Monday, July 14, 2014

30 - 40 minggu Part 1

Assalamualaikum,

Kali ni kita one shot je update sume. Sebab malas nak update sebelum2 ni. Hehe. Hari ni sebenarnya due date bersalin. Memandangkan baby masih belum nak keluar so update la dulu kenangan check up masa mengandungkan dia. ;D

Last update adalah masa kandungan 28 minggu, check up pada 22/4/2014. So sambungannya seperti berikut:

1/5/2014: Check up di Hospital Kemaman
Check up sebenarnya kalau ikut jadual adalah pada 6/5/2014 di klinik. Tapi tetibe pada 1 Mei tu, saya perasan baby tak gerak2 sejak pukul 9 pagi. Since hari cuti so kitorang gi Manjaku usya harga barang baby, gi Nirwana beli barang dapur sume, then saya gitau husband, tak gerak lagi baby hari ni. Biasanya setakat pukul 12 tu dah banyak dah dia gerak. Takpela, pergi lunch dulu, mana tau lepas dah kenyang baru dia nak gerak.

Tengah makan nasi dah rasa risau dan tak selera sebab dia tak gerak2 jugak. Balik rumah, singgah jap tengok klinik ada nurse standby tak walaupun cuti umum. Takde orang. Call kakak ipar tanya macam mana nak buat, dia kata pergi je hospital cek jantung baby. Memula nak cek kat klinik swasta je, tapi ada satu je klinik bukak, itupun doktor lelaki. So pergi jela hospital. Terus ke bahagian wad bersalin, gitau baby tak gerak sejak pagi. Masa tu pukul 4 petang. Ada doktor perempuan India yang attend, dia scan, kata baby ada gerak. Dia tunjuk denyut jantung baby ok, then you see there, 3 kicks already. Tapi saya tak dapat rasa 3 kicks yang dia cakap tu. Huhu. Dia kata you should count the 3 kicks just now. 

Then dia bincang2 apa ntah dengan nurse, dia kata ok puan, you boleh masuk wad kalau you nak, ataupun you boleh balik rumah. Saya tanya, kalau masuk wad, doktor akan buat apa? Dia cakap, kita tak akan bagi apa2 treatment, just monitor setiap 4 jam. Saya fikir, kalau takde apa treatment baik saya duduk rumah. Lagipun dia scan takde apa masalah. Saya kata, kalau macam tu saya nak balik rumah jela. Pastu doktor tu pun cakap, ok you boleh balik tapi kalau apa2 hal terjadi kita tak akan bertanggungjawab. Eh, boleh pulak cakap macam tu. Saya dah confuse, doktor cek saya ok ke tak ni untuk balik rumah?? Kalau ok cakap ok, kalau tak ok tahan jela saya kat wad. Doktor yang lebih tahu, jangan la letakkan sepenuhnya pada pesakit yang tak tahu ni..hmm...

Last2 ada nurse cakap kat saya, takpe dik, adik balik rumah dulu, kalau risau sangat atau memang baby tak cukup juga gerak 10 kali sehingga pukul 9 malam ni, adik datang je semula. Kalau dah cukup gerak pun tapi still risau, takpe datang je even pukul 12 tengah malam pun... ok? Haa kan senang cakap macam tu. Lega sikit kita sebagai pesakit ni. So saya pun decide untuk balik je. 

Malam tu sehingga sebelum solat Isyak, masih lagi tak cukup 10 gerakan. Saya masuk toilet, nangis dulu. Kenapa la baby tak gerak2 ni, dah risau sangat2. Husband ajak solat hajat, lepas tu Alhamdulillah dia start gerak2 dalam 8.45, cukup 10 gerakan. Pastu sampai tengah malam saya dah nak tidur pun baby masih gerak kuat. Huhu.. lama sangat dia rehat siang tu. Malam mula la tak tidur...hehe.

6/5/2014: 30 minggu
Appoinment adalah pada 2 petang. Sebenarnya pagi tu pukul 10 ada appoinment fisio kat hospital, tapi sebab saya demam, dalam 10.30 saya mintak berhenti sesi dan sambung tarikh lain. Rasa tak larat. Balik rumah makan ubat then tidur sampai pukul 1. Lepas mandi dan solat baru la rasa bertenaga sikit nak pergi klinik. Demam sebab runny nose dan sore throat, mungkin juga demam urat sebab letih sangat lepas kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru pada 3/5/2014. Walaupun saya tak buat kerja sangat pun, mak mentua, kakak ipar dan mak saya yang banyak buat kerja, tapi letih gak sebab tak rehat macam biasa.

Berat masih lagi 61.5kg, nurse tak cakap apa sebab sebelum ni dah naik banyak kan. So betul la pada minggu ni berat jadi 61.5kg. Tekanan darah 110/70, tinggi rahim 30cm. Ada cek Hb, 14.7. Disebabkan demam, kena amik sampel darah lak, test samada ada jangkitan virus atau bakteria. Masa review lab result, doktor tu siap tanya2 doktor lain depan kita lak, ni virus ke bakteria ek? Perlu tak kita refer dia ke hospital ha? 

Aduhai doktor, perlu ke berbincang macam tu depan pesakit. Rasanya doktor, nurse, salesperson dan sesiapa sahaja perlu jaga imej profesional depan klien, tak gitu? Sungguhpun tak pasti, jangan la tunjuk depan pesakit. Tak perlu la nak tunjuk bahawasanya doktor juga manusia biasa yang masih perlu belajar banyak benda. Ini boleh buat pesakit rasa, dia ni betul ke dah layak jadi doktor nak rawat orang ni?? Huhu...

Lastly, doktor bagi panadol dan antibiotik. Tak boleh ubat selesema dan batuk. Hmm. Malam tu saya pergi je ke klinik swasta tanya boleh tak saya dapat ubat selesema. Doktor kata boleh je, yang tak boleh adalah masa 3 bulan pertama. Ok, alhamdulillah dapat jugak ubat selesema sebab kalau tak, memang lama lagi la nak baik. Huhu. Demam selama 3 hari jugak la..melepek je atas tilam tak boleh buat kerja. Husband yang basuh baju dan masak. Hihi.

20/5/2014: 32 minggu
Check up 2 petang jugak, biasa nak amik petang sebab senang sikit husband boleh half day petang terus. Lagipun kalau pagi takut2 kena sambung petang lak sebab ramai sangat orang. Berat masih lagi 61.5kg, so nurse dah start bebel kenapa berat tak naik2. Huhu. Mana la tau...saya makan macam biasa je. Tekanan darah 110/70. Tinggi rahim 32cm.

4/6/2014: 34 minggu
Check up pagi sebab husband tak dapat half day petang. Berat 61.5kg. Tak taula kenapa dah tak naik2. Tekanan darah 90/60. Tinggi rahim 34cm. Hb 12.4. Tapi yang tak bestnya air kencing kotor. Protein tinggi so kena la makan antibiotik. Sebelum makan antibiotik, pagi2 esok kena amik sampel air kencing, isi dalam bekas yang dia bagi then pass kat lab.

16/6/2014: 36 minggu, lawatan nurse ke rumah
Nurse datang dalam pukul 10 pagi, cek tekanan darah 120/60. Tinggi rahim 34cm. Dia bagi penerangan sikit pasal tanda2 sakit bersalin dan family planning lepas pantang nanti. Lepas nurse balik, tetibe start bersin2 dan dah jadi running nose balik. Huhu..nak selesema lagi la ni.

17/6/2014: Demam + follow up kat klinik + masuk hospital
Pagi2 dah demam, makan ubat dulu, tido then kul 2 petang baru gi klinik. Tekanan darah 100/60, berat dah naik jadi 63kg, tinggi rahim 36cm. Hb 11.9. Kali ni doktor bagi ubat batuk sekali sebab ada sore throat. 

Petang tu lepas balik dari klinik, pergi pasar Binjai jap, cari kuih sebab lapar. Beli karipap ubi. Lepas makan karipap, rasa gatal2 kat tekak. Maybe dia ada letak udang kering. Dalam pukul 4.30 dah sampai rumah, baring pastu rasa macam beratnya nak tarik nafas macam biasa. Mula2 saya ingat sebab perut dah makin besar so sedikit menyukarkan kita nak tarik nafas dalam2. Pusing kanan, kiri, tambah bantal bagi tinggi sikit kepala sampai dada, tak boleh jugak. Macam semput sangat jadinya. Last2 saya duduk. Tapi kepala tengah pening lagi sebab letih demam, nak tido. Camne ni? Then saya letak 2 biji bantal atas riba, baringkan kepala atas bantal. Ok sikit tapi nafas dah ada bunyi. Macam lelah pulak. 

Dalam pukul 5.45 husband balik dari bandar lepas cari kabel untuk tv, saya bagitau saya rasa macam sesak nafas. Lepas solat asar, dia ajak pergi hospital. Tapi saya kata takpela maybe kejap lagi ok. Pergi lepas Maghrib jela, alang2 dah pukul 6.30 masa tengah bincang2 tu. So lepas Maghrib, terus pergi hospital. Terus je pergi kat bahagian wad bersalin, sebab baby pun tak gerak dari petang tadi. 

Doktor pelatih kot, Melayu, yang terima saya masuk dan suruh baring nak cek jantung baby. Tapi ntah nape tak dapat2 cek jantung. Saya pulak cakap slow2 sebab nafas pendek2 je. Diorang nak cek nafas, saya dapat tarik sikit2 je. Doktor India yang hari tu masuk tanya apa masalah. Doktor Melayu yang ramai2 ada dalam tu kata saya sesak nafas. Terus diorang kena marah, pasal apa terima patient yang mengadu sesak nafas? Patut suruh patient pergi bahagian kecemasan dulu. Bebel3, diorang tunduk je sume. Sian gila. Keluar je doktor tu, diorang pun soksek2 sesama sendiri, dulu pun pernah ada patient sesak nafas, gi kecemasan kena marah gak, suruh gi wad bersalin. Lagipun kandungan dah 36 minggu kecemasan tak nak terima. Hmmm... pening2. Yang kesian patient jugak dok ulang alik.

Dalam 8.30 malam, doktor India tadi kata saya kena tahan kat wad malam ni. Kena ambil sampel darah. Punya la sakit tapi tahankan aje. Sakit sebab banyak kali dia cucuk kat pergelangan tangan kanan. Ada 3 bekas cucuk. Tak taula dia tak jumpa urat ke apa. Lepas tu masuk wad kelas pertama sebab ada kosong. Dia bagi baju wad warna pink. Suami kena balik amik baju untuk saya, dan belikan makanan sebab tak makan malam pun lagi. Lepas tukar baju, kena bagi sampel air kencing, pastu doktor pelatih lelaki datang untuk pasang alat untuk monitor denyut jantung baby selama 25 minit. Bagi oksigen yang letak tiub kat hidung tu. Alhamdulillah ok sikit pernafasan lepas dapat oksigen. Pastu datang lagi doktor pelatih lelaki nak amik sampel darah lagi. Lagi 2 bekas cucuk kat tangan kanan so dah jadi 5 lubang kecik kat pergelangan tangan.

Pastu doktor pelatih tu kata kitorang kena buat x-ray kat puan, puan setuju tak? Saya tanya kenapa nak buat x-ray? Kalau tak buat takpe ke? Dia cakap sebab nak tengok ada jangkitan kuman ke tak dekat peparu. Kalau tak buat, kita tak tau. Saya tanya, kalau buat x-ray, apa risiko pada baby? Dia kata ada sikit risiko, mungkin baby nanti akan develop sel kanser bila dia dah besar... Dengar macam tu, memang saya kata saya tak nak la buat x-ray. Huhu. Dia pun report kat doktor atas dia, kata patient refuse x-ray. Datang pulak doktor senior dia. Tanya lagi kenapa tak nak buat. Saya kata nak bincang dengan husband dulu. Husband datang, dia cakap lagi kena buat x-ray. Risiko ada tapi minimum. Sebagai parents, of course kita tak kan pilih yang ada risiko untuk baby walaupun minimum kan.

Datang pulak doktor pakar. Dia terangkan elok2 dan terperinci kenapa kena buat x-ray. Rupa2nya sebab diorang dah nampak ada jangkitan kuman berdasarkan sampel darah yang dia ambil awal2 tadi. So kena x-ray sebab nak tengok banyak ke sikit, barulah diorang boleh decide amount antibiotik yang patut diberi pada saya. Hah, kan bagus bila terangkan macam tu. Ini tak, doktor2 tadi tak cakap pun dari sampel darah diorang dah confirmkan ada jangkitan kuman. Memangla kita tak sure nak buat ke tak x-ray. So, saya dan suami pun setuju buat x-ray. Dia cover jugak bahagian perut, tapi x-ray tu tetap sampai jugak pada baby. Mudah-mudahan takde apa effect...

Tak lama lepas tu nurse datang cucuk antibiotik kat pergelangan tangan kiri bahagian atas. Sakit jugak. Dia macam cucuk tiub yang tinggal kat tangan tu. Next time dia nak inject lagi just buka hujung tiub tu, masukkan lagi dos tambahan. Suami dah belikan kuetiao sup untuk saya. Tapi bila tanya nurse boleh makan tak, nak pinjam dia punya mangkuk ke bekas untuk makanan, dia kata tunggu, jap lagi kita transfer ke wad biasa. Tunggu punya tunggu, pukul 1 pagi baru masuk wad biasa. Lepas hantar saya, suami dah kena balik, saya pun makan la dinner dalam pukul 1.30 pagi. Minum air 100 plus, sebab air tu je yang saya selera nak minum kalau demam. 

Malam tu tak boleh tido sangat. Maybe sebab kurang selesa, bantal keras, katil lak rosak tak boleh nak adjust bagi flat. Pastu agak panas la sebab ada kipas siling je. Wad full dengan macam2 pesakit. Ada yang lelah teruk sampai kena pakai mask oksigen setiap masa. Kebanyakan pesakit bawak bantal sendiri, bakul makanan memang ada satu sorang. Ada yang siap bawak kipas stand kecik sendiri untuk lebih selesa. Saya je yang just bawak beg baju, telekung, pastu sebotol air 100 plus dan sebotol air masak. Dalam pukul 2 lebih nurse datang bagi panadol. Saya tanya, boleh tak nak minta air masak segelas sebab air yang saya bawa dah habis. Nurse kata, awak boleh pergi ambil sendiri kat depan. Saya tak sempat la, banyak lagi kerja ni. Ok..ambil jela sendiri. Pergi jalan ke depan wad. Tak lama lepas tu nurse datang cek jantung baby, then bagi ubat batuk, pastu inject lagi antibiotik. Rasanya saya tertidur dalam pukul 4 pagi kot.

18/6/2014: Keluar hospital
Pagi esoknya saya tak sedar solat subuh, lagipun bateri henset sangat2 low so saya off kan je. Nak cas memang takde tempat sebab plug kat katil sume tengah guna. Sedar2 pukul 6.50 pagi, nurse dan doktor dah ramai tengah round wad. Dah tak ingat total bape kali makan ubat. Tapi pagi tu memang badan berpeluh2 banyak, siap kena tukar baju wad. Tak mandi lagi pagi2 sebab toilet full. Ada 2 tandas dan 2 shower, tapi satu je shower yang ok. Nak share pulak dengan 1 wad penuh, rasanya dalam 30 orang kot. Dalam pukul 7.30 ada 2 orang doktor lelaki datang tanya2 soalan. Sejak bila demam, selesema, sakit tekak, sesak nafas, sebelum ni pernah tak kena lelah, ada history keluarga ke, bla3...semua soalan yang sama macam doktor2 semalam tanya. Bosan nak jawab, tapi kita pun faham itu memang dah tugas dia. Takkan dia nak pergi tanya doktor semalam kan untuk tulis dalam report dia. Huhu. 

Pukul 8 lebih suami datang hantar makanan. Bihun goreng dan roti krim gardenia. Tapi sebelum tu pihak hospital dah bagi teh o panas dan roti ban kacang merah untuk breakfast. Siap tanya, mana pinggan dan cawan? Saya kata tak bawak. Dia kata lain kali kena bawak tau... Ok. Saya tak tau kena bawak pinggan dan cawan sendiri kalau masuk wad. Pukul 9.30, doktor pakar malam tadi datang tanya keadaan saya. Disertai 4-5 orang doktor lain, maybe doktor pelatih. Doktor tunjuk result x-ray, memang ada jangkitan kuman, nampak tompok2 putih kat peparu tapi sikit je. Macam mana boleh dapat jangkitan tu, mungkin dari persekitaran yang ada orang merokok, pembinaan dekat kawasan rumah, atau pergi pasar atau tempat awam yang ada orang bawa kuman tu. Saya tanya berapa lama lagi saya kena tahan wad. Doktor kata tengok dulu keadaan macam mana sebab antibiotik tak habis lagi.

Lepas tu husband kena balik. Dalam pukul 10 lebih, nurse suruh saya pindah katil. Sebab nak letak orang yang lagi serius sakitnya kat katil saya tu. Tengok2 saya kena duduk kat tepi dinding kat laluan dalam wad tu. Punya la full sampai takde tempat. Ada lagi sorang kena duduk tepi dinding gak. Memang sangat tak selesa sebab nama pun laluan, katil ni asyik kena langgar dengan orang yang lalu lalang. Mak mentua saya gitau dia dah gerak dari Tanah Merah pukul 9. Ayah saya pun kata nak datang jenguk. Kalau ikutkan, saya kata tak payah la diorang datang sebab saya pun dah beransur sihat, benda tak serius pun...kesian pulak diorang datang jauh2. Mak saya pun jaga budak2, so saya kata tak payah la datang. Payah pulak parents budak2 tu kena ambil cuti sumenya.

Pukul 12, hospital bagi makan tengah hari dalam tray. Dah siap makan saya baring je semula. Nurse datang bagi ubat dan cucuk lagi antibiotik. Pukul 12.45 macam tu suami dan mak ayah mentua saya sampai. Bawak air jampi dan air zamzam. Tak lama pastu ayah saya pun sampai. Diorang decide nak bawak saya keluar pergi hospital swasta kat Kuantan. Cadangnya KMC tapi dari pagi tadi husband call tanya, ramai yang menunggu nak masuk wad. KSH pun ada dalam 5 orang tengah tunggu. Diorang tanya doktor kat kaunter wad camne nak bawa pesakit keluar. Doktor2 situ kata diorang pun tak dapat decide saya dah boleh keluar belum, kena tunggu doktor pakar. Pukul 2 baru doktor pakar akan masuk. 

Ok, so suami, ayah mentua dan ayah saya kena tunggu kat luar wad, mak mentua saya je boleh temankan saya. Saya pergi mandi, then solat atas katil je sebab bilik solat yang ada muat untuk sorang je, ada orang beratur tunggu turn lak. Tunggu doktor pakar datang pukul 2 tapi masih tak nampak. Bila dah pukul 3, mak mentua saya pergi tanya je mana2 doktor situ, mana doktor pakar, sebab nak bawa saya keluar hospital. Diorang kata tak tau, tunggu la kejap lagi. Then tanya lagi sorang yang pakai kot putih, dia kata dia pun tak pasti. Rupanya dia bukan doktor, tapi ahli farmasi.

Dah pukul 3 lebih tu, saya suruh mak mentua saya pergi makan dulu. Sian diorang sume tak lunch lagi sebab takut2 kang kalau pergi, doktor pakar sampai pulak. Tapi rasa2nya memang lama lagi kena menunggu....

Pukul 4 lebih, mak mentua saya tanya sorang nurse, mana doktor pakar sebab dari kul 2 tadi menunggu. Dah ramai doktor yang ditanya tapi semua kata kejap lagi, kejap lagi. Nurse tu dengan kurang ajarnya tinggikan suara, makcik tanya doktor mana? Tunjuk kat saya! Mak mentua saya pun kata tak ingat la muka sebab ramai2 pakai warna tudung pink belaka, lelaki pun tak berapa ingat muka. Mak mentua tunjuk, yang itu kot.. (ahli farmasi yang pakai kot putih). Nurse tu kata dengan lantang, itu bukan doktor! Tu farmasi! Tunjuk kat saya mana doktor yang makcik tanya tadi! Sabarlah sikit kitorang banyak kerja.

Suara dia punya kuat sampai semua orang sekeliling kat dalam wad tu pandang. Saya memang sakit hati betul tapi tak larat nak mencelah. Lepas tu doktor pakar keluar, dia pun dengar kot kecoh2 kat luar, dia kata elok2 kat mak mentua saya, dia tengah ada kes, harap sabar tunggu sebab kes emergency. Ok la bila ada seseorang yang boleh terangkan elok2 kita pun boleh terima. Ini sebab tak tahu apa2, menunggu macam orang bodoh je, tu yang kita nak tanya banyak kali. Lagipun diorang kata kejap lagi, pada saya kejap lagi tu maksimum waktu menunggu mungkin sehingga sejam je. Kalau dah 3-4 jam, ini bukan sekejap lagi dah.

Then ada pulak sorang doktor perempuan muda, tak taula pelatih ke bukan, datang kat saya sambil belek2 fail kesihatan saya, tanya, akak ni sibuk2 nak keluar ni, nak pergi mana? Saya kata ringkas je, KMC. Dia pun jawab, oh, kenapa akak tak pergi je KMC in the first place?? Dengar je cara dia tanya macam tu, saya dah meradang. Ikutkan hati nak je tanya balik dia, doktor sendiri kalau sesak nafas, doktor nak pergi hospital kat Kemaman ke kat Kuantan dulu? Nak ke tanggung risiko mati sesak nafas on the way ke Kuantan yang sejam baru nak sampai tu? Tapi sebab saya ni tengah tak larat, malas nak bergaduh. Saya diam je. Then mak mentua jawab, kita kat sini takde sedara mara. Kat Kuantan ada ramai, senang sikit bila pindah sana. Doktor tu pun blah je, tak tau la samada dia terus uruskan surat keluar untuk saya atau tak. Saya duk pikir, orang macam ni pun boleh jadi doktor ke? Tak boleh fikir langsung ke bila dah stress keje? Doktor lain pun penat juga, siap dari malam tadinya bertugas tak balik2 lagi, takde pun cakap yang bukan2.

Nurse yang kurang ajar tadi pulak, nampak sangat dia cuak nak lalu kat kitorang. Nampak tengah laju berjalan hala ke katil saya then tetibe stop pastu pusing balik. Ntah apa2...paling lawak bila dia terpaksa gak lalu kat saya sebab nak alih katil. Siap langgar2 katil saya pasal tak reti2 nak adjust katil yang tengah ditarik tu bagi lalu elok2 kat laluan yang sedia sempit. Semua orang pandang dia, tengok camne dia nak buat. Memang lawak rasa nak gelak je. Nurse sorang ni dengan doktor yang sorang tadi, dua2 ibarat setitik nila yang merosakkan imej staf yang lain. Doktor dan nurse yang lain ok je boleh communicate elok2 dengan patient dan keluarga patient.

Lastly dalam 6.45 petang barulah surat keluar hospital siap. Tengok2 bukan sign doktor pakar pun...malas nak cerita bape kali  mak mentua gi follow up. Yang penting dah selamat boleh keluar, pergi ambil ubat kat farmasi untuk sambung treatment. Pada saya, cara terbaik yang doktor boleh buat ialah dia bagitau siap2 kat kita, biasanya kena tunggu berapa jam baru boleh dapat surat. Diorang pun mesti dah berdepan dengan ramai patient yang mintak keluar. Boleh estimate kan dari majoriti masa yang diambil. Kalau siap awal, alhamdulillah. Orang pun happy. Yang tak bestnya bila dijanjikan "sekejap lagi" tapi rupa-rupanya lebih 4 jam menunggu. Saya sebagai pesakit tak kisah pun nak tunggu sebab memang tempat kita kat wad, tapi kesian kat waris yang terpaksa menunggu sama, walhal diorang ada urusan lain, nak plan perjalanan lagi...bukannya diorang boleh tido sekali kat situ.

Balik rumah, packing lagi sume barang yang nak bawa balik ke rumah mak saya. Sebab kalau ikutkan memang plan nak start duduk kat rumah mak saya minggu ni pun. Lepas maghrib, gerak ke KSH terus sebab KMC masih lagi panjang list nak masuk wad. Sampai kat KSH, doktor cek dan dapati saya tak perlu masuk wad. Sebab saya tengah recover, kesihatan dah improve, duduk kat rumah lebih baik sebab persekitaran lebih bebas dari kuman. Kat wad macam2 kuman ada sebab macam2 pesakit. So malam tu terus balik rumah mak.


setakat ini dulu...Part 2 kita sambung lagi nanti..hehe



No comments: