Lama xjenguk blog ni. ;P
Kali ni mau menempel gambar projek dari hobi terbaru saya - mengait. Haha. Menjahit xreti. Sibuk nak mengait pulak kan. Xpelaa...at least ada jugak keje org perempuan yang saya reti buat, baru leh dipanggil perempuan. Keh3..
Hobi ni bermula baru je..Rabu hari tu (11 April 2012) merupakan cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke... err..xsure. Baginda Sultan Kedah yang naik takhta 2 kali. ;) Semoga Allah merahmati kita semua di bawah naungan Baginda =)
Masa cuti tu memang tido je sampai tengah hari, then usya2 Youtube dengar lagu mcm2.. lagu Awan Nano lah.. lagu M Nasir lah.. best jugak kdg2 layan lagu Melayu ni ek. Hehe..banyak maksud tersirat. Lepas tu entah macam mana jumpa video "How To Crochet"...rasa tertarik nak tau, kot2 boleh belajar dari sini je kan. So tengok jela..nampak macam senang je orang tu buat.
Disebabkan yakin saya pun boleh buat, saya pun terus download dan bertekad untuk membeli peralatan yang diperlukan. Petang semalam (Sabtu), tanpa melengahkan masa lagi saya redah je kedai bunga/riben dan minta benang dan jarum kait (jarum ke?). Xreti nak pilih saiz so agak2 je. Hambik. RM 11.50 melayang untuk satu buku benang dan satu besi kait yang ada 2 saiz (2 hujung berbeza).
Malam tu saya pun terus cuba mengait berdasarkan video yang dah dimuat turun tu. Beberapa kali jugak la kena bukak balik sebahagian yang dah dikait sebab xberapa kemas, pening jugak dah terpaksa tumpu betul2 pada lubang benang tu. Hehe. Mengantuk sesangat tapi tahankan jua demi menyiapkan sekeping kecil hasil mengait. ;p
Dan ini hasilnya...
Sekeping je..yang amat kecik..jadila. Haha |
Punya la xkemas..nak cepat, janji siap sekeping |
Boleh jadi riben x? Heheee |
Don't expect too much from the first experiment! Hehe.. ok la tu.. Saya agak suka walaupun xkemas mana, hoho. Dalam video tu dia kata kena kira berapa banyak chain yang kita buat, tapi saya xkira pun. Semalam dah pening tengok lubang2 crochet tu..dah lost count. Haha. Bantai je agak2 sampai mana kena kait. Sebenarnya saiz benang ni jauh lebih kecik berbanding yang dalam video, jadi mungkin susah la untuk first timers. Tengah hari tadi semangat pulak gi beli benang lagi kasar, tapi sebuku kecik je, RM2. Nak buat lagiii ;)
p/s: Seronok ada hobi baru. Boleh "lari" dari stress keje. Tapi pastikan suka la dengan hobi baru tu..kang lagi stress lak sebab banyak kali try n error. ;p