Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Mini reunion dengan BFFs & isu Cadbury

Assalamualaikum w.b.t.,

Nak skip kejap updates pembelian barang baby, check up, etc. sebab nak meluahkan tentang isu hangat sekarang ni ---> DNA babi dalam coklat Cadbury..

Ceritanya, minggu lepas pada Khamis 22/5/2014, mak, ayah dan adik lelaki saya naik flight ke Beijing untuk melawat adik perempuan saya yang bakal konvo hujung bulan 6 ni. Pergi awal jela sebab hujung bulan 6 tu dah nak puasa & dah musim panas + kering kat sana, takut ada isu kesihatan lak nanti. Jadi saya dan suami plan nak jumpa diorang la kat KLIA2 sebelum diorang naik flight, sekaligus boleh jalan2 kat Sogo ke IKEA ke..tengok2 barang baby dan barang rumah sekali. (^_^)

Nasib tak menyebelahi kami sebab suami tak dapat keluar ofis awal (dia mintak half day) jadinya dipendekkan cerita kitorang gerak keluar dari Kemaman lebih kurang pukul 2 ptg. Flight diorang pukul 7 malam tapi kul 6 dah nak kena gerak ke bilik menunggu sebab jauh macam kat KLIA, tapi takde tren nak mengangkut so diorang kena jalan kaki dalam 25 minit gitu baru sampai. So saya dan suami ni kira2 waktu, sah2 tak dapat nak jumpa diorang dah ni. Sampai kat KL nanti dengan jem orang balik keje lagi. Takpelah sebab ada agenda lain lagi kan, hehe. Kitorang akhirnya sampai KLIA2 pukul 8 malam, jalan2 dalam tu & makan kat Texas Chicken. Saje test sebab tak pernah makan, best gak. Malam tu tido kat Youniq Hotel, tempah kat Agoda.

Esoknya, Jumaat, gi Sogo nak usya barang baby, tapi hampa sebab tak banyak pilihan dan takde sale pun. Ingat alang2 nak beli car seat, nak himpun sekali barang2 lain macam lampin, receiving blanket, tuala baby, pampers saiz s, dan nappy liner. Boleh la spend ratus2 so dapat rebate parking dan yang pentingnya tambah points. Tapi dah takde yang lebih murah berbanding kat Kemaman ni, apa boleh buat, cancel sume. Kitorang beli pampers Mamy Poko saiz s, 44 pcs (satu paket) sebab harga murah sket, RM 28.90. Disokong pulak oleh ada sorang abang kat situ, tengah belek pampers gak. Dia kata anak dia dah pakai semua - PetPet, Mamy Poko, Drypers, Huggies... Mamy Poko paling bagus dan paling murah ialah kat Sogo. Ok, ambil jela sebab kat Manjaku Kemaman hari tu seingat saya RM30. Dah ter"update" jugak tentang barang baby haha..

Setelah hampa kat Sogo, petang tu kitorang gerak ke Damansara nak cari hotel lain lak, kalau boleh nak dekat2 dengan IKEA senang sikit. Rupa2nya jalan sempit sebab ada pembinaan flyover/jalan LRT kot. Jem, dan susah gila nak cari hotel sebab tak berapa nampak. Last2 terus ke IKEA je beli barang yang dah target. Plan lepas tu ialah nak makan kat Murni Dataran Sunway dan tido kat hotel area situ. Paling biasa kitorang tempah Best View Hotel. Lepas makan, round2 sume hotel situ penuh. Sabar jelah. So kitorang decide nak gi Shah Alam je sebab plan nak beli stroller 2nd hand daripada orang Shah Alam esok. Saya dah roger BFF yang duduk area sana, kot boleh jumpa esoknya ;) 

Tak taulah kenapa tapi semua hotel kat Sek 7 pun penuh... nak gi Hotel Blue Wave dengan Hotel Quality memang tak dapat la, sah2 mahal. Kitorang pergi tanya Hotel UiTM pun penuh. Lastly dapat satu bilik kat Intekma Resort, RM143. Masa tu dah pukul 1 pagi. Dah tahap putus asa dah cari hotel sebenarnya..nasib baik ada gak tempat leh tido.

Mini reunion dengan Cahaya, Ain & Yana

Saya ajak Cahaya dan Ain jumpa kat PKNS/SACC/Alam Sentral dalam pukul 11 pagi. Tak dapat contact Yana so takpela, jumpa mana yang dapat je..hehe. Dalam pukul 12 macam tu baru saya dan suami sampai ke SACC sebab tersalah jalan, maklumla dah lama tak datang Shah Alam haha. Happy sangat dapat jumpa sebab dah setahun lebih, last jumpa diorang adalah masa wedding saya Februari tahun lepas. Kitorang pergi lunch kat PKNS yang restoran pinggan besar tu, tak ingat nama. Borak2, dan Cahaya tunjuk gambar result makmal kata Cadbury ada DNA babi. Masa tu baru circulate kot kat FB.

Respon kitorang: Eh betul ke? Macam mana boleh ada DNA babi lak. Bincang2, dan kitorang come up with one hypothesis -> cross contamination (pencemaran silang) kot, mungkin dari supplier kacang sebab yang takde kacang tu takde detect pulak. Sebab produk dah certified halal, tak mungkin la sengaja ditambah dalam ingredients. 

Macam mana pulak boleh tetibe detect? Ada orang mengadu pada KKM ke? Bila pikir2 balik, oh maybe KKM kebetulan nak buat test DNA babi. Sebab setahu saya, memang KKM ada jadual untuk buat test macam2, katakan bulan Januari dia nak test ada tak produk yang letak pengawet berlebihan. So pegawai KKM akan pergi pasaraya, amik random samples dan beli...bawak balik lab buat ujian. Mungkin sampel Cadbury ni salah satu sampel yang nak diuji untuk test kewujudan DNA babi. Kebetulan nak terkena pada produk yang contaminated....

Tapi sebab masa tu takde keluar kat berita lagi, dah la dengan typo nama brand, so kitorang mengharapkan yang bukan Cadbury la. Huhu.. Andai kata betul, saya kena check balik batch code coklat Black Forest yang ada kat rumah. Separuh bar lagi, yang paling besar punya lak tu. 

Lepas solat Zohor, dapat jugak jumpa Yana. Alhamdulillah seronok jumpa diorang..hehe..

Isu Cadbury

Petang tu dalam pukul 4 kitorang gerak balik, singgah umah mak jap nak rehat2 dan ambil barang2 yang mak dah prepare -> lampin dan barut baby yang kitorang pakai masa kecik2 dulu, pastu barut baru yang mak ada jahitkan, dan kain2 batik. Mandi, solat dan makan nasi terus kat rumah sebab senang sikit balik Kemaman dah boleh rehat. Bukak tv3, tengok2 ada berita mengesahkan Cadbury ada DNA babi. Sampai kat rumah kat Kemaman, cek coklat. Alamak, kena buang la coklat macam ni. Sebab expiry date yang detected tu Nov 2014 dan Januari 2015. Yang saya punya expire Jun 2015. Aiyoo...dah berapa banyak batch dah tu. Buang aje memandangkan kita tak tahu processing line dia sama atau lain bagi perisa berlainan. Dikira syubhah la kan sebab nak kata coklat yang ni ada DNA babi gak, kita pun takde bukti. Bila syubhah, hendaklah ditinggalkan sebab dah menghampiri haram....

Hari2 yang seterusnya FB dipenuhi dengan macam2 post tentang isu tersebut. Like page Jakim, like page KKM sebab nak dapatkan update rasmi dan terkini. Berhari2 lepas tu rasa macam2, pelik, hairan, menyampah, muak. Pelik dan hairan sebab kenapa KKM peram result dari bulan Februari? Menyampah sebab ramai terus salahkan Jakim sedangkan Jakim pun tahu setelah gambar result tu tersebar kat FB. Muak sebab ramai pulak up post mengarut pasal kod E, mencarut terhadap Jakim dan Cadbury, kata good job pada KKM. Hah, good job?

Pada saya, tak layak pun KKM dapat pujian good job. Kenapa?

1. Sekiranya ujian awal mendapati produk positif DNA babi, KKM kena terus maklumkan pada Jakim supaya Jakim boleh sama2 terlibat dalam penyiasatan dan gantung sijil Halal Cadbury lebih awal. Takdela ramai yang dah terbeli dalam 2-3 bulan ni. Sambil tu Jakim boleh terus hantar sampel ke Jabatan Kimia sebab jabatan tu je yang diiktiraf dan digunakan oleh Jakim. Kena improve komunikasi antara KKM dengan Jakim nih...

2. Walaupun pembocor maklumat berniat baik, tapi menyebarkan result yang tidak rasmi kepada orang awam merupakan satu tindakan bodoh dan tidak professional. Tengok apa jadi sekarang. Lebih banyak fitnah terhadap pihak2 yang belum tentu bersalah. Nak pulak orang Melayu ni kan malas membaca, suka sangat menyebar gosip. Baca tajuk, belum paham isi, sebarkan benda salah dan menyesatkan orang lain lak. Tak ramai yang perasan bahawa bukan saja Jakim baru tahu, pihak KKM pun baru jugak tahu setelah jadi viral. Ini screen shot dari page Jakim dan KKM:



Tindakan membocorkan maklumat tidak rasmi seolah2 menunjukkan orang
KKM tidak professional dalam melaksanakan tanggungjawab

Saya ada tanya seorang senior yang bekerja di KKM, kenapa result bulan Feb baru Mei nak keluarkan? Dia kata sebab lab test ambil masa lama dan setelah dapat result, diorang akan repeat dan hantar kat makmal2 lain untuk dijalankan test jugak. Sebab nak pastikan betul2 baru boleh confirm. But still, saya rasa hairan dan nak tanya lebih lanjut lagi, kenapa Jakim hantar test kat Jabatan Kimia boleh dapat result dalam 7 hari bekerja? Lab KKM tak boleh dapat result dalam 7 hari bekerjakah? Bukan ke sepatutnya, once dapat result awal tu terus kena maklumkan pada Jakim sebab isu besar kot? Tapi tak jadi nak tanya panjang2 sebab dia pun macam dah bengang kena melayan pertanyaan orang lain. Huhu..

Ok, tutup cerita KKM sebab dia pun dah buat kenyataan yang result rasmi baru siap bulan Mei la apa la...takde pun komen pasal tindakan orang dalam bocorkan maklumat tu. Fine. Kalau betul memang result baru dapat bulan Mei, takpela. Kita yang tak bekerja kat sana tak boleh la nak komen lebih2.

Pasal Jakim lak, hmm, sedih tengok masyarakat Melayu ni dok menghentam, mencarut, memfitnah diorang. Kalau tak faham, tanya elok2, minta penjelasan, orang tak marah. Yang tak betulnya bila kata2 melampaui batas macam screen shot kat bawah ni:



Orang Jakim tak reti keje? Goyang kaki? Makan rasuah? Err...sila la buktikan. Jangan hanya dengar sumber dari ntah mana2, pastu tokok tambah bagi sedap sikit cerita, banyak sangat ke pahala kita ni nak diberikan pada orang Jakim di akhirat nanti?

Ada komen lain yang kata "Alah, Jakim datang audit memang la tak dapat jumpa apa2. Pihak kilang dah sorok siap2.. Lagipun asalkan dapat banyak duit, mesti la lulus aje nak sijil Halal.."

Walaupun saya tak bekerja dengan Jakim, tapi sangat sakit hati bila baca komen2 macam ni. Sepanjang saya bekerja di food company yang apply sijil halal, saya dapati sangat2 la susah nak sorok apa2 semasa audit Jakim. Sebabnya Jakim datang spot check, tak pernah bagitau bila nak datang. Apa sahaja yang Jakim nampak waktu audit, itulah yang sebenarnya sebab memang tak sempat nak make-up sana sini bagi nampak cantik.

Audit Jakim vs Audit KKM


Setiap kali dapat tau pegawai Jakim dah tercongok depan pintu ofis, masing2 dari manager hinggalah supervisor production line (apetah lagi QA) memang kelam kabut dan ketar lutut. Bukan sebab kitorang ada barang2 terlarang, tapi sebab takut kalau2 ada operator tak pakai hair net dan face mask dengan betul, ada yang letak bakul ingredients direct atas lantai, ada dinding kotor sikit, ada bahagian mesin yang nampak karat, ada sawang kat siling warehouse...itupun Jakim akan tolak markah bila jumpa, belum lagi kalau ada keraguan dari segi halal haram sesuatu bahan. Dari segi dokumen pun kena lengkap. Kalau tak lengkap, atau ada sijil halal tapi bukan dari Jakim/badan2 luar negara yang diiktiraf, Jakim tak akan luluskan sijil Halal. Dan mereka sangat la strict masa audit sebab ni soal halal haram.

Bila sampai dekat tempat kritikal macam tempat blending, cooking, chopping, pendek kata tempat memasukkan bahan mentah ke dalam mesin kawah la.. Jakim akan cek ada tak orang Islam bekerja kat area tu. Ada? Ok sila mengucap dua kalimah syahadah..baca Al-Fatihah dan surah2 lazim.. Diorang make sure pekerja Islam kat situ bukan setakat Islam pada nama sahaja. Kadang2 dia tanya jugak macam mana cara nak samak (sertu) sekiranya terjadi pencemaran bahan tak halal.

Selalunya pihak Jakim datang pada waktu yang orang memang tak suka - pagi hingga tengah hari. Geram jugak kadang2 terpaksa tinggalkan meeting dan tak sempat makan tengah hari sebab nak melayan audit Jakim, tapi bila pikir2 balik, betul la Jakim datang waktu2 yang busy macam tu, biar semua orang tak sempat nak mengelat kat mana2.

Berbeza dengan audit oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) atau kitorang selalu sebut MOH (Ministry of Health) Audit, audit ni bukan berbentuk spot check macam Jakim. Audit ni dirancang bila nak dibuat, maknanya pihak MOH akan bagi tarikh bila nak datang dan pihak kilang akan respon setuju tak dengan tarikh tu. Yela sebab kadang2 pada tarikh tu ramai pergi kursus ke, so takde orang yang layak untuk iring auditor dan jawab soalan2 dia masa audit. 

Bila tarikh audit dah tau, pihak production akan mula projek mencantikkan seluruh kawasan kilang iaitu cat balik mana2 dinding yang catnya dah terkopak (sebab selalu panas - sejuk -panas - sejuk, macam mana tak terkopak lapisan cat), cat balik lantai yang menunjukkan laluan safety, cat bahagian2 mesin atau mana2 tangga/peralatan besi yang berkarat, pastikan susunan barang kemas tak kira di production line mahupun warehouse. QA lak kena settlekan cepat mana2 kes produk yang tengah on-hold sebab ada masalah, cepat2 return barang mentah yang direject kepada supplier (kalau ada), pastu kena round production line selalu untuk pastikan operator semua amalkan GMP (Good Manufacturing Practice) dan faham perkara2 basic seandainya ditanya auditor nanti. Pendek kata memang sedap la mata memandang semuanya. Habis aje audit, hah, dah bertukar wajah jadi macam hari2 biasa...

Jadi, adakah anda masih nak kata audit Jakim tak telus, orang boleh sorok barang dan sebagainya?

Dari sudut pandangan pihak kilang pula - saya bukanlah pekerja Cadbury dan bukan mahu back up Cadbury sangat, cuma bila orang tuduh Cadbury sengaja memasukkan bahan terlarang ke dalam produk dia, sejak sekian lama bertahun2 lak tu, saya rasa kesian kat diorang. First response saya dan BFFs, tak mungkin Cadbury sengaja masukkan.... mungkin contamination daripada supplier kacang... Kenapa? 

Antara sebab2nya:

1. DNA babi dikesan dalam 2 sampel daripada 3 sampel yang diuji. Sampel yang positif ialah Hazelnut dan Roast Almond, manakala sampel negatif ialah coklat susu. Sekiranya memang ada dalam ingredient selama ni, sepatutnya semua sampel positif untuk DNA babi.

2. Selaku pengilang produk yang apply sijil Halal dan nama besar lak tu dalam industri, buat apa Cadbury pergi tabur pasir dalam periuk nasi sendiri? Agenda orang kafir nak menyesatkan umat Islam? Tolonglah.... kalau betul diorang nak bagi umat Islam makan benda tak halal, lebih baik dia taja company kecik2 yang takde nama sangat, buat makanan sedap2 dan jual, nanti kalau kantoi ada DNA babi senang aje dia lesap dan tumbuh di tempat lain pulak. Orang pun ingat2 lupa je nama brand dia pastu... Maksud saya, kenapa nak merisikokan nama yang besar? Penat2 bina nama brand, penat2 berusaha dan bayar mahal untuk apply sijil Halal, pastu sengaja "bunuh" brand tu? Orang bisnes takde masa nak pikir macam tu ok. Diorang hanya fikir macam mana nak dapatkan lebih banyak untung dan teruskan kelangsungan bisnes... $$$

3. Ini bukanlah kes pertama produk makanan dicemari DNA babi. Pernah dengar kes butter ke marjerin entah yang ramai orang guna untuk buat kek dan sebagainya, dalam 2 - 3 tahun dulu? Masih ingat? Saya tak ingat brand dia, tapi saya dapat tau ia berlaku sebab pencemaran dari pekerja. Kemungkinan pekerja tak basuh tangan betul2 lepas makan daging babi ke, then tak pakai glove masa buat kerja. Oleh itu, memang possible terjadi pencemaran silang. 

Pencemaran silang ni boleh berpunca dari:
a) pekerja (sama ada kat Cadbury atau supplier Cadbury, mungkin tak sengaja, mungkin juga sabotaj akibat tak puas hati dengan pihak management)
b) pengangkutan (mungkin lori/kontena yang bawa bahan mentah pernah digunakan untuk bawa bahan yang mengandungi unsur babi), atau 
c) mesin dan peralatan lain (mungkin beli mesin 2nd hand ke, pernah guna untuk proses bahan yang ada unsur babi).

--> 3 points ni je yang ingat..maaf kalau sebenarnya ada lagi tapi tak dapat ingat..hehe

Saya sendiri pernah siasat banyak kes ada bendasing dalam produk, rupa2nya berpunca daripada supplier, atau pihak pengendali yang menguruskan pengangkutan dari oversea sehingga sampai ke kilang. Macam mana boleh tau tu, panjang la pula nak cerita. Mana2 budak food tech atau yang bekerja di bahagian QA kat food company faham la. Cerita kat orang awam kang, takut lagi pening kepala..huhu. So let the experts do their work, dan kita tunggu saja keputusannya lepas ni, tak perlu la buat sebarang spekulasi seolah2 kita berada di tempat mereka yang terlibat.

Dan yang paling penting, jangan la caci orang, itu bukan akhlak Islam, harus la rasa malu menuturkannya di khalayak ramai...

Tentang Kod E, hmm... dari dulu dah cerita pasal Kod E ni tak habis2.. kenapa la orang Malaysia (sebut Melayu kang marah..tak semua Melayu macam tu) malas sangat membaca dan menyelidik? Nampak je E terus kata babi. Padahal E100 tu pewarna kuning dari kunyit kot. Silalah Google untuk lebih info tentang Kod E. Yang was2 ialah kalau kandungan lemak yang berfungsi sebagai emulsifier, texturizer, macam E471... sebab sumber boleh jadi dari haiwan, boleh jadi dari tumbuhan. Andai kata dari haiwan, bukan saja babi yang haram, kalau dia ambil dari lembu yang tak disembelih pun haram juga. Sebab tu kat Malaysia ni, kalau ada E471 tapi Jakim bagi sijil halal, bermakna ia tentulah dari sumber tumbuhan, atau sumber haiwan yang cara pemprosesannya telah disahkan halal. 

Kini, isu terbaru, Majlis Fatwa kata Cadbury halal? Jakim buat u-turn, main2 dengan hukum hakam Islam? Rilek2.... baca la betul2 kenyataan Majlis Fatwa. Jangan la tunjuk sangat kebodohan kita. Mentang2 henset canggih terus taip dan send comment dengan hujung jari je... 


Hukum halal tu merujuk kepada produk Cadbury sebelum didapati tercemar dengan DNA babi tu. Sebab orang asyik tanya macam mana nak buat kalau dah termakan sebelum ni... Tapi orang kita ni, baca tajuk (yang disensasikan oleh media) lepas tu terkejut beruk lepas tu apa lagi...hentam orang2 yang lebih expert daripada kita.

Diharapkan lepas ni umat Islam khususnya di negara kita, lebih buka minda dalam menghadapi sesuatu isu. Yang mana dah buat tersilap, belajar dari kesilapan tersebut, jangan ulang lagi. Tahap pendidikan masing2 pun dah tinggi, so jangan la bercakap mengalahkan budak sekolah rendah, kan?



p/s: ada terbaca cadangan perkenalkan kod H bagi menggantikan kod E untuk menunjukkan ia halal. Why not? =) Kuasa pembeli boleh mendorong kepada perubahan yang lebih baik kan? Walaupun kod E adalah kod standard yang satu dunia pakai, tak salah untuk umat Islam mencadangkan sesuatu yang baru untuk lebih memudahkan. Peace!


Friday, November 11, 2011

Stress tahap langit ketujuh (T_T)

Hari ni hari Jumaat. Hari yang sepatutnya paling semangat kat tempat kerja sebab esoknya cuti. 




Tapi bagi saya hari ni adalah hari paling stress dalam minggu ni. Well, sebenarnya stress yang dah terkumpul sejak dulu, dan semakin meningkat naik mulai bulan lepas. Tak perlu kata apa2 bila berdepan dengan bos / orang2 yang berlagak bos. Tak perlu defend diri sendiri. "YA" kan saja semuanya walau hati sakit berpura2 mcm tu. Just keep on saying sabarlah hati.. dan bertahan seboleh mungkin dari sehari ke sehari..


~My Boss and I~

When I take long time to finish, I am slow
When my boss takes a long time, he is thorough

When I don’t do it, I am lazy
When my boss does not do it, he is busy

When I do something without being told, I am trying to be smart
When my boss does the same, he takes the initiative

When I please my boss, I am apple-polishing
When my boss pleases his boss, he is cooperating

When I make a mistake, I am an idiot
When my boss makes a mistake, he is only human

When I am out of the office, I am wandering around
When my boss is out of the office, he is on business

When I am on a day off sick, I am always sick
When my boss is on a day off sick, he must be very ill

When I apply for leave, I must be going for an interview
When my boss applies for leave, it is because he is overworked

When I do good, my boss never remembers
When I do wrong, he never forgets

Semalam bila ada peluang dinner dengan ofismate yang agak rapat, banyak cerita keluar. Dan kitorang merasakan benda yang sama. Maknanya memang betul la bos2 kecik n bos2 besar tu boleh dikatakan gila..huhu. Crazy n impossible bosses. Bukan xbersuara, malah berkali2 cari bos dan try bincang dengan dia bila kita ada masalah dengan kerja. Tapi akhirnya, segala feedback dan luahan dan pendapat kita macam masuk longkang je. Geram!




Best juga bila ada komik Dilbert ni. Seolah2 lega je bila rasa bukan kita sorang je yang mengalami situasi "Boss is always right". 


Pagi tadi seorang lagi team member dah hantar surat resign. Dia baru 5 bulan kat sini. Kalau tolak bos2 kecik, saya jela yang paling lama. Yang lain baru masuk start bulan 3 tahun ni. Dan semua tanya saya, macam mana u boleh tahan sampai setahun lebih dengan diorang r? Saya jawab, entahla, mungkin saya dah lepas threshold perasaan2 yang xdiingini tu. Tinggal sabar je lagi yang dah semakin menipis. Tak tau sampai bila, saya sendiri xdapat agak.


Setiap hari, saya dan ofismate2 yang geng ni akan bergurau/lepas geram terhadap masing2 dengan cara bergurau, just to reduce the tension. Antara ayat2 yang biasa:


"u ada baju kalis peluru tak untuk saya pakai? I nak masuk war zone kejap lagi"


... ataupun saya just tetibe sebut "aaaaa....!" kalau tengah tension, dan geng yang dengar akan cakap, "eh u jgn la aaa mcm tu...i pun rasa nak jerit woo.."


"hani...i rasa nak mati.... i even rela kalau u bunuh i saja..." "ish..xbaik la u ni.." "betul woo hani... itu siao punya orang! huh...mati hidup semula pun xkan boleh buat mcm yang dia nak"


"i rasa mcm nak pukul orang la... i nak ketuk u boleh tak? aaaaarghhhh....!" "boleh2...i tak kisah punya..u tembak je i lagi bagus...i dah tak tahan la dengan semua ni....ishh!"


n kdg2, saya just panggil je nama ofismate, bila dia pandang, saya just ckp, "I hate u" then dia pun, "I hate u too..urgh!" haha..mcm tu la bila masing2 dah tension..antara hiburan semasa tengah bekerja..hurm......


Satu2nya reason kukuh untuk saya bersabar lagi dengan semua ni adalah untuk belajar banyak lagi benda.. peluang macam tu xdatang selalu. Pegang kata2 ni:



Dan renung2kan ini:



Monday, October 31, 2011

Sesat jalan.. (-.-)

Pukul 10 pagi tadi, sedang saya siapkan kerja, bos saya panggil. "Hani, you boleh pergi Ampang seorang diri tak? Kita nak monitor supplier hari tu.." "Hah..? Saya? Erm.. Saya xberapa ingat jalan.." "Senang saja, I'll draw the map for u. U tau kan jalan bla3..........." Memang saya pernah pergi dengan bos hari tu tapi masa tu pun dia main redah je, sesat2 jugak. Mana la nak ingat. Huhu..then saya kena pergi sorang? Huiyoo.. xyakin.. 

"Boleh tak Szu Min pergi dengan saya? At least dia ada untuk tengok supplier tu sekali and tengokkan jalan..hehee..." "Erm... kalau both of you pergi mcm bazir resource tau.. tapi u really xyakin ye? erm.... let me think..... Hmm.. ok la.. u pergi dengan dia. Boleh ya? Thanks.." (sebenarnya dia suruh Szu Min pergi tapi dia xbwk kereta  hari ni..tup2 suruh saya lak..hoho) Lebih kurang pukul 11.50 gerak ke McD dulu, lunch, isi minyak n top up Touch n Go, pastu baru gerak. Masa tu 12.40. 

Print arahan google map, ok jela ikut sign Cheras aje. Sepanjang jalan kitorang bertanya sesama sendiri, betul kan jalan ni? Huhu.. Bos dah pesan ada tempat yang agak tricky sebab ada roundabout, ada 3 jalan kat situ. Satu pergi mana ntah, satu masuk roundabout, satu lagi naik flyover. Dia suruh lalu tepi roundabout. Flyover dia xpasti tapi mungkin boleh sampai jugak. Google map punya arahan lak lain. Jalan mana ntah, xingat, tapi xberani la nak try.. So sampai sini ikut peta yang bos bagi lak......

Maka.....bila sampai kat jalan tu, kitorg pun tanya sesama sendiri lagi, ni ke roundabout tu? Masuk sini ke? Tapi xberapa nampak signboard kat situ so saya pun bantai naik flyover. "Tadi bos ckp mungkin boleh sampai jugak kan,.. hehee.. dia ckp ikut sign Pusat Bandaraya atau Bandar Tun Razak." Manalah tau rupanya jalan tu terus bawak kitorang ke Pusat Bandaraya KL. Hoho..nama je duk PJ setahun tapi jalan kat area sini mmg zero la kan. Szu Min kata, "Eh hani, kita kat mana ni...xdapat cari nama jalan la.." "Szu..kita dah kat bandar KL..saya nampak Wisma Tun Sambanthan.. err..mana nak u-turn ek..." Saya jalan je terus melepasi Maybank, Puduraya.... dan akhirnya sampai depan Masjid Jamek dah. Aduii.. jauh gile dah lepas. Tapi xpe at least sesat pun jalan lurus aje. Harus tenangkan hati... 

Puas cari tempat nak u-turn then akhirnya dapat jugak.. dah hujung gila2..tapi pastu terlepas simpang ke Cheras then pusing balik jalan yang sama. Nak xnak, saya buat illegal u-turn jelah. Harap2 xkena saman. Hoho...pukul 1.45 sampai jugak ke tempat supplier tu.. fuh... alhamdulillah selamat sampai. Ok la jugak sesat2 ke KL pun boleh sampai tempat supplier tu dlm masa sejam..dengan bwk slownye, dengan xreti nak selit2... not bad la timing tu, (^__^)y

Selesai urusan lebih kurang 4.30, then gerak balik. Time balik ni pun satu hal. Ikut je balik jalan tadi, dengan direction drpd supplier jugak. Ingatkan nak balik senang la sebab cari je sign PJ. Memula terpaksa bersabar dalam jam.. dekat setengah  jam xkuar2 lagi dari Pandan Indah. Bila kuar je, cepat2 tengok sign Jalan Loke Yew (mengikut kata supplier). Then kat roundabout kitorang salah amik simpang lagi. Szu Min  suruh saya ikut teksi depan so saya ikut jela.. rupanya lalu tepi Sekolah Sains Alam Shah. "Szu, ni salah jalan la.. kita masuk Bandar Tun Razak ni.." "Eh yeke.. alamak.. kena u-turn lagi" Sabar jela, malang betul nasib bila jumpa roundabout hari ni. Hoho. Bila dah selamat masuk jalan yang betul, tup2, kitorang lalu balik jalan nak ke KL tadi. Mak ai, biar betul. Kang stuck lagi dalam jam yang gile hebat... Sudah la hujan lebat, air penuh kat jalan, ada sekali tu teksi kat sebelah kiri langgar air, habis kete kena simbah sampai xnampak apa2 kat depan. Mmg menjerit la kan.. risau gile kalau accident lak. 

Saya kata,"Xpe2, rasanya tadi saya ada nampak sign PJ. Tapi xsure kat mana. Jangan terlajak lagi ke Masjid Jamek sudah la.. jam woo nak u-turn." Memang betul pun ada sign PJ xlama lepas tu, sebelah kiri. Yahooo...! Lega.. Jam dah pukul 5.25 masa tu.. Kitorang sangkakan ada u-turn ke PJ sebelah kanan mcm biasa..masa tu redha jela bila tengok jam kat laluan sebelah. Nasib sangat2 menyebelahi kitorang sebab rupanya jalan balik mmg xjam. Xtaula apa nama jalan tu, tapi rasa mcm pernah lalu je masa balik dari Pahang. Haha.. Anyway, dalam pukul 5.35 dah nak sampai PJ Hilton, kejap je rupanya. 5.40 dah sampai ofis... Huahhh..lega gila,.. Alhamdulillah.. 

p/s: Kadang2 best juga bila sesat sebab time tu la dapat belajar jalan baru.. hehee..




Saturday, June 18, 2011

A joke for today ;D

A disappointed sales manager of Coca-Cola returned from his assignment to Saudi Arabia. 

A friend asked, "Why weren't you successful with the Saudis?"

The sales manager explained, "When I got posted, I was very confident that I would make a good sales pitch. But I had a problem. I didn't know how to speak Arabic. So I planned to convey the message through three posters." 





First poster : A man lying in the hot desert sand totally exhausted and fainted.
Second poster : The man is drinking Coca-Cola.
Third poster : Our man is now totally refreshed. 


And then these posters were pasted all over the place. 


"Terrific! That should have worked!" said the friend.

"The hell it should have!" said the sales manager."No one told me they read from right to left!"




Thursday, March 10, 2011

Pengajaran hari ini..

Saya rasa bersalah + malu hari ni. Mana taknya.. saya mungkin jadi punca seseorang kat production mengalami kecederaan. Huhu. Kisahnya mcm ni. Seperti biasa, kerja2 memang banyak yang urgent. Saya kena siapkan macam2 sample produk. Ada yang normal incoming (new container, new crop), ada yang pre-purchase. Memang banyak. Kebetulan, hari ni saya kena bagi GMP induction untuk pekerja2 baru. Dah habis masa banyak dah. Then, saya pergi la kitchen untuk step memasak brine kacang. Masa tu dah tengah hari, so saya fikir tak sempat la nak seaming can sebab orang production dah rehat. Jadi, saya masak dulu brine, then lepas waktu rehat baru la saya isi brine dalam tin yang berisi kacang, baru pergi seam.

Setelah mintak tolong operator masukkan dalam retort, saya pun balik ke ofis then sambung kerja lain. Agak2 pukul 5lebih saya boleh la jenguk semula kat production untuk ambil sample yang saya dah masak, seam dan retort tu. Tiba2, pukul 4.40, saya dikejutkan dengan berita bahawa orang production cedera masa nak ambil sample saya, tin meletup. Ofismate yang sampaikan berita tu pun tak pasti teruk ke x, jadi saya tak la gabra sangat sebab ini bukan first time sample meletup. Saya pun dengan selambanya sambung keje yang melambak lagi.... then..

"Honey, you turun sekarang kat production. OSH officer nak jumpa you.."

Alamak. Teruk ke kes tadi? Saya dah risau. Sambil turun dengan lajunya ke production, saya berdoa dalam hati moga2 semuanya OK. Sampai kat tempat kejadian, saya tengok kacang2 bersepai dalam retort tu. Habis kotor. Dari OSH officer tu la baru saya tau rupa2nya sorang operator Nepal terkena brine kacang yang panas tu kat mata. Tin tu meletup masa dia nak keluarkan sample. Luar mata bengkak tapi dalam mata macam ok. Tapi demi keselamatan diorang hantar jugak ke klinik untuk rawatan. Aduh,,..rasa bersalah gila.

Bila naik ke ofis, bos2 sume tau ada kes disebabkan sample saya. Huu..risau gila. Macam2 diorang suruh cek. Cek vacuum, double seam... saya decide untuk tanya RND senior exec pasal punca kejadian tu. Dia kata sebab utama adalah masa seaming, steam tak cukup panas. So xleh create vacuum. Ini mungkin disebabkan kecuaian operator yang tolong saya seam tadi. (tapi operator tersebut amat berpengalaman jadi kebarangkalian untuk dia cuai adalah amat rendah). OK, jadi saya faham bila xde vacuum dalam tin, tentulah udara kat headspace expand masa suhu tinggi dan menyebabkan tin pecah (tin yang menggunakan EOE, weak point kat end tersebut). Satu lagi punca ialah.... ini mebuatkan saya berdebar. Suhu produk yang rendah sebelum seaming turut menyebabkan xleh create vacuum. Rendah macam mana? Tanya saya. Bawah daripada 80 degree C. Oh! Baru saya tau.... tadi pun ntah berapa la suhu produk sebelum seam tadi. Memang la rasa panas lagi, tapi xbtul2 cukup panas. Saya xpernah terfikir lak kalau saya biarkan sekejap produk yang saya masak sebelum seaming bakal memberikan masalah macam ni. Saya rasa nak menangis bila memikirkan worst case yang boleh jadi, iaitu operator tadi buta sebab mata dia terkena brine yang amat panas...lebih panas dari air mendidih. Ya Allah.. aku memohon ampun atas kekhilafan diri pada hari ini.

Saya amat berharap operator yang jadi mangsa tu hanya mengalami cedera ringan saja.. aminn...

Namun, di sebalik kejadian hari ni, ada hikmahnya. Saya dapat refresh ilmu yang diajar oleh pensyarah2 food tech yang saya sayangi dulu.. dan tambah lebih pemahaman lagi melalui pengalaman dulu2 RND exec tersebut yang dia ceritakan pada saya. Sempat lagi dia tenangkan saya, jangan risau...bukan salah you...you tak sengaja..

Satu pengajaran yang bermakna buat saya.  Lain kali, jangan tunggu walaupun sekejap. Straight away pergi seam lepas masak. Huhu. Dan, kegagalan hari ni bermakna saya perlu ulang proses yang sama esok. Re-do the sample preparation. Pray for me everything gonna be smooth tomorrow.. =) Oh my...Saya rasa malu nak pergi balik production dan jumpa operator sume.... huhu..