Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Wednesday, November 19, 2014

Berpantang 40 hari

Assalamualaikum,

Entri tertunda sebab takde masa nak taip. Hihi. Macam alasan je sebab patutnya boleh je taip sikit2 then save kan? Malangnya saya bukan jenis macam tu. Time nak taip, taip panjang2 terus. Baru best idea menaip mencurah2, haha. Kalau masa yang ada ciput jek nak menaip baik takyah, sebab idea tak flow dengan baik bila taip sikit2. Kui3...

Sejak ada baby ni rasanya ibarat melekat dengan baby jela. Kejap2 menyusu, kejap2 kencing, berak, ada kalanya nak berborak, kalau takde orang layan dia mula la dia nangis. Kadang2 waktu pagi dan petang saya tido jugak kat baby sebab nak harapkan tido time malam memang tak cukup. Ok cukup mukadimah. Tujuan sebenar nak cerita pasal berpantang.

Berpantang sebenar mula pada hari ketiga lepas bersalin, iaitu pada 21/7/2014, Isnin. Sebabnya hari bersalin (Sabtu) kena duduk wad dulu sehingga tengah hari esoknya (Ahad). Balik rumah hari Ahad tu kira pantang setengah hari la..hehe. Start dah makan menu nasi putih, ikan bakar, pucuk mengkudu dan pegaga. Pucuk mengkudu? Not bad. Kalau dapat pucuk yang betul2 muda takde la pahit sangat. Kalau pahit, cicah dengan lada hitam dan garam lebih sikit. =D

Hari Isnin, start berurut dengan bidan. Bidan ni jugak yang cucikan uri. Kata mak saya, masa bidan tengok uri, dia kata mesti budak besar sebab uri dia besar. Mak kata eh tak la, baby kecik je, 2.56 kg je. Bidan terkejut, dia kata selalunya uri besar, budak tu pun besar. Pastu masa dia pegang area tali pusat kot, ada macam biji2, dia kata kalau ikut biji2 ni, ada 8 anak semuanya nanti. Siap ada kembar. Wah. Bestnya kalau betul macam yang bidan cakap. Heheh. Memang berangan nak anak kembar pun.

Pagi2 tu saya pun tak mandi lagi, tunggu ayah dan suami saya jemput bidan dari Kg Sentosa pukul 9 pagi. Lagipun mata tengah ngantuk sebab malam bukan tidur lena, kejap2 susukan baby, tukar lampin baby. Bila bidan sampai, dia siapkan air panas dan mula masukkan daun2 yang dia dah kumpul untuk buat air serum. Lepas tu dia letak bekas berisi air serum tu kat bawah kerusi plastik dalam bilik air. Dia suruh saya duduk atas kerusi, then dia letak tikar plastik keliling saya, tutup bahagian terbuka kat atas dengan kain batik. Kira kepala saya jela yang keluar. Ni proses bertangas namanya atau sauna. Bidan kata buat bertangas dulu untuk lancarkan peredaran darah, kembangkan daki2 kat badan biar senang nak cuci nanti, buang segala toksin melalui peluh. Memang berpeluh2 banyak la, sampaikan saya mintak segelas air masak sebab rasa pening. Haha. Pastu bidan tanya, tak makan lagi ke pagi ni? Saya geleng. Dia pesan lain kali makan dulu pagi2, kalau tak silap2 pengsan lak time sauna...hehe.

Bertangas tu lebih kurang 15 minit je, sambil2 duduk dalam tu saya gosok2 badan supaya daki tanggal. Lepas siap bertangas, bidan ambil air serum dari dalam bekas tu buat mandi saya. Nampak macam2 daun dalam tu, cuma yang saya kenal daun pandan dengan daun kunyit. Hehe. Bidan ada cerita daun apa dia guna, antara yang saya ingat daun mengkudu dan serai wangi. Best mandi serum sebab bau wangi dan rasa segar. Punya baik bidan tolong sabunkan dan syampukan saya sekali, hehe. Gosok badan guna daun2 dari air serum tu. Bidan pesan lepas lap kering badan, time nak pakai pad tu titis sikit ubat luka pada pad supaya luka jahitan cepat baik.

Siap mandi, bidan urutkan, bermula dari kaki. Lepas berurut satu badan, air susu mula keluar dengan banyak, kita pun rasa sakit sebab breast membengkak. Alhamdulillah bermula dari hari tu boleh la bagi susu badan kat baby. Masa berurut tu ada ketulan agak besar kat bawah ketiak, bidan kata kena urut ni jangan biar ketulan macam ni. Itu sebenarnya air susu yang tersekat kat saluran kat bawah ketiak. Kalau biar, tu yang boleh jadi breast cancer (nauzubillah). Tapi bila bidan urut kat ketulan tu, ya rabbi memang sakit macam nak terkencing rasa. Tahankan jela sambil pejam mata kuat2, huhu.

Proses berurut dengan bidan ni berterusan selama 3 hari, pastu bidan pesan hari ke 44 atau lepas pantang nanti jemput dia lagi untuk buat pelepas. Tak faham pun pelepas untuk apa tapi ya kan jela. Lepas 3 hari berurut tu memang rasa ringan sikit badan, nak bergerak takdela rasa lenguh2 sangat. Bayaran bidan RM250, tak termasuk yang dia nak buat pelepas tu.

Bab makan time berpantang ni, ada la yang saya main taram je, bukan pantang betul2 pun, hehe. Dah la time nak dekat raya. Itupun sebelum bersalin hari tu dah siap beli biskut raya, makan dulu banyak2 supaya kononnya time raya nanti tak la terliur sangat, hehe. Hari ketiga lepas bersalin tu saya dah langgar pantang. Petang Isnin lepas berurut dengan bidan tu, saya rasa pening2 macam kurang gula. Lalu saya pun order la dengan suami, minta belikan susu strawberi Dutch Lady. Nak minum yang sejuk sikit lak tu sebab tak berapa minat susu yang tak sejuk. Dalam pukul 6 lebih saya minum la satu mug susu strawberi. Pukul 7 lebih susukan baby. Malam tu baby nangis tak henti2, rupanya dia kembung. Mak saya tanya ada makan apa, rupanya mungkin sebab susu strawberi tu. Saya tanya mak, sebab sejuk ke? Mak kata sejuk tak effect kat baby, effect kat kita ni takut bentan, perut kembang, tapi baby kembung maybe tak tahan perisa strawberi tu la kot. Sebab kalau minum susu full cream ok je.

Kesian tengok baby nangis lama, yela dia baru umur 3 hari dah sakit perut lak. Lepas tu saya janji pada diri sendiri, dah tak nak sentuh susu strawberi dah pasni. Daripada teringin macam2 terus jadi boleh tahan nafsu makan sebab takut anak yang terkena effect. Huhu. 

2 minggu lepas tu raya, ape lagi saya makan jugak sebijik setiap jenis biskut raya. Hihih. Tapi menu sarapan best. Mak buatkan daging bakar. Makan dengan nasi impit. Sampai orang lain jeles sebab daging bakar tu sedap hahaha. Pagi raya bergambar dengan baju raya okey..sebab kejap je dah slim balik hehe. Actually takde baju raya pun, saya dan suami pakai balik baju nikah kitorang. Baby yang berbaju raya Disney. Betul kata orang, bila dah ada anak ni, memang semua anak dulu, mak ayahnya kemudian =D  Siap bergambar tukar balik pakai t-shirt dengan kain batik. Mesti berstokin ye sebab takut angin masuk badan.

Menyusukan baby setiap 2 jam, malam pun macam tu jugak. Maka kita cepat la lapar, makan nasi dalam kuantiti sikit tapi kerap. Sebab pakai barut kan jadi tak boleh nak sumbat makanan banyak2. Lepas nyusu baby pukul 4 pagi pun saya pergi buat air Vico panas dan cicah biskut tawar. Lapar betul.

Lepas 3 minggu lebih kurang, saya start makan biskut tawar sapu Nutella. Haha. Tak tahan boring tekak makan biskut cicah air Vico panas je. Mak kata orang pantang boleh minum kopi (bukan Nescafe ye), sebab teh je yang buat angin, kopi tak. Tapi bila saya minum kopi baby kembung gak, so saya just minum Vico jelah. Luka jahit pun dah elok dalam masa 2 minggu so minggu ketiga tu mak bagi saya makan ikan goreng dah. Hehe. Tapi ulam masih lagi kena makan sebab tu je sumber serat..selain makan kurma. Buah2 tak berani nak makan lagi takut sejuk ke apa ke. Masa tu memang rajin la makan ulam meskipun saya ni bukan la penggemar sayur, tapi sebab takut sembelit punya pasal. Cuak kot bila nak buang air besar sebab takut jahitan terbuka, huhu.

Jamu pulak saya start makan lepas 2 minggu bersalin sebab takut baby kuning. Tapi alhamdulillah baby tak kena kuning. Cuma jaga2 jugak la sebab nurse kata kuning ni boleh jadi dalam masa 2 minggu tu. Jamu tu mak saya yang belikan dari orang kampung, takde jenama apa pun. Sampai sekarang masih lagi makan sebab satu, untuk jarakkan kelahiran dan satu lagi untuk kuatkan balik badan kita. Bila makan sebenarnya takde la rasa lain macam segar ke apa, tapi bila TAK makan (biasala orang malas makan ubat, hehe), mula la rasa sengal2, lenguh2 urat, nak gerak pun rasa berat je.

Set bersalin saya beli Set Afiat. Yang kotak warna hijau ye. Mula2 tersalah beli, kotak warna kelabu, tapi namanya Warisan Afiat. Tapi google2 orang kata set Afiat yang ok, tak jumpa lak untuk yang Warisan Afiat tu. So mintak suami gi tukar balik. Set Afiat tu harganya RM80 je kat kedai tu (harga asal RM85). Review kemudian sikit la sebab tak semua dalam set tu saya guna lagi, especially jamu dia, huhu.

Sekian entri kali ini. Wassalam...

p/s: baby tengah tido, tak meragam hari ni..alhamdulillah. Keje umah dah settle, so boleh ngadap blog. (^_^)y


Monday, August 11, 2014

Selamat lahir ke dunia, anakku! Part 2

Assalamualaikum w.b.t.,


Ni sambungan ceritera kat wad lepas bersalin...

Sabtu, 19 Julai 2014: Hari ketiga di wad

Masa memula duduk kat wad, nak naik atas katil memang cuak sebab kita ni berjahit, katil lak agak tinggi. Itupun dah mintak suami tolong adjust ketinggian katil hingga ke paling minimum. Nak duduk pun bukan boleh betul2 flat atas punggung, kena macam senget sikit sebab perit rasa. Dan yang paling penting nak bangun dari katil memang kena elok2, step by step, jangan sesekali teran perut, takut kena buasir pulak nanti.

Lepas suami dan family dah kena keluar sebaik tamat waktu melawat, saya just duduk kat kerusi sebab lembut sikit berbanding tilam. Memula tu baby tido je, tapi dalam pukul 3 dia nangis. Try susukan dia (padahal susu takde lagi keluar), dia nangis jugak. Kebetulan ada nurse datang so dia suruh cek kot2 baby berak ke kencing ke. Bukak pampers (yang diberi oleh hospital), oh betullah baby berak. Penuh lak tu pampers saiz newborn tu. Ini kali kedua dia berak sebab lepas lahir tadi, nurse ada bagitau baby dah berak, masa dia bersihkan baby kot. Pastu saya lak panik sebab rupanya takde bawak wet tissue untuk baby. Try cari dalam goody bag yang pihak hospital bagi, just ada sampel2 pampers, krim ruam dan sabun mandi baby je. Lastly orang sebelah katil offerkan dia punya wet tissue, huhu. Lepas bersihkan baby baru la dia senyap. Pampers lak kena ambik sampel dalam goody bag tu sebab pampers baby yang saya bawak saiz s, terlalu besar untuk dia. Yelah dia pun halus je, 2.56 kg. Saya call mak lepas tu, rupanya memang mak takde bawak sekali bekas wet tissue tu masa hari saya nak masuk wad. Kui3...

Then terpaksa la minta suami belikan wet tissue. Minta jugak dia carikan air zam2 sebab nak bagi kat baby sementara susu badan belum ada. Masa suami melawat petang tu, kedengaran pulak nafas baby macam berbunyi, seolah2 ada kahak atau hingus yang menyekat nafas dia. Kitorang tanya kat doktor, then doktor bawak baby masuk satu bilik, diorang nak cek dan keluarkan kahak kalau ada. Tak lama lepas tu doktor hantar baby dan explain yang baby takde apa2, ok je tapi diorang pun ada sedut sikit kahak dia. Malam nanti kalau jadi lagi, boleh panggil lagi nurse untuk cek semula.

Alhamdulillah, saya tak rasa letih mahupun mengantuk lepas bersalin tu. So saya banyak spend masa duduk je atas kerusi, sambil2 tengok baby. Then orang sebelah katil kata, awak bersalin normal ke ceaser? Kalau normal, kena banyak baring, tak boleh duduk lama sangat. Kalau ceaser macam dia, kena banyak berjalan. Tapi sakitnya perut dia kata macam time nak beranak pulak. Hmmm, gitula, orang ceaser time bersalin memang tak sakit, tapi lepas bersalin tu yang merana. Dah la bila gerak kena sangat hati2 takut jahitan kat perut yang terbuka. Huhu. Then saya try baring, tapi tak boleh mengiring sebab sakit pinggang. Kena terlentang jela. Pastu lama2 dah terasa betis sakit sangat2 macam bengkak. Bila tengok memang agak bengkak pun kaki. Mungkin sebab lama sangat pegang dalam position yang sama masa kat labour room tu. Sejam lebih kot. 

Malam tu suami datang lagi sekejap, dan saya minta suami sapukan losyen Anugerah dan urut sikit kaki. Pastu pakai stokin. Baby tido je, dan start jaga lepas suami balik. Saya bagi je baby menyusu walaupun tak pasti ada tak at least colostrum yang keluar, tapi nampaknya baby macam tak puas langsung walaupun kuat dia hisap. So saya titiskan sikit2 air zam2 kat bibir dia, at least dia ada minum. Dalam masa sama saya pun minum sikit2 air zam2, dan makan kurma, doa supaya ada la susu untuk si anak. Pastu tetibe baby keluarkan air liur berbuih2, terus saya angkat dan tegakkan dia, then dia macam tersedu kot. Saya pun tekan butang emergency dan nurse datang jenguk. Saya bagitau terus terang yang saya ada bagi air zam2. Terus kena marah dengan nurse, kata jangan bagi apa2 air, just bagi susu badan. Saya kata belum ada susu badan. Nurse ajar cara picit nipple, rupanya ada je air kuning tu yang mengandungi colostrum tu. Alhamdulillah, baby dapat je rupanya, hopefully cukup la untuk hilangkan lapar dan dahaga dia.

Pukul 11 malam, saya rasa nak kencing sangat tapi tahan dulu sebab baby tengah nangis walaupun dah try bagi dia menyusu. Lama2 dah tak tahan, terpaksa letak je baby atas katil dalam keadaan dia menangis tu..pergi jugak toilet. Terpaksalah sebab nak minta tolong orang lain, masing2 pun tengah sakit dan ada baby yang tengah menangis jugak. Malam tu saya duduk pegang baby sampai pukul 1 lebih, barula dia nak tido. Aircond sejuk sangat sampai saya pun pakai jaket yang suami bagi. Rasa pipi dan hidung baby, sejuk. Badan ok kot sebab baby kena balut dengan kain bedung dan hooded receiving blanket lagi. Kesian lak kat baby, saya baringkan dia mengiring menghadap badan saya, biar aircond tak direct kena muka dia. Lega sikit hati bila baby dapat tido. Saya jela yang tak dapat tido sebab dengar baby orang lain nangis...pastu bila nak pejam mata je, teringat time lepas bersalin yang nurse korek darah beku tu. Huhu. Fobia lak jadinya. Orang depan katil saya siap tanya awal2 tadi, kak, akak boleh tido tak? Saya tak boleh tido la..teringat2 time nurse korek tu.... Haih sama la kita dik, memang horror.

Ahad, 20 Julai 2014: Hari keempat di wad

Pukul 4.30 pagi, saya kejutkan suami bangun sahur. Saya tido kejap, pukul 5.30 pagi suami datang bawa makanan. Saya mintak suami bawa bihun goreng sebab lapar. Patutnya tak boleh makan makanan bergoreng...tapi ah lantak la. Malas lagi nak start pantang beria. Hehe. Pukul 6 pagi makan bihun, pastu baring je kat katil, tak dapat tido pun. Pagi tu baby berak lagi, pun banyak jugak. Lepas nurse datang round, barula saya dapat tido kejap dalam pukul 8 - 9 pagi kot. Pukul 9 tu doktor pulak round, then nurse datang nak mandikan baby. Diorang tanya baby dah kencing dan berak ke belum. Saya kata berak dah, kencing tak pasti sebab dia berak banyak sampai penuh pampers. Then nurse bagi kain lampin suruh pakaikan kat baby, sebab senang sikit nak tengok kesan kencing. Kalau baby tak kencing lagi dalam pukul 10.47 pagi ni (24 jam lepas lahir), saya dan baby tak boleh balik lagi hari ni. Saya mesej suami, mintak sama2 doakan baby kencing pagi ni dan boleh balik hari ni jugak. Alhamdulillah, pukul 10.45 pagi doktor pulangkan baby, kata baby dah kencing banyak, kuyup satu lampin. Hehe. Boleh balik tengah hari ni. =) 

Pukul 11.45 pagi, nurse suruh pergi ke bilik sebelah sebab doktor nak cek luka dan jahitan. Tengah tunggu turn tu, jumpa balik orang katil depan masa saya duduk kat wad Kenanga 4 sebelum ni. Rupanya dia bersalin pukul 3 petang semalam. Eh, lagi lewat dari saya walaupun dia dah ditolak ke labour room hari Jumaat. Tak sempat lak nak tanya dia duduk katne selama tempoh nak bersalin tu. Takkan dalam labour room yang sejuk tu kot? Hmmm.. Dah turn saya kena masuk untuk cek luka. Doktor perempuan muda kat dalam. Sama ada sebaya saya atau lebih muda kot. Saya baring kat katil, doktor pakai glove, apply losyen putih tu dan baca Bismillah, seluk untuk cek jahitan. Ok, sakit tapi dah biasa.

Then saya tanya doktor, "Nanti nak berak camne ye doktor? Ada kena makan ubat ke?" Doktor kata, "Oh belum berak lagi ke? Em tak payah la makan ubat... banyakkan minum air, makan buah. Ok la nanti." "Err.. buah apa yang saya boleh makan doktor?" Doktor senyum, "Kalau tanya saya, semua buah saya kata boleh makan.. tapi nanti tanya la mak masing2.. ada yang kuat pantang, ada yang boleh makan sikit2.. Masa saya belajar kat India dulu, diorang takde pun pantang2 ni, makan je semua, takde apa pulak yang tak elok jadi kat diorang.." Saya senyum jela...

Balik ke katil, tengok2 suami, mak, ayah, adik, dan makngah dan pakngah saya ada datang sekali. Masing2 tengok muka baby ikut siapa, tapi semua tak dapat nak jawab. Belum nampak lagi baby lebih ikut muka mama ke papa dia. Hehe. Then ada member sekolah kitorang lak datang melawat dan bagi hadiah untuk baby - set bantal. Borak2, tak lama lepas tu nurse datang bagi vitamin dan ubat luka, dan suruh suami settlekan bil, RM 41. Lepas settle, suami tolak saya atas kerusi roda, yang lain tolong bawakan barang2. Hehe. Sebelum keluar siap kena tulis nama pesakit dan nombor plat kereta yang saya dan baby naik dekat guard. Nak elakkan kes culik baby la kot. Naik kereta, mak saya yang pegangkan baby. Cepat2 tuju ke kedai untuk cari susu formula untuk baby. Nasib baik botol susu dah beli hari tu.

Suami belikan susu Enfalac, RM 50++. Balik rumah, cepat2 buat susu untuk baby. Kejap je dia habiskan 60 ml susu tu. Laju gila hisap, lastly dia letih dan tertido. Sedih tengok, mesti dia lapar dan haus sangat sebenarnya. So sementara tunggu susu badan ada, terpaksala bagi susu formula dulu. Susu badan ada selepas berurut dengan bidan, tapi itu kita cerita next time. =)

So far, tips dan pengalaman bersalin:

- nak masuk wad, pastikan lengkap semua barang ibu dan baby, jangan jadi macam saya, siap terlupa wet tissue untuk bersihkan baby lepas dia berak/kencing. Tak semestinya nak bawak semua barang banyak2 naik wad, tapi at least ada standby dalam kereta bila diperlukan.

- ada sesetengah hospital kerajaan mungkin perlukan kita bawak sendiri cawan, termos, pinggan dan sebagainya. Alhamdulillah, hospital Temerloh dah sediakan semua tu, kecuali sudu. =)

- untuk lebih keselesaan, bawa bantal sendiri. Nasib baik suami ada bawakan bantal sebab asalnya saya terlupa nak bawa dari rumah mak. At least boleh buat peluk atau sendal belakang kita masa kita tidur mengiring ke...dalam menahan sakit tu mesti lega sikit kalau tempat baring kita selesa.

- jangan lupa bawa kain basahan untuk mandi. Sebab semua tandas dan bilik mandi tak boleh kunci, in case papehal jadi kat pesakit masa kat dalam tu boleh la orang tolong cepat. Kat wad yang saya duduk tu, pintu shower siap tak boleh tutup rapat lagi.

- pada saya, sakit bersalin ni insyaAllah kita boleh tanggung. Paling sakit ialah contraction yang dekat2 time nak meneran. Masa meneran dan nak keluar baby tu dah tak rasa sakit sangat dah. Just rasa macam ada benda besar nak keluar. Berdoa banyak2 minta Allah mudahkan urusan kita dan beri kita kekuatan =)

- InsyaAllah, air selusuh yang suami buatkan boleh bantu mudahkan lagi... Dalam kes saya, dari tengah hari Khamis sampai petang Jumaat bukaan 3 cm tak berganjak, lepas minum air selusuh yang suami buatkan (dan jugak doa2 daripada seluruh ahli keluarga kami), esok pagi terus jadi bukaan 6 cm. Lepas tu tak sampai sejam duduk dalam labour room, dah selamat lahirkan baby. Alhamdulillah... =D

Sekian untuk kali ni... wassalam...


Wednesday, August 6, 2014

Selamat lahir ke dunia, anakku! Part 1

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah... Baby keluar menjengah dunia akhirnya, hehe. Gembira tak terkata. Syukur. (^_^)

Selamat datang puteriku... Allah dah tetapkan dia keluar pada 19 Julai 2014, jam 10.47 pagi. =D

Setiap orang ada pengalaman masing2 bila mengandung dan bersalin ni. Memula dulu awal2 mengandung, cuak juga memikirkan macam mana pula keadaan saya bila bersalin. Last2 dah hujung2 dekat tarikh tu dah tak rasa apa. Then bila overdue lagi tak rasa takut nak bersalin, malah nak je dia keluar cepat2 sebab semua orang dah tak sabar. Minggu sebelum due tu isteri kepada seorang sepupu saya dah bersalin, walhal due dia 16 Julai. Saudara-mara call tanya keadaan saya macam mana. Takde tanda nak bersalin lagi ke? Belummm...hoho.

Then pada 15 Julai, seorang lagi isteri sepupu saya yang due dia 28 Julai tak silap, bersalin petang tu. Ramai saudara tanya lagi pasal saya. Haih saya dah cuak sebab kalau tak bersalin juga sehingga 21 Julai, kena pergi serah diri kat hospital untuk induce la. Huuu..tak nak kena induce. Selalu wat solat hajat dan doa supaya baby keluar sebelum tarikh tu, dan semoga takde apa masalah kesihatan baik untuk baby mahupun saya sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Khamis, 17 Julai 2014: Hari pertama di wad

Pada 17 Julai, lepas sahur saya tido dulu sebab ngantuk, ingat nak solat Subuh pukul 6 lebih. Bangun semula pukul 6.30 pagi nak buang air kecil then ambil wuduk, tetibe perasan ada setompok lendir berdarah pada panty. Eh ni tanda bersalin ke? Happy! Tapi saya tak rasa sakit pun. Semalam pun tido elok je takde sakit pinggang ke, sakit macam nak buang air besar ke. Saya panggil mak, tanya ni kira tanda nak bersalin ke? Dah tak boleh puasa ke ek? Mak kata yelah tu...rasanya tak boleh puasa dah ni.. ha tula lewatkan lagi solat. Nanti ingat kena ganti solat Subuh hari ni punya. Oh menyesalnya tak tunggu azan terus tadi, huhu. 

Pukul 8 pagi tu terus pergi klinik dan bagitau ada turun tanda bersalin. Kecoh nurse2 situ tanya tanda macam mana, pukul berapa, then ada sorang nurse suruh pergi ke sick bay untuk check bukaan. Gulp. Ni yang seram ni. Tapi harus la hadapi juga. Pergi sick bay, then nurse suruh buka panty, dia nak cek bukaan. Dia ajar macam mana cara "buka" kaki, memula tu malu tapi dia cakap jangan tahan2 nak buka sebab nanti payah dia nak cek... nanti nak bersalin pun kena buat macam ni jugak, lagi ramai yang tengok. Huhu. Ok. Dia pakai glove dan apply macam losyen kot warna putih. Bagi licin nak masuk. Dia pun suruh saya tarik nafas masa dia nak masukkan jari. Saya tarik nafas, then rasa sakit la bila dia cek jalan tu. Sabar jelah, pujuk hati saya. Ni baru cek jalan. Belum lagi time bersalin.

Nurse kata, baru 2 cm. Dia pun suruh saya bersihkan diri dalam toilet then pergi semula ke meja doktor. Sampai kat meja doktor, doktor lak kata tak percaya bukaan dah 2 cm sebab saya tak rasa sakit. Dia kata dia nak cek sendiri sebab tak pernah lagi dia jumpa patient yang tak sakit bila bukaan dah 2 cm. Doktor lelaki lak tu. Dalam hati saya, eh doktor ni. Suka pulak cek2 jalan ye.. ada je kawan saya yang bukaan tetibe dah 8 cm tapi tak rasa sakit pun. Huhu. Redha jelah kena cek lagi sekali dengan doktor lelaki. Sakit sekali lagi. Doktor kata, "Oh betul la 2 cm. Tapi takde rasa sakit ye?" Saya geleng. Dia pun tulis2 dalam surat yang kena bagi kat hospital. "Puan ada kenderaan tak nak pergi sendiri ke hospital? Sebab kita kalau bukaan 3 cm baru hantarkan dengan ambulans." Saya cakap je ok saya pergi sendiri. "Lepas ni balik, makan dulu kenyang2, sebab takut nanti takde tenaga nak teran waktu bersalin." Ok noted.

Balik rumah, saya bagitau mak, nak kena gi hospital dah. Saya mesej suami suruh dia ambil half day la hari ni, kalau dia gerak awal2 pun rasanya takde apa lagi, sebab biasanya anak sulung ni lama nak buka jalan orang kata. Mak suruh makan, tapi saya still rasa kenyang makan nasi sahur tadi. On the way ke hospital Temerloh baru la berhenti kat Shell, beli roti krim jagung Gardenia. Makan 2 biji roti dan minum sekotak air soya.

Sampai kat hospital pukul 10 pagi, terus daftar kat bahagian dewan bersalin. Tunggu turn kat dalam tu, tengok2 ada la 3-4 orang tengah menunggu jugak. Ada yang tengah sakit2. Lama2 tunggu terasa sejuk yang amat lak aircond. Dalam pukul 11 pagi saya start rasa sakit macam senggugut tapi lebih kuat sakitnya. Sekejap je sekali datang, dalam setengah minit memula tu. Sakit macam tu datang lagi 20 - 30 minit kemudian. Nurse suruh baring atas katil, nak buat CTG, cek jantung baby selama 20 minit. Oh, baru saya tau cek jantung baby guna mesin and baring lama2 tu namanya CTG. Hehe. Lepas buat CTG, tunggu lagi doktor untuk scan dan cek bukaan. Selama tempoh menunggu tu ntah berapa kali pergi kencing sebab sejuk sangat. Pukul 12.30 tengah hari, 2 orang doktor lelaki India suruh baring dan dia scan serta cek bukaan. Baru 3 cm. Haih. Lama jugak. Orang kata 1 jam 1 cm. Ni dah 4 jam baru tambah 1 cm...huhu..

Disebabkan hari tu nurse dan doktor masing2 busy dengan orang bersalin, maka lambatla sikit proses nak masukkan orang2 yang baru datang ni ke dalam wad. Nurse suruh kitorang pergi makan dulu kat bahagian luar. Mak belikan nasi lauk telur, sebab ayam takde, ikan lak saya tak berapa minat. Mana tau nak bersalin hari ni ke, so time makan kena la makan supaya ada tenaga. Saya call suami, dia kata akan gerak dari Kemaman lepas Zohor. Pukul 2.30, nurse panggil saya dan lagi 2 orang yang tengah menunggu masuk, diorang nak tolak ke wad dengan kerusi roda. Waris keluarga masing2 kena hantarkan barang2 ke wad ikut jalan lain, tak boleh masuk sekali dalam bahagian dewan bersalin tu.

Saya ditempatkan di wad Kenanga 4, katil 14. Wad sini campur dengan orang yang lepas bersalin, sebab tu boleh dengar suara baby nangis gak. Lepas hantarkan beg, mak dan adik saya dah kena turun sebab bukan waktu melawat. Dalam  pukul 3.30 pihak hospital bagi biskut dan air teh panas untuk minum petang. Pukul 5, diorang datang semula sekali dengan suami saya. Bawak murtabak dari bazar Ramadan dan lebih lagi roti krim jagung Gardenia dan susu kotak soya. ;D  Kakak ipar pun ada datang, borak2 dengan diorang sambil tahan sakit sekali-sekala. Huhu. Malam tu suami saya tempah bilik homestay RM50 semalaman. Mudah sebab homestay depan hospital je, hehe. Waktu melawat last ialah 5-7 petang, tapi saya mintak lagi suami datang dalam pukul 9 malam,  hantarkan makanan. Boleh jumpa kerap sikit, hihi. Saya minta suami belikan mi goreng yang tak pedas, tapi bila makan malam tu pedas rupanya. Tapi saya makan jela sebab lapar. Dinner hospital bagi pukul 5.30 petang. Memang kena makan lagi malam tu.

Pukul 11 malam nurse datang cek jantung baby. Mesej2 dengan suami then saya tido dulu dalam pukul 12.30. Pukul 2 pagi terjaga sebab sakit perut, jadi macam cirit-birit pulak maybe sebab makan mi goreng pedas tu. Dah la dengan sakit macam senggugut tu lagi kan. Lepas buang air dah jadi macam angin lak kat dalam perut. Tiap kali rasa macam perut agak2 nak kosong tu saya makan roti krim dan minum sekotak air soya. Bimbang sangat2 kalau dah nak bersalin tetibe takde tenaga nak teran. Sambil tu saya makan juga minyak kelapa dara brand Tanamera, hopefully boleh jadi minyak selusuh, mudahkan proses bersalin nanti. Review produk ni kemudian la, hehe.

Jumaat, 18 Julai 2014: Hari kedua di wad

Malam sebelumnya tu tak berapa lena pun tido sebab kadang2 terjaga bila sakit kuat. Saya dah set alarm pukul 4.30 pagi kejut suami bangun sahur. Kesian dia sahur roti je sebab macam takde kedai buka dekat2 situ. Pukul 9 pagi suami datang bawa makanan - roti cheese dan air kotak. Selalunya nak mengelat jumpa luar daripada waktu melawat gitulah.. datang pagi dan malam bawa makanan. Tapi kejap jela boleh jumpa sebab guard akan datang, remind pelawat untuk keluar. Hehe. Tapi takpela kejap pun jadilah. Dalam pukul 10 pagi doktor datang round tanya keadaan, dia tanya sakit kuat tak? Saya kata kuat daripada semalam, tapi still 10 minit sekali. Doktor kata ok, kalau sakit selang 3 minit baru bagitau semula.

Tengah hari suami datang lagi. Masa lunch saya siap tanya abang dah makan? Boleh lak lupa bulan puasa, hehe. Then habis waktu melawat dia rehat kat surau aras 5 tu je, sama tingkat dengan wad. Orang katil depan saya dah ditolak ke labour room sebab bukaan dah 4 cm. Dia masuk sama dengan saya semalam, tengah hari semalam pun bukaan 3 cm gak. Ish, ni yang rasa nak suruh nurse cek ni. Dalam pukul 2.45 petang saya mintak nurse cek jalan sebab sakit makin kuat. Nurse tanya berapa minit sekali sakit? 10 minit sekali. Dia kata kalau 10 minit tu belum buka banyak lagi. Lagipun anak sulung memang lambat buka jalan, kita pun tak galakkan cek jalan banyak2 kali. Tapi takpela since saya request dia pun cek. Bukaan masih sama, 3 cm gak. Adoi, macam mana ni. Bila la baby nak keluar.

Saya mesej suami minta dia buatkan air selusuh. Moga cepat sikit buka jalan. Saya pun gandakan kuantiti VCO Tanamera tu, biasanya saya makan sesudu pagi dan sesudu malam je. Tapi sebab dah risau jalan tak buka banyak maka saya minum 2 sudu VCO tiap kali lepas makan. Hehe. Petang tu juga suami buatkan air selusuh dan bawa masa melawat. Malam pulak, saya minta suami belikan nasi goreng cina sebab confirm tak pedas. Pukul 12 tengah malam baru makan sebab lapar time tu. Sambil makan sambil tahan sakit.

Malam tu pun tak lena tido, kejap mengiring ke kiri, kejap mengiring ke kanan. Setiap jam bangun pergi toilet, buang air kecil. Memang banyak kali sebab saya dah habiskan separuh botol mineral 1.5L air selusuh yang suami buatkan. Nak bangun dari katil pun ambil masa sebab tahan sakit. Dapat rasa yang sakit makin kuat tapi bila tengok jam, still 10 minit sekali. Kadang2 20 minit sekali. Dalam hati berdoa moga2 saya ada cukup tenaga untuk bersalin nanti, dan minta semuanya dipermudahkan. Sambil tahan sakit sambil berzikir, selawat. Bila sakit kuat dan agak lama sikit dalam beberapa minit kot, tak larat nak zikir panjang2, sebut Allah je banyak2 kali. Dalam hati motivate diri sendiri, Allah bagi sakit ni mesti yang aku boleh tanggung, Allah takkan bagi kalau aku tak boleh tanggung, InsyaAllah...

Sabtu, 19 Julai 2014: Hari ketiga di wad

Suami mesej pada 6.15 pagi, nak makan apa pagi ni, nanti dia bawakkan. Saya minta roti krim lagi 3 biji. Roti cheese tak payah la sebab yang semalamnya pun tak habis lagi. Then saya tertidur, pukul 8 nurse kejut suruh bangun mandi dan makan. Kejap lagi kena buat CTG. Saya angguk je sebab tengah tahan sakit masa tu. Tak lama lepas tu nurse tu datang lagi, tanya, puan, dengar tak tadi...cepat makan ye. Kita nak cek jantung baby. Angguk lagi. Nak cakap saya tengah sakit sebab tu tak boleh bangun lagi. Tapi tak sempat sebab nurse tu dah rushing2 gi tempat lain. Pastu kali ketiga dia datang baru saya bangun. Huhu. Mesti nurse tu bengang. Saya sempat makan setengah keping roti yang hospital bagi, dan minum setengah kotak air Vico. Pastu nurse tadi dah gesa supaya saya pergi bilik CTG cepat2 sebab pukul 9 doktor pakar nak round.

Start buat CTG pukul 8.15, so habis patutnya dalam 8.45. Saya terfikir kenapa la saya tak bawa henset sekali, inform suami saya kena buat CTG. Kesian kat suami kena tunggu lak nanti sebab dia kata nak datang 8.30. Tengah pikir2 tu, boleh lak saya tertido. Then mesin CTG tu berbunyi. Lama jugak berbunyi, nak panggil nurse tanya, tengok takde orang pulak dalam bilik tu. Nak jerit malas lak. Biar je. Tertido lagi. Then nurse tadi berlari masuk, cakap, "Puan, jangan tido puan! Nanti baby ikut tido sama..nanti graf tak cantik." Kena buat semula lak, start balik dalam 8.40. Huhu. Masa tu sakit sangat so saya tanya boleh tak buat CTG dalam keadaan mengiring. Memula nurse bagi tapi sebab tak dapat detect pergerakan baby bila saya mengiring, so kena terlentang semula. Tak selesa bila terlentang tapi tahan jela. Selawat dan zikir lagi bila sakit.

Pukul 9.15, doktor pakar dan group doktor2 bawah dia datang ke bilik CTG akhirnya sebab saya takde kat katil. Diorang tengok graf, still tak cantik. Pastu doktor pakar kata, "Cuba cek jalan dia, nampak macam sakit sangat dah tu..." Doktor cina lelaki yang pernah cek saya dulu yang kena cek jalan. "6 cm!" Doktor pakar kata, "Hmm...patutla dah sakit sangat.. ok pergi hantar ke labour room. Buat CTG lagi kat sana..." Dalam hati, rasa happy sebab jalan dah buka banyak. Alhamdulillah. Nurse iring saya ke katil, suruh saya call suami. Baru nak call, suami saya dah masuk. Rupanya dia dah tunggu dari tadi kat luar wad, tak boleh masuk sebab doktor tengah cek saya. Nurse bagi saya baju dan kain pink, suruh tukar baju dan bagi kat dia sehelai baju dan kain batik, pad dan panty, baju baby (baju sahaja), tuala baby dan kain balut baby. Lain2 barang suami kena kemas dan bawa turun ke tingkat 3. Tunggu luar labour room.

Saya salam suami dan minta maaf sambil berdiri kat depan katil je, sebab nurse dah tunggu untuk bawa saya naik kerusi roda ke labour room. Rasa menyesal tak minta maaf awal2..tak proper je rasa masa tu. Nurse tolak saya atas kerusi roda elok2 je, alhamdulillah. Maklumla kita tengah sakit. Kalau tolak laju dan terhentak sikit pun seksa juga rasanya tahan sakit. Saya tanya nurse, nanti dalam labour room boleh minum air kosong tak? Dia kata rasanya tak boleh, tapi nanti try tanya semula orang kat sana. Risau jugak saya sebab tekak ni rasa kesan air Vico tadi je. Kang tengah sakit2 kot rasa haus camne ye? Huhu..

Sampai kat labour room, ada 3 orang doktor lelaki dan 3 orang nurse perempuan. Saya disuruh baring atas katil dan doktor nak keluarkan air kencing. Cuak pulak, malu pun ada. Saya pun tanya boleh tak saya nak pergi kencing sendiri sebab memang rasa nak kencing pun. Ok boleh, tandas pun dalam labour room tu je. Lepas tu kena baring balik kat katil, doktor cek jalan lagi. Still 6 cm. Sambung buat CTG sebab nak monitor jantung dan pergerakan baby. Dalam masa yang sama, nurse bagi tiub oksigen kat saya supaya baby dapat oksigen lebih, dan masukkan air kat tangan kiri untuk cepatkan proses bersalin kot. Tanya lagi boleh minum air kosong sikit tak? Jawabnya tak boleh makan dan minum dah dalam labour room.

Saya mintak selimut sebab rasa sejuk sampai menggigil. Alhamdulillah nurse selimutkan. Diorang pun tak paksa tanggal tudung so saya pakai je tudung. Lepas tu nurse tanya, siapa nama suami? Saya bagitau. Tak lama pastu suami saya dibenarkan masuk ke dalam labour room. Masa tu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tanya nurse agak2 berapa lama lagi duk dalam labour room ni ye.. Nurse kata standard bukaan 1 jam 1 cm, so maybe lagi 4 jam la baru baby keluar. Dalam hati saya, aduhai, 4 jam sakit2 dalam labour room yang sejuk macam ni? Ya Allah percepatkanlah.. Nurse ingatkan supaya banyak berzikir, siap ada poster kalimah Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin kat dinding kiri dan kanan dalam labour room. Suami pun boleh baca sekali sambil2 teman isteri. Pastu semua orang keluar dari labour room, tinggalkan saya berdua dengan suami je sebab diorang nak attend labour room lain. Lagipun diorang expect lagi 4 jam kan. 

Suami pegang tangan saya, setiap kali sakit saya genggam tangan dia kuat2. Sakit tu tak la rasa berkurang bila buat macam tu..tapi hati rasa lega sikit ada support ;D  Bila sakit dah makin kuat dan makin lama, saya cuma sebut Allah, Allahuakbar saja.. tak larat dah nak selawat atau baca kalimah yang lebih panjang. Dalam hati tak putus berdoa supaya saya dan baby selamat mengharungi proses ni, dan takde sebarang masalah semasa dan selepas bersalin. Saya minta kat suami nak buka tudung sebab rasa macam tercekik sikit kat tekak. Anak tudung tak pakai pulak, huhu, so suami just letakkan tudung atas kepala saya, cover setakat yang boleh. Jam masa tu dah 10.30 pagi. Tak lama pastu sakit makin kuat sangat sampaikan kalau ikutkan hati rasa macam nak sepak je apa2 yang ada dekat dengan kaki. Tapi kaki cuma gerak2 gitu jela atas katil, sabarkan hati, ini baru sakit contraction, belum lagi sakit nak keluarkan baby. Tapi mulut tak boleh tahan. Walaupun berusaha tutup mulut, tetap juga terkeluar suara mengerang tahan sakit, sampaikan nurse yang ada kat luar labour room masuk tengok keadaan saya.

Dalam masa yang sama saya rasa automatik nak meneran, macam tak boleh tahan langsung. Dalam hati dok pikir, eh dah boleh teran ke sebenarnya ni...sebab kalau jalan tak buka full patutnya tak boleh teran lagi, nanti luka banyak. Nurse yang masuk tadi tetibe jerit, doktor, dah full! Ok puan, buka kaki...dah boleh teran dah. Nurse ajarkan macam mana nak buka kaki dan pegang area atas buku lali. Suami disuruh untuk support belakang saya. Serta-merta penuh balik labour room, seingat saya 6 orang tula, 3 doktor dan 3 nurse. Saya tarik nafas setakat yang boleh dan teran ikut dan je sebab seriously, bab teran tu memang tak boleh tahan2. Rupanya salah teknik sebab nafas tak cukup panjang, so teran pun tak dapat la semaksimum mungkin. Ada la dalam 3 kali kot buat salah. Pastu doktor lelaki tu ajar, puan, tarik nafas panjang2, teran, kalau terhenti cepat2 tarik nafas dan teran panjang lagi..jangan berhenti lama ye..nanti baby masuk dalam balik. Ok2 noted, dalam hati saya.

Time tak rasa sakit teringat balik pesanan2 dari member juga dari bacaan di blog2:
- masa meneran jangan angkat punggung, nanti koyak banyak
- kalau tak rasa sakit jangan paksa teran, nanti luka bahagian dalam (kalau jalan tak fully buka) ataupun mungkin kita tak dapat teran dengan betul sebab tak di"push" oleh rasa sakit

Ok mula semula dengan teknik yang betul. Nurse kata, ok puan, boleh teran sekarang. Kita kira sama2. Tapi masa tu saya tak rasa sakit, so saya siap cakap kat nurse, "Saya takde rasa sakit sekarang". Nurse kata ok takpe tunggu bila sakit. Then bila saya start balik, semua bagi support sampai rasa macam penuh labour room tu dengan orang. Bila saya tanya suami semula lepas bersalin, memang ada ramai pun, dalam 10 orang. Tapi tak peduli la, yang penting nak keluarkan baby cepat2. Masa teran rasa macam nak meletup muka tahan nafas yang hujung2. Dalam 3 kali teran, pada jam 10.47 pagi akhirnya baby selamat dilahirkan. Semua ucap alhamdulillah... =D  Diorang letak baby terlentang atas perut saya sementara nak potong tali pusat, saya pegang tangan baby dan dapat rasa panas je badan dia. Then saya tengok jari dia, eh panjang dan runcingnya jari dia..hehe. Dah siap potong tali pusat, nurse angkat baby betul2 depan saya, tanya apa jantina baby. Perempuan, jawab saya. Alhamdulillah... ;) Saya dan suami ucap terima kasih pada doktor dan semua yang membantu. Doktor tu jawab lebih kurang camni la ayatnya, Alhamdulillah, ini semua atas izin Allah, kami ni cuma bantu aje... (^_^) Syukur dapat doktor dan nurse yang baik..

Pastu nurse bawa baby keluar untuk dibersihkan, dan suami pun disuruh keluar juga. Nurse datang bagi saya minum air dengan straw, saya expect air kosong tapi rupanya air soya. Minum dalam 2 teguk je. Tinggal 2 orang nurse dan 2 orang doktor. Masing2 tunggu uri keluar. Saya tanya, lama ke nak tunggu uri keluar? Nurse kata, kejap je, jap lagi keluar la ni. Dia tepuk2 perut saya, then doktor tarik bahagian tali pusat dan rasa la ada seketul yang keluar, beserta darah la kot sebab terasa banyak je cecair keluar. Then, ha ini la part yang horror dalam pengalaman bersalin ni; nurse korek2 kat bawah tu untuk keluarkan darah2 beku dan pastikan takde cebisan uri tertinggal kat dalam. Sakit..... memang sakit tapi redha jelah. Pastu jahit lak. Rupanya masa saya meneran tu ada nurse kata dia nak gunting, saya dengar, tapi saya tak rasa pun dia gunting, bila masa ntah. Sebelum jahit ni nurse bius dulu, tapi dia cakap bius ni untuk bahagian isi dalam je, nanti bila jahit kulit kat luar akan rasa pedih la sebab untuk kulit tak bius.

Nurse tu baca Bismillah dan mulakan proses menjahit. Terasa la benang bila ditarik, tapi tak rasa sakit pun. Tak lama lepas tu, nurse tu suruh salah seorang doktor lelaki tadi jahit, untuk bagi dia belajar, first time nak buat katanya so nurse tu monitor la. Ok redha jela dijahit oleh doktor lelaki lak. Doktor muda lagi, sempat saya tengok namecard dia, ada no IC, muda setahun dari saya. Ok lah, biasala doktor muda kena kutip pengalaman, kang dia pulak yang tak tau bila disuruh buat. Pastu sorang lagi doktor lelaki masuk, dia pun cakap kat nurse tu, kak, saya pun nak jahit...boleh la... Nurse kata eh tak payahla, lain kali doktor pulak buat. Kang lama lak jahit sian kat patient. Ha tau takpe. Jangan la jadikan saya ni eksperimen...huhu. Ada nurse lain bawa masuk baby yang dah siap dibersihkan, letak dalam baby cot sebelah katil saya. Diam je dia, hehe.

Lepas doktor tu jahit, pindah tangan lak pada nurse sorang lagi. Pun untuk latih dia supaya pandai jahit pasni. Lastly, jahitan disudahkan oleh nurse yang mula2 tadi. Memang pedih bila jahit kat kulit. Kaki pun dah lenguh gila sebab tak berubah position sejak dari mula meneran tadi. Sejak lepas bersalin tadi kaki menggigil jangan cakapla, sebab sejuk. Siap semua, nurse pakaikan maternity pad yang hospital bagi, kemudian suruh saya tukar pakaian, pakai baju dan kain batik yang saya bawa. Turun katil elok2, kemudian duduk atas kerusi roda. Masa tu ternampak la banyak tompok darah kat lantai. Nurse letakkan baby dalam pangkuan saya. Suka sangat tengok dia. Kadang2 dia buka mata tapi dia tak boleh lagi nampak kita. Tunggu agak lama la atas kerusi roda tu sebab nurse masing2 berkejar ke labour room sana sini, ramai yang nak bersalin waktu dekat2 hari tu.

Dalam pukul 12 lebih saya dibawa naik ke wad Kenanga 2, dapat katil yang dalam bilik. Hmmm, sejuk la sebab aircond kuat. Tengah hari tak rasa sangat kuatnya, tapi dah petang tu memang rasa. Malam apetah lagi. Nak tutup tak boleh. Tengah hari tu selain suami, ada sekali mak, ayah, adik, kakak ipar saya dan suami dia datang tengok baby. Mak bawakan nasi dan lauk singgang. Hospital ada bagi lunch nasi lauk sup ayam, sayur kobis goreng. Saya makan jela nasi dan lauk hospital tu, kobis jela tak usik sebab kobis ni sejuk. Kena start pantang jugak la sikit2 kat hospital ni. Tapi minum petang dia bagi agar2 santan saya telan je hihi.

Cerita dah panjang ni so kita berhenti sini dulu ek...nanti sambung lagi ceritera lepas dapat baby bahagian 2.. ;)



Saturday, July 26, 2014

Charm Bracelet sempena Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum w.b.t.,

*Sticky post*

Salam Ramadhan kepada semua Muslimin dan Muslimat... sempena musim raya kali ni, saya nak promote sikit stok charm bracelet kat sini..hehe. Charm bracelet ni ala2 Pandora punya, memang makin mendapat sambutan sebab charms dia yang pelbagai. Bagi kita2 yang nak bergaya ala gelang mahal tu, apa kata cuci mata tengok stok yang ada, murah sangat. Material dia adalah glass beads, silver plated dan gold plated. Tentulah harga jauh beza dengan Pandora yang ori kan. =P


antara design yang boleh didapati

Boleh tengok di Facebook Charming Collections untuk lihat kesemua 10 designs. Satu design ada yang satu unit je available, ada yang 2 unit, tak banyak... Memandangkan saya pun bakal deliver pada estimated date 14/7 ni InsyaAllah, saya tak berniat nak order banyak2 daripada supplier, bimbang tak terkejar, hehe. 

Ukuran gelang yang available adalah 7.1 inci dan 7.8 inci sahaja buat masa ni. 
Cara ukur gelang yang sesuai mengikut saiz  pergelangan tangan:

  • Ukur pergelangan tangan menggunakan pita pengukur. 
  • Tambahkan lebih kurang 1 hingga 1.5 inci untuk saiz gelang. Contoh: saiz pergelangan tangan 6 inci, maka saiz gelang yang sesuai ialah 6 + 1.5 = 7.5 inci  
  • Jika rasa agak ketat, boleh keluarkan 1 atau 2 beads untuk longgarkan sedikit gelang mengikut keselesaan anda. Macam pergelangan tangan saya berukuran 6 inci, saya boleh pakai gelang yang 7.1 inci jika keluarkan 1-2 biji beads... =) 

Berminat? Boleh mesej di inbox FB tu ye... =D 
Selamat menjamu mata dan bershopping raya!

p/s: Selain untuk bergaya waktu raya, boleh juga dijadikan hadiah birthday untuk isteri, mak, kakak, adik, kawan baik dan sebagainya... seronok bila dapat hadiah rare macam ni!

Untuk lelaki pula, sempena raya/hadiah birthday dan sebagainya, boleh la jenguk2 koleksi Rayban di Facebook Kedai Rayban . Nanti kata tak aci pula kan perempuan je dapat hadiah, lelaki nak jugak! =P

Wednesday, July 16, 2014

Pembelian barang baby - completed!

Assalamualaikum,

Ni pun kira one shot update jela, sebab sebelum2 ni malas. Hihi. Refresh balik dari pembelian mula2 sekali...


Pembelian pertama: 20/4/2014
Lokasi: The Store, Kuantan Parade
Barang yang dibeli:
1. Baju lengan panjang, putih biru, brand Tollyjoy        : RM 15.90
2. Baju lengan panjang, coklat, brand Fiffy                     : RM 12.90
3. Baju lengan pendek, putih coklat, brand Tollyjoy     : RM 14.90
4. Baju lengan pendek, biru, brand Tollyjoy                   : RM 14.90
5. Berus botol dan puting botol, brand Sunbaby           : RM 5.90
6. Sarung tangan & kaki, brand Sunbaby                       : RM 4.48 (harga asal RM 5.60)
7. Sarung tangan & kaki, brand Cuddles                         : RM 5.40 (harga asal RM 6.00)
8. Plastik lampin 5 pcs, brand Sunbaby                          : RM 5.52 (harga asal 6.90)
                                                                     Total              : RM 79.90


Pembelian kedua: 25/4/2014
Lokasi: Mom & Baby Expo, The Zenith, Kuantan
Barang yang dibeli:
1. Alas getah Bebe 90 x 60cm         : RM 19.00
2. Cloth diapers QQ Shop 3 helai     : RM 54.00
3. Set tilam & bantal Baby Love      : RM 78.00
4. Rompers 2 helai                             : RM 30.00
                                  Total                : RM 181.00


Pembelian ketiga: 26/4/2014
Lokasi: Tunas Manja Maran (balik rumah mak, nak beli barang kat Tunas Manja then ternampak baju baby murah2..haha)
Barang yang dibeli:
1. Baju lengan panjang krim Fiffy     : RM 13.90
2. Baju lengan pendek hijau Pureen : RM 12.90
                                                  Total : RM 26.80


Pembelian keempat: 1/5/2014
Lokasi: Manjaku Kemaman
Barang yang dibeli:
1. Anakku baby toiletries set                     : RM 13.90
2. Baju lengan panjang hijau kelabu Fiffy : RM 9.90
                                                         Total   : RM 23.80


Pembelian kelima: 23 - 24/5/2014
Lokasi: Sogo, IKEA, SACC
Barang yang dibeli:
1. Pampers Mamy Poko saiz S, 44 keping  : RM 28.90 (Sogo)
2. Guardian Baby Wipes                               : RM 12.00 (IKEA)
3. Hooded towel Poney 2 helai                     : RM 10 (SACC, ada sale Poney)
                                                          Total    : RM 50.90


Pembelian keenam: 28/5/2014
Lokasi: Manjaku Kemaman
Barang yang dibeli:
1. Lampin Pureen 1 pek (10's)                      : RM 23.90
2. Napkin paper Tenderly 150's                   : RM 13.90
3. Topi bayi biru/kelabu Bebe                      : RM 11.92
4. Sarung tangan & kaki biru/kelabu Bebe : RM 9.52
5. Tuala Fiffy 2 helai per pek                        : RM 11.90
                                                          Total     : RM 71.14

Hooded towel Poney (dlm kotak dan yang dibentang), 2 helai tuala Fiffy,
topi bayi dan sarung tangan dan kaki Bebe

amik warna yang sesuai dengan dua2 jantina..senang..hehe

Pembelian ketujuh: 8/6/2014
Lokasi: Parkson, Berjaya Megamall, Kuantan
Barang yang dibeli:
1. Carseat Sweet Cherry SCR7  : RM 179
2. Stroller Sweet Cherry SCR6  : RM 529
                                        Total    : RM 708

*Pembelian ketujuh ni sebenarnya tak dirancang pun. Lepas usya2 harga stroller baru dan 2nd hand kat mudah.my, ingat nak order dengan sorang akak ni. Cuma kena tunggu stok jela baru order. Pada hari tu saja je nak jalan2 kat Kuantan sebab boring, tengok2 ada banner jualan runtuh Parkson. Sampai sana rupa2nya banyak jualan murah baju baby yang ikut jantina. So kitorang pun jalan2 jela lagi, masuk Parkson ikut kedai buku Popular tu. Tetibe nampak stroller dan belek2 harga, eh murah daripada yang usya kat mudah.my. Harga yang baru macam yang 2nd hand punya. Pikir2, ambik jela sebab tengah offer sehingga 29 jun. 

rupa carseat SCR7 bila letak kat stroller SCR6
stroller SCR6
Masa tu carseat jenis tu cuma tinggal 3 unit, sume warna hitam/silver. Stroller lak warna merah/hitam je, banyak lagi pekerja tu cakap. Memang kitorang dah lama aim model SCR 6 tu. Angkat je sebab murah berbanding harga yang kitorang usya sebelum2 ni.

Pastu saja gatal la pulak nak pergi usya harga benda yang sama kat Manjaku Kuantan kan. Konon nak bagi puas hati beli kat Parkson sebab baru2 ni tengok kat Manjaku harga RM600++. Naik tengok rupanya kat Manjaku offer stroller SCR6 RM479! Ah menyesal beli awal2 kat Parkson. Tapi carseat SCR7 still RM200++, so ok la, pujuk hati masing2, kata dah murah dah dapat kat Parkson tu...jangan tamak. Hehe. Lagipun beli dua barang kat Parkson tu dapat kumpul point Bonus Link. ;)


Pembelian kelapan (terakhir setakat ni) : 8/7/2014
Lokasi: Pacific, Star Mall, Mentakab
Barang yang dibeli:
1. Botol susu Cuddles 60ml : RM 6.30 (harga asal RM 7.00)
                                  Total   : RM 6.30

Pembelian ni disebabkan mak saya tanya, botol susu takde beli langsung ke? Standby la satu, at least untuk bagi air zamzam ke... Hehe. Konon sebab nak breastfeed kan, langsung tak beli botol. So sambil jalan2 kat Temerloh dan Mentakab hari tu, usya2 la botol susu. Kat The Store Temerloh, harga benda yang sama RM 7.90. Nasib baik tak amik. Pergi Star Mall tu sambil2 nak cari tshirt besar untuk saya.


So....total besar pembelian barang baby setakat ni ialah....

RM 1147.84

Huh....ini belum lagi masuk susu formula, pampers pakai buang, botol susu jenama mahal macam Avent/NUK/Tommy Tippee, sterilizer dan warmer untuk bekas/botol susu, katil baby dan sebagainya.... kwang3.... ni kira dah habis tolak tepi mana2 yang dirasakan tak perlu. Hihi. Takpe. Demi anak tersayang. Mama & Papa sanggup berkorban. ;D




Tuesday, July 15, 2014

30 - 40 minggu Part 2

Assalamualaikum,

Ni sambungan post sebelum ni. Hari ni dah overdue sehari tapi baby belum nak keluar lagi. Takpe. Kita update dulu post, hehe.

24/6/2014: 37 minggu, follow up di klinik
Kali ni saya follow up kat klinik Maran, 36 minggu ke atas dah start kena datang tiap2 minggu. Bagus jugak saya balik rumah mak sebab ayah dah pencen, InsyaAllah boleh hantar tiap2 minggu. Kalau duduk kat Kemaman lagi kesian suami asyik nak kena ambil half day tiap2 minggu atau terpaksa tumpang jiran sebelah. Huhu.

Pergi sana pagi dalam pukul 8.15. Timbang berat, 61 kg. Nurse kata, "Berat awak turun 2kg ni. Sebelum ni timbang 63kg. Oh awak dari klinik kat Kemaman ye..mungkin sebab penimbang lain kot. Takpe kita try penimbang satu lagi." Try penimbang kat bilik sebelah, dapat la 61.5kg. Boleh lah...bukan ada penimbang lain dah pun. Tekanan darah 100/70. Tinggi rahim 37cm. 

Test air kencing pun ada protein lagi, tapi dia tak bagi apa2 antibiotik. Just suruh minum air masak banyak...pastu next time kencing kena ambil sampel masa tengah2, bukan mula2 air kencing keluar. Scan, doktor kata baby kecik la. Macam tak membesar sejak last scan pada 4/6/2014. Estimated weight 2.16kg je. Doktor suruh pergi makan pagi dulu, dia nak bincang dulu dengan doktor pakar dari hospital Temerloh pasal baby kecik. Masa tu pukul 10 pagi. So saya dengan ayah saya pergi la dulu pekena nasi ayam. Klinik call semula 10.30, suruh datang. Doktor rupanya dah tercall suami saya dulu sebab saya pun tak perasan dekat buku merah tu letak no henset suami. Mungkin copy buku yang klinik Kemaman sana pegang kot yang ada no henset saya.

Sampai sana, doktor kata, "Awak kena masuk wad ye. Lepas ni balik rumah, packing baju sume, pastu jumpa doktor pakar sana. Ikut perbincangan saya dengan dia tadi, awak kena masuk wad. Pergi wad Kenanga 3 ye." Saya rasa macam blur, kenapa nak kena masuk wad lak ni... Saya tanya, "Memang kena masuk wad terus ke doktor?" Dia kata, "Takpe awak jumpa dulu doktor sana. Ikut perbincangan kena masuk wad la."

Hmm..ok. On the way nak balik tu jumpa nurse untuk sign buku merah, dia kata, "Takpe, standby je dulu beg tu. Kalau doktor sana kata tak payah masuk wad, takpela balik je. Tapi normally la kan, kes baby kecik ni doktor akan suruh bersalin awal...biasanya la.. Sebab takut apa2 hal jadi kat baby." Masa tu dah pukul 12. Saya fikir, pergi lepas Zohor nanti la. Mandi solat dulu sume. Balik rumah, mak pun terkejut kenapa nak kena masuk wad. Saya kata belum tentu lagi. Kalau doktor sana kata kena masuk baru masuk. Lepas siap packing sume baju, saya dengan ayah gerak dalam pukul 2 lebih. Sampai kat hospital, daftar dulu kat bahagian pakar. Then terangkan pasal kedatangan kitorang nak jumpa doktor pakar. Pastu nurse kat situ kata, "Eh ini kena masuk wad terus ni. Dah tak payah jumpa doktor. Lagipun doktor pakar takde petang2 macam ni. Dia ada waktu pagi je. Kalau nak jumpa kena tunggu esok pagi la." 

"Oh..kena masuk wad dulu ke?" "Aah kena masuk wad dulu. Besok pagi baru ada doktor pakar..tunggu ye.. Awak terus ke tengah sana naik lif tingkat 5, wad Kenanga 3.."

Haih, dah salah faham dengan doktor kat klinik tadi. Ingatkan tak muktamad lagi kata kena masuk wad. Call suami kata kena masuk wad, tapi tak yah datang sebab takde apa keputusan lagi. Tengok keputusan doktor pakar esok apa dia nak buat. Ambil beg, terus ke wad, dia tunjuk katil pastu ayah kena turun dah sebab bukan waktu melawat. Pukul 5 - 7 nanti baru boleh datang semula. Then test air kencing, pastu kena monitor denyut jantung baby selama 20 - 25 minit macam kat hospital Kemaman dulu. Pastu dia bawak ke bilik scan lak. Doktor muda2 belaka yang ada dalam bilik tu. Ada sorang doktor lelaki cina, sorang doktor perempuan cina, sorang doktor lelaki india dan sorang doktor perempuan sikh. Semua bincang laju2 masa scan tu. Dia plot graf pertumbuhan baby, pastu tulis report untuk doktor pakar review.

Balik ke katil, doktor lelaki cina tadi datang cek perut. Dia nak rasa kepala baby dah turun banyak mana. Agak sakit sampai saya tersentak. Huhu. Dia tanya2 soalan pasal period pattern, then dia kata dia suspect kandungan saya belum lagi 37 minggu. Sebab takde apa masalah, baby masih lagi tengah continue growing. Kalau growth dah terhenti, ya, diorang akan paksa bersalin awal. Reason dia sebab dia nak baby keluar cepat dan boleh bagi susu ibu cepat2 untuk bantu pembesaran dia, since dalam perut dia dah stop membesar. Tapi dalam kes saya, semuanya normal kecuali saiz baby yang tak sepadan dengan usia kandungan. Kalau kata kandungan saya baru 35 - 36 minggu, sangat normal la saiz tu. Lastly doktor tu kata, dia rasa lah, maybe saya akan bersalin lebih daripada 40 minggu. Dan dia rasa esok saya boleh keluar wad, kalau doktor pakar terima penjelasan dan idea dia. Hehe.

Petang tu kakak ipar saya dari Jengka datang melawat, sebenarnya ada sekali suami dan anak dia tapi sebab kanak2 tak boleh masuk melawat, maka dia jela yang boleh naik sorang. Then ada ayah saya sekali, doktor cina tadi datang jelaskan keadaan saya kat diorang. Takde apa yang perlu dirisaukan..alhamdulillah.. Kakak ipar belikan roti dan majalah Pa&Ma. Ayah belikan nasi ayam, roti, epal & anggur. Banyak pulak makanan jadinya. Makan nasi yang ayah beli sebab dinner yang hospital bagi dekat pukul 6 tu nasi tak berapa masak. Tu jela slack sikit. 

Dari segi kemudahan, walaupun hospital kerajaan tapi selesa je. Ada 2 jenis je wad, satu dalam bilik, satu lagi luar bilik. Since bukan pekerja kerajaan, saya ditempatkan kat luar bilik. Tapi semuanya 4 katil je setiap bahagian/bilik. Pastu toilet dan shower pun share antara 4 orang jela, memang best tak payah berebut. Ada kipas siling kat atas setiap katil, dan ada juga aircond bagi sejuk sikit. Kalau yang dalam bilik memang kuat la aircond, lalu tepi pintu dia pun rasa sejuk gila. Jag air, thermos dan mug hospital ada bagi letak kat meja tepi katil. Cuma perlu bawak sudu dan garpu je kalau nak. Sangat la berbeza dengan hospital Kemaman hari tu. Hehe.

Lepas waktu melawat habis sehingga ke malam tu rasa bosan gila. Nak berborak, orang lain tengah tido, atau tengah diperiksa oleh doktor. Nasib baik ada majalah kakak ipar belikan, boleh la hilang boring. Sambil tu mesej2 gak dengan husband cuma kena save sikit bateri, tak dapat nak mesej banyak sangat. Tengah duduk2 tu tetibe dah kena lights off pukul 9.30. Awal gila. Boleh je nak pasang lampu individu kat katil, tapi malas la pulak nak kena tutup langsir sebab takut cahaya lampu ganggu orang lain. Selang beberapa jam nurse datang cek jantung baby.

25/6/2014: Keluar wad
Pagi esoknya, lepas Subuh dah tak tido. Mana tau doktor pakar nak datang awal kan. Dalam pukul 7 dah nampak sekumpulan doktor ke hulu ke hilir, nak start round kot. Tunggu punya tunggu, takde pun datang. Pukul 8 lebih saya ingat nak pergi mandi, then ada doktor India dan doktor lelaki semalam datang tengok keadaan saya. Diorang cakap2 sesama sendiri, lastly suruh saya tunggu doktor pakar gak kejap lagi. Saya tanya kat nurse, sempat tak agaknya saya nak mandi dulu sebelum doktor pakar datang? Nurse kata sempat je, bukan mandi lama sangat kan? Hehe.

Siap mandi, makan roti krim 3 - 4 bungkus sebab dah lapar, breakfast yang hospital bagi pun roti bun je, mana cukup. Hihi. Isi masa lagi dengan belek2 majalah Pa&Ma. Jalan2 dalam wad, tapi tak la pergi kacau orang. Cas henset kejap kat area tv, pastu duduk kat kerusi kat laluan tengah wad. Ada sorang akak ni masuk wad semalam gak, sebab air ketuban leaking. Baru 28 minggu. Dulu pun masa anak first macam tu jugak, kandungan 30 minggu dah kena keluarkan baby sebab air ketuban dah keluar. Scan kata berat baby 2kg lebih, ok je nak bersalin. Sekali keluar2 berat baby just 1.9kg je. Saya tanya, "Oh baby kena masuk incubator ke?" "Tak, sebab baby sihat je walaupun tak cukup berat.."

Balik ke katil, borak2 dengan orang sebelah katil lak. Akak tu mengandung anak ke 5, dah lebih 40 minggu. Dia dah 4 hari duk wad, doktor induce 2 kali, masukkan belon 1 kali bagi buka jalan, tapi tak juga buka2. Last semalam induce, dah buka 4cm tapi lepas tu jadi 3cm lak. So lastly doktor decide untuk ceaser. Saya tanya, "Tak sakit ke induce banyak2 kali..?" "Sakit dik, tapi bila dah lama lepas tu, malam dah hilang sakit.." Kesian tengok dia. Huhu. Macam2 pengalaman orang nak bersalin ni rupanya. Mana la doktor pakar tak datang2 lagi ni. Dah sampai waktu lunch dah. Nasib baik nasi ok so boleh la makan. Kakak ipar, mak, suami, mak mentua dah banyak kali tanya doktor cakap apa. Jawapan sama je, tengah tunggu doktor lagi. Sabar jelah. Memang dengan doktor pakar standard tunggu berjam2 la kot unless kita ni dikira kes emergency.

Pukul 1 ayah saya datang. Tanya kat doktor lelaki cina semalam camne keputusan. Dia terangkan elok2, pada dia takde apa masalah patutnya dah boleh keluar, tapi selaku doktor biasa dia tak boleh bagi keputusan sebelum bos dia setuju. Sekarang bos dia (doktor pakar) tengah ada dalam operation theater lagi, tak tau bila siap. Kesian lak tengok dia kerja tak balik2 lagi sejak malam tadi. Entah bila masa dia makan saya pun tak tahu sebab sepanjang hari nampak dia depan komputer dekat tepi wad tu je dok key in data.

Lepas kul 2 ayah saya dah kena turun semula. Saya solat, then tido je sebab dah tak tau nak buat apa. Bosan menunggu. Dalam pukul 3.30 ada doktor datang bagitau saya dah boleh keluar hari ni, just tunggu surat siap. Ok la, saya inform ayah, suami, kakak ipar. Tunggu lagi...last2 pukul 6 baru dapat surat. Next appoinment untuk repeat scan pada 10/7/2014. Settlekan bil, amik vitamin then baru balik rumah. Nanti just call klinik bagitau saya dah keluar wad, tak perlu datang klinik. Alhamdulillah...

1/7/2014: 38 minggu, follow up kat klinik
Macam biasa dalam 8.30 pagi sampai kat klinik. Timbang, berat 61kg. Tekanan darah 100/60. Tinggi rahim 37cm. Jumpa balik doktor yang cek saya hari tu, boleh pulak dia tanya, awak keluar wad minggu lepas, kenapa baru hari ni awak datang? Eh...dah hospital kata call je klinik bagitau dah keluar, saya ikut arahan jela. Klinik pun takde suruh saya datang.

Then tunggu lagi giliran untuk scan. Punya la lama, pukul 12.20 baru dapat turn masuk bilik doktor. Itupun dengan doktor muda yang baru lagi kot. Tunggu lagi turn scan sebab doktor lain tengah guna. Pastu dah dapat scan, doktor kata, "Kejap ye puan saya panggil senior saya scan pulak." Adoyai... Nak menunggu senior dia pulak. Ada la dalam 15 minit lagi menunggu sorang2. Kita ni dah la puasa, sakit pinggang dah menunggu dari pagi tadi. Datang doktor senior dia, scan kata air ketuban saya dah kurang. Bacaan 9.5. Tapi still ok tak kena tahan wad. Saya tanya perlu tak saya datang klinik minggu depan, ikut jadual 8/7/2014, memandangkan saya dah ada appointment dekat hospital pada 10/7/2014 tu.. Lepas bincang2, doktor kata tak payah datang. Ok. Bagusla tak payah ulang alik banyak kali..

10/7/2014: Appointment hospital
Kali ni saya pergi check up dengan suami. Sebabnya suami dapat MC. Jumaat lepas saya satu family berjangkit sakit mata dengan salah seorang budak yang mak saya jaga. Cepat sangat merebak sampai suami pun kena. Nasib baik hari appoinment, mata saya dah hampir sembuh, suami je yang ada sikit2 lagi merah. Seminggu juga la dia tak kerja, best gila. Hehe.

Bawak beg baju siap2 sebab mana la tau doktor nak suruh masuk wad terus ke..tapi dalam hati doa la supaya tak kena tahan wad. Dah la puasa..huhu..lebih mudah duk kat rumah dengan family.

Timbang dengan penimbang elektronik, berat 62.6kg. Tekanan darah 110/70. Appointment pukul 11 pagi tapi sebab ramai sangat orang, pukul 1.30 baru dapat turn scan. Doktor scan, plot graf, dia kata takde apa masalah. Air ketuban ok, bacaan 11. Dia kata nanti pergi klinik follow up weekly macam biasa, then pada 21/7/2014 kena datang hospital kalau baby masih belum keluar. Kena induce la gitu kot...huhu. Hopefully baby keluar sebelum 21 hb la... amin...

Patutnya hari ni, 15/7/2014 kena gi klinik follow up. Tapi sebab cuti Nuzul Quran so postpone ke hari Khamis ni pulak. Kat sini hari Selasa dan Khamis je ada klinik untuk ibu dan anak. Mesti ramai orang nanti sebab sehari je available minggu ni..hmmm...samada pergi awal2 pagi sebelum pukul 8, atau pergi tengah hari sebelum pukul 2. Tengokla nanti camne.. =)

p/s: pesanan untuk diri sendiri dan sesape yang membaca, nak masuk wad nanti bawa sekali bantal sendiri yang kita selesa nak tidur. Pastu tak yah la bawak buah banyak sangat, tak dan nak makan pun. Hehe. Roti paket individu macam roti krim ke bun ke takpe, air kotak pun ok. Tengah2 malam kalau lapar senang nak makan minum.