Pada bulan Ogos lalu, saya ada join give away anjuran majalah CLEO. Masa tu sesaja join sebab kredit prepaid dah cecah RM80, asyik topup bila expired tapi tak banyak guna pun. Kebetulan bila belek2 CLEO bulan tu banyak pulak produk untuk give away yang best2, jadi saya pun ambik keputusan untuk laburkan sikit kredit - hantar sms untuk pilih produk yang saya suka. Untung2 naik nama, dapat juga produk mahal kan? Ekeke..
Peraduan tu tamat pada 31hb Ogos. Pastu pada 2hb Sept, ada sampai sms yang bagitau saya menang produk Mary Kay Sunscreen. Sila collect sebelum 13hb Sept. Pulak. Takkan saya nak datang ke KL semata2 nak collect benda ni je? Saya pun hantar emel tanya boleh tak saya hantar wakil ambikkan.
Rupa2nya, boleh pos, tapi kita kena bayar wang kiriman pos dahulu sebanyak RM15. Mahal? Em, dari situ la kot dia buat untung jugak, selain sms yang dicas RM1 setiap satu. Huhu. Tapi, nilai sebenar produk tu RM75. So still ok la kan. Kalau bukan sebab give away, saya pun tak teringin nak beli sunscreen ni kat luar sebab mahal. Hehew...
Kira-kira 2 minggu lepas buat wang pos, produk ni pun sampai ke rumah saya. Cepat2 bukak dan belek...
Krim dia warna putih, takde bau. Mula2 pakai sunscreen ni, muka jadi berminyak, maybe sebab kulit muka saya jenis berminyak.. Pastu kat kulit muka ada rasa tingling atau dalam bahasa melayunya rasa macam kena gigit2 dengan semut kecik gitu...pedih2 gatal tapi tak la kuat sangat. Kulit muka tak jadi merah2 pun. So saya anggap normal jela kot rasa macam tu. Biarkan sekejap, lepas tu tepek compact powder bagi tutup kesan kilauan akibat minyak. Haha.
Lepas 15 minit pakai baru la keluar rumah...ikut nasihat dekat kotak dia jela. Saya pakai lebih kurang 6 jam sebelum balik rumah dan cuci muka. Sepanjang keluar tu, amazingly kulit muka saya takdela jadi tambah berminyak, dan tak rasa macam pakai krim apa2 pun kat muka. Seolah2 semua krim terserap dalam kulit. Nice!
Result penggunaan? Baru pakai 2 kali memang takdela nampak kesan apa2... sebab sunscreen ni bukannya krim pemutih. Hehe. Tapi saya cuba percaya kesan perlindungan matahari yang produk ni berikan sebab ia SPF 50. Oh ya, produk ni kalis air so kena ready pencuci muka la bila nak cuci.. ;)
Saya akan try buat eksperimen kemudian untuk lihat perbezaan bila pakai produk ni. Maybe sapu kat sebelah tangan je selama sebulan? Hehe...will be updated later.
No comments:
Post a Comment