Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Tuesday, November 12, 2013

Barang hantaran

Assalamualaikum w.b.t.,

Bab beli barang hantaran ni best sebab selalunya kita beli barang yang kita nak pakai..pastu mesti amik branded punya kan sebab nak kahwin. Sekali seumur hidup, insyaAllah. Harus la amik yang puas hati kikiki. Tapi dalam banyak2 barang hantaran saya ni, ada la satu benda yang kelakar la jugak. Nanti cerita. Mula2 kita senaraikan dulu barang hantarannya......

Ikutkan planning, hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang. Tapi pada hari kenduri baru tau pihak lelaki pun bawak 9 dulang, pastu pihak kitorang lak ada tambah satu, jadi 9 berbalas 10. Masa tunang dulu lak, plan nak 5 balas 7 tapi alih2 jadi 7 balas 7..kui3... Tak kisahla, untung la jugak pihak pempuan keh3...

Hantaran daripada pihak lelaki:

1. Rantai tangan + Mas kahwin
Saya yang minta rantai tangan instead of cincin sebab cincin tunang dah ada. Pakai satu dah la. Hehe. Rantai tangan ni diletak dalam dulang mas kahwin sekali, diberi masa majlis nikah.

Mas kahwin RM22.50....hehee
2. Buku: Ensiklopedia Solat
Saya pilih buku ni sebab rasa menarik sangat isi kandungannya & harap dapat jadi rujukan untuk keluarga. Kami beli di Pustaka Minerva kat Jalan TAR, dapat harga RM80. Harga sebenar RM100. Tapi kat kedai2 buku lain pun boleh dapat murah rasanya =)


3. Handbag + kasut
Masa nak cari handbag puas round Sogo, Jusco, Parkson...sebabnya saya nak yang kain, tak nak leather. Dan seperti biasa bila dah berkenan mula la takde stok la, harga melampau mahal la. Rosak la. Kotor la. Ada je halangannya. Last2 dapat la beg ni kat Mid Valley. Diskaun 20% jek. Huhu.. Tapi takpela. Dah berkenan.

Handbag jenama Corroco. Serius tak pernah dengar. Hehe. Layan...
Pasal kasut tu pulak, hmm sebenarnya kasut ni bukanlah dalam plan asal. Saje jela nak tambah dalam dulang. Alang2 tambahan jek, saya teringat saya masih ada sepasang kasut hitam yang beli kat The Store masa promotion. Baru pakai dua kali buat pergi interview. Ambik yang tu jelah saya fikir, sebab saya ni kasut formal banyak2 bukan pakai pun. Malas nak mencari kasut pun ye. Hehe.

Ni lah cerita kelakar pasal kasut tu. Lepas kahwin, saya pun pakai la kasut tu buat gi audit supplier kat Shah Alam. Audit lak kena jalan banyak, elok2 saya sampai semula ke ofis, nak masuk toilet, tumit kasut tu tersangkut kat divider sebelum masuk toilet. Sedar2 tapak kasut tercabut, tertinggal kat situ. Mak ai malu gila, nasib baik ada 2 orang je dalam toilet masa tu. Terpaksa la saya pakai safety shoe company punya sepanjang hari tu. 

Masa rehat, lepak jap kat surau dengan lagi 2 orang ofismate. Diorang tanya la pasal kasut tu camne boleh tercabut, beli bila... Bila saya kata, "Tu hantaran kahwin sebenarnya..baru pakai kali ketiga hari ni.." terus diorang terkejut. "Hah? Hantaran?? Weh sayang gila...brand apa tu?" "Erm...tak ingat la brand apa..beli kat The Store masa promotion..." "Hah, kau beli kasut hantaran kat The Store? Brand apa ni?" "Ala tak tau la brand apa. Tak kisah la. Harga 23 ringgit 90 sen je pun...memang padan la tercabut tapak cepat..takdela terkilan mana pun.."

Serta-merta dua orang ni gelak tak hingat dunia. "Weh, aku tak pernah dengar lagi orang beli kasut hantaran harga RM23. Ko ni kes nak jimat ke apa weh??? Dah la kasut hantaran tuuu...yang masuk album kahwin yang sanak-saudara anak cucu nak tengok...! Mak ai...aku tak leh terima la...hahha..." Diorang ni gelak punya evil sampai keluar2 air mata sume, menyebabkan saya pun gelak2 sampai keluar air mata gak la. Sakit perut. 

Saya kata, "Bukan la nak jimat sangat..tapi dah alang2. Tak kisah pun..sendiri nak pakai gak. Takpela kan..hehe.." "Weh aku tak leh terima. First time dalam hidup aku dengar. Dah la baru pakai 3 kali terus tamat riwayat..aduhaiii..." Gelak2 sampai terbatuk2. Pastu naik ofis, saya nak buang kasut tu dan ternampak still ada tanda harga kat bawah tapak kasut. Sabar jela. =P

4. Perfume set: Ralph Lauren
Set perfume ni beli kat Sogo. Takde promotion pun rasanya. Harga RM250. Saya beli perfume Ralph tu dan dapat miniature Romance dan lagi 2 sample perfume, No 2 dan No 3. Masa testing bau tu rasa perfume Ralph tu la bau sedap sekali, sekarang bila dah pakai eh, perfume Romance lagi best. Nyesal lak tak amik Romance hari tu. Kui3... Oh ya, set ni dibungkus oleh staf Ralph Lauren di Sogo ;) Very good service and friendly staff..


5. Telekung
Beli di PKNS Shah Alam, RM90. Ni Sulam Indonesia namanya. Cantik gak bila jadi hantaran..hehe


6. Coklat
Ni mak sedara belah suami yang buatkan. Sedap!


7. Buah-buahan
Biasalah, ini mesti ada dalam senarai hantaran ;)


8. Kain pasang
Kain pasang yang dipilih sendiri oleh suami. ;)


9. Bunga telur
Saya hampir2 tak perasan ada hantaran ni. Yela masa kenduri mana la sempat nak tengok hantaran pun. Cameraman pun tak perasan rasanya sebab dia tak amik gambar hantaran ni. Ni gambar masa orang tengah berarak. Hehe.. telur ni pun tak rasa, bagi kat sedara-mara kot...


Hantaran daripada pihak perempuan:

1. Sirih junjung
Sume hantaran saya mak saudara yang buatkan. Saya sediakan barang aje. Rasanya sirih ni sebagai simbolik dan adat je sebab kalau pikir2 balik, sape la nak makan sirih tu? Hehe...

sirih junjung penuh bunga ;)
2. Buku: Biografi Agung Rasulullah
Buku ni suami yang pilih. Dia kata kandungan buku ni dengar ceritanya lengkap dan bagus la...belum baca lagi sebab selama ni buku ni duk kat Kelantan, hehe. Nanti bila rumah dah boleh duduk boleh la angkut sume barang hantaran + hadiah kahwin ;)


3. Set belt dan wallet
Puas juga nak memilih set yang berkenan di hati si dia ni. Haha. Sebab asalnya dia minat sangat ada satu belt Levi's punya. Tapi kitorang tangguh dulu beli sebab nak tunggu kot2 harga murah sikit nanti. Tup2 datang lepas tu dah habis stok. Banyak kali survey tempat lain pun dah tak jumpa. Huhu....takpela, nak wat camne kan. Amik jela yang B.U.M ni. Hehe.


4. Kasut Onitsuka Tiger
Ni beli kat Sunway Pyramid. RM249.


 5. Jam tangan Timex
Nak cari jam yang berkenan la paling payah rasanya. Kriteria ketat sangat kot. Hihi... Tapi puas hati. Cuma takde rezeki, jam ni baru2 ni hilang sebab rumah sewa husband kena pecah masuk. Huhu.

Jam Timex, RM 620
 6. Sejadah
Ni beli kat kedai sejadah yang baris Pustaka Minerva tu kot. Dapat la harga dalam RM50 rasanya. Nak yang tebal dan lembut, corak tak serabut. Alhamdulillah dapat juga. Pastu boleh lak terjumpa sejadah dengan ketebalan dan kelembutan yang hampir sama kat Jakel, harga dalam RM28. Adoi. Takpe2 dah beli jangan tengok tempat lain dah.


7. Blueberry tart
Sumbangan daripada mak saudara, dia tempah kat Kuantan. Ada lagi sebekas untuk family kitorang tapi lepas kenduri lesap ditapau orang. Huhu.


8. Coklat
Coklat ni saya tempah dua set dari junior sekolah dulu. Satu untuk hantaran, satu untuk family makan. Campur harga pos total Rm120. Sedap! Tapi sayangnya coklat pecah dibuat dek Pos. Tu yang comot tu. Huhu...


9. Set Perfume: Ralph Lauren
Puas cari gambar hantaran perfume ni rupa2nya cameraman tak amik.. huhu. Nasib baik ada yang dari jauh. Ni beli kat Sogo gak sekali dengan perfume saya. Pun Rm250. Dapat free beg oren, sama warna dengan botol perfume


10. Buah-buahan
Last but not least, buah!



p/s: Seronok cuci mata tengok2 semula gambar waktu kahwin... ♥