari Xin Yue Ge Ge jugak berlakon, Yue Ling nama dia. Tak faham kenapa watak dia mesti lemah dan annoying. Pastu mesti rampas hak orang...haha. Dalam cerita ni dia jatuh cinta dengan doktor, rakan sekerja dia gak. Tapi suami orang.
  21. The Good Old Days 1 - dari musim pertama sampai musim ketiga, mesti ramai jugak yang tengok cerita ni. Sebut nama Sau Hao terus teringat kisah sedih dia, huhu.
  22. The Good Old Days 2
  23. The Great General
  24. The Trail of Love
  25. Forrest Cat - ni kisah Fei Mao. Mesti ramai yang tau cerita ni ;) kesian gila kat Fei Mao..
  26. The Kung Fu Master
  27. The Good Old Days 3 - kisah yang disambung atas permintaan peminat di Hong Kong, sebab tak puas hati TGOD 2 sad ending... hehe..
  28. Fate Cast In The Wind
  29. Return to the TruthNi kisah abang dan adik lelaki dia yang suka rampas apa yang abang dia miliki. Termasukla isteri. Huhu. Tapi suka tengok muka pelakon yang jadi adik yang jahat tu… Masa diorang kecik, mak diorang lari dari rumah ikut lelaki lain sebab tak tahan hidup susah dengan suami dia. Pastu anak kedua dia, Ko Sai Kit (Ah Kit) kejar kete yang mak dia naik tu, then terjatuh...terus koma. Duk kat hospital lama gila r, sampai besar. Yang si abangnya, Ko Sai Hong (Ah Hong) kerja keras, korbankan pelajaran demi nak menanggung perbelanjaan rawatan Ah Kit. Akhirnya Ah Kit pulih dan perangai pun baik..kerja dengan abang dia. Lama2 dia dah mula lupa daratan, sampai rogol  bakal isteri abang dia.. Bakal isteri abang dia ni pun jiran diorang dulu. Kebetulan dia memang minat perempuan tu sejak kecik2 dulu. Ah Hong tak jadi la kawin dengan perempuan memandangkan adik dia nak bertanggung jawab. Tak lama, Ah Kit ni mula buat perangai bawak perempuan lain masuk rumah. Balasan datang lepas tu...Ah Kit jadi lumpuh semula. Lastly, abang dia tinggalkan dia, perempuan yang dia rogol tu besarkan anak sendirian sebab taknak terima dia dah. Then sebab menyesal, Ah Kit tembak diri dia sendiri depan kubur mak n ayah dia...
  30. Secret Battle of the Majesty - se'gah' tajuknya, cerita dia pun best. Kisah 14 orang anak-anak lelaki maharaja yang saling berebut dan mensabotaj satu sama lain demi mendapatkan takhta yang satu. Maklumla maharaja ramai gundik...
  31. The Year of Chameleon (chinese title 97變色龍)
  32. My Brother, My Mum 
  33. Legend of Condor Lovers
  34. At the Threshold of an Era 1
  35. At the Threshold of an Era 2
  36. A Dream Named Desire
  37. .....ada beberapa cerita saya tak tengok sebab masuk boarding school, so ada yang ingat sikit2 tapi urutan tak berapa tepat kot..
  38. The Pride of Chaozhou
  39. Supreme Master - suka cerita ni! Diambil dari kisah yang famous mengenai pasangan kembar lelaki yang dipisahkan masa lahir. Si abang, diambil dan dibesarkan oleh ratu kat sebuah kuil yang sumenya perempuan je... si adik lak, dijumpai sekumpulan penjahat jalanan dan dibesarkan cara diorang. Bila besar, adik-beradik ni saling berlawan sebab tak kenal. Suka watak adik dia, Xiao Yu Er. Licik! 
  40. missed banyak dah drama siri sebab kembali ke sekolah dan xde mood dah nak follow...lastly...
  41. Golden Faith - tak silap saya ni drama siri Cina last yang TV3 tayang petang2. Dapat tengok sebab time habis SPM rasanya. Cuti 5 bulan sebelum masuk matrik hehehe. Sedih cerita ni. Cerita moden Hong Kong, abang dan adik terpisah masa kecik. Si abang dibesarkan oleh keluarga angkat yang mengamalkan bisnes gelap, si adik lak dapat jumpa pak sedara dia dan besar jadi polis, siasat lak kes ayah angkat kpd abang kandung dia. Huhu. Best cerita ni. Paling sedih time abang dia (Gallen Lo) terperangkap dalam kereta yang dah tenggelam dalam air dengan girlfriend dia (Jessica Hsuan).
  42. Square Pegs - tak pun ni kot drama last. Saya tak ingat turutan mana satu dulu. Hehe..
Lepas tu,  TV3 dah start buat slot Akasia... tamat dah slot Jade Drama/Pearl Drama....rindu nak tengok drama siri Cina lagi....

p/s: all pics from Google

158 comments:

PH said...

Hah! Hah! Dulu masa PH kat UKM, bilik TV3 selalu penuh masa tayangan drama Cina. PH heran kenapa budak-budak Melayu suka benar tengok drama Cina. Dia orang faham ke? Boleh lah kan, baca subtitle. PH mengaku tak pernah tengok drama Cina sebab PH tak faham bahasa Cina. Terhibur hati baca posting ni!

Nur Azhani Amdan said...

haha..of course sebab ada subtitle.. then sebab dah selalu sangat tengok kadang2 boleh agak2/faham dah simple phrases...hihi. Best sebab drama cina selalunya pasal family ;) PH xfaham ye bhs cina..takpe, baca je subtitle hihiiii....

Bella said...

hahahah..ya Allah, teringat kenangan waktu saya kecik2 dulu.. satu satu drama cina saya tengok.. memang pukul 6 camtu terpacak depan tv la, tp saya tgok since darjah 1 sampai darjah 6 punya la..which is since 2001-2007 lepas tu takde dah cerita cina, waktu after tv3 tak siarkan jade drama, ntv7 pula sambung dri pukul 10 camtu..hahah..
seronok baca entri ni walaupun cuma kenal cerita TGOD, square pegs, and supreme master je..hahha
:))

Nur Azhani Amdan said...

hehe...memang banyak tengok masa sekolah rendah pun sbb xbusy lagi dgn mcm2 subjek yg blaja kan.. ;) siap mak kata hari2 tgk cerita cina, cakap cina xpaham gak.. LOL

dlm tahun lepas xsilap ntv7 ada tayang TGOD, kul 2 atau 3 ptg, tp xtgk la sbb keje. huhu...

thanks baca! ;)

Unknown said...

sape ingt cerita cina yang budak2 main bola sepak tp yg cam kung fu tu, kulit bola dia yg cam kulit haiwan tu warne coklat.lame gile nak cari cerita tu tp tajuk lupe,sape tahu tanye cite dia???

Unknown said...

Sape tahu drama cina yg kisah family ada kedai makan tu? Kisah sup sirip kalau tak silap. Please help me. Dulu rajin tengok petang2 tapi dah lupa tajuk dia :'(

Nur Azhani Amdan said...

Aizat: Rasa macam pernah gak tengok..tapi...kat tv3 ke ek? malangnya tak tersenarai dalam kertas lama. tak ingat.haha.

Scha Ain: Erm..macam xtau lak cte tu..hihi..so sorry..kena tgu org lain yg tau post komen kat sini =D

Unknown said...

sape igt cite kungfu cina yg dia kna denda jd pokok tratai or kaktus..cmtu r ..pastu dia ad kuasa kasut bola api..spe tau tjuk cite tu..tgh cri..

Unknown said...

Teringin nak tahu tajuk drama yg kisah pasal hero dia ni tabib yg terror...
dia ni sebenarnya tabib di raja, tp ntah kenapa kena singkir.
even rangka yg tinggal tulang pon dia masih boleh tahu punca kematian... hmmm nak tengok lagi cerita ni...

Nur Azhani Amdan said...

Ct Fatimah: em..cerita tahun bila tu ek? mcm tak pernah tgk..hehhe..sorii

adninnaim junaaid: rasa ada beberapa drama yg lebih kurang mcm tu jalan cerita dia.. tapi yang saya ingat Witness to a Prosecution..cuma dia bukan tabib diraja rasanya.. =)

farhan said...

Cite ape ek yg maharaja zaman dinasti dpt ramalan kerajaan dia akan digulingkan dgn tgk bintang di langit

Unknown said...

Ct fatimah:tajuk cerita tu god of honour..cerita pasal 3 sekawan bila besar jadi dewa..cuba search cd dia kt speedy

LaDybEaR said...

Hai.. sesiapa boleh tolong tak?
Saye nak sangat tengok citer ni.. tapi Ya Allah.. tajuk die langsung tak ingat.. cerita tu di tayangkan maybe around 2004-2006 cenggitu kot.. x ingat..Zaman Wuxia. Lelaki ni die ade girlfriend then girlfriend die mati.. pastu die nak balas dendam pasal girlfrnd die mati kot.. One day.. die terjumpe satu ppuan ni.. die tutup muke nyer dengan viel.. mcm purdah tuh tp muke die sebijik cam girlfriend die yg mati tuh.. ppuan tu tutup muke die sbb ade parut bentuk love kt muke die.. sesiapa tahu.. please...please... bg tau....
Wechat kt Id ni.. Ladybear92
atau pon msj kt fb Ladybear aresha.
betol2 nak tau cerite ape tuh..

Unknown said...

boleh tlg x..kasi lagu2 Dorang skali.Hehehe

Unknown said...

eh betul la awak!
Witness to a Prosecution!

ni yg di cari2... tq sooooo much!!! :*

Sensei Juruh said...

hi....sy da lama cari satu crita ni..tp sy lupa tajuk apa..harap ada saoe2 bleh tolong...
crita tu pasal 2 orang pengantin perempuan tertukar.. diorang dapat husband yang bbeza..
sorang ppuan tu perangai mcm nakal2 skit. pastu husband dia tipu2 jadi bodoh sbb apa sy lupa.
yang sorang lagi lembut, kawin dengan general.

Nurul Syuhada Bt Hashim said...

Lawak pulak ingatnya, sup sirip..ekekeke..tp mmg best ar, blh fhm budaya org cina kan, kan, kan.. :-)

Nurul Syuhada Bt Hashim said...

Adui..godek2 blog terjumpa plak kipas susah mati aka die hard fan drama cina taiwan n hong kong. Lawak ar..kite samer.. the good old days n love of a life tima, fei mao, ah kit...arghhh...rs nk tgk blk drama2 tu..pastu kan tv3 tukar 7-8 tayang cite korea pulak..huhu..

Suke ah entri nih. Sep sikit!! Ngeee~…… :-)

Unknown said...

Salam semua..teringat satu cerita cina ni,sedih sgt..area tahun 2000+ kalau xsilap..berkisar tentang kekasih dia mati,kena langgar ambulan kalau xsilap..pastu balik ke rumah dia jadi roh..dia sorg je boleh nampak..cerita ni sedih sgt..sape2 ingat leh la share..thanks ^_^

Tekankanan said...

syakir yatimi..cite tu tajuknya Fly me to Polaris. cite ni bukan drama tapi filem..pelakonnya Richie Ren.

Unknown said...

Sape tau crite yg hero bye ad gelung lwan ngn pnjhat yg jd naga..dan kwn hero ni dye kuat makan nasi dan ad kuasa kt dahi..sape ingt tolong bgtau tajuk cter tu..hha nk tngk sgt cter ni

Unknown said...

Sape tau crite yg hero bye ad gelung lwan ngn pnjhat yg jd naga..dan kwn hero ni dye kuat makan nasi dan ad kuasa kt dahi..sape ingt tolong bgtau tajuk cter tu..hha nk tngk sgt cter ni

Unknown said...

Lagi satu drama tv3 best, yg kisah srikandi pompan..sume...satu family..
Kisah perang2..
N penjahat jenis yg suka psycho..

Ada satu part, dah nak last2 drama, nak lawan org jahat, sebelum masuk dlm api, semua kena basuh dulu... Sampai lumpuh semangat...
Srikandi pompan sume. Ada sesiapa tahu x? @_@

Unknown said...

Lagi satu drama tv3 best, yg kisah srikandi pompan..sume...satu family..
Kisah perang2..
N penjahat jenis yg suka psycho..

Ada satu part, dah nak last2 drama, nak lawan org jahat, sebelum masuk dlm api, semua kena basuh dulu... Sampai lumpuh semangat...
Srikandi pompan sume. Ada sesiapa tahu x? @_@

Unknown said...

Sape tau cter yang laki bini lawyer lps tu cerai. X silap tajuk dia till death do us apart tp cari kt google bkn pal cter tu. Siar kat ntv7

Unknown said...

Sape tau cter yang laki bini lawyer lps tu cerai. X silap tajuk dia till death do us apart tp cari kt google bkn pal cter tu. Siar kat ntv7

Si shantik said...

hai pnah tengok tak cerita berkisarkan tentang tangling Pauling rasanya...dah cari tak jumpa...harap sangat dapat tengok cerita ni
.ada satu watak bernama cham hiong

Unknown said...

ade 1 drama..tahun 1997..tv 3..sabtu ahad pukol 6 petang kalau xsilap..kisah sepasang kembar seiras lelaki...si adik suka dengan isteri si abang....balik rumah menyamar jadi si abang dan bersama dengan kakak ipar sendiri..lepas tu..si isteri dapat panggilan dr si suami..suami cakap masih sibuk di pejabat...lepas tu si isteri dpt tau yg balik tu tadi bukan suami nya tapi adik ipar...si isteri kecewa dan bunuh diri kalau xsilap..lepas tu si suami dapat kemalangan sebab sabotaj dan jadi buta...sape tau tajuk drama tu..bagi tau k..hehhehehe..teringin nak tengok lagi..sebab mase tu masih darjah 3..xingat sangat tajuk drama...

Unknown said...

memg byk lagi taw xdlm senarai msa sekolah darjah dulu kami suka tgk crta burning flame, healing hands, triumph in the skies, a taste of love cold lood warm heart ishh memg byk drama2 cina dulu best gila2 semua psl keluarga psl kwn2 keakraban dlm persahabatan

Unknown said...

smpai skrg ak msih igt nma2 watak dlm crta tu kadg ak ngn kakak ak mgimbau blik drma cina dulu...watak dlm burning flame OK TUCK..a taste of love pula c MAYAU JOYCE..dlm crta polis2 ad watak ABG POOH..cold blood warm heart pula watak AH SHUET ak suka crta ni cuz watak heroin tu ak lupa nma dia couple ngn abg ah kin tpi ah shuet pn suka ngn abg kin jdila cinta tiga segi.. lagi drama2 dynasty fuhhhh memg semua dlm kepala xprnh tgl pnya..lpstu sabtu ahad pula crta jepun GREAT TEACHER ONIZUKA(GTO), FRIENDS N LOVER(tomodochi noi koibito) dlm crta ni ak suka ngn kesian ngn watak masako dia suka ngn boyfriend kwan dia klw silap nma dia akira lama2 boyfriend akira tu suka ngn masako then kawen tpi jdi dendam pula kt akira smpai masako xmahu kena sntuh olh laki dia cuz rasa bersalah ngn akira..ishhh memg sedih crta ni..klw la tv3 bole ulg siar crta dulu gnti ngn crta2 smpah petg tu

Unknown said...

aha btul la klw xsilap tajuk dia the lady warriors

Unknown said...

klw xsilap tajuk dia MIND OUR OWN BUSSINESS kot family tu usahakan kedai mkn jgk tpi xtaw la klw drama tu betul

Unknown said...

haaaaaaaaaa the Lady warriors la.... yg citer sume srikandi prempuan tuu.. Thanks Bing Saeni..

yeay, nanti nak nonton online lor. huhuhu

Unknown said...

You tak tengok Fei Mao? Cerita abt Fei Mao(Fat Cat) ni yg hidup menderita asyik kena buli disebabkan dia ni sedikit kurang akal. How abt The begger atau apa ntah tajuk sebenarnya, tentang seorang bapa menyara anak2 nya dengan menjual botol.. Very famous OST jugak masa tu...

Nur Azhani Amdan said...

Mind our own business tu sitcom kan? Suka jgk tgk :)

Nur Azhani Amdan said...

Mcm pernah tgk jugak.tapi lupeee...kui3..tunggu kot sesape ingat tlg jawabkan..

Nur Azhani Amdan said...

Haha teringin jgk nak cari tapi xberkesempatan... :D

Nur Azhani Amdan said...

Ur welcome! :)

Nur Azhani Amdan said...

Hihi sep!!

Nur Azhani Amdan said...

Betul2 drama cina byk psl kekeluargaan ..kesetiaan persahabatan.. suka sgt..

Nur Azhani Amdan said...

Aah fei mao mmg best.. forrest cat tajuk dia :)

Nur Azhani Amdan said...

Husbands diorg tu adik beradik ke? Huhu..mcm pernah tgk..tapi takut terkeliru dgn cite lain lak..tajuk xingat pun..hihik

Syedhariz said...

nk taw tajuk drama cina dlu2 .. x silap antara tv2 or tv3 .. plakon lelaki tu ah long , heroin dia namling and wongkin ... mmg best sgt cter tu tp da lupa tajuk dia ... ada scene dlm kontena pelabuhan ...

ida said...

salam sis..tau tak nama cerita psl satu drama cina ni kt tv3 jgk berkenaan ladang teh...sumpah tk igt tajuk dia..tp dowg ni kerja kat ladang teh..siap masak teh dlm wok tu...ssape tau please reply eh...huhuhu...

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

Thanx bagi mengimbau kenangan bersama. Wife suruh cari citer kantonis tv3, jumpa plak blog ni. Terima kasih. Menghairankan puak2 yg rasis yg wujud hari ni kalau orang melayu mcm kita ni tengok penuh minat cerita cina. Apa pun thanx bila baca ni teringat tajuk2 cite kantonis dulu. Siap record guna video recorder lagi takut tak dapat tengok dah.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

hello sy pminat tegar cite pasal CONDOR LOVER ni ...
skrg da mcm2 drama da d ulang tayang guna tajuk yg sama..
tetap tak bole tanding lakonan richie ren.
sy mncari tajuk drama tentang kungfu pedang..
sy pon tak ingt adakah di thn yg sama atau tidak.
plot crita sperti lelaki ini blaja ilmu sesat ttg pedang..
dan mengkasi dirinya .. tp dia juga blaja scara rahsia di gua dan
mnjumpai ilmu ttg pedang... dlm cite ni mcm2 grup pedang ade ...
wudang maybe..
tolg ingtkn sy.. hehe pleasee t Q

Unknown said...

Mcm mne ye nk dptkn cover muka dpan cite SNOW..dh cri tp xjmpe r..ad sape2 bole tlg x

Unknown said...

Gods of honour

Unknown said...

Maybe heroine of the yangs

Anonymous said...

Cite bruce lee mse 1998 x silap..pe tajuk dia ek..yg mse mgrib cite tu kua..pasal cite bruce lee mse kt skola smpai kawin,ada ank pastu ank dia nakal macm dia jgk..pe tajuk ea lme cite tu..dulu x smpat tgok sbb tv xde..

Anas said...

Hi,

Saya mencari 1 drama alih suara ni. Tajuk saya tak ingat. Tapi watak heroine dia bernama Yee Ren dan watak hero dia bernama Tai Hong. Di siarkan sekitar tahun 1995.

Apa yang saya ingat, Tai Hong ni lelaki biasa je dan Yee Ren ni memang cantik. Dalam cerita ni, si Tai Hong ni anggap dia tak layak untuk diri Yee Ren.

Lagu tema drama ini menggunakan lagu Jamal Abdillah - Semalu.

Kalau tak silap saya drama dari Hong Kong di alih suara ke bahasa melayu.

Di pertengahan cerita ni, Yee Ren belajar kelas piano dan guru piano ni mmg segak dan Tai Hong terasa tercabar.

Kalau awak masih ingat dan kot2 awak tau, boleh share tajuk cerita ni saya nak cari semula.

Terima kasih.

nuraimisyazwani said...

Hi sape thu cerita historical yg hero ke heroin entah tu naga bertukar manusia n bercinta dgn manusia.tpi dihalang oleh adik beradik dia.

Mr.H said...

siapa tahu citer kung fu lawan2 guna pedang tu please?

intansari said...

jauhnya beza umur kita hahaha saya pon rindu nak tgok citer cina tv3 dulu.. pasaitu nak cari balek sbb x ingat tajuk.... tapi.. xde laa dlm snarai yg awk tgok sbb sy just tgok yg latest punya around 2006-2007
klu sciape tau share lah yerr (criter pasal peguam )

fairuz said...

Sapa tau citer nie... parents pompuan nie nak didik anak dia so diorg hantar anak dia p sekolah.. tp sekolah lelaki... so pompuan nie menyamar jd lelaki... last2 jatuh cinta ngan roommate dia... please... tq

Nur Azhani Amdan said...
This comment has been removed by the author.
Nur Azhani Amdan said...

Filem hong hong eh? Ke drama? Hehe.. rasanya drama cina yang baru ada jugak mcm tu.

Kalau filem tak ingat tajuk, tapi ending filem tu yg pakwe dia mati, yg perempuan tu pun bunuh diri terjun dalam lubang . Masa tu dia on the way ke rumah pengantin lelaki yg kena paksa kawin. Dia duduk dalam tandu tu.

Nur Azhani Amdan said...

Hahah.. saya sudah tua.. 😂😂😂 dah 31 tahun ni. Kiki.. tapi bila imbau balik kenangan cerita cina ni memang rasa mcm budak sekolah balik 😆

Nur Azhani Amdan said...

Banyak cerita kung fu lawan pedang ni. Haha. Kena spesifik lagi tahun bila, kot ingat nama watak ke, jalan cerita ke. Hihi

Nur Azhani Amdan said...

Uish naga? Hehe..cerita tahun bila ya? Kena tunggu orang lain yang kot tahu cerita ni..hee

Nur Azhani Amdan said...

Hi anas.. wah ingat lagi ek nama2 watak walaupun tahun 95. Saya rasa macam tak pernah tengok..sebab drama alih bahasa tak pernah tengok kecuali drama jepun..yang saya ingat Akantare (umur 4,5 tahun kot masa tayang kat tv1 dulu) dengan Tokyo Cinderella.

Nur Azhani Amdan said...

Tahun 98 ek.. tv mana ya? Rasanya kalau tv3 mesti dah tersenarai ni sbb time sekolah rendah memang tak terlepas satu siri pun kat tv3. Haha. Tahun 98 saya darjah 5.

Nur Azhani Amdan said...

Saya pun cari jugak dulu...kalau jumpa mesti dah tepek kat blog ni. Kiiki.. tapi masih ingat imej mekap n pakaian pelakon dia.. pakai top mcm cheongsam tapi skirt labuh. Cantik!

Nur Azhani Amdan said...

Oh..jalan cerita mcm pernah tengok. Tak ingat pulak kot mmg cerita condor lover yang richie ren berlakon tu? Hehe.

Nur Azhani Amdan said...

Thanks jugak sudi baca. Hehe. Memang best cerita cina dulu2. Cerita cina sekarang, mekap pun dah moden walaupun lakonkan cerita zaman dinasti 😅

Sama la dulu siap rekod cerita For Better Or Worse tu..tape dia ada lagi kat rumah mak. Cuma tape player je je dah rosak. Hehe. Kalau nak pasang pun tak tau compatible ke tak dengan tv zaman sekarang huhu

Nur Azhani Amdan said...

Kalau dalam senarai kat atas tu rasanya the pride of chouzhou tu kot pasal ladang teh. Hehe

Nur Azhani Amdan said...

Tahun bila ek agak2 cerita tu? Hehe

Nur Azhani Amdan said...

Ohh yeke ada jugak eh sabtu ahad? Ingatkan isnin-jumaat je ada drama cina tv3 kul 6. Hehe.. maaf tak tengok pulak 😂

Nur Azhani Amdan said...

Hai...maaf tak ingat pulak ada tengok ke tak..hehe..baca nama tu pun tak dtg pulak apa2 memori 😅

Nur Azhani Amdan said...

Tahun bila ye cerita tu? Kalau dah lama kan, kadang2 tak jumpa tau sebab cerita cina ni banyak guna tajuk dlm bahasa cina sendiri...terjemahan org putih tu kekadang lain drpd tajuk yg kita tau. Hehe

Unknown said...

haah ade cter ni..dia akan jd naga semua kalau kene air

Unknown said...

ade cter ni dia zaman moden gune alat mesin masa pergi ke zaman perang cina dulu..last2 dia la lagenda

AIENHARIS said...

Terima kasih sbb tulis pasal drama cina ni. Sy nk tau hero heroin stepping stone la minat sgt cantik orgnya

che hairul said...

sy xingat dh cerita cina yang ada bebola naga.. tajuk ape ea. nk cari tapi xde clue. xsilap filemnya sebelum cerita taiji prodigy.

Unknown said...

Sape tau citer cina ni kt tv 2 klu xsilap pasal perempuan ni dia ada bola mutiara ajaib. Ada satu hri tu dia mati pastu roh dia ada org amik masuk kt jasd org lain.

Unknown said...

Perempuan ke yg ada bola naga tu??

Unknown said...

Siapa tahu cerita pasal kungfu kala jengking lawan kungfu belut ?

Unknown said...

Siapa tahu cerita pasal kungfu kala jengking lawan kungfu belut ?

Lubuk Perkongsian said...

sape tahu citer pasal violin tv2 dlu.. yang dia ada kembar kat mlysia sorang.. n sorang kat china... sape tahu ????

Ibnu Zakariyya said...

Siapa tahu drama cina zaman dinasti apa entah, kisah tentang perniagaan teh. Semua genre/elemen ada. Sangat best dan teringin nak tengok balik. Sekitar 2000+ an tak ingat. Ada yang tau tak pleaseeeeeeee

Queen said...

Sapa tahu cerita cina yang zaman dulu, ada pompuan ni yg femes jual taufufa dgn kawan dia pompuan tomboy. Lps tu Ada lelaki ni salah Cari kawan baik dia sebab kwn baik dia sebenarnye pompuan tomboy tu. Plss nk tajuk movie nii

Unknown said...

Ada sape tau x cite pendekar gurun salji..tv2/tv3 jam 7ptg...xsilap tahun 2012/13 cari dlm google or utube taip bahasa melayu xada jumpa....dah lama cri cite tu...please bantu...huhuhu

Unknown said...

Klau skrg nk tgk blk citer² ni kt website mana ek? Yg ada sub malay. Especially burning flame, icac, detective tu... Tq sharing

WMFAUZI said...

Kalau sesiapa tahu tajuk cerita... Pasal ladang teh tuh... Yang goreng daun teh pakai tangan... Lepas tu buat hidangan untuk raja.. Cerita ni adalah lah pasal busuk hati sikit... Bergaduh sebab nak buat teh yang terbaik... Sesiapa tahu... Drama ni sekitar tahun 2000 atau 2001

Unknown said...

@Wan Mohd Fauzi... drama daun teh tu Plain Love 2

Unknown said...

State of divinity

Unknown said...

Assalam..sapa tahu tajuk cerita tv3 petang2 maybe tahun 1997-1999..ada seorang kawan bunuh kawannya kemudian dia hidangkan sup anggota badan tu kepada kawan yang datang melawat dirumah..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Thu x nma crita cina yg kisah polis.. Ada stu episod tu ank dia mati... Suami isteri tu dua2 polis

Unknown said...

Sape ingat ada satu cerita kungfu ni kalau die tekan dada 2x org tu terus xboleh gerak..drama ape tu ye...huuu

Unknown said...

N kalau xsilap saya die cerita pasal kungfu pedang yang sesat n berebut 1 buku kitab ku gfu la

WMFAUZI said...

Terimakasih bnyak2

BabyKnownoDunno said...

Siapa tau drama tv3 pasal mak dia tingglkan dia cucuh sanggul bentuk bunga peach kat bahu?

Unknown said...

Saya mencari satu tajuk drama cina tentang masakan yg pernah di tayangkan di tv2 atau TV3 x pasti harap dapat membantu

Unknown said...

Ade 1 cite ni psal penyiasat.. zaman dlu2.. tak igt tajuk die ape.. sape2 tau pls bgtaw.. tringin nk tgk blik cite tu...
(Mase tu aq skolah rendah lg)

Unknown said...

Salam.. Siapa tahu cerita kungfu ni yang dia ada 2 ekor burung. Burung tu boleh tukar jadi bulat lepastu hero akan naik atas 2 bebola burung untuk terbang. Salah sorang watak nama feng kalau x silap..stail lawan pakai pedang. Tolong sesiapa yg tahu nak cari balik hehee

Unknown said...

Burung tukar jadi berbola*

Unknown said...

Siapa tau tajuk Cite yg dia jadi tukang masak tu..asal nya ayah dia tukang masak yg hebat, tapi ntah camana jadi kaki mabuk..hero tu skli pandang ada iras2 Ekin cheng

Unknown said...

Kalo x silap the flying fox snowy mountain kot

PUSAT SUMBER SEKOLAH said...

sapa tahu cerita cina kungfu...main kat tv9.kul 9.00 mlm..tahun 2002-2003 x ingat...cerita mcm pedang setiawan...hero kena penjara...atas lantai penjara ada cara2 belajar kungfu
.

PUSAT SUMBER SEKOLAH said...

cite ni jg tgk cari..tk

PUSAT SUMBER SEKOLAH said...

sapa ada link cite ni...kat youtube x penuh

AlbertoEscobar said...

Ermm..crita kung fu ada mamat ni blajar kungfu dgn pengemis yg ada tongkat naga warna hijau uh..drama bersiri thun x ingat plak...

AlbertoEscobar said...

Ermm..crita kung fu ada mamat ni blajar kungfu dgn pengemis yg ada tongkat naga warna hijau uh..drama bersiri thun x ingat plak...

SMP2252 UMAIRAH said...

Nak tanye.. Sape tau tajuk cerita cina kungfu.. Ade watak yek yau.. Tajuknye tk ingat.. Kalo tk silap di tv3 atau ntv7 pkul 6 pm

La Mien said...

legend of arching hero, mc nama Guo Jing

nora said...

Hi, ada sapa tau cerita taiwan kalau x silap. Sorang detektif perempuan boleh nampak hantu/roh, seorang detektif lelaki yang penakut. Dorg patner untuk selesaikan kes bunuh camtu la. Tak ingat tajuk dengan pelakon dia. Tapi ingat detektif perempuan tu selalu rambut lurus paras bahu. Tayangan malam rasanya dalam tahun 1990an gitu. lama dah cari.

Unknown said...

Sapa tau tajuk drama cina tukang masak...rumah dia berjiran dengan orang kaya ada banglo...orang kaya tu ada restoran...pelakon drama tu kalo tak silap aku sama cam 2 orang pelakon shaolin..ng man tat ngan kepala besi tu...hero drama ni kalo tak silap aku yg jimmy wong

Unknown said...

Shaolin soccer

Hans said...

Klau xsilap drama ni utk slot 'Jade Dinasty' drama TV3 pkul 6 sabtu-ahad. Judul 'Love of A Lifetime'. Kisah 2 kmbar nama Zhi Hai (adik) & Zhi Yuan (abg). Tpi si istri bukan bnuh dri, istri & ank terbunuh msa celebrate anniversary. Hadiah yg di bawa sorang prempuan mngandung sbnarnya bom. Si abg buta sbb nk selamatkan wife & ank. Bertahun slpas kjadian,si abg & adik jatuh cinta pd perempuan yg sama iaitu prempuan yg d arah hntar bgkusan hadiah annivesary tu. Actor drama ni Lin Ruiyang @ Kevin Lin. Pnah dgr drama ni ssh jumpa dlm carian sbb hya vvip sja yg blh tgk. Actor ni pun skrg dah ada product cosmetic sdri TST Tin's Secret. Mmg dah berjaya la actor ni..

Hans said...

Yg ni rasanya byk seasons. Klau yg di mksud rasanya 'Detective Investigation Files'

Reza Assabaki said...

Hai.. saya pun tengok cerita ni.. mmg best.. tai hong tu memg berat mulut nak ckap yg dia suka yi ren tu kan.. akhir sekali sy ingat dialog tai hong pada yi ren.. " yiren, aku cinta kau.. sambil menjerit.. saya pun mencari tajuk cerite ni.. sampai skg xtau ape tajuk dia. Masa tu saya form 1.. x silap saya cerita ni kul 3 sampai kul 4ptg.. klu x silap la

Reza Assabaki said...
This comment has been removed by the author.
Shaxna said...

Ermmm dah dua hari runsing, rasa mcm citer ni kat tv 3, citer setting time tahun 70 kot, ada satu scene ni pompuan ni tertido time exam, pastu sorg budak laki ni nakal, dia yg tolong jwbkan,, haa mcm tulaa ,sapa tahuuuu

Unknown said...

sy ada ingat2 lupa drama ni.. burung abadi

Fahmi said...

No 39 crita 'Supreme Master' kat atas tu mana nak cari yg bersiri pnya?dl ada penah tayang kat tv malaysia..kisah adik beradik yg terpisah..adaptasi dr komik kungfu..

Fahmi said...

No 39 crita 'Supreme Master' kat atas tu mana nak cari yg bersiri pnya?dl ada penah tayang kat tv malaysia..kisah adik beradik yg terpisah..adaptasi dr komik kungfu..

Syaifuddin said...

Sape tau ost drama mandarin tempatan tak silap dalam tahun 2003 or 2004 .. ost tu femes jugak sbb bnyk org buat ringtone hp nokia 3310 dlu hehe.. klu ade yg tau bagi tajuk ek.. kot2 btul lagu tu.. lama dh cari tp xjumpa n xtau tajuk lagu tu..

Lluuddaa99 said...

Tahu x drama yg ending dy. Ad 3 orng yg sorng d bwat buta, yg sorng d bwat x blh dgr, yg sorng lg x blh bcakap. Srious sdih crita ni. Sad ending klw x silap.

Lluuddaa99 said...

Ada x ssiapa taw drama cina yh ending dy ad 3 orng. Sorng jd buta, sorng x dpt dgr, n sorng lg x dpt bckap. Sdih jg crita ni. Ending lagu dy best. Klw ad ssiapa taw. Pls inform

muspires said...

betul2..cerita ni best. tp x ingt nama tajuk. saya mencari dari dlu lagi tajuk lagu jamal dlm cerita ni..alhamdulillah akhirnya temu juga. terima kaseh

Unknown said...

hai...ada tak sesiapa tahu or pernah tgk
satu cerita cina ni dulu...
husband dia bomba..wife dia suri rumah je and mcm lurus2 sikit...ada adik lelaki mcm lembut sikit
one day ada reporter perempuan ni mcm minat kt lelaki bomba ni...
pastu kantoi dgn wife dia..
wife dia merajuk bwk diri...tp sbnrnya husband dia mmg syg sgt kat dia
please sesapa kalau tahu or igt tajuk dia bgtau saya..tq

madhiah said...

Saya pun masih mencari...dulu last episode x dpt tgk sbb ribut kuat

Unknown said...

Ituu laa.. aku duk cari gak ni kungfu lawan² guna pedang.. pedang besar² ada kuasa..

Afif Anuar said...

Apa tajuk dia ek? Sy pun teringat masa kecik2 dlu. Tapi lupa tajuk

Unknown said...

Saya cari tajuk cerita kungfu,2 orang tak tau adik beradik ke sedara.1 mcm jahat sorg pakai baju putih,dorg berebut nak cari mutiara ke ape ntah.last sekali dorg bersatu.ade scene lawan2 dalam gua kalau seingat sy

Unknown said...

tahu tak tajuk cerita drama kungfu, xsilap pasal wah san, anak murid dia tersesat dalam gua.. jumpa rahsia kung fu belajar dlm gua.. dan persatuan sesat, tok gurunya belajar kungfu pondan....

Unknown said...

tahu tak tajuk cerita drama kungfu, xsilap pasal wah san, anak murid dia tersesat dalam gua.. jumpa rahsia kung fu wah san ke camtu belajar dlm gua.., dan persatuan sesat, tok guru wah san belajar kungfu pondan....

Unknown said...

Storm rider yg drama klu x silap la

Zulaikha said...

Yg ad ratu tikus ke

Unknown said...

Sapa tahu cerita ni dlm tahun 1999 ke 2000camtu cerita kung fu lelaki ni dia Gila lepas tu berpisah dgn kekasih dia lepas tu dia jumpa perempuan ni dia kawin perempuan mula2 Tak suke lama jd suke..lepas lelaki ni pulih ingatan dia ingt semula bekas kekasih..

Nas said...

Ad sesape tahu cerita kungfu bersiri 2002-2004 tv2/tv3. Hero kalah lawan dgn si jahat kungfu ular smpai hilang ingatan. Then lepas sembuh hero belajar kungfu kura2 at last menang lawan jahat kungfu ular tu

sue said...

Cerita kung fu skrg banyak, tapi x mcm dulu...suara original sendiri n sedap di dengar, tapi sekarang perasan..citer mcm best, tapi bila dengar suara dh xde mood, lebih2 lagi perempuan, mcm sepesen... Buat suara ala2 kanak2 rebina...menyampah pulak dengar...cerita journey to the west, the god honour nazha.citer ada maksud keluarga juga..masih x bole challenge ngan skrg..

sue said...

Cerita kung fu skrg banyak, tapi x mcm dulu...suara original sendiri n sedap di dengar, tapi sekarang perasan..citer mcm best, tapi bila dengar suara dh xde mood, lebih2 lagi perempuan, mcm sepesen... Buat suara ala2 kanak2 rebina...menyampah pulak dengar...cerita journey to the west, the god honour nazha.citer ada maksud keluarga juga..masih x bole challenge ngan skrg..

Andrea said...

Hi ada sesiapa tahu tak drama cina yg perempuan tu muka separuh burn and suami & mak mentua dia jahat

Andrea said...

Hi ada sesiapa tahu tak drama cina yg perempuan tu muka separuh burn and suami & mak mentua dia jahat

Unknown said...

Hi,spa2 tahu cerita nma watak utamanya Kuan bou xsilap,mula2 dy bljr kungfu dr kura2 besar semasa kura2 vs ular besar..tayang d tv2/tv3 around 2002/2003

Mohd fazli said...

Hii, siapa tahu drama yang last episod kekasihnya meninggal kerana sakit kanser..
Nama dalam drama gadis tu wei wei?

Mohd fazli said...

Hii, siapa tahu drama yang last episod kekasihnya meninggal kerana sakit kanser..
Nama dalam drama gadis tu wei wei?

Mr kay said...

Betul sy pun cari cerita ni,hero ni mcm bodoh2 alah..last2 berkahwin jugak..tp heroin tu hisap rokok bila dh kawin dah ada anak..lagu Jamal tajuk semalu.. nostalgia sungguh

kim man said...
This comment has been removed by the author.
kim man said...

siapa tahu movie kungfu cina dlm thn 1999-2002,
dia telan mutiara ajaib lpstu mngakibatkn dia mngndung 10 atau 12 org anak yg ada kuasa/power kungfu.
blh kasi tau nama movie tu...

Unknown said...

siapa igt tajuk drama yg berkisahkan mak dia meninggal lps tu jadi roh tolong anak dia utk teruskan kehidupan.

Pipie said...

Wehhh.. aku lama dab cari cerita cina lama yg wuxia ni.. dlm cerita tu ada 4 ke 5 orang boleh jadi naga.. yg aku ingat ada satu naga betina warna biru muda.. serious aku nak tengok balik cerita tu sbb cgi die power tahun tu..

faiz89 said...

Rasanya cerita tu antara 'Witness to a prosecution' atau 'young justice bao'

Hana said...

Hi. Cerita ni movie eh? Polis lelaki tu dia menangis dalam toilet ke tertidur entah. Pastu polis perempuan tu dengar and tolong. Cerita ni ada fantasi sikit kan?Ending dia tak ingat macam mna. Cerita ni selalu main dekat tv2 ke tv3 malam2 minggu kan?

Unknown said...

Siapa tahu drama ni kisah adik beradik perempuan yg si kakak suka kat boyfriend adik dia,si kakak balet,pastu kemalangan lumpuh..pastu adik dia mengalah dan BG kakak dia nikah dgn boyfriend dia..pastu si adik kahwin paksa ngn lelaki hero ni..KLU x silap masa tu tgk tajuk A ROMANTIC DREAM ..tp cari tajuk ni x jumpa.. boleh tolong sy x?drama TV3

Unknown said...

Wind and cloud 2002 drama

Rashid said...

Siap tahu drama cerita cina yang perempuan jadi hantu dan lelaki ni je boleh nampak dia sebab dia nampak perempuan ni kemalangan kena renjatan elektrik kot dan lelaki jatuh cinta dengan hantu perempuan tu. episode last sekali lelaki tu dapat balik masa lampau dan dia dapat cegah perempuan tu dari kemalangan jadi hantu tapi perempuan tu tak ingat pun lelaki tu sebab ini masa lampau dan diorang tak bertemu lagi waktu tu.

Ai said...
This comment has been removed by the author.
Ai said...

Boleh search title Dream Behind A Curtain / Yi Lian You Meng. Best sgt cerita ni. Tapi kesian sgt watak kakak tu, Lu Ping.

SMP2252 UMAIRAH said...

Cerita yg ade watak yek yau tu ape tajuk ye ye?

ckhoryee said...

Variation of shuangcheng / 双城变奏

Unknown said...

Sapa Tau citer 80an tv3 The man, the ghost and the alien? Watak Utama dia nama Laura?

Unknown said...

Tajuk cerita ni the sunset again...tapi da lama sy cari crita ni...x jupe2 ...yeereen tu pelakon dia ann brigdewater

annoradamara said...

Sis tau tak cerita pasal kembar perempuan sorang dkt cina sorang dekat Malaysia and diorg teringin tukar hidup 😭😭😭

AnonymousMystery99 said...

Hai,Saya nak Tanya...siapa YG ingat Tajuk cerita pasal Ada chef nie dia boleh dengar mknn berckp?saya tak ingat Tajuk cerita ...tq 🥰