Saturday, December 31, 2011

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

Assalamualaikum w.b.t..


Sedang berfacebook, ada rakan yang publish link berkenaan peribahasa Melayu yang rupa2nya ada kesalahan.

"Harapkan pagar, pagar makan padi" ----> sebenarnya ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi"

Apa itu pegar? Pegar adalah sejenis ayam (burung) yang digunakan untuk mengawal haiwan perosak di sawah padi (contohnya tikus). Tapi dalam mengawal tu pun, dia makan gak padi. So dia xboleh diharap la untuk jaga padi. Lebih sesuai kan pepatah ni? ;)

ayam pegar

"Seperti melepaskan batuk di tangga" ----> batuk di sini bukan bermaksud batuk "uhuk2" tu.. tapi batok, sejenis gayung/cebok yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Orang dulu2 kan sebelum naik tangga rumah, basuh kaki dulu dengan air tempayan. "Melepaskan batok di tangga" bererti tak simpan balik gayung tu, main letak je kat tangga terus naik ke dalam rumah. Jadi, sama ertinya dengan buat kerja separuh jalan, kan? ;)

batok

Dan macam2 lagi tambahan daripada komen2 kat blog bawah ni:


Saling tak tumpah ---> sebenarnya "salin tak tumpah", contohnya kalau anak tu rupa sama macam ibu, ibarat salin makanan dari satu bekas ke satu bekas yang lain. Kalau setitik kuah pun tak tumpah, rupa makanan tu pasti sama... hmm, tapi kenapa dalam bahasa formal pun sebut saling tak tumpah ya?

Ni pulak antara salah faham makna perkataan, macam kes batuk di tangga tu:

Kerana pulut, santan binasa ---> pulut di sini ialah sejenis getah yang warnanya seakan sama macam santan, so kalau getah ni masuk dalam santan, habis rosak la kan. Dulu saya ingat memang pulut yang dari beras pulut tu lah... ;p

Melukut di tepi gantang ---> melukut ialah pecahan beras yang halus2, bukan sejenis kata kerja ye..dulu saya ingatkan melukut tu macam melutut ke apa ke..hahha

Indahnya Bahasa Melayu ni sebenarnya, tapi dek pengaruh bahasa rojak, dah makin terhakis bahasa ibunda kita ni. Dah banyak kosa kata yang kita tak guna langsung, maka tak tau. Hmmm....

Thursday, December 29, 2011

Refleksologi ♥

Minggu ni sangat lambat berjalan walaupun kerja hanya 4 hari. Tak taula kenapa, rasa sangat2 demotivated untuk buat kerja..huhu. Kerja banyak pun malas nak siapkan cepat2, sebab dah tau, kerah tenaga to the max pun, kerja tetap datang tak putus2. Tapi kerja kurang sket pun, tetap malas2 je buat, sebab rasa macam, time ni jelah aku nak rasa rehat sket, haha. 2 hari lepas asyik balik kul 6 je. Kira awal la tu. Orang lain sume xberganjak lagi. =P

Semalam, tetibe rasa nak try refleksologi. Dah lama nak cuba tapi baru hari ni ada rasa “betul2” nak cuba. Ajak ofismate teman sebab takut gak nak masuk, biasanya pusat2 refleksologi ni mcm gelap je. So, pukul 6.15 terus berdesup ke Amcorp Mall. Gi cuci mata kat kedai teddy bear dulu. Haha. Siap snap picture ayat2 kat magnet yang kitorang suka.






Dah puas cuci mata dengan barang2 hadiah (kotak hadiah, bear, jam loceng kecik, tabung bentuk cendawan yang comel..etc), kitorang pun naik atas. Saya solat, ofismate tunggu dalam Popular. Then baru gi masuk Pusat Refleksologi tu. Memang agak gelap, just ada cahaya kekuningan dari lampu garam bukit. Dalam tu ada sorang lelaki cina tengah urut kaki lelaki India, sorang auntie cina urut lelaki India jugak. Ada lagi 3 kerusi kosong. Sorang lagi lelaki cina, tauke kot, dia datang lap kaki saya dengan kain yang direndam dalam air panas. Then dia duduk2 je, suruh saya tunggu auntie tu. OK, nasib baik bukan dia yang urut, hehe. Mungkin dia memang faham xboleh sentuh kulit perempuan Muslim, ataupun dia malas je. =P

Dalam 10minit gitu tunggu, then auntie tu siap, urut saya pulak. Saya dah cakap awal2, jangan buat kuat2 sangat sebab ni first time untuk saya. Hehe. Auntie tu gelak je. Dia tanya, “Mau berapa lama? Sejam?”
“eh tak mau la sejam auntie, setengah jam cukup la..”
“Kasi sejam la amoi, tambah 3 ringgit saja. You buat setengah jam RM25…sejam la, bayar RM28 saja..”
“Er..xpe, saya cuba setengah jam dulu. Lain kali baru saya buat sejam..takut terkejut kaki saya nanti.. hehe”

Dalam hati dah berkira2 gak nak sejam, tapi perut dah lapar gila..so setengah jam jela.

Mula2 dia lap balik kaki saya dengan kain direndam air panas, then dia bungkus kaki kanan. Dia mulakan urutan kat kaki kiri dulu. Saya gelak2 sebab geli. Yang si ofismate pulak buat muka pelik kenapa saya gelak.. ;P   Dia expect saya akan menjerit kesakitan, tapi lain lak jadinya. Lepas warm up urut kaki, tetibe auntie tu singsing seluar saya sampai atas lutut. “oopss..” saya terjerit sket coz terkejut. “Aiyaa amoi.. jangan malu, orang lain pakai hot pants..lagi atas punya..”

“Segan la saya auntie..hehe..” Saya tengok dia nak urut betis, so saya biar je seluar sampai ngam2 bawah lutut. Dah siap urut kaki kiri, dia tarik balik sluar, bungkus kaki kiri. Urut kaki kanan lak. Masa urut kat bawah jari, rasa sakit. Saya berkerut gak la, cakap kat dia rasa sakit. Dia cakap, ni bahagian mata. Saya pun tertanya2 gak, “Ada problem ke kat mata saya?” Auntie tu senyum je, “Baru sekali you buat, rasa sakit, tak apa. Tapi kalau you buat banyak kali, sakit lagi, itu maknanya ada problem..”  Ohh gitu yer. Ok. Lain kali saya try tempat lain lak, kena verify betul ke sakit lagi, and betul ke ada masalah? Hehe..



Pastu masa dia urut area tepi kaki, bawah buku lali tu, dia tanya saya, sakit tak. Saya cakap tak. Dia tekan kuat lagi dan tanya lagi. Saya cakap tak sakit. Then auntie tu kata, “bagus, maknanya belakang you kuat. Sihat..”   ;DDD

Selesai sesi urutan, bayar RM25 then gi dinner kat Restoran Rak Thai. Ofismate duk translate balik apa yang auntie tadi borak2 dengan dia masa urut saya. Memula tu dia ada tanya, ini kawan ke..kawan baik ke.. ofismate saya jawab agak baik jugak la.. Yang ni saya faham la sebab dah biasa dengar ofismates cakap Kantonis..haha. Then part yang saya xfaham tu rupanya dia kata, "Kawan you ni putih la, macam orang Cina. Ada mix ke?" Then ofismate saya kata xde mix. Then auntie tu kata, "Tapi muka dia pun macam cina sikit. Mesti ada mix.."

wah...mengapakah orang2 tua cina boleh cam ekkk? Haha... ;PP

Pasni macam nak try sejam pulak la. Sedap kena urut lepas waktu bekerja, hahaha. Ada kesan ke tak? Emmm..rasa macam segar sket kot.. cewah.. ;p   xtaula apa effect kalau kerap sangat buat (hari2 ke..), tapi bergantung pada keadaan kesihatan kita. Kalau sihat, buat jarang2 je. Biasanya sebulan sekali. ;) Kalau ada rezeki lebih apa salahnya manjakan diri kan? 

Oh ya.. ada terbaca kat blog ke forum entah, dia kata kalau tapak tangan basah/lembap, bermakna badan kita tak sihat..ada la masalah kat mana2..  Mungkin ada paru2 berair, so kena tengok habit kita:
  • mandi lepas makan
  • mandi malam
  • tidur bawah angin kipas yang kuat
  • banyak minum air berais, makan makanan2 sejuk
  • makan junk food
Kalau tangan hangat dan kering, insyaAllah sihat. Alhamdulillah, kalau ikutkan ini, saya masih sihat..tapi kena jaga2 jugak. Xboleh la dah terkena baru nak berubat kan. Hehee..

Tuesday, December 13, 2011

You will never win if you never begin... ♥Motivation♥

Kepada sesiapa yang rasa down.... mari kita memotivasikan diri....




Live Like You're Dying by Lenka..... sweetest voice ever.. ♥




Nobody said life would be easy... they just promised it would be WORTH IT...



Monday, December 12, 2011

Weekend Activity: Melawat Sogo & KL Sentral

Weekend ni dapat cuti 3 hari lagi...hoooorayy333!!! so tibalah masanya nak merealisasikan aktiviti2 yang dah terancang dalam kepala. Asalnya nak balik rumah tapi adik yang keje KL lak xcuti (Selangor je cuti sebab Hari Keputraan Sultan Selangor). So jalan2 lah kita ye! Hehe..

Sabtu tak ke mana2 sebab puasa ganti. Aduh bila puasa n xsahur pape n bukan di bulan puasa, rasa macam lembik sket.. dah la ada gastrik..huhu..padan muka sape suh xsahur.. T_T

Ahad... kul 10 lebih baru gerak ke Jalan TAR. Kebetulan bos suruh belikan hadiah untuk member yang baru lepas bersalin. Alasannya dia xtau nak beli apa untuk orang Melayu. Kalau diorang, just beli arak untuk panaskan badan.. dan pati ayam. Saya fikir, err...kitorang xbiasa minum pati ayam. Bos kata, you belilah apa2 set jamu yang you all makan ye. Kita bagi kat mak, bukan baby. Hehe. Biasa orang Melayu kalau melawat orang lepas dapat baby, bawak hadiah untuk baby je kan. Tapi diorang kutip angpau then belikan something untuk mak nye..... baguss...

Kat Jalan TAR xde apa yang best pun sebab hari Ahad kan, pasar dia xde.. kurang meriah la. Langsung ke Sogo, alang2 dah dekat tu. Guess what........Sale! Sogo setiap masa pun sale kan.. Tapi, since xdecide nak berbelanja besar hari ni so xdela saya nak pergi meramaikan crowd yang tengah duk belek2 handbag, kasut, baju sume tu. Saya naik ke tingkat atas2 lagi, pastu terpandang frame yang besar dan menarik, harga pun menarik sebab discount 70%. Hmmmmm..... Alasan apa yang saya patut pakai untuk beli frame yang dah menarik minat saya tu ye???

Pikir punya pikir, oh ye! Birthday adik 30 Disember ni. Yess..nak jugak beli setelah berdiri kat situ lama2 sambil pikir patut tak beli?patut tak beli?patut tak beli??... Haha. Settle. Bayar je. Puas hati dapat beli something yang saya suka   :D

9 openings, 4R, RM 23.77

Lepas makan, saya pergi Haniffa untuk cari2 set jamu. Malangnya pekerja situ kata, "Takde kat sini dik, kalau nak jamu pergi kat Semua House. Banyak kat sana.." Saya pun ikut jela arahan dan ternyata, memang masuk2 je Semua House dah jumpa kedai jual jamu makjun sume. Budget yang diberi bos ialah RM80. Tapi, jamu2 ni setnya mahal2..2ratus lebih, 3 ratus gitu. Kalau nak beli selected jamu lak, sebotol pun dah RM45. Last2, lepas borak2 tanya2 jurujual tu, saya pun amik tungku herba dan pil pati ikan haruan jenama Puteri Rembulan. Jenama ni tak termasuk lak dalam list yang saya compare2 melalui Google semalam, hehe. Tapi percaya jela cakap dia, malas nak pikir2 dah. Penat jugak nak pilih2 jamu apa nak pakai ni...huhu.. 


Total RM85. Dia kata tungku ni boleh
tahan sampai 5bulan....

Ok, seharusnya tiada penyesalan lepas pilih dan beli. Bimbang jugak kalau bos kata alahai sikitnyerr.. tapi nak buat macam mana memang mahal. Lagipun si member tu mesti dah ada set jamu dia sendiri kan. Kita top up jelah benda2 lain yang mungkin dia boleh pakai walaupun dah habis pantang nanti.. =)

Then hari ni, Isnin yang merupakan hari cuti bagi semua yang bekerja di Selangor, saya ambil kesempatan ni untuk pergi bayar PTPTN kat One Stop Center PTPTN, KL Sentral. Tujuannya sebab saya nak dapatkan slip pembayaran dan jugak, saya ingatkan tempat ni xbukak Sabtu Ahad. Rupanya ada jugak operasi tapi dari 9 pagi sampai 12 tengah hari je.. ok la, boleh la gi weekend pasni. Senang sket orang nak bayar kan?

Sementara menunggu no 3093 dipanggil...

Beria je tanya kaunter info katne PTPTN, walhal siap ada
tapak kaki dari pintu kuar kat level 2 sampai la ke pintu
PTPTN.. :D

Sebelum balik rumah, cuci mata dulu kat Popular Amcorp Mall. Teringinnyerrrr nak beli novel ni, tapi tak taula ada masa ke tak nak baca..huhu...last2, xjadi amik..


Nampak tin biskut Munchies yang cute. Tapi tak beli sebab tak suka biskut tu. Hehe.


Sekejap je dah habis 3 hari cuti..? Aduii... malasnya gi keje... Black n Blue Tuesday la nanti.. :(

Friday, December 9, 2011

Yvonne Catterfeld - Fuer Dich (Für Dich) English Subtitles

Terjumpa lagu Jerman yang pernah dengar masa belajar kat sekolah dulu.. =)

Nak belajar bahasa asing balik..... huhu..

Friday, December 2, 2011