Sunday, August 7, 2011

Kena gigit setiap malam....T_T

haih..... asyik kena gigit je akhir2 ni. Terutamanya sejak dah xpasang ubat nyamuk elektrik tu.. huhu. Sampai tsedar kul 2 pagi, 3 pagi sebab kena gigit dengan nyamuk. Tak suke >.<  Kalau nyamuk biasa takpe, bimbang kalau nyamuk aedes atau nyamuk tiruk je.


Tadi tengah google, terjumpa pulak ada petua halau nyamuk dengan menggunakan Listerine. Cara2nya masukkan Listerine dalam bekas spray, lepas tu spray macam biasa. Berkesan ke? Sayang pulak nak bazirkan Listerine andainya xberkesan. Huhu. Adakah lebih baik kalau saya sapu Listerine kat kulit terus? Hoho..


Anyway, tak taulah kenapa asyik saya je sorang2 yang kena gigit nyamuk. Member2 lain sejak dari skolah, matrik, uni, tak kena gigit pun walaupun tidur sebilik. Pelik jugak bila pikir2 balik.. Diorang pun macam xpercaya je bila saya mengadu "Banyak betul nyamuk semalam, tak lena tido.." "Eh yeke..kitorang xkena gigit pun..ada nyamuk ke?" Bila dah tunjuk kesan bengkak dan merah kena gigit pun diorang cakap, semut tak? Ish xpuas hati betul.. Tak caya xpe..


Saya selalu dengar nyamuk suka orang berdarah O, tapi member yang darah O tak kena gigit pun. Saya yang berdarah B lak yang nyamuk suka. Maka teori tu xleh pakai. Google punya google, saya terjumpa satu blog yang menyatakan ciri-ciri orang yang nyamuk suka sangat:


dari blog http://mycuteshoppe.blogspot.com

1. Mempunyai kolesterol dan steroid tinggi

Orang yang mempunyai kadar kolesterol dan steroid tinggi di kulitnya lebih mudah digigit nyamuk kerana sifat nyamuk yang suka mengikuti seseorang yang menghasilkan banyak kolesterol di kulitnya. (Tapi menurut satu blog lain, myhealthtoday.com, bukan kolesterol yang menarik nyamuk tetapi by-products semasa penghasilan kolesterol di kulit. Saya kena check kadar kolesterol untuk membuktikan teori ni betul)

2. Memiliki kadar asid urik yang tinggi

Bau yang begitu kuat dari asid urik akan menyebabkan nyamuk mengikuti arah bau tersebut dan menggigitnya. (antara faktor tinggi asid urik ialah banyak makan daging dan seafood... em..teori ini mungkin betul untuk saya. Saya banyak makan daging berbanding sayur)

3. Tubuh yang banyak mengeluarkan karbon dioksida

Nyamuk sangat tertarik dengan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh tubuh, lebih  banyak    karbon dioksida dikeluarkan, lebih kerap seseorang itu digigit nyamuk. Nota: Lebih besar tubuh seseorang, lebih banyak CO2 dihasilkan. Tapi badan saya tak la besar mana..

4. Ibu mengandung

Nafas yang dikeluarkan oleh ibu hamil biasanya mengeluarkan  karbon dioksida yang lebih tinggi sehingga mereka mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk digigit nyamuk. (Alamak..kalau belum mengandung pun nyamuk dah suka, apatah lagi kalau dah mengandung nanti????)

5. Manusia dengan golongan darah tertentu

Jenis golongan darah yang berbeza akan mengeluarkan bau yang berbeza pula sehingga ada yang menarik dan ada juga yang tidak menarik perhatian  nyamuk. Misalnya golongan darah O memiliki bau yang paling diminati nyamuk kerana kadar cairannya yang tinggi menyebabkan nyamuk lebih peka menghidu baunya. Teori ni xleh pakai untuk saya...

6. Manusia  berkulit lembut

Mereka yang mempunyai kulit lembut lebih diminati nyamuk kerana taringnya lebih mudah untuk menembusi ke dalam daging manusia berkenaan untuk menyedut darahnya. (hee... mungkin betul)

7. Memiliki kadar kehangatan yang tinggi

Nyamuk menyukai haba panas, oleh itu manusia yang badannya mengeluarkan haba yang panas lebih diminati nyamuk (teori ni juga mungkin betul..badan saya memang panas..haha)


8.  Pakaian hitam

Nyamuk sangat suka kepada warna hitam berbanding warna cerah. Kerana itu juga nyamuk aktif di waktu malam dengan warna alam yang hitam pekat itu. (huh..pakai warna putih pun kena gigit nyamuk..)

No comments: