Tuesday, August 27, 2013

Persiapan kahwin: Door gift

Bab door gift ni memang pening kepala. Bukan apa, pilihan memang banyak, tapi bajetnya...terasa macam alamak banyaknya duit habis ke benda yang tak wajib pun. Sudah la tak wajib, berkemungkinan besar door gift kita terus dibuang bekasnya kat depan rumah kita betul (oleh kebanyakan budak2 dan sebilangan orang dewasa) sebaik sahaja isinya habis dimakan. Kan sia-sia melabur banyak kat door gift gitu...huhu. Bila nak cari yang cantik2 dan semestinya orang simpan pula, harganya peh...memang tak mampu la rasanya. Takut nanti sampai pokai lak lepas majlis semata-mata nak memenuhi kehendak nafsu untuk majlis grand2.


Bekas tisu RM2.50, dari Style Weddings. Nak bagi 1200++ tetamu.
Erk..mampukah saya?

Sweet..tapi still rasa RM1.80 untuk bekas tin sahaja (tak termasuk kos isi)
agak mahal....hmm.. tak ingat apa nama vendor..

RM1.80 dari Style Weddings. Menarik2..! Tapi ayah kata doorgift begini
sesuai untuk saudara-mara/kawan2, tak berapa sesuai untuk tetamu2
biasa..kurang bermakna katanya...hmm...betul juga. Tapi takkan nak
beza2kan doorgift..saya tak setuju la kalau gitu..

Untuk door gift, saya nak harga satu unit tu tak lebih dari RM1.50, so saya decide untuk bagi glass jar yang berisi coklat & gula2 untuk dewasa, manakala isi yang sama untuk kanak2 tapi diisi dalam plastik. Plastik tu pula asalnya nak mengambil ilham dari majalah Pengantin keluaran September 2012. Last2 tak jadi sebab rasa macam leceh sangat nak buat bila dah last minute macam ni.


ingat nak ambil inspirasi dari ini. Nak guna lebihan wrapping paper
instead of doily paper, azam nak berjimat la ni...tapi....agak leceh pula
nak gunting wrapping paper satu2.

ni pulak agak mahal sebab kena guna kertas yang tebal sikit takut
mudah koyak.

Glass jar tu pada awalnya nak yang bentuk bulat macam yang kita biasa dapat di majlis2 perkahwinan yang lain. Dalam awal bulan 11 saya dan family pun pergi survey kat Cowboy Kuantan nak tengok2 harga dan sesuaikan dengan bajet. Ada macam2 bentuk rupanya, dan yang terkini pada waktu tu ada bentuk segi empat. Siap dengan ukiran TERIMA KASIH. Harga 1 tray RM18.90. 1 tray ada 30 biji jar so sebiji jar bersamaan 63 sen. Memang berminat dah nak amik tapi masa tu mak kata awal lagi ni... penuh rumah kita dengan jar ni nanti.. lain kali dekat2 esok kita beli la.. Ok... sambil tu usya2 harga coklat n gula2, bunga telur, etc.


Jar 63 sen dari Cowboy Kuantan ;)

Then pada 1 Disember kitorang gi lagi Cowboy nak beli jar lah kononnya, tup2 design segi empat tu tinggal 9 tray je. Eh. Baru 2-3 minggu lepas kitorang tengok berlambak lagi. Pekerja tu kata aah, sebelum ni banyak tapi sebab design baru, memang tengah hot. Sekarang kita habis stok dan kena tunggu bulan 3 nanti baru sampai shipment baru. Ha?? Mana sempat..majlis bulan 2. Mak ai. Masa tu rasa menyesal habis tak ambik terus awal2 dulu. Puas lak lepas tu round kat Temerloh cari jar macam tu, tapi harga mahal sikit. Kalau kat Cowboy Kuantan harga dalam 63 sen satu jar. Kat Cowboy Temerloh takde stok, kat Sakan Temerloh ada tapi naik jadi 70 sen satu jar. Kita nak beli 1200 biji woo.. memang aim yang 63 sen tu jela. Dengan penuh harapan, saya berdoa moga2 ada jugak rezeki kami untuk dapat lagi jar yang murah mcm kat Cowboy tu...

Lastly, Allah kabulkan doa kami, dalam 3 minggu sebelum majlis, mak n ayah saya dapat juga beli lagi jar tu sebab ada shipment baru sampai. Alhamdulillah.... ;) Dah settle untuk door gift. Lega.

Jadi, anggaran cost untuk door gift dewasa + kanak2 saya:
1. Bekas kotak door gift 1000 pcs : Free dari pakej kad kahwin
2. Glass jar, 63 sen x 1200 pcs : RM 756
3. Bekas plastik door gift kanak2, anggaran 500 orang: RM15
4. Coklat bentuk syiling besar, RM18.90/200 pcs. Saya beli 6 balang : RM113.40
5. Gula2 dan coklat lain (dibeli oleh mak saya, tak ingat harga) : anggaran RM 200
6. Gula2 dan coklat sumbangan ibu saudara : Free..hehe

Total: ~RM1085

Untuk door gift dewasa sahaja kosnya tak lebih dari RM1.20 ;)


9 comments:

Chenta said...

salam awk... agak2 ada lagi tak kat cowboy temerloh tu. saya mmg tgh cari jar empat segi tu. tp area klang ni 80sen paling murah.. :(

Nur Azhani Amdan said...

Salam..sorry lambat reply, xde pulak nampak notification utk komen..huhu. Jar tu saya dapat kat Cowboy Kuantan. Kat tmloh hari tu mmg family saya xjumpa. Try tgk kat Kuantan ye..hehe..all the best ;)

smsm said...

Nk tny..yg syle wedding tu nk cari kat mane ye..sbb xjumoe

Nur Azhani Amdan said...

yang style weddings tu dulu ada, skg tengok eh dah xjumpa lak produk ni.. try tanya diorg kat fb or email ;)

https://www.facebook.com/styleweddings.my

Unknown said...

kotak mini tisu n yg date penyakut tu bli mana?

Nur Azhani Amdan said...

dua2 tu dulu ada kat style weddings... tapi skrg mybe diorg dah xbuat kot... boleh google website diorg n tnya..hehe

NorizaHanim HjAris said...

KAT MANA KEDAI NI EK ??SY TENGAH SURVEY JUGAK BARANG KAHWIN AREA JOHOR

Nur Azhani Amdan said...

kat kuantan...hehe..tapi skg xtaula harga dia cmne lak..

Apai'S said...

Kt johor gi air hitam...lgi besar kedai..lg mcm2 design jar..n murah..sy bru beli bulan lps utk wedding adik bln oktober ni...