Sunday, June 19, 2011

The Good Old Days I, II, III

Hari ni asalnya nak gi ofis siapkan keje..tapi mungkin sebab sepanjang minggu ni asyik balik lewat, penat satu minggu punya dah berkumpul dan rehat yang panjang diperlukan untuk ganti balik semua tenaga. Jadi, berapa kali set alarm pun (termasukla alarm nun di Kemaman sana), saya tetap juga tidur balik, xjadi gi ofis..hehe.. Alarm kat sana pun agaknya dah boring kejut saya. Moral of the story: time cuti, rehat aja, kerja memang xkan habis.. =P

Maka plan sepanjang hari ni cuma google sana sini sambil meniarap atas tilam. Teringat pulak dulu2 suka sangat tengok citer cina.. start darjah 1 dulu (1994), ada la jugak tengok citer kat tv3 slot Jade Drama kot masa tu, tajuknya Green Green Grass by the River. Tapi xberapa follow sebab citer tu tayang pukul 7 - 8 malam, masa tu kena mengaji dengan mak lepas solat Maghrib. Lama kelamaan, bila dah pandai ngaji sendiri, waktu menonton masa tu pun makin kerap la kan. Hee.. Ada satu citer yang rasanya paling banyak nangis la bila tengok - The Good Old Days. Darjah 5 kot masa tu. Dengan mak skali nangis.. gi sekolah esoknya dok borak2 dengan member pasal citer ni (sementara tunggu cikgu masuk kelas). Agak fenomena gak la citer ni sebab ramai peminatnya. Rupanya sekarang ada jugak orang post kat Youtube...apa lagi..layan.... ;)

Ni lagu tema season I..


Ni pulak lagu tema season II dan III:


Drama ni jugak mendapat sambutan yang sangat2 hangat kat Hong Kong khususnya, sampaikan season III dibuat atas permintaan peminat. Haha..hebat kan fenomena citer ni.. dulu pun sibuk cari video tape (dulu2 mana famous sangat VCD, DVD..) kat mall..kalau ada pun, xde subtitle BM lak. Yela, nama je tengok citer cina bertahun2 tapi cakap xpandai gak. =P So skang dah mudah sebab kat youtube pun ada..hehe. Rindu2 leh la layan...

Oh ye...sambil2 google tadi terjumpa lak sorang pelakon HK ni yang memang saya minat sangat99999 dari dulu..baru tau nama dia ialah Jackie Lui..


sejak darjah 4 minat tengok muka dia..siap berangan nanti nak kawin dengan orang yang muka cmni..haha..xsangka leh terjumpa dalam google search...huk3 terharu..

Sila la layan lagi gambar aktor faveret saya nih...keh3...


Mungkin bagi orang lain dia x hensem pun, tapi pada saya sedap la mata memandang.... (^____^)y

No comments: