Kali ni mengenai baju akad nikah. 2 minggu lepas sangat la seronok sebab Selasa & Khamis cuti umum. Keje, cuti, keje, cuti, keje... then weekend ;D Haruslah ambil kesempatan yang ada untuk persiapan kawin seterusnya (& penting!) iaitu mencari baju untuk akad nikah. Dah cop Cik Cahaya untuk teman cari & pilih2 baju yang sesuai.
Hari Selasa kitorang pegi la ke Jalan TAR untuk usya2 baju pengantin, maaf Cahaya sebab saya lambat sampai..lambat bangun. Hehe. Dekat kul 10 baru smpai sana, tapi gerai2 pun banyak lagi belum buka. Range harga baju yang kitorg agak bkenan sepanjang Jalan Masjid India tu dalam 150 - 300 gitu. (Butik lain harga ye... 400++)... Paling excited nak gi usya kat Jakel sebenarnya sebab biasanya hujung tahun ada sale.. ;D
Sesampainya di Jakel, kitorg terus ke tingkat 4 & 5 untuk baju akad nikah yang siap punya. Banyak yang cantik2..tapi harga pun memang cantik la. Seribu lebih gitu. Tapi hari yang kitorang datang tu baru hari first dia nak buat promosi, baru nak tukar tag harga. Jadi pekerja2 dia pun tak dapat nak advice lagi harga baju2 jadi berapa. Kalau based on last year punya sale, dari RM 1200 boleh jatuh jadi RM 360, kata pekerja dia la. Takpe, aim je dulu mana berkenan, Sabtu ni akan datang lagi dengan En Tunang ;)
**~~**~~**~~**~~**~~**
**~~**~~**~~**~~**~~**
Then bila tiba hari Sabtu, lepas settle design kad kahwin kat Pandan Indah, kitorang gerak balik PJ dan naik LRT je ke Masjid Jamek sebab hujan lebat, takut jalan kat KL banjir kilat ke.. ada gak tak lepas Kancil saya. ;P Terus serbu Jakel sebab konon yakin la harga dah jadi murah. Naik ke tingkat 5 dan mintak cuba baju pink pada patung (last piece). Agak ketat sebab maklumla badan tak macam patung kan, tapi beading dia sangat la cantik.
Bila tanya harga memang pengsan. Harga asal RM 1800, ada less 50% so dapatla RM 900. Hadoi. Mana baju yang dikatakan agak2 harga RM 360 tu. Bila cakap takpela, tak beli yang ni coz tak padan, pekerja2 dia bawak lagi berpasang2 baju lain2 warna...mak aii..selagi tak beli selagi tu la diorang duk suruh cuba baju tu baju ni. Dah malas sebenarnya sebab tau dah harga paling murah pun RM 700. Tak sanggup!
Bila tanya harga memang pengsan. Harga asal RM 1800, ada less 50% so dapatla RM 900. Hadoi. Mana baju yang dikatakan agak2 harga RM 360 tu. Bila cakap takpela, tak beli yang ni coz tak padan, pekerja2 dia bawak lagi berpasang2 baju lain2 warna...mak aii..selagi tak beli selagi tu la diorang duk suruh cuba baju tu baju ni. Dah malas sebenarnya sebab tau dah harga paling murah pun RM 700. Tak sanggup!
Pekerja dia pulak asyik pujuk suruh beli..boleh alter la itu la ini la.. Tak nak beli tapi segan gak nak cakap, last2 saya kata je kitorang baru nak try2 fitting baju je ni....nantilah kalau dah decide baru datang semula. Then kitorang tengok cadar..ada yang RM 150, cantik gak dan bertepatan dengan warna yang saya nak iaitu putih/krim dan corak emas. (Dah beli Ahad baru2 ni)
Lepas keluar dari Jakel, kitorang usya jela semula baju kat kedai2 sepanjang Jalan TAR, nak jugak beli hari ni tak kisah la warna apa dan design macam mana. Desperate je nak settle cepat2. Haha. Last2 beli baju kurung warna turquoise, RM 170. Siap dipakaikan tudung & veil oleh tuan kedai (walaupun tak match dengan baju). Then cari baju melayu turquoise lak. Memang payah sebab turquoise ni bila letak dekat biru muda, dia nampak hijau. Bila letak kat hijau muda, dia nampak biru. Huhu... Round kat Semua House pun tak jumpa. Keesokannya, round PKNS Shah Alam lak, pun tak jumpa. Rasanya kena beli kain then tempah jahit la lagi senang..seperti yang dicadangkan oleh sorang pekedai kat situ. ;)
Part yang et cetera tu:
- Kat PKNS kitorang beli telekung, RM 90..buat hantaran.
- Beli cadar kat Jakel, RM 150 (seperti yang disebut di atas). Sebenarnya usya set cadar kat Sogo, ada nampak satu cadar kuning cair, macam minat gak la. Tengah call mak nak tanya pendapat, tetiba ada orang lain dah sambar. Bila tanya semula, pekerja dia kata yang tadi last piece. Kenapa saya selalu suka yang last piece? ;(
- Ternampak kasut lace yang cantik kat Renoma Sogo. Diskaun 20%. Oleh kerana saya sangat berminat dan tak mahu peristiwa "last piece" berulang, saya terus cuba, puas hati, beli je. RM 135.20. ;) mahal tapi takpela. Untuk kawin....rasanya nak pakai both untuk akad nikah dan sanding je. LOL.
- Dah beli jugak kasut Onizuka Tiger untuk hantaran kepada si dia, RM 249 kot? Tak ingat.
- Jam tangan untuk si dia, Timex, RM 620. Mahal ye...tapi normal la harga jam macam tu kan? Hehe..
- Beli selendang half moon untuk match dengan baju akad nikah, RM 50 kat Bazar Jalan TAR. Mau beli manik hijau sebab nak match dengan manik kat baju. Dan jugak nak tambah manik kat baju sebab tersama pulak dengan baju tunang member. Beli yang dah siap gitu la gayanya. Kih3...
- Kat PKNS nampak kelambu pengantin RM 150...boleh juga kalau ada bajet lebih... ;) Kemudian la tu.. ;)
Akan balik pada hujung minggu ni untuk drop resume kat Kuantan, cari kain untuk baju melayu si dia, dan usya2 baju sanding....oh ye..bawak balik semua barang yang dah dibeli.. ;D
Dari kiri: Jam Timex, kasut Onizuka Tiger, set cadar Jakel, kasut Renoma, set lilin (abaikan), baju nikah turquoise dan selendang half moon biru muda, telekung. |
RM150 from Jakel. Ok la..menepati warna tema krim + gold.. =) simple je.. |
suka sangat kerawang lace kasut ni...hihi |
Sambungan: Baju nikah bahagian 2