Berderet post pasal persiapan kahwin..hee.. Alang2 dah ada mood menaip baik habiskan sume cerita sebelum cerita pasal hari kejadian. Hehe.
Bulan Disember 2012 memang busy bagi saya dan family sebab dah start gear 4 untuk persiapan majlis 2 Februari 2013. Dulu masa beli barang hantaran kira gear 1 la kan. Pastu terus jump gear 4. Haha. Sebab biasalah...dah dekat2 baru nak prepare segala benda. And what I mean by prepare is, baru nak mula tanya orang, survey harga kemudian tempah dengan rushingnya. Maybe sebab kitorang fikir, alah..Maran, bukan ramai sangat yang nak kahwin macam kat Lembah Klang. Tak perlu berebut kot. Mana tau, sangkaan kami meleset.
Pada 9 Disember, saya dan parents pergi sebuah kenduri kahwin di Temerloh. Alang2 gi sana kami usya sekali tempat katering. Ada la beberapa tempat katering tapi kebanyakan kedai/butik yang sediakan katering tu tutup, maybe sebab ada kenduri la kot hari tu. So esoknya, hari Isnin kami pergi semula ke salah satu butik yang turut menyediakan khidmat katering, Fahami Collections namanya. Bila borak2 tanya pakej katering dia, menu dia quite ok dan harga pun paling murah yang kami jumpa. Saya terus book aje sebab tengok tarikh kami nak masih available, tapi seminggu sebelum tu dah ada orang book. Demi tak menyesal sebab tak book awal2, saya pun letak jela deposit RM200. At least 50% baki bayaran kena bayar seminggu sebelum majlis. Tinggal lagi berharap makanan dia sedap la...
Settle hal katering, petangnya saya dan family serta family tunang sekali pergi tengok n fitting baju sanding kat Kg New Zealand. Saya nak tema majlis krim/gold, so saya amik baju kebaya krim (kebaya Indonesia kot namanya). RM100 je sewa. Memandangkan takde baju lelaki yang tunang saya berkenan, dia amik baju lelaki warna krim kat butik lain, tapi alhamdulillah dapat harga RM100 juga.
|
inilah baju sanding kami ;) |
Keesokan harinya saya dan mak pergi ke Butik Eton D'Classic kat Maran untuk tempah pelamin. Sebabnya tengok kat butik2 lain sebelum ni macam mahal gak la. Yang kat butik ni saya dapat harga Rm1000, iaitu pakej untuk pelamin + mekap 2kali + hiasan bilik. Saya letak deposit RM100. Tapi pelamin macam mana saya tak tengok lagi sebab pakcik tu kata dia akan bagi saya pelamin baru, anak dia yang first rasmi pelamin tu. Sekarang dia takde gambar lagi. So takpela...tunggu jela nanti, still boleh pilih kalau tak berkenan yang dia bagi tu. Masa booking ni la saya ternampak ada orang lain dah tempah pelamin pada tarikh yang sama dengan majlis saya, pun dekat taman perumahan saya. Aik..sape ya.. Tak dengar pun ada orang nak wat kenduri gak. Huhu.
Masa tu jugak saya terus call ayah suruh gi tempah juru nikah. Cuak gila kalau tak dapat juru nikah pada waktu yang kita nak. Saya dah la plan nak nikah pagi 2hb Februari tu. Sebab saya malas nak buat makan 2 kali. Sehari terus je senang sikit saya rasa. Pastu yang lawaknya, ayah saya siap 3 kali dail salah nombor. Sebab orang yang bagi nombor juru nikah tu pun salah bagi, dan maybe jugak sebab ayah saya dah cuak. Hehehe. Akhirnya alhamdulillah dapat la tempah.
Settle tempah pelamin, settle tempah juru nikah. Alhamdulillah. Seterusnya kanopi. Tentang kanopi, senang ambil kat Maran jelah sebab dekat, takdela cas transport bagai.. so saya dan ayah pergi kat kedai, tengok2 album dia untuk pilih warna. Dalam fikiran saya cuma terbayang warna gold, coklat keemasan atau oren. Sebab baju pengantin warna krim, baju pengapit warna oren, baju ahli keluarga warna coklat keemasan.
Pilih2 punya pilih, last2 saya nak ambil oren, sebab warna gold n coklat tak cantik. Tapi tuan kedai kata oren dah ada orang amik. Yang wat kenduri sama tarikh n kat taman perumahan saya tu jugak la. Hmmm...takde rezeki saya. So saya pilih jela warna coklat sebab gold tu memang tak cantik langsung. Tengah call mak cerita balik pasal warna khemah, tetibe tuan kedai kata, orang yang tempah warna oren tu baru je call kata cancel amik khemah dgn dia. So boleh la saya amik gak warna oren tu. Alhamdulillah lagi... ada jugak rezeki. Banyak yang dah dipermudahkan Allah untuk persiapan majlis saya... (^-^) Harga 5 buah kanopi RM1000, saya letak deposit Rm50. Yeay. Settle semua yang penting2.
Sementara itu, kitorang dah beli bekas bunga telur dan sarung bunga telur untuk diletak depan pelamin. Bekas warna gold untuk cucuk bunga telur, RM8.90 kat Sakan. Sarung bunga telur, RM38.90/50pcs, kat Cowboy Kuantan. Memang best la usya barang kahwin kat situ.
|
sarung bunga telur mengikut warna tema ;) |
|
bekas bunga telur...xla cantik pun tapi janji boleh cucuk
bunga telur bagi kembang cantik kat pelamin..hihi |
Lagi sebulan lebih sebelum majlis. The clock is ticking......
Sambungan: Tentang hari pernikahan