Monday, February 20, 2012

Peristiwa bulan Februari ♥

Sedar tak sedar, dah seminggu saya jadi tunangan orang. Macam tak percaya je, haha. Pertunangan yang tak dirancang seperti orang lain, malah buat keputusan dan persiapan untuk bertunang saat-saat akhir....

Kisahnya begini..

Family si dia nak datang kenal2 sejak dulu lagi, cuma belum ada rezeki. Dalam bulan 12 hari tu ada la jugak dia inform, maybe family dia nak datang dalam bulan 1 atau bulan 2..so saya pun inform la gitu2 jek kat mak n ayah. Saya cakap awal2 pada si dia dan jugak mak saya, saya xnak bertunang. Sebab saya tengok trend orang sekarang bertunang macam nak kawin, saya tak sanggup spend banyak masa bertunang. Then kalau nak jemput orang, tapi bajet kecik, banyak kekurangan kang orang mengata pula, so baik xpayah buat... yang penting masa kawin nanti cukup bajet. Bertunang pun bukannya wajib kan..hehe. 

Ayah saya pulak macam tak setuju kalau saya xbertunang, terus kawin je. Katanya nanti orang mesti tertanya2, kenapa xtunang, kawin koboi ke, ada pape ke yang terus kawin ni...hmmmm...... dah namanya pun degil, saya tetap dengan pandangan saya. Apa salahnya xbertunang? Orang melayu ni memang macam2 la, menyusahkan! Tak kena sikit dengan adat memang mengata punyalah.. (kata hati saya jela..)...

Dalam bulan 1, si dia inform yang family dia datang nanti kira merisik la, so nak cari cincin. Pada minggu birthday saya, dia datang KL dan kitorang usya cincin sama2. Usya kat Jalan TAR dan Sogo, tapi xde yang berkenan sebab agak mahal. Cincin belah rotan yang halus dan ringan yang amat pun RM500++, design pun xcantik. Kalau nak yang cantik, cincin permata zirkonia, design quite ok tapi harga RM700++. Erm... takpe. Tengok tempat lain lak. Akhirnya Alhamdulillah, kitorang dapat cincin emas permata zirkonia dan cincin silver permata zirkonia dan zamrud yang murah dekat Plaza Alam Sentral. Dia bagi less 45% sebab stok lama. 

Settle cari cincin, cari jubah pulak. Asalnya nak cari kain pasang, tapi pikir2 balik,baik dia bagi baju siap terus. Haha. Sibuk tanya mak boleh ke tak, sebab tak tau langsung pasal bab2 merisik ni. Mak kata boleh je, so ok la..letih kot round cari jubah. Lastly beli kat butik Peace, harga jubah RM109. Hoho..sabar jela. Harapnya berbaloi la kualiti dengan  harganya.. (^_^)

Esoknya pergi Semua House, sebab mak dia suruh tengokkan dulang. Err, dulang? Nak bawak hantaran ke? Si dia tenangkan saya, kata tengok je dulu.. belum tentu lagi bawak.. Saya risau jugak, kalau dia bawak, tentulah saya kena balas. Ermm... Then mak dia kata nak bawak 3 dulang.

(di telefon)

Saya: Ma, xpayah la bawak apa2..bukan nak beria sangat...
Mak dia: Eh takpola..ma bawok ni nok suko2 jela... lagipun dok molek laa mari dok bawok gapo2..
Saya: (speechless) ingat xnak ada hantaran pun... jimat sikit ma...xdok duit ni..hehe
Mak dia: Ala, takpo... hani  xyoh balas pun xpo... sajo jah ma nok bawok... 

err..mana boleh xbalas. Hmm..takpela, inform mak je dulu. Tapi mak kata xpayahla tengok dulang kat Semua  House, kat Maran pun ada, Temerloh pun ada. Lagi senang pilih kat sana je nanti. Ok...

Time nak beli dulang, kata 5 dulang lak.. erkk.. si dia ambik je 2 set, ada 6 dulang. Dia pun xsure nak pakai berapa, tapi beli jela dulu. Xkisahla tu... saya malas nak pikir lagi pasal hantaran. Tunggu balik cuti CNY baru cari.. Bila balik, baru bincang2 dengan family nak beli apa untuk hantaran. Cadangan:

  • Kain pelikat
  • Kemeja
  • Perfume
  • Buah-buahan
  • Cincin - dah beli, tinggal tempat cincin je..
  • Coklat - konon nak buat tema harta karun
  • Sejadah
Mak kata, dah setuju dengan mak dia, sama2 xde sirih junjung. Kain pelikat mak belikan, tinggal lagi saya kena cari kemeja, sejadah, coklat dan perfume. Saya try cari kemeja kat Sogo tapi xde yang berkenan. Beli t-shirt pulak. Haha. Sejadah beli kat Jalan TAR. Then cari coklat duit2 tu. Time nak cari tu lah tak jumpa, bila xnak cari selalu je ada kat mana2. Jenuh mencari sampaikan ke Puchong, ditemani cik Cahaya. Terpaksa bocorkan rahsia nak bertunang, ekeke. Maaf Cahaya, bukan apa, sebenarnya  xberapa gemar hebahkan pertunangan...malu nanti kalau akhirnya xkawin, huhu. Oleh itu, kepada sesiapa yang tau kita couple dgn siapa, biar jela...at least diorang x expect sangat kita dah nak kawin..hehe. Dan orang lain yang xtau, akan kekal xtau sehinggalah jemputan kawin diuar2kan..(teori saya) ;P   btw tq Cahaya teman cari coklat, hehe. Masih ingat kata2 Cahaya, "Ko tau tak 11haribulan tu lagi 2 minggu?? Ko xde sirih? Mana bolehh... adat tu..."

Ok Cahaya, betul cakap ko. Lagi beberapa hari nak bertunang tu baru aku tau ada sirih. Sebab mak kata, call lagi mak dia, cakap ada sirih sekali dengan cincin. Xpela..mak n adik yang uruskan. Terpaksa jugak mintak tolong makngah n maksu buatkan. Asalnya saya dan mak tak berapa setuju ayah gi inform sume sedara mara tentang majlis ni, sebab kitorang tak jemput, kenapa nak inform? Ayah kata, xpela..sekadar inform sebagai menghormati diorang. Banyak perdebatan untuk hal ni sebenarnya. Sampai tension dah. Haha. Belum lagi untuk majlis kawin nih.. (@_@)   Namun akhirnya saya sedar, memang perlu sedikit bantuan dari saudara mara untuk benda2 sebegini... malunya lawan cakap ayah..sob3..

Disebabkan saya dan adik tak ambil cuti untuk majlis ni (konon rasa mcm kecik je so xyah beria amik cuti), so dijadualkan kitorang balik Jumaat malam. Hari Khamis baru teringat kotak harta karun tak siap lagi. Malam tu baru rushing nak buat. Cuti raya cina lalu saya ada geledah kotak harta karun saya yang menyimpan barang2 sejak kecik..then terjumpa kotak Kao Attack. Macam sesuai. Hee..

Sambung kotak Farley's Rusk buat lengkung kat penutup...

Saya xtaula kotak ni time darjah berapa, tapi saya ada tulis "Pengaratan boleh menyebabkan penyakit kancing gigi (tetanus)" dengan pen dakwat emas. Aduyai. Zaman mengumpul info Tahukah Anda sambil testing pen  kot. ;P


Sumbat dengan surat khabar kat ruang kosong

Malam  itu saya tidur pukul 2 untuk siapkan balut kotak. Esoknya lepas Subuh saya tolong buat karipap sikit, then gosok baju saya dan orang lain sampai pukul 8.30 pagi. Mak, adik, makngah dan maksu sibuk di dapur, saya tak tolong langsung. Sebab? Lepas tu nak siapkan kotak harta karun, haha. Si dia dah mesej nak gerak ke Sg Ling dalam pukul  9. Asalnya mak dia kata nak datang lebih kurang pukul 10 pagi.. so kitorang sume memang rushing, terutama yang di dapur. Sedang saya siapkan final touch untuk hantaran, si dia mesej, gerak pukul 11 kot ke sini. Wah..lega sikit. Haha..
 
Taraa.. balut dengan kertas emas. Renda dan riben tu maksu
tolong hiaskan, baru cantik sikit..hehe
Saya xpandai nak buat hantaran sebenarnya, ingatkan nak buat kotak aje then letak kain organza gold atas dulang, letak kotak berisi coklat, taburkan aje coklat2 lain kat atas kain. Then maksu tanya, habis masa nak bertukar hantaran nanti awak nak angkat macam mana? Xke terabur semua? Saya tak terfikir pulak hal tu, sebab xtau macam mana orang tukar hantaran. Haha. Then maksu suggest buat platform. Kebetulan ada board, balut jela dengan lebihan kertas emas. Then lekatkan satu2 coklat supaya tak terjatuh, especially time diorang bawak balik dalam kereta nanti ;)


Akhirnya rombongan 4buah kereta tiba pada pukul 11.35 pagi.. Berdebar jugak saya tunggu dalam bilik, xtau diorang nak suruh keluar bila. Tunggu punya tunggu, macam lama gak so saya pun try la nak pakai eyeliner..baru nak calit then mak ketuk pintu. Aduyaii..xmerasa nak mekap sikit. Haha. Alhamdulillah, dengan bacaan Al-fatihah, cincin disarung ke jari manis kiri (saya xtau nak hulur tgn mana, mak dia cakap, tangan kiri kan? Saya pun hulur jela tangan kiri, hehe).  Lepas tu mak dia kata, ikut adat Kelantan, yang ayah sarung cincin ke yang lelaki pulak.. ;P so panggil dia masuk..yang lawaknya ayah saya pulak yang ketar nak sarung cincin. Haha. Orang pun dok mengusik la, first time ke ni nak terima menantu? Ayah saya jawab je, aah, first time… hihi..

Dah tukar hantaran baru sedar diorang pun bawak 7 dulang. Aik.. kenapa ye. Kitorang buat 7 sebab ingat diorang hantar 5. Then Cik Som, antara wakil belah si dia bgtau mak saya, orang Kelantan memang bagi sama bilangan..takpe jangan risau.. Yeke? Saya baru tau..hehe..

Alhamdulillah,  dengan bajet biasa2 je, kameraman pun adik-beradik je, semua berjalan lancar. Xperlu ada mak andam, pelamin, kusyen sume, tetap puas hati  =) syukur mereka pun menerima seadanya, hehe. Kesimpulannya, adat Melayu jangan ditinggalkan, cukup buat sekadar yang mampu ;)   Orang nak mengata tu terpulang, yang penting Allah meredhai dan memberkati kehidupan kita...