Monday, December 2, 2013

Honeymoon

Assalamualaikum,

Tempat honeymoon kitorang kat dalam negara je, in fact, kat dalam negeri Pahang semuanya. Haha. Semangat kenegerian sungguh. Walaupun tak gi tempat jauh2 sangat tapi yang penting tetap happy sebab, well, nama pun honeymoon kan. Hehe. Saya dan suami yang decide nak gi tempat yang best tapi dekat sebab takut penat sangat, cuti kahwin pun bukannya lama. Even tengah cuti kawin pun bos sibuk call. Ok lupakan. Tension bila ingat balik.

Kitorang gi kat Bukit Tinggi dan Genting Highlands. First day, hari Isnin pergi Bukit Tinggi, menginap di Colmar Tropicale. Best sangat sebab cantik tempat dia. Kepada sesiapa yang bercadang nak gi sana, try usya website dia dan tengok reviews kat Agoda

Pada hari tu kitorang sampai ke hotel dah malam, sebab siangnya ada hal sikit kat Kuantan. Pastu hujan pulak so perjalanan sedikit slow. Agak rugi sikit la sebab kalau sampai awal boleh la nak jalan2 amik gambar lebih sikit. Lepas check in, kitorang dibawa ke bilik di tingkat paling atas, tingkat 5 kalau tak silap. Dapat tau lak kitorang la satu2nya penghuni kat tingkat tu. Gila cuak. Bilik lak besar. Ada ruang tamu, ruang dapur + ruang makan, then naik atas sikit baru la bilik tidur + bilik air. Memang sangat besar la untuk tinggal 2 orang. Yela harga pun RM300++... huhu..

Pastu dah kelaparan, order la makanan. Masa tu dah 11 malam. Air share jela sebab setakat nak merasa, lagipun rasa macam tak berbaloi  je bayar mahal2 untuk air. Saya order sandwic, husband order chicken chop. Tu pun total harga dalam RM60++. Nasib baik sedap. 

Fresh orange, sandwich & chicken chop
Bila landing atas katil, peh...memang sedap gila tilam n bantal dia..the best rasanya. Satu je yang tak best. Air dalam toilet agak slow. Lama gila nak tunggu penuhkan bath tub. Mungkin sebab tingkat atas sekali kot, low water pressure. Sebelum tidur berapa kali husband check pintu betul2 kunci, then kunci lagi pintu bilik tidur. Cuak punya pasal sebab satu bilik je dihuni...kwang3...

Esoknya, kitorang gi ke perkarangan hotel, ada persembahan nyanyian masa tu. Memang tak ramai orang sebab weekdays. Jalan2 amik gambar sume, then makan tengah hari kat satu restoran ni. Kitorang order 2 set ayam macam style Kenny Roger's tu. Total dalam RM70. Tengah2 makan tu, ternampak ada bahagian ayam yang dagingnya warna merah jambu. Takut la kalau tak masak, so kitorang mintak tukar. Mulanya tukang masak dia keluar bila dapat tau kitorang komplen, then dia explain memang masak macam ni. Kitorang pun kata la kitorang nak ayam masak lebih sikit, tak nak daging pink. Dapat la hidangan baru tapi still, ada gak bahagian daging yang pink. Takpela, dah kenyang la jugak makan 2 pinggan sorang. Haha.

Jalan2, nampak couple buat wedding photoshoot...
view dari restoran...cantik kan bangunan dia?
Lunch... ;)
Lepas solat Zohor kat surau dekat2 area restoran tu, kitorang gi Japanese Garden. Ni la tempat paling best. Kena drive gak daripada kawasan hotel, ikut je map dalam pamplet. Parking then kena lak naik tangga dan daki jalan naik bukit. Orang putih rilek je jogging naik bukit waktu kitorang naik kete dalam perjalanan ke sana. Huhu. Agak penat jugak la nak sampai ke destinasinya. Sepanjang jalan tu leh la nampak gaung bila kabus dah hilang..huhuu...

gaung tak nampak sebab dilitupi kabus tebal....
Sampai kat atas, nampak signboard welcome to Japanese Tea House, katanya first in the world, Japanese Tea House in a tropical rain forest. Macam masuk dalam taman dalam hutan. Cantik je tempatnya. Tak lama lepas jalan ke dalam, ada satu kolam ikan kap. Jinak sangat sebab bila nampak je orang, terus ikan2 semua datang. Dia ingat kita bawak makanan kot....sian.. Takpe2, mesti ada jual kan makanan ikan kat situ. Jap lagi cari. Hehe.

Ikan berbaris datang..hehee
Pastu naik atas lagi, ada rumah teh Jepun. Kat situ boleh sewa kimono dan ambil gambar, tapi sewanya alamak mahal. Dah tak ingat berapa tapi puluh2 ringgit la sorang. Orang dalam rumah tu greet kitorang dan suruh masuk dalam amik gambar pakai kimono. Kitorang kata takpela, tak nak.. beli makanan ikan je sepeket sorang. ;) Kat bahagian bawah tu ada lagi kolam ikan tapi kecik sikit. Pastu ada la rumah kecik untuk amik gambar. Jalan2 lagi ada jumpa spa, tapi memang ratus2 la harga pun. Amik gambar kat luar aje.

Jumpa lagi couple wedding photoshoot tadi...
Lastly keluar, gi beli aiskrim kat kedai tepi tempat mula2 masuk tadi. Ke tepi lagi ada Japanese Botanical Garden, pastu ada jugak restoran Jepun tapi restoran tu tutup. Maybe sebab dia dah expect tak ramai orang. Botanical Garden tu menuruni bukit, pastu macam padat gak la dengan pokok2 bunga sume...dan mungkin gak ada serangga2 dan haiwan2 kecik kan...memandangkan tak nampak orang pun kat situ so kitorang pun tak jadi la turun...

Kemudian kitorang gi Animal Farm. Menarik sebab ada arnab, rusa, keldai, merak, tikus tanah. Masuk tu kena bayar RM5 kalau tak silap. Mula2 masuk, kalau belah kiri ada kandang merak dengan tikus tanah, satu kandang je. Pastu ada rusa dua ekor yang duduk luar kandang. Pastu boleh masuk kandang rusa (spesies lain, ada tompok2 putih) dan bagi makan, kalau berani la. Hehe. Makanan tu boleh beli kat kaunter. Boleh bagi kat semua haiwan kat situ. Kemudian belah depan ada kandang arnab, dah lalu kandang arnab baru boleh pergi ke kandang keldai.



laju tupai tanah ni makan daun panjang tu..kejap je abis
Kat kandang keldai tu memang kuat la baunya, takut gak nak bagi makan sebab tak biasa dengan kuda ke keldai ke. Ada satu family chinese ni, ayah dia bagi makan keldai dengan tangan, pastu boleh lak keldai tu gi gigit tangan dia. Adoi..huhu. Pastu anak dia cerdik, kecik lagi, macam darjah 2 kot. Dia suggest kat ayah dia letak makanan tu pada penutup tong sampah. Haha..bagus2.

Saya ada beli sepeket konon nak bagi makan rusa, tapi baru nak letak makanan kat depan dia, tetibe rusa tu bangun, terkejut + cuak..huhu. Yang suami saya lak terus cabut lari, bertuah betul...huhu... Dia memang dah cakap awal2 dia taknak gi dekat walaupun arnab. Haha. 

Then kitorang gi kandang arnab. Puas kejar arnab nak amik gambar dekat2, tapi arnab ni asyik lari je..last2 dapat la jugak satu gambar dengan arnab yang paling comel. Kat kandang arnab ni penuh dengan lubang2 yang dibuat arnab supaya dia dapat menyorok. Rasanya tempat tu tutup pukul 5 petang, so nak dekat habis masa tu pekerja2 dia tangkap arnab menggunakan jaring. Macam dalam citer kartun yang budak2 tangkap rama2 tu. Tapi kesian la tengok, arnab2 sume lari lintang-pukang takut kena tangkap, then tetibe tersauk juga masuk dalam jaring beramai2. Huhu. Rasa macam sakit je badan kalau kena gitu.

Detik2 sebelum rusa tetibe bangun masa bagi makanan...
kandang arnab yang penuh dgn lubang2...letih nak kejar arnab seekor ni
ok sket lagi nak sentuh dia...nak tangkap memang payah la
Yeay dapat cuit hidung dia...ni warna arnab yang paling cantik..
Dah habis round2 kawasan kat Bukit Tinggi, kitorang gerak ke Genting Highlands lak. Kitorang menginap kat Hotel Awana kat Goh Tong. Sampai sana dalam 7.30 malam. Check in, dapat bilik tingkat 27 hokey...cuak gak tinggi2 sangat ni. Huhu. Sampai kat bilik, wah rasa best sangat sebab ada 2 katil kelamin, pastu bilik luas jugak. Check air kat toilet, ok laju walaupun tingkat atas. ;) Time dinner kuar balik cari kat area Goh Tong je sebab dinner kat situ satu kepala pun dah RM50++, buffet la tapinya. Rugi kalau bukan jenis makan banyak.

bilik boleh muat at least 4 katil queen
view dari level 27
Esoknya, lepas Subuh terbangun lambat lak so tak sempat breakfast. Dah tengah hari baru naik Genting Theme Park. Amik indoor sebab tak pernah main yang indoor punya. Mula2 tengok performance kat pentas. Macam orang buat magic and telling jokes. Pastu kita bayar jela ikut suka. Sebab dia kata pendapatan dia cuma hasil pemberian penonton. Kalau takde orang bagi takde la pendapatan. Then gi main sume game yang termasuk pakej. Tapi rasanya lagi best main yang outdoor sebab lagi mencabar. Cuma masa tu macam kurang selamat je main outdoor especially roller coaster dengan space shot, sebab musim hujan, kabus pun tebal. Dah puas main, balik hotel dan dinner kat luar lagi...hehe. 

salah seorang yang buat persembahan
Hari last, Khamis, kitorang bertekad bangun awal sebab nak breakfast punya pasal, then nak jalan2 jugalah kat surrounding hotel. Kononnya ada bird area yang boleh jalan kaki je gi sana. So berikut ialah gambar2 masa breakfast (kes dah malas nak taip):

mine..nasi lemak n honeydew juice
hubby punya...lontong n nescafe
hubby punya jgk...french toast, beef bacon n salad
pastries...i likee...tapi biasa jela..pernah rasa yg lagi sedap
view kat luar..nampak padang golf
suasana kat luar restoran Rajawali
Lepas breakfast kitorang jalan2 kat kawasan sekitar, naik bukit sket arah jalan keluar dari kawasan hotel, jumpa la sign board ni...wah excited rasa sebab tak pernah lagi gi kawasan yang banyak burung terpelihara:


Jalan2 kat atas nampak kawasan macam terbiar la...ada taman permainan kanak2 tapi dah buruk. Pastu jalan lagi jumpa la macam kandang/sangkar besar, dalam tu banyak la burung dan itik. Eh. Ni je ke 'important bird area' nya??


Serius rasa macam, hampeh... dah alang2 ada letak dalam attractions kat area hotel tu, bangunkan la kawasan ni betul2... at least jangan la satu sangkar je, betul tak? Kecewa. Huhu.. tapi yang bestnya, memula kitorang berdiri depan sangkar tu, ada 3 - 4 ekor burung datang hinggap kat pagar, ingat kitorang nak bagi makanan kot. So dapat la tengok burung macam2 jenis secara dekat. Pastu tak lama, eh banyak pulak datang. Dengan itik2 semua sekali. Haha. Kelakar lak.

Dah puas keliling kawasan tu, kitorang pun decide balik la, esoknya nak gerak ke Kelantan pulak untuk majlis bertandang. On the way balik, rasa eh, macam awal sangat la nak balik. Tak puas lagi jalan2. Husband pun cadangkan pergi Kuala Gandah, tengok gajah. Oh best2... saya teringin nak tengok gajah dekat2. Jalan jauh jugak la masuk dalam. Jalan kampung, kecik je. Sampai sana, daftar then jalan kaki masuk ke kawasan gajah.

Mula2 kitorang bagi makan gajah yang dirantai kat tempat berbumbung. Kena beli la kan makanannya iaitu seikat tebu yang dah dipotong2. Mula2 cuak gak nak bagi tapi lepas satu2 dia makan, seronok lak rasa. Then gajah2 tu dibawa mandi oleh pelatih masing2. Siap mandi, ada pertunjukan sikit oleh gajah2, rasanya group gajah yang lain. Gajah tu wat aksi macam tunduk hormat, berdiri 2 kaki, macam2 lagi la yang buat kita rasa kagum dengan gajah ni. Pastu dia tau nama masing2. Kalau pelatih panggil yang nama Siti, yang tu jela keluar, yang lain duk diam.

hubby dah seronok bagi gajah makan tebu
Lepas tu gajah2 tu dilepaskan ke tepi pagar supaya pelawat boleh bagi makan buah-buahan. Masa tu diorang sediakan betik. Mula2 memang cuak la kan sebab tadi bagi makan tebu pegang hujung jek, takkan terkena belalai gajah. Ini betik. Camne nak pegang hujung je. Kang belalai gajah tarik sekali tangan kita...kalau dia tak tarik pun, rasa geli gak tersentuh kulit dia. Huhu... Mula2 nak bagi makan tu, siap terjatuh lagi betik. Sian lak kat gajah tu. So bila dah start sian tu baru la berani lebih sket nak hulur betik kat dia. As expected memang tangan kena la belalai dia. Kulit dia kasar gila. Ok tak geli la. Sebab rasa macam kena kulit kayu je haha. Itu jela aktiviti last...bagi la gajah makan puas2 sampai waktu melawat tamat. Hehee..

Then kitorang balik, berkemas2 untuk gerak ke Kelantan lak, ikut Terengganu. ;)




Tuesday, November 12, 2013

Barang hantaran

Assalamualaikum w.b.t.,

Bab beli barang hantaran ni best sebab selalunya kita beli barang yang kita nak pakai..pastu mesti amik branded punya kan sebab nak kahwin. Sekali seumur hidup, insyaAllah. Harus la amik yang puas hati kikiki. Tapi dalam banyak2 barang hantaran saya ni, ada la satu benda yang kelakar la jugak. Nanti cerita. Mula2 kita senaraikan dulu barang hantarannya......

Ikutkan planning, hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang. Tapi pada hari kenduri baru tau pihak lelaki pun bawak 9 dulang, pastu pihak kitorang lak ada tambah satu, jadi 9 berbalas 10. Masa tunang dulu lak, plan nak 5 balas 7 tapi alih2 jadi 7 balas 7..kui3... Tak kisahla, untung la jugak pihak pempuan keh3...

Hantaran daripada pihak lelaki:

1. Rantai tangan + Mas kahwin
Saya yang minta rantai tangan instead of cincin sebab cincin tunang dah ada. Pakai satu dah la. Hehe. Rantai tangan ni diletak dalam dulang mas kahwin sekali, diberi masa majlis nikah.

Mas kahwin RM22.50....hehee
2. Buku: Ensiklopedia Solat
Saya pilih buku ni sebab rasa menarik sangat isi kandungannya & harap dapat jadi rujukan untuk keluarga. Kami beli di Pustaka Minerva kat Jalan TAR, dapat harga RM80. Harga sebenar RM100. Tapi kat kedai2 buku lain pun boleh dapat murah rasanya =)


3. Handbag + kasut
Masa nak cari handbag puas round Sogo, Jusco, Parkson...sebabnya saya nak yang kain, tak nak leather. Dan seperti biasa bila dah berkenan mula la takde stok la, harga melampau mahal la. Rosak la. Kotor la. Ada je halangannya. Last2 dapat la beg ni kat Mid Valley. Diskaun 20% jek. Huhu.. Tapi takpela. Dah berkenan.

Handbag jenama Corroco. Serius tak pernah dengar. Hehe. Layan...
Pasal kasut tu pulak, hmm sebenarnya kasut ni bukanlah dalam plan asal. Saje jela nak tambah dalam dulang. Alang2 tambahan jek, saya teringat saya masih ada sepasang kasut hitam yang beli kat The Store masa promotion. Baru pakai dua kali buat pergi interview. Ambik yang tu jelah saya fikir, sebab saya ni kasut formal banyak2 bukan pakai pun. Malas nak mencari kasut pun ye. Hehe.

Ni lah cerita kelakar pasal kasut tu. Lepas kahwin, saya pun pakai la kasut tu buat gi audit supplier kat Shah Alam. Audit lak kena jalan banyak, elok2 saya sampai semula ke ofis, nak masuk toilet, tumit kasut tu tersangkut kat divider sebelum masuk toilet. Sedar2 tapak kasut tercabut, tertinggal kat situ. Mak ai malu gila, nasib baik ada 2 orang je dalam toilet masa tu. Terpaksa la saya pakai safety shoe company punya sepanjang hari tu. 

Masa rehat, lepak jap kat surau dengan lagi 2 orang ofismate. Diorang tanya la pasal kasut tu camne boleh tercabut, beli bila... Bila saya kata, "Tu hantaran kahwin sebenarnya..baru pakai kali ketiga hari ni.." terus diorang terkejut. "Hah? Hantaran?? Weh sayang gila...brand apa tu?" "Erm...tak ingat la brand apa..beli kat The Store masa promotion..." "Hah, kau beli kasut hantaran kat The Store? Brand apa ni?" "Ala tak tau la brand apa. Tak kisah la. Harga 23 ringgit 90 sen je pun...memang padan la tercabut tapak cepat..takdela terkilan mana pun.."

Serta-merta dua orang ni gelak tak hingat dunia. "Weh, aku tak pernah dengar lagi orang beli kasut hantaran harga RM23. Ko ni kes nak jimat ke apa weh??? Dah la kasut hantaran tuuu...yang masuk album kahwin yang sanak-saudara anak cucu nak tengok...! Mak ai...aku tak leh terima la...hahha..." Diorang ni gelak punya evil sampai keluar2 air mata sume, menyebabkan saya pun gelak2 sampai keluar air mata gak la. Sakit perut. 

Saya kata, "Bukan la nak jimat sangat..tapi dah alang2. Tak kisah pun..sendiri nak pakai gak. Takpela kan..hehe.." "Weh aku tak leh terima. First time dalam hidup aku dengar. Dah la baru pakai 3 kali terus tamat riwayat..aduhaiii..." Gelak2 sampai terbatuk2. Pastu naik ofis, saya nak buang kasut tu dan ternampak still ada tanda harga kat bawah tapak kasut. Sabar jela. =P

4. Perfume set: Ralph Lauren
Set perfume ni beli kat Sogo. Takde promotion pun rasanya. Harga RM250. Saya beli perfume Ralph tu dan dapat miniature Romance dan lagi 2 sample perfume, No 2 dan No 3. Masa testing bau tu rasa perfume Ralph tu la bau sedap sekali, sekarang bila dah pakai eh, perfume Romance lagi best. Nyesal lak tak amik Romance hari tu. Kui3... Oh ya, set ni dibungkus oleh staf Ralph Lauren di Sogo ;) Very good service and friendly staff..


5. Telekung
Beli di PKNS Shah Alam, RM90. Ni Sulam Indonesia namanya. Cantik gak bila jadi hantaran..hehe


6. Coklat
Ni mak sedara belah suami yang buatkan. Sedap!


7. Buah-buahan
Biasalah, ini mesti ada dalam senarai hantaran ;)


8. Kain pasang
Kain pasang yang dipilih sendiri oleh suami. ;)


9. Bunga telur
Saya hampir2 tak perasan ada hantaran ni. Yela masa kenduri mana la sempat nak tengok hantaran pun. Cameraman pun tak perasan rasanya sebab dia tak amik gambar hantaran ni. Ni gambar masa orang tengah berarak. Hehe.. telur ni pun tak rasa, bagi kat sedara-mara kot...


Hantaran daripada pihak perempuan:

1. Sirih junjung
Sume hantaran saya mak saudara yang buatkan. Saya sediakan barang aje. Rasanya sirih ni sebagai simbolik dan adat je sebab kalau pikir2 balik, sape la nak makan sirih tu? Hehe...

sirih junjung penuh bunga ;)
2. Buku: Biografi Agung Rasulullah
Buku ni suami yang pilih. Dia kata kandungan buku ni dengar ceritanya lengkap dan bagus la...belum baca lagi sebab selama ni buku ni duk kat Kelantan, hehe. Nanti bila rumah dah boleh duduk boleh la angkut sume barang hantaran + hadiah kahwin ;)


3. Set belt dan wallet
Puas juga nak memilih set yang berkenan di hati si dia ni. Haha. Sebab asalnya dia minat sangat ada satu belt Levi's punya. Tapi kitorang tangguh dulu beli sebab nak tunggu kot2 harga murah sikit nanti. Tup2 datang lepas tu dah habis stok. Banyak kali survey tempat lain pun dah tak jumpa. Huhu....takpela, nak wat camne kan. Amik jela yang B.U.M ni. Hehe.


4. Kasut Onitsuka Tiger
Ni beli kat Sunway Pyramid. RM249.


 5. Jam tangan Timex
Nak cari jam yang berkenan la paling payah rasanya. Kriteria ketat sangat kot. Hihi... Tapi puas hati. Cuma takde rezeki, jam ni baru2 ni hilang sebab rumah sewa husband kena pecah masuk. Huhu.

Jam Timex, RM 620
 6. Sejadah
Ni beli kat kedai sejadah yang baris Pustaka Minerva tu kot. Dapat la harga dalam RM50 rasanya. Nak yang tebal dan lembut, corak tak serabut. Alhamdulillah dapat juga. Pastu boleh lak terjumpa sejadah dengan ketebalan dan kelembutan yang hampir sama kat Jakel, harga dalam RM28. Adoi. Takpe2 dah beli jangan tengok tempat lain dah.


7. Blueberry tart
Sumbangan daripada mak saudara, dia tempah kat Kuantan. Ada lagi sebekas untuk family kitorang tapi lepas kenduri lesap ditapau orang. Huhu.


8. Coklat
Coklat ni saya tempah dua set dari junior sekolah dulu. Satu untuk hantaran, satu untuk family makan. Campur harga pos total Rm120. Sedap! Tapi sayangnya coklat pecah dibuat dek Pos. Tu yang comot tu. Huhu...


9. Set Perfume: Ralph Lauren
Puas cari gambar hantaran perfume ni rupa2nya cameraman tak amik.. huhu. Nasib baik ada yang dari jauh. Ni beli kat Sogo gak sekali dengan perfume saya. Pun Rm250. Dapat free beg oren, sama warna dengan botol perfume


10. Buah-buahan
Last but not least, buah!



p/s: Seronok cuci mata tengok2 semula gambar waktu kahwin... ♥

Sunday, October 27, 2013

Post-mortem majlis kahwin

Assalamualaikum w.b.t.,

Seusai majlis kenduri saya, baru saya dan keluarga terfikir apa yang kurang dalam persiapan majlis, dan apa langkah berjaga-jaga yang patut diambil untuk menyempurnakan lagi persiapan majlis tersebut:
  1. Kad kahwin - ni ambil pakej masa pameran pengantin. Satu perkara penting yang kita kena hati2 bab promosi masa pameran ni ialah ditipu. Kisah kitorang kat sini, tertipu dan hampir2 rugi lah juga.... Contoh ayat yang kita kena hati2 ialah bila salesman tu kata, "Ok pakej kad awak ni, sume2 yang tunjuk dalam flyer ni boleh dapat.. Bayar RM100  untuk booking..." Pastu kita pun bayar sebab dah tertarik dengan pakej dia. Dia pun cakap, "Ok saya tick kat dalam borang resit ni, awak boleh dapat kad dengan sampul surat, kotak door gift, badge, bunting, thank you tag. Takpe saya tak specify lagi jenis kad dengan kotak sebab datang kat kedai nanti awak boleh pilih lagi, banyak lagi design kalau nak tau. Kat pameran ni kitorang bawak sikit je ni.... Jangan risau. Datang jumpa saya kat kedai nanti...kita boleh bincang lagi." Dalam kes kitorang, saya sepatutnya suruh salesman tu tulis siap2 dalam resit, kad yang mana dan kotak yang mana. Barulah ada hitam putih dan takdelah kita rasa tertipu sangat kan. Tak salah rasanya sebab kita sebagai customer ada hak untuk tau betul2 apa yang kita akan dapat setelah bayar.
  2. Cuti - bab cuti rasanya jangan kedekut la...maksud saya sebelum majlis. Sebab yang penting kita nak prepare diri kita sekali untuk hari bermakna tu. Saya ambil cuti sehari je sebelum majlis. Terpaksa. Sebab bos tak bagi cuti lelama huhu. Tapi kalau saya boleh putar balik masa, saya akan fight untuk cuti 2 - 3 hari sebelum majlis. Lebih2 lagi kita kerja di Lembah Klang tapi kita nak balik belah Utara/Pantai Timur/Selatan tanah air. Kalau cuti sehari sebelum je memang rushing habis. Pastu gelabah lebih sebab takut tak sempat siap itu ini. Pastu ada la benda2 kecik yang tertinggal/terlepas pandang. Memang nak cari jalan untuk ketidaksempurnaan majlis. Enough said.
  3. Senarai tugas - senaraikan elok2 tugas yang perlu dilakukan untuk menjayakan majlis, dan  siapa yang bertanggungjawab. Contohnya siapa yang patut jaga barang2 hantaran, bilik pengantin atau mana2 bilik yang menempatkan barang2 berharga, bekas duit salam kukut, hadiah, dan tak lupa buku tetamu kalau ada. Bunyi macam senang nak agih kerja kepada 2 - 3 orang je ye.. jangan... kalau seorang terpaksa jaga 2 atau lebih benda, takut2 nanti tak cukup petugas sebab masa kenduri kadang2 petugas kat tempat buku tetamu terpaksa tengokkan kejap barang dalam rumah bila ada orang mintak tolong. Pastu ada la benda2 ad hoc yang penting dan menyebabkan dia tak dapat kata 'Tak boleh tolong'. Sudah berapa banyak kes barang hantaran hilang kan...silalah berhati2. Macam kitorang, buku tetamu tak ramai pun yang tulis sebab takde orang jaga. Pastu lauk pengantin dan kuih-muih yang dibawa oleh saudara-mara sikit pun kami tak dapat rasa sebab habis ditapau oleh jiran yang tak berapa nak baik. Yelah, bukan penting sangat tapi still rasa terkilan sebab tak begitu sempurna. Huhu...  Jadi, silalah buat senarai tugas/pelan, dan stick to it!
  4. Katering - kalau boleh, uji rasa dulu masakan pihak katering, sedap atau sebaliknya. Risik2 dengan orang lain yang ada ambik khidmat katering tu. Google untuk cari reviews pun boleh... Macam saya pulak, mungkin nak jadi rezeki, saya tak taste dulu makanan sebab takde masa nak gi, dan tak kenal pulak orang yang ada ambil khidmat katering tu, tapi alhamdulillah masakan dia sedap. Semua puji. Memang recommended, Fahami Collections di Temerloh.
  5. Baju dan mekap - Confirmkan betul2 setiap pakej yang kita ambil. Apa yang kita akan dapat, bila waktunya dan di mana tempatnya, siapa yang bertanggungjawab untuk mekap. Saya ambil khidmat mekap dan baju pengantin dari mak andam lain2. Mekap tu sekali dengan hiasan pelamin dan bilik. Masa ambil baju, saya pilih kebaya Indonesia. Mak andam tu pun kata ok nanti saya akan dapat baju, kain, veil, tiara, rantai. Inner sendirian berhad jelah. Tapi dia tak mention pun kena pakai korset. Aduh... Saya pun takdela search2 kot ada korset nak kena pakai kan....hmmm....Masa majlis baru la gelabah camne nak pakai korset sebab rupanya korset ni kena ukur dulu kat badan, baru tau saiz yang sesuai. Mekap pula, mula2 dah tanya siapa yang mekapkan. Dia kata Makcik Eton lah. Tapi silapnya saya tak follow up lagi bimbang dia terlupa ke... Maka masa hari nikah la baru tau rupanya mak andam ganti yang mekapkan. And the result was very frustrating... Dah habis majlis, nak bayar baki lagi RM900 kat Makcik Eton, barulah dia minta maaf sebab dia tak tau mak andam ganti tu mekap teruk. Dia cakap orang tu yang tawarkan diri, kata dah banyak mekap orang..hmmm...

Setakat ini dulu yang teringat. Kalau ada tambahan akan dikemas kini lagi ;)

Wednesday, October 23, 2013

Loghat negeri saya: Loghat Pahang

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya anak jati Pahang. Lahir di Kuantan, membesar di Maran. Sekolah rendah kat Maran, pastu sekolah menengah masuk SEMSAS kat Kuantan. Kampung pun kat Pahang aje. Belah mak di Mentakab, belah ayah di Kuantan. Memang tak lepas ke luar Pahang pun. Kalau ikutkan, loghat Pahang mesti power la kan? Hmm… Tak juga, sebab family belah ayah tak cakap Pahang sangat..sikit2 aje. Mak aje yang cakap bunyi pure Temerloh.

Itupun, kitorang adik-beradik tak digalakkan cakap Pahang sebab kononnya takut malu lah cakap dengan orang luar bunyi pelik sangat, macam dari kampung mana ntah. Takut tak boleh tune lidah bila cakap Melayu standard. Mak saya kata, arwah wan dulu pun pesan gitu kat dia, jangan cakap kampung sangat, malu nanti orang dengar sebab buruk sangat bunyinya. Lagipun orang tak faham apa kita cakap…

Dulu, kawan2 masa sekolah even orang Pahang pun, kalau kita terkeluar perkataan kampung atau sebutan dalam/pekat sikit, diorang pandang semacam. Pastu yang nakal2 confirm ejek. Persekitaran macam tu memang membuatkan kita tak selesa la nak guna loghat kampung kita kecuali dengan geng kawan2 rapat atau orang kampung kita sendiri, kan? Sudahnya penggunaan loghat Pahang saya entah berapa peratus je, bila balik kampung belah mak di Mentakab, mula la tercengang2 tak paham bila berborak dengan makcik2 kat kampung. Huhu. Siap terpaksa mintak ulang banyak kali. Budget bandar lah sangat kan…

Pun begitu, saya kadang2 terlepas juga perkataan dari loghat Pahang bila berborak dengan member kat matrik dan UiTM. Masa tu la baru saya tau, eh, perkataan ni orang luar tak tau ke? Saya ingatkan perkataan standard keh3… Berikut contoh situasi yang saya alami:

Situasi 1: Di Kolej Matrikulasi Kedah, tahun 2005… Saya tengah berborak dengan room mates yang masing2 dari Kelantan, Terengganu dan Perlis. Mengenai seorang kanak2 perempuan yang friendly dan petah berkata2. Anak pembantu makmal kalau tak silap…dia suka approach student matrik yang tengah lepak luar bilik tutorial/makmal sementara tunggu kelas lain dalam tu keluar..

Room mate: Comel kan budak pempuan tu? Berani dia dengan orang tak kenal…dia datang tegur masa kitorang tunggu luar makmal. Becok je mulut dia tanya itu tanya ini…
Saya: Itulah, homeh betul budak tu. Tapi suka la layan dia sebab dia bukan jenis malu2..
Room mates saya sume terdiam dan tanya balik: Hani, awak sebut apa tadi?
Saya: Sebut apa? (pikir2 balik)….. homeh?
Room mate: Ha’ah… apa tu?
Saya: (terdiam kejap nak translate)…emm..homeh tu maksudnya riuh la, banyak bercakap, sama la dengan becok.. Eh. Ingatkan korang paham…?
Room mates: Kitorang tak pernah dengar pun perkataan tu.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 2: Di rumah sewa kat Seksyen 7 Shah Alam, tahun ketiga study (2009). Kitorang berempat satu bilik, saya (Pahang), Yana (Langkawi), Nana (Terengganu) dan Ain (Perak). Masa tu dah masuk Isyak dan saya nampak langsir kat dalam bilik sedikit terselak.

Saya: Yana, bela sikit langsir…kang orang luar nampak lak..
Yana: (pandang saya dengan blur) Hah...?
Nana: (gelak) Hani....Yana tak paham tu. Yana, betulkan sikit langsir tu jangan bagi terselak. (Gelak lagi)
Yana: Ohh..ok….
Ain: Ain pun terkejut dengar Hani kata bela… bela langsir? Haha..
Saya: Sorry2…terlupa. Haha. Ingatkan sume orang paham maksud bela kat sini apa. Hehe.. maksudnya baiki atau betulkan..
Yana: Bukan bela macam untuk bela kucing ke, ikan ke…?
Saya: Haha..tak..orang Pahang je kot cakap macam ni..hehe. Kalau kata nak gi repair kereta kitorang kata gi bela kereta..hehe
Yana: (geleng kepala)..ish2..terkejut kite dengar..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 3: Di rumah sewa yang sama, kitorang tengah tengok Akademi Fantasia, selain kami berempat kat atas, ada lagi 3 orang housemate yang semuanya orang Pahang. Dila (Pekan), Yana (Pekan), Rohai (Rompin). Masa tu tengok sape ntah berpeluh2 banyak gila masa tengah nyanyi.

Ain: Ee… banyaknye peluh.. macam mandi. Geli tengok…
Saya: Tula, panas kot atas pentas banyak lampu.. aircond lak tak terasa..
Dila: Dila pun geli tengok.. habat betul…
(Ain, Yana Langkawi dan Nana pandang Dila)
Yana Langkawi: Dila cakap apa tadi?
Dila: Habat..macam…pengotor la. Sorry la korang tak paham. Terlepas lak cakap Pahang haha.
Yana Pekan: Itula kitorang yang lain ni diam je sebab sume orang Pahang. Terlupa kat korang hihi….

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 4: Saya bercerita dengan room mates yang 3 orang tu pasal sorang budak pempuan yang mak saya jaga. Umur 2 tahun lebih, suka duduk dekat saya masa saya main game kat FB. Masa tu musim main FarmVille.

Saya: …ada sekali tu saya letak pendrive kat tepi laptop..pastu budak ni gi ambik pastu kepat.. Adoi. Nasib baik bertutup. Kalau tak habis basah dalam dia.
Nana: Dia buat menda Hani?
Saya: Dia gi kepat. Ingat boleh makan kot.
(Nana, Ain dan Yana buat muka blur)
Saya: Korang tak paham ke? Alamak sorry, orang Pahang je eh yang guna perkataan kepat? Erk…
Ain: Tula, Ain dengar tadi rasa pelik. Kepat? Ikan sepat ke? Dengar terus terbayang ikan sepat..
Saya: Erm..dia macam hisap tapi bukan hisap..macam mana nak cakap ye. Ala macam kepat gula-gula tu…
Yana: Tak paham..gigit ke?
Saya: Bukan2..ala. Macam kita makan gula-gula, kita bukan hisap kan.. Macam..ala susahnya nak jelaskan. Haha..korang cakap macam mana kalau kita makan gula-gula…? Kita bukan sebut hisap gula-gula. Pun bukan kemam gula-gula.
Ain: Just..makan gula-gula la. Takde perkataan lain dah….
Saya: Ok takpela..haha. (putus asa explain)
**kepat – perbuatan mengulum atau menyonyot.. Saya rasa tengah2 antara kemam dan hisap. Hehe.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 5: Tengah bermesej dengan kawan saya yang ambil kos perladangan. Dia orang Johor. Kena praktikal kat Muadzam, Pahang.

Saya: Camne praktikal kat sana? Best x? Hehe..
Kawan: Erm, boleh la…penat la sikit sebab memang hari2 balik lambat..
Saya: Ohh..dengan orang sana cmne? Ada masalah bahasa x? Hehe..
Kawan: Eh xdela, ok je sume. Cuma pelik sikit la sini. Ada ke diorang panggil kelekatu tu ulat….
Saya: Haha. Memang orang Pahang panggil mcm tu.. serangga pelik2 pun kitorang sebut ulat je..
Kawan: Tapi tu bukan ulat…
Saya: Ye, tau…tapi dah memang panggil mcm tu..jangan tanya nape. =P

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Ada juga frasa2 seperti ini:

“ Kak, nah ambik bekal ni. Bagi ke adik bagai.”
Maksud: Kak, nah ambik bekal ni. Bagi kat adik sekali.

“Hoh, tak perasan lalu aok ade kat sebeloh…”
Maksud: Hah..tak perasan langsung awak ada kat sebelah…
**rasanya perkataan lalu di sini adalah singkatan daripada selalu, yang sama penggunaannya dalam loghat Kelantan dan Terengganu..bermaksud terus atau langsung. Pantai Timur la katakan, mesti ada yang sama..heehee..

Kome anok-beranok gi doh tempat tu semalam. Tok beh lalu…tok soh gi, membazir jek.”
Maksud: Kami sekeluarga dah pergi tempat tu semalam. Tak best langsung..tak usah pergi, membazir jek.”


Dalam loghat Pahang, sebutan ‘a’ akan jadi ‘o’, contoh:
Sekolah = sekoloh, Biar = bior, Maksu = Moksu, Payah = payoh

Ada juga sebutan ‘a’ yang akan jadi ‘ae’, maknanya kita sebut a tapi mulut dan lidah seolah2 sebut e (spt epal), antaranya:
Dewan, kawan, pakai, sampai, lambat = seolah2 disebut spt dewen (silent n), kawen (silent n), pakei, sampei, lambet


Sekali dengar, loghat Pahang ni hampir sama macam loghat Perak. Cuma, bila diperhatikan betul2 baru la orang luar akan nampak bezanya. Contoh, orang Perak sebut kome tu maksudnya kamu, tapi kalau Pahang, kome maksudnya kami. Loghat Pahang ni, lain daerah lain pula gaya bahasanya. Orang kata loghat Pahang ikut aliran sungai, belah hulu airnya deras, oleh itu orang belah hulu (Lipis, Raub) cakap laju. Makin ke hilir makin leweh (lambat/lemah longlai).

Beberapa lagi perkataan Pahang yang saya selalu guna bila bercakap dengan family/kawan2 Pahang:

Bedo’oh – tipu. Contoh: “Nak tau tak, nama ko naik kat Guru Disiplin..siap ar ko..hehe.” “Ah..bedo’oh! Sikit pun tak caye.”

Biroh – gatal, miang, gedik. Contoh: “Weh, tengok artis ni bergambar bukan main seksi… biroh betul pempuan ni..”

Cike – rasa mual, muntah. Biasanya mak saya gunakan dalam ayat ini: “Lepas makan manggis jangan minum air manis, nanti cike.”

Goner – macam mana. Guane kalau Tganu/Klntn. Biasanya mak saya sebut goner gaya. Contoh: “Ala, kedai tutup la mak. Tak dapat beli la barang gini…” “Hah. Goner gaya kita ni. Nak cari kedai mana pulak..”

Gonyoh – sental kuat2. Contoh: “Baju ni takyah basuh masuk mesin. Gonyoh je dengan sabun mandi.”

Hunyai (tak pasti ejaan camne, he3) – serabut/serabai. Contoh: “Mana budak rambut hunyai tu? Lama tak nampak dia..” (refer pada rambut yang serabai)

Ledot – pekat. Contoh: “Masak atas dapur sampai kuah dia ledot.”

Lokoih – kotor sangat2. Mak saya selalu cakap gini bila tengok baju sekolah adik saya: “Tengok tu, habih baju skoloh tu lokoih! Main tanoh ye?”

Muyaih – comot sangat2. Contoh: “Eee..tengok muka tu, muyaih! Makan aiskrim tak senonoh langsung!”

Remoh (sebut macam ray-moh) – sisa makanan yang jatuh ke lantai. Contoh: “Kutip balik remoh nasi tu..kang terpijak..”

Sontok – suntuk. Contoh: “Bilik ni kecik, sontok ni ha letak meja kat sini. Kena alih tempat lain.”

Nak taip panjang2 tapi dah malas lak. Hehe. Refer ajelah kat link bawah ni senang citer ;) Bagus ada usaha membukukan loghat kita, hihi…banyak juga yang saya tak pernah dengar pun. Boleh tengok balik link ni kalau lupa atau tak faham...haha...