Monday, November 28, 2011

My weekend activities - Ustaz Azhar Idrus & Malaysia-Bahrain

Assalamualaikum…

Bersempena cuti Maal Hijrah tahun ini kita dapat cuti straight 3 hari (yes!!) maka sepanjang minggu lepas saya dah berkira2.. nak wat ape ye..?  Antara aktiviti yang termasuk dlm list:

  • Window shopping kat Jalan TAR
  •  Tengok siri Gog and Magog yang download kat Youtube
  •  Baca novel --> dah berlonggok novel dari BookXcess tapi xde masa nak baca
  • Tengok2 pusat belajar bahasa ---> mcm xberapa yakin tapi kalau xcuba, xtahu kan?
  • Kemas umah dlm erti kata sebenar ----> cuci langsir, cuci kipas, lap tingkap sampai berkilat haha    ;D


Tup2 hari Khamis, Cik Cahaya ajak saya tengok bola Malaysia lawan Bahrain. Errr…. Cahaya ke ni?? Biar betulll….

Dalam hati, saya rasa teringin..lagipun tak pernah tengok bola Malaysia kat stadium. Tapi parents mesti tak bagi. Dan dalam masa yang sama saya pun cuak sebab mana la tau papehal yang buruk jadi kan payah. Contohnya ada orang baling mercun ke. Malam pulak tu, balik dah nak tengah malam. Orang yang gi sana pun macam2 perangai. Macam cari pasal je gi sana. Jadi…maaf ye Cahaya, pengakuan jujur, awal2 tu rasa teragak2 jugak nak gi. 

And then.......



Sehinggalah malam tu, saya terfikir, apa kata saya ambik je peluang ni, dan rasa sendiri, ambil je risiko, dengan iringan doa insyaAllah xde pape yang buruk..

Dengan syarat, ada geng lelaki nak gi skali ke dalam stadium. Bolehla jadi bodyguard sementara.. selamat la sket daripada 2 orang je pempuan xtau apa2 kan. Risik punya risik, ade la member UiTM dulu nak gi..siap beli tiket online dah. Dipendekkan cerita, memula ingat ada 6 org nak gi skali, last2 tinggal berempat je, ktorg 2, member tu 2.. Ok ke x..ok ke x… ok jelah. Sebab nekad nak gi,  tiket pun dah beli. Doa semoga semuanya baik2 aje..

Petang Sabtu saya gerak ke rumah Cahaya, dan malam tu dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Ihsan, Bandar Kinrara. Best jugak rupanya Ustaz Azhar ni..hehe.. memang ustaz yang luas pengetahuan am. Tajuknya kalau xsilap “Mengenal Allah”, banyak kali dia tekankan point jangan kaji sifat Allah, e.g. macam mana Allah berkata2, macam mana Allah duduk, dsb. Tapi yang paling best part contoh sikap manusia. Memang gelak habis.



Part Q&A pun best… ada antara soalan berbunyi:

“Jarak rumah saya dan orang sebelah terlalu dekat, sehingga orang sebelah boleh nampak saya di dalam bilik. Perlukah saya memakai tudung di dalam bilik?” 

Jawapannya, “Xperlu pakai tudung, letaklah LANGSIR…. Kan senang.. nak telanjang dalam bilik pun takpe. Takde masalah.”  ;D  

Soalan lain, “Apakah hukumnya saya mengundi calon bukan Islam dari parti yang bekerjasama dengan parti Islam?” 

Ustaz jawab, “Eh main parti2 lak dia ni.. saya cuma boleh kata begini, pada zaman Rasulullah dulu, boleh menggunakan kekuatan orang bukan Islam untuk menarik perhatian umat Islam, untuk menambah kekuatan Islam sendiri. Jadi, kalaulah tujuan parti tersebut adalah untuk membela Islam, maka BOLEH mengundi calon itu tadi. Sekiranya lain tujuannya, maka TIDAK BOLEH mengundi calon bukan Islam tersebut.” Tapi Ustaz Azhar kata ini pendapat dia..pendapat orang lain mungkin lain pula. Kalau ada khilaf, lebih baik ambil langkah berjaga2...

Ada juga soal mengenai Ribena tak Halal.. ini pun masuk dalam kes syubhah. Sebab ustaz kata orang Ribena Malaysia kata halal, tapi orang Ribena induk kat Australia kata ada alkohol.. alkohol dari mana xtaula.. kalau naturally occur mungkin ok, tapi kalau dia tambah dari arak? Macam mana tu..huuhu. Jadi, baik kita ambil langkah berjaga2... ;)  ---> ini menyebabkan saya dan Cahaya xjadi nak amik sample free Ribena kat Giant pada hari Ahad..haha. Promoter tu pun blur je knape kitorang teragak2 nak cakap xnak.. keh3..

Antara ilmu baru yang saya ingat ialah - - > jaga 2 waktu ini dalam solat, sujud terakhir dalam solat, dan tahiyyat akhir, adalah waktu paling mustajab untuk berdoa. TAPI, berdoalah dalam bahasa Arab jika mahu menyebut/melafazkan, sekiranya dalam bahasa lain, bacalah dalam hati sahaja. Batal solat kita kalau keluar bahasa lain dalam solat.

Lagi satu, HARAM menunaikan solat di akhir waktu dengan sengaja.. huhu.. selama ni ingat selagi ada waktu takpe je kan,,,huk3.. Moga2 ingat selalu akan perkara ini ;)


*Point tambahan - diingatkan oleh Cahaya & teringat tetibe yang lain2*
- Boleh qadha solat walaupun pada waktu yang diharamkan solat, e.g. lepas Subuh &   lepas Asar
- Wajib qadha solat walaupun bertahun2 ditinggalkan
- Soalan: Pakaian terkena kuah masakan yang ada daging (e.g. kari daging), boleh tak bawak solat? Jawapan: Boleh, tapi kena cuci dulu bahagian kotor tu dengan air, sebab daging terdiri daripada darah. Xboleh dibawa solat.. (khilaf di kalangan ulama, ada kata boleh, ada kata xboleh, jadi kita ambil jalan selamat adalah lebih baik)
- Masa memberi salam sebelum masuk rumah orang, jangan berdiri betul2 depan pintu rumah yang terbuka, atau depan tingkap yang terbuka sehingga kita boleh nampak orang dalam rumah. Jangan menjenguk, bimbang kita terlihat aurat orang dalam rumah. Tunggulah sehingga tuan rumah bersedia untuk menyambut kita ;)

Alhamdulillah, sedikit2 info yang diperoleh dan diamalkan lebih baik daripada hafal banyak info tapi tak diamalkan… ;)   Harap dapat banyak lagi kesempatan untuk hadir ke majlis ilmu akan datang...

*************************************************

Keesokan harinya, saya shopping dulu dengan Cahaya kat Giant. Macam2 benda lak rasa nak beli.. 1001 kelengkapan rumah rasa macam penting je haha. Perempuan kalau shopping memang  macam ni ke? Dalam kepala dah ada list barang perlu aje, tapi sampai kat hypermarket lain lak jadinya. Hypermarket lagi bahaya dari shopping mall tau. Sebab, barang2 kat hypermarket adalah lebih “mampu beli” dan nampak “macam penting” berbanding barang2 kat shopping mall yang selalunya mampu tengok sahaja. Contohnya, sabun basuh baju, “Ehh..kalau beli 2 dapat percuma barang ni la… kalau beli yang besar lagi murah la…”  jadi dah spend lebih dari yang kita anggarkan. Itu boleh maafkan lagi, sebab mungkin betul boleh jimat dalam jangka masa panjang, tapi bab extra2 things macam:

  • Febreze -> konon nak segarkan bau bantal/kusyen/langsir/udara dalam rumah (err..sy beli tadi, refill la tapinya, murah sket)
  • Pledge -> nak kilatkan perabot/cuci n wangikan leather seat & dashboard kereta (sy beli juga hari ni)
  • Pengilat tingkap -> konon nak cuci n kilatkan tingkap umah laa..hampir beli semalam. Hehe..
  • Glade, Ambi Pur, Shaldan Pot dan yang seangkatan dengannya.. mahal tapi xtahan lama mana.. & xdela penting sangat..
  • Bekas makanan, utensils untuk kegunaan di dapur yang comel2.. walau xpandai masak tapi tetap tergoda nak beli


*Real trap sebab kekadang satu benda je dah berbelas ringgit..xpun 5-6 rgt tapi cepat habis…*

Kalau kat shopping mall confirm la setakat amik bau perfume je..tak pun pandang sambil memuji kecantikan kasut/beg.. tak pun komplen “takdela lawa sangat tapi harga….huiii.. baik beli bla3…” hehe..sedapkan hati je tuu.. ;P    Tapi selamat sket sebab beli benda yang betul2 nak pakai..ataupun design yang betul2 kita minat..

Ok, sudah2 dengan bab shopping, tiba masanya gerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan sendiri pemain2 kebangsaan depan mata..haha. Tak...... itu bukan tujuan utama. Sebenarnya xdela minat sangat bola, just nak rasa kemeriahan crowd tu. Parking kereta kat LRT Sri Petaling, dan gerak satu stesen je ke Bukit Jalil. Kuar2 tren je, dah dengar bunyi semboyan (yang disangkakan hon pada asalnya)..bingit gila. Meriah la sebab banyak gerai…orang pun dah ramai bersorak, nyanyi sume (oh..rupanya Ultras Malaya). Dalam keramaian tu member akhirnya datang bagi tiket. Sian dia cari kitorang. Haha. Risau takut kitorang sesat ke mana lak kot. Kang xdapat2 masuk stadium. Diorang cari tempat duduk yang menghadap grand stand, kitorang ikut jela. Dalam pukul 6.40 kitorang gi cari surau dulu. Ada polis tegur, eh ini xpakai baju Malaysia ni.. Cahaya jwb, kitorang Malaysia dalam hati… Hahah. Serius rasa mcm alien lak sebab xpakai jersi.

bendera Malaysia sebagai sejadah..bagus2... =)


Dah siap solat, kitorang lak jagakan seat. Banyak gerai kat tepi2 pintu stadium. Burger RM3, air RM2. Beli jelah, takut lapar lak sampai kul 11 nanti baru abis. Disebabkan xtahan bunyi semboyan dan demi menjaga anugerah Allah yang bernama telinga, saya terpaksa menjadikan tisu sebagai earplug sepanjang berada di stadium. Cahaya pun ikut. Takut pendengaran jadi kurang baik je nanti, hehe. Di satu sudut, Geng Ultras Malaya memang superb. Tak henti2 sorak untuk pasukan Malaysia. Dah la banyak wat ombak. Dekat 10 kali rasanya in one go. Sampai xlarat dah kitorang nak ikut, hehe. Yang ni pun dekat 10 kali wat:



Time nyanyi lagu Negaraku memang best gila. Bergema satu stadium..bangga lak. Hihi.. Then bila mula perlawanan memang ter ‘menjerit2’ la kan. Nak2 kena 2 gol. Bestnyaaa rasa. Dah yakin je Malaysia menang 2 – 0. Kagum lagi sebab lawan pak Arab yang lagi besar drpd diorang…

Lega xkekal lama sebab lepas tu keadaan dah bertukar. Bahrain score 3 gol dalam beberapa minit je.. dan dapat dengar dah ramai yang menyumpah, memaki pemain, ramai juga yang dari bawah sekali (depan sekali tu) mula beramai2 meninggalkan stadium. Memang la dah nampak kekalahan tapi ape la… stay jela sampai habis game. Apa perasaan kalau korang yang main then orang lain tinggalkan stadium mcm tu? Cis…….. (emo lak..hehe)

Ok, xpe2.. Malaysia kalah. Adat pertandingan. Saya cool je memula. Member2 masih bercakap pasal kekalahan Harimau Muda. Diorang kata, kena ada Fakri kot baru menang. Haha. Then bila naik lrt, senyap je sume (tetibe paham perasaan orang2 Indonesia masa kalah sukan SEA hari tu). Dah masuk kete, gerak nak balik….masa tu baru kata….huwaaaaaaaaaa….Malaysia kalahhhhhhh,……… xhenti2 pikir ala nape kalah,…frust toll…….. sampai umah pon xabis lagi frust... 

Hmmm…anyway saya enjoy je tengok bola kat stadium. Menang atau kalah tu perkara kedua, yang penting corak permainan, menarik atau tak. (^______^) Cakap mcm peminat setia bola lak. Haha. Padahal setakat ni reti tengok kalau offside je. Keh3.. Jom layan video bawah ni:






2 comments:

lightnur said...

sebenarnye ak dh agak dh tang ko takut ngn2 situasi teruk2 tue.. tp sbb ak yakin ngn match yg kite g kot.... match nie xde die hard fan sgt yg akn myushkn org len... hehe=p
yg pnting dh leh puas ati sbb dh dpt feel sendiri..hehe.. thanks~~

Nur Azhani Amdan said...

haha.. alhamdulillah xde pape.. behave je peminat bola kan.. ;) kecuali bunyi semboyan tuh.. vuvuzela rupanya nama dia.. rasa nak mintak diorg haramkan penjualan benda tu.. hik3