السلام عليكم
Setelah sekian lama tak update blog..tup2 cerita pasal kursus kawin lak kan. Hehe.. Nak share + buat review je lah mengenai tempat kursus yang saya join baru2 ni. Saya asalnya tak ambil berat pun pasal kursus kawin sebab rasa macam, ala, sempat je..lambat lagi.. Macam tula memula pikir. Lepas tu hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..dah pun sampai bulan November.. erk..tolak bulan ni, tinggal lagi 2 bulan..??? huhu..cepat je masa berlalu. Tetiba rasa gelabah jugak sebab beria prepare benda lain, kang kursus kawin yang wajib ni pulak tak buat. Kalau buat last minit kan ke tinggi risiko tak dapat tempat kosong dalam masa yang kita nak... Naya tu..tak pasal2 kena tangguh majlis lak kang.. Haru... ;p
Maka minggu lepas hari Selasa saya google la tempat2 kursus kawin yang berdekatan. Yang paling dekat adalah Zura's Akademik kat Bangsar. Yang lain ada la jugak kat Pasar Seni dan Pusat Bandar Damansara. Pilihan kedua kat Pasar Seni la in case takde kosong kat Zura's, sebab boleh naik LRT je. Kalau Damansara tu kena drive la pulak..jauh pun ye jugak. Nak mencari jalan pun satu hal, malas den bab2 cari jalan ni. hehe.. naik LRT je kan senang ;)
So saya pun call la tanya pasal tempat kosong... Dia kata ada, minggu ni pun boleh lagi. Tapi kalau nak book tempat kena datang sana bayar pendaftaran dulu RM 80. Ok..so saya pun ajak la adik lelaki saya teman, selamat sket. Walaupun tempat kursus tu kalau ikut dalam peta dekat je dengan stesen LRT Bangsar, tapi bahaya jugak kan kalau jalan sorang2. Alhamdulillah dia kata minggu ni dia takde pape plan, so boleh je nak teman gi tengok tempat and daftar sekali.
Pagi Sabtu, dalam pukul 10 macam tu kitorang gi la naik LRT ke Bangsar. Lepas keluar ke arah Dataran Maybank, pergi ke kiri. Mula2 tercari2 jugak mana tempatnya sebab tak nampak nama bangunan. Zura's Akademik ni kat tingkat 2, Kompleks Niaga Utama Bangsar. Bangunan warna coklat, macam bangunan lama gak la. Ala2 Pertama Complex gitu...tapi lagi kecik. Kalau ikutkan review orang, Zura's ni tempat famous untuk kursus sebab ramai selebriti datang. Tapi bila tengok tempatnya, tak sangka gak la artis datang tempat gitu. Bukan nak kutuk, tapi dari segi facilities tu kurang memuaskan. Masa sampai tu ramai gak orang tengah beratur, sesi pendaftaran. Kitorang pun gi la daftar, bayar RM 80 sorang. Dia bagi fail pink untuk perempuan, fail kuning untuk lelaki. Kat dalam ada nota dan contoh2 dokumen. Pastu dia cakap minggu ni masih ada kosong, boleh terus join nanti. Pukul 1.50 petang start. Ok. Bagus jugak boleh join terus, awal skit settle. ;D
Saya pergi KL Sentral jap, bayar PTPTN, pastu tergoda pulak dengan pesta buku Islam kat situ...sebab ada jual novel diskaun 10%. Memang dah niat kalau ada mana2 pesta buku, nak cari novel Ramlee Awang Murshid, terutamanya siri Sunan yang tersayang. Haha. Pucuk dicita, ulam mendatang. Memang ada. Saya pun ambik la Cinta Sufi dengan Sutera Bidadari sebab yang awal2 dah baca. Siri terakhir, Sunan Musafir xde la pulak. Kalau ada mmg confirm saya amik jugak! ;) Walaupun xpasti bila nak baca, yang penting koleksi ni harussss dimiliki..hehehe...
Lepas makan & solat Zohor di KL Sentral, kitorang gi Bangsar semula. Naik ke tingkat 2 untuk ke dewan ceramah. Ramai orang. Maybe dalam 100 jugak kot. Tapi dewan tu tak besar mana, kipas & aircond pasang belaka tapi panas gak. Dari segi facilities tu memang kurang skit la. Boleh pulak masa tengah ceramah, black out tetibe. Haha. Sabar jela. Tapi takpe, kita datang untuk dapat ilmu (& paling penting nak cukupkan syarat untuk permohonan kawin). Best tak best, redah jela sampai tamat. Hari pertama ni tiada makanan disediakan, tapi ada la orang jual2 air & keropok kat luar dewan. Penat la jugak sebab duduk berjam2. Ada 3 penceramah, tapi sorang ustaz ni jela yang best sikit, buat lawak.. orang dari JAKIM. Topik covered hari Sabtu: Hubungan dalam keluarga, Prosedur permohonan, Akhlak suami isteri, perkhidmatan kaunseling. Ada sesi bergambar siap, esoknya akan dapat la gambar tu. Dan ada satu kejutan sikit di mana kitorang perlu isi surat akuan bujang, dan serahkan balik kat diorang beserta bayaran RM10. Huh. Tak taula kenapa mahal sgt. Ikut jela. Sesi hari pertama habis pukul 7.30 malam. Nasib baik adik ada teman. Kalau tak memang cuak gak la jalan sorg2 gelap2 situ. Huhu..
Then hari Ahad sesi dari 7.50 pagi - 6.30 petang. Memang awal sebab hari Sabtu half day je kan. Terpaksa la drive sebab LRT paling awal hari Ahad adalah pada pukul 8 pagi. Parking kat bangunan tu kena bayar RM5, peraturan baru. Hoho. Sebelum ni free... Ada kejutan lagi pada hari kedua iaitu masa collect gambar, tetiba dia pun kata, RM15 sorang untuk gambar. Adoi. Sabar jela. Dia cakap lepas tamat kursus, akan dapat 4 benda; Sijil Kursus Pra-perkahwinan, gambar rekod kedatangan, proof of attendance, dan surat akuan bujang yang dicop, 3 keping. Bunyinya macam semua tu free kan, covered dalam RM80 tu. Mana tau kena bayar macam2 lak. Sijil akan keluar pada hari Rabu bermula jam 2 petang, boleh la collect dengan yang lain2. Jangan nanti nak proof of attendance tu kena bayar lagi sudahla. Huhu.. Setakat ni pun dah RM105 habis sorang. Alhamdulillah minum pagi kul 10 dan makan tengah hari kul 1 disediakan... ;)
Topik hari Ahad lak: Akidah, Ibadah, Perkahwinan, Konflik, Komunikasi suami isteri, Pengurusan kesihatan, Talaq, fasakh, prosedur perceraian, dan last sekali ada sketsa akad nikah oleh peserta2 paksa rela, haha. Best jugak..
Anyway, terima kasih pada semua penceramah yang sudi kongsikan ilmu dan nasihat.. sebenarnya kebanyakan isi ceramah adalah mengenai ragam suami isteri yang kdg2 menimbulkan masalah sehingga berlakunya perceraian. Pasal prosedur tu skit je. Then lawak2 lebih kepada perangai isteri yang kaki shopping, kaki leter, kaki ngumpat, suka merajuk (mmg lawak bila ustaz mengajuk perangai kaum isteri), perbandingan isteri dulu dan sekarang...pendek kata perangai orang perempuan ni memang macam2 jadi suami kena sabar dan matang mengendalikan isteri masing2. ;)
Tentang prosedur pula, apa yang saya faham ialah:
- Lelaki perlu memohon terlebih dahulu untuk mendapatkan borang permohonan nikah dan surat kebenaran nikah. Mohon di pejabat agama paling hampir dengan tempat bermastautin. Misalnya kalau dia orang Pahang, kerja di Shah Alam, pergi ke pejabat agama di Shah Alam. Surat kebenaran nikah tu nanti kena bagi kat perempuan supaya perempuan boleh memohon.
- Perempuan perlu memohon borang nikah kat pejabat agama mengikut alamat I.C. tak kisahla dia sekarang tinggal kat mana pun. Yang penting kena dapatkan dulu surat kebenaran nikah drpd lelaki, baru boleh proceed.
- ujian HIV
boleh buat di hospital swasta jugak, memandangkan kalau kat area KL ni memang lambat nak dapat appointment untuk ujian. Validity hanya selama 6 bulan dari tarikh nikah. Tapi tak pasti lak boleh tak buat dulu sebelum dapat surat kebenaran nikah tu. Lupa nak tanya. Huhu... pembetulan. **updated** Ujian HIV HANYA boleh dibuat di klinik/hospital kerajaan. Mungkin team Zura's Akademik masa ni pakai syllabus lama...huhuh - Negeri yang tidak memerlukan saksi borang semasa memohon borang nikah: W. Persekutuan, N. Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang, Sarawak.
- Negeri yang tempoh mula memohon 1 bulan daripada tarikh nikah: Pahang, Sarawak, Kedah, Sabah, Brunei. Negeri lain adalah 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Memandangkan saya akan nikah di Pahang, maka saya perlu memohon start 1 bulan daripada tarikh nikah. Dokumen yang saya perlu ada 7:
- Surat kebenaran nikah drpd pasangan
- Borang permohonan nikah dan fotokopi
- Sijil kursus dan fotokopi
- Surat akuan sumpah belum pernah berkahwin (mahkamah)
- Fotokopi kad pengenalan (pemohon & wali) yang telah disahkan
- Ujian HIV
- Sijil nikah ibu bapa (bagi anak sulung perempuan sahaja, kecuali W.P., semua pemohon perempuan perlu ada dokumen ini)
Dah ada lengkap semua dokumen, barulah pergi jumpa imam jurunikah di daerah masing2 untuk tandatangan....
p/s: Sebenarnya masih kurang jelas tentang step2 yang perlu...dah buat nanti baru tau n faham betul2..
No comments:
Post a Comment