Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Sunday, January 1, 2012

♥Selamat Tahun Baru 2012♥

2011...kejap je dah berlalu..banyak perkara berlaku, banyak benda yang dipelajari dan difahami. Kadang-kadang saya terfikir, betapa seronoknya zaman kanak-kanak dulu, yela masa tu waktu berjalan lambat... banyak benda boleh dibuat dalam satu hari. Seminit pun dulu rasa lama (masa kena berdiri dulu dalam kelas sebelum dapat jawab soalan cikgu), apetah lagi sejam (nak abiskan satu matapelajaran), mahupun sehari (especially time puasa, lembik nak tunggu berbuka).

Sekarang, 2012 pula menjengah ke dalam hidup kita. Dulu rasa macam jauh je lagi 2012 ni... huhu. Dunia berakhir pada 20.12.2012? Hmmm....wallahualam..tapi memang dunia sekarang dah nak sampai ke penghujung kan. Dah banyak tanda2 ke arah itu. 

Apapun, jom tengok perbezaan dulu dan sekarang...

sume benda wat depan komputer je.. canggih la katakan...

tak kuar peluh = tak sihat, kan?

betul3...huhu




kerjaya cikgu sekarang memang mencabar

Kalau zaman kita kanak2 dulu dengan zaman kita menginjak dewasa pun dah banyak beza, bagaimana pula dengan zaman anak2 kita nanti? Adakah lebih baik atau sebaliknya ya... Secara logiknya, kalau mak ayah dah xberapa baik, macam mana nak harapkan anak2 yang baik...? Mari kita perbaiki diri, dan mohon dapat zuriat dan keturunan yang baik, amin...


Maksudnya :
"Ya Tuhanku, berikanlah daku dari sisi Engkau seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku." - Surah Ali-Imran, 38



Maksudnya :
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah daku dan kedia ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." - Surah Ibrahim, 40-41