Sunday, January 2, 2011

Ingatan Buat Semua

(copied from my inactive Friendster blog, written on 15th Dec 2008)

Actually dapat ni dari satu lembaran kertas lama…..terjumpa waktu operasi mengemas buku2 hari tu…  Sorting out buku2 sjak dari zaman sblm tadika sampai la nota2 kat u.. Memandangkan waktu cuti mmg lapang gile, pastu musim hujan lak..takut banjir, maka my mom and i tepaksa reduce jumlah buku/nota/kertas pekse kami 3 beradik serta majalah2 lama kepunyaan ayah.. kwang3..(^-^) .. plagiarism ni…copy begitu sahaja..hehe..tapi memandangkan kat kertas tu takde nama penulisnya so tidakla diketahui sumbernya…


Wahai teman renungkan sejenak,
Kisah Muaz berjumpa Rasulullah s.a.w,
Bertanya Muaz wahai Muhammad,
Mengenai umat di Mahsyar kiamat.

Nabi Muhammad memulakan sabda,
Seksa bagi barisan pertama,
Semasa di dunia menyakiti jirannya,
Tiada bertangan lagikan berkaki.

Barisan kedua bangkit pula,
Babi hitam begitulah rupanya,
Amalan sembahyang sentiasa dilalaikan mereka,
Itulah balasan sewajar rupa.

Diiringi pula barisan ketiga,
Perut menggunung berisi ular serta kala,
Ada harta kedekut pula,
Hak Allah, zakat tidak ditunaikannya.

Golongan keempat dilaknati Yang Esa,
Ngeri wajahnya tiada terhingga,
Mengalir darah dari mulutnya,
Berjual beli sentiasa berdusta.

Angin bertiup bangun pula mereka,
Barisan kelima diberi nama,
Berbau busuk lebih dari bangkai manusia,
Menyembunyi kederhakaan kerana dunia.

Bangkitan keenam wujudlah pula,
Saksi palsu itulah tugasnya,
Tengkuk terkulai putus jua,
Sering mengada-adakan cerita.

Nanah dan darah tiada hentinya,
Mengalir keluar dari mulut mereka,
Tiada kesaksian terhadap pangkuannya,
Golongan ketujuh empunya cerita.

Barisan kelapan dahsyatnya,
Kepala di bawah kaki di atas kepalanya,
Terseret kepala kepalang terasa,
Berzina, melacur akhir hayatnya.

Harta anak yatim habis dikebasnya,
Barisan kesembilan sering terleka,
Api memenuhi ruang tubuhnya,
Janji Allah nerakalah tempat mereka.

Mengelupas kulit bisa terasa,
Kedua orang tua sering didurhakai,
Barisan kesepuluh peri terseksa,
Menggaru menjerit sepanjang hayatnya.

Golongan kesebelas buruk keranda,
Buta mata butalah hati mereka,
Melebar bibir hingga ke dada,
Arak, judi permainan mereka.

Wajah berseri bulan purnama,
Semasa di dunia kemungkaran ditegahinya,
Nikmat kesenangan dikecapi bersama,
Barisan terakhir gembira hatinya.

Tamat sudah sabda Baginda,
Tinggal hanya amanat meminta,
Oleh itu fikirkanlah semua,
Barisan mana kita berada.

No comments: