Assalamualaikum...
Tibalah masa untuk menceritakan tentang 'hari kejadian' sebab mood menaip panjang2 dah datang =D.... Seperti yang diceritakan, bos cuma bagi saya cuti sehari sebelum hari nikah jek, so Khamis lepas keje saya dan adik terus pecut balik Pahang. Sampai di rumah malam tu, mak & adik perempuan tengah busy packing door gift. Rumah bersepah jangan cakap la, penuh barang sana sini. Rumah pun dah la kecik je. Saya siapkan guest book. Simple2 jela tapi leceh gak sebab saya guna cop untuk buat border di sudut setiap page. Sakit pinggang..
**~**~**~**~**
Keesokan harinya, Jumaat, mak andam datang untuk pasang pelamin dan hias bilik. Dua orang je datang, pakcik n makcik yang pemilik butik tu. Makcik Eton namanya, pakcik tu lak saya lupa apa nama. Kitorang decide untuk buat pelamin depan rumah kat porch. Nanti bawah khemah cuma meja makan beradab jela sebab amik 5 khemah jek.
Pakcik tu kuarkan barang2, besi2, palang2, sume bahagian pelamin dan hiasan kat katil, then tak lama pastu dia balik & tinggalkan makcik tu sorang2 wat keje. Saya pun pikir, sempat ke makcik ni siapkan pelamin & bilik sorang2?
Mula2 Makcik Eton dengan pakcik tu pasang palang n tiang untuk sangkut kain sebagai backdrop pelamin. Makcik Eton tanya saya, "Awak nak warna apa? Makcik ada kain warna gold dengan kain warna krim. Kerawang pelamin warna putih. Karpet putih. Kerusi pun putih." Eh... baju pengantin pun nanti krim. Sume warna senada jek. So saya kata nak warna gold la menyerlah sket. Kalau tak satu pelamin nampak putih jek. So Makcik Eton pun mula la cuba2 sangkut kain & adjust sikit2.
Saya masuk dalam umah jap kasi clear bilik untuk dia wat hiasan bilik nanti. Pastu saya keluar balik tengok apa perkembangan pelamin, eh, dah siap pun sangkut kain sume dan hias dengan bunga. Cantik lak jadinya. Kerawang dia pun cantik. Happy! Then Makcik Eton kata dia ada lebihan kain gold. Boleh la sangkut kat sekeliling atap porch sebagai skirting. Baru meriah sket. Ok. Boleh je. Pastu Makcik Eton kata, tapi Makcik ni dah tak larat nak panjat pasang tinggi2 ni. Awak la kena tolong. Eh? Erm...ok la. Betul la sian gak la makcik tu wat keje sorang2. Tapi apasal dia yang tak bawak pekerja untuk tolong?
Pelamin kami ;) |
Saya pun tolong la stapler kain gold dan ikat dengan dawai untuk hasilkan skirting yang cantik...dibantu oleh adik lelaki sebab memang saya tak mampu la nak wat sorang2. Dah siap pasang sampai habis kain, terasa la lenguh tangan, tengkuk dan pinggang. Dah siap pasang tu, Makcik Eton mintak saya tolong lak gunting kain separa bulat ikut saiz kepala kelambu. Boleh tahan berat la kepala kelambu tu. Dah siap gunting, saya kena stapler untuk lekatkan kain tu sekeliling bingkai besi tu. Sementara tu, Makcik Eton pasangkan tiang kat belakang katil untuk backdrop dalam bilik, kena pulak dibantu oleh adik lelaki saya sebab dia tak larat nak angkat katil dan pasang sorang2. Haih, saya tak sangka kitorang lak yang kena kerah bagaikan pekerja butik. Haha. Berpeluh2 tau.
**~**~**~**~**
Lepas tengah hari pihak khemah pula datang pasang khemah depan rumah. Kejap je diorang hias khemah meja pengantin. Lepas kitorang dah settle bahagian bilik, Makcik Eton cadangkan letak langsir kat depan rumah untuk cover grill rumah. Sebab yela, agak kurang cantik la bila pelamin dah wow tetibe sebelah dia ialah grill rumah yang dah kusam. So dia pun balik semula butik dia, dan datang bawa kain langsir putih corak bunga emas untuk saya pasang sendiri. Dia balik je lepas tu sebab keje dia dah settle.
Saya pasang lagi langsir dengan bantuan adik lelaki sebab nak kena panjat grill dan pasang langsir setinggi mungkin. Lepas siap pasang, baru nampak ada kesan kotor kat langsir tu. Puas lak gonyoh kain tu dengan air sabun bagi bersih. Macam2. Masa ni saya dah tak perasan mak dan ayah pergi mana sebab terlalu busy dengan kerja masing2. Haha. Jurugambar saya mesej bagitau dia akan gerak subuh esok dari KL. OK. Juruvideo pulak dah sampai dan check in kat chalet Maran Golf Resort, alhamdulillah. Dia akan datang pagi esok dalam pukul 8 untuk rakam detik-detik persiapan sebelum akad nikah.
**~**~**~**~**
Malam tu, lepas maghrib kitorang wat makan2 sket jemput orang surau. Sebenarnya malas nak buat tapi jiran2 bunyi2 pula kata elok la buat...ok la...buat lah juga makan2. Saya pasang cadar pengantin dan buat final touch untuk guest book. Sepanjang hari tu mak, ayah, mak2 sedara dan pak2 sedara busy untuk makan malam tu serta jamuan pagi esok selepas majlis akad nikah. Yang tak cukup barang pergi beli lagi, yang mana tak cukup alatan pergi cari/pinjam kat orang. Malam tu layan tetamu sehingga kul 10 mlm..masih lagi ada orang datang.
Lepas dah clear makan malam, saya dan mak siapkan pomander ball dan gantung kat bawah atap porch. Masa gantung tu dah tengah malam. Pukul 3 pagi baru nak pakai inai sebab baru settle sume kerja. Bersihkan rumah, kemas semua barang yang bersepah, yang mana tak sempat kemas - takde tempat nak simpan - yang tak berkenaan main sumbat je dalam bilik lain selain bilik pengantin. Adik perempuan yang tolong saya pakai inai daun, nasib baik ada dia sebab orang lain sume busy. Dia jugak la yang tolong gubahkan hand bouquet untuk nikah.
Lepas dah clear makan malam, saya dan mak siapkan pomander ball dan gantung kat bawah atap porch. Masa gantung tu dah tengah malam. Pukul 3 pagi baru nak pakai inai sebab baru settle sume kerja. Bersihkan rumah, kemas semua barang yang bersepah, yang mana tak sempat kemas - takde tempat nak simpan - yang tak berkenaan main sumbat je dalam bilik lain selain bilik pengantin. Adik perempuan yang tolong saya pakai inai daun, nasib baik ada dia sebab orang lain sume busy. Dia jugak la yang tolong gubahkan hand bouquet untuk nikah.
Bunga tangan oleh adik saya ♥ |
Bila pikir2 balik, memang kena ramai sedara-mara datang tolong baru keje cepat siap. Kitorang ada je sedara boleh kata ramai gak, tapi ramai juga yang ada hal maka tak dapat datang tolong. Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama keluarga saya buat kenduri, memang planning dan timing sedikit fail la kot.
**~**~**~**~**
Esok paginya, cuci inai dan memang jari setakat oren je lah kan. Nasib baik 3 hari sebelum tu dah pakai inai tube so kuku pekat la sikit warna. Rushing mandi, solat, pakai baju. Dah siap awal, mak andam lak tak datang2. Patutnya dia datang pukul 8 untuk start mekap. Akad nikah kononnya 9 pagi. 2-3 kali saya call Makcik Eton tanya mana mak andam, sebab Makcik Eton gi mekapkan orang lain, mak andam ganti yang kena mekap saya. Last2, kul 8.30 baru mak andam ganti terkocoh2 masuk umah, bagi alasan anak dia buat hal la nak itu nak ini menyebabkan dia lambat. Huh? Saya tengok anak dia dah sekolah rendah, bukannya budak kecik sangat pun. Apa2 lah, cepat la mekap. Saya kata la akad nikah patut 9 pagi. Akak mekap nipis jela..akad nikah je pun. Dia pun kata eh tak boleh, mekap kena buat betul2. Takpe akak wat sepantas yang mungkin. Saya berdoa supaya mekap ni cepat selesai dan kitorang tak lewat ke majlis akad nikah. Sebab dah lewat, saya putuskan untuk pakai tudung awning biru turquoise instead of selendang half moon biru. Lagi cepat. Tudung raya 2 tahun lepas sebenarnya. Kui3..
Saya tadah jela muka dan cuba beri kerjasama sebaik mungkin untuk memudahkan kerja mak andam mekapkan saya. Dah la saya bukan jenis yang reti mekap, so saya tak tau apa la yang dia tenyeh kat kulit muka saya. Time pakai bulu mata palsu agak horror sebab bulu mata tu tersangatla tebal dan panjang. Mak andam kata pakai macam tu baru nampak hasil mekap. Kening pun dia cukur, dia kata sikit tapi saya pasti bukan sikit la. Saya dah malas nak kata apa2, hati dah bengkak sebab jam dah pukul 9. Ayah, mak, mak sedara asyik tanya dah siap ke belum. Ustaz jurunikah dah tunggu. Keluarga pengantin lelaki pun dah lama menunggu di luar masjid. Mak andam tu mula la gelabah dan tersalah conteng menyebabkan dia amik masa tambahan lak nak membetulkan mekap.
Siap mekap 9.15. Lega. Tapi bila saya tengok cermin....... Saya rasa macam jantung terhenti. Terus tarik muka masam tapi cuba gak memaniskan muka bila menyedari semua orang nak tengok muka pengantin yang dah siap mekap hampir sejam. Kulit muka putih melepak macam pelakon opera, lipstik lak merah pekat, kat area hidung takde buat shading pun menyebabkan hidung macam leper terus. Padahal hidung saya ni rasanya ada la jugak naik sikit batang hidung. Mak saya tengok pun terus kata dengan perlahan, "ya Allah, nape dia mekap macam ni." Kitorang masuk kete nak bergegas ke masjid, mak pun lap2 sket mekap saya. "Sian anak mak, teruk betul mak andam ni," mak saya kata. Saya masa tu dah takde perasaan. Takde mood nak gi majlis akad nikah. ;(
**~**~**~**~**
Sampai di masjid, kitorang masuk ke bilik akad nikah. Dalam masjid ramai lak yang tengok sepanjang kitorang jalan ke bilik nikah sebab ada kursus haji masa tu. Adik lelaki saya letakkan bantal nikah. Adik perempuan saya lak siap bawak kipas pengantin sebab dia....xtaula. Maybe ingat kena bawak kot muahaha. Dalam sejam baru siap majlis akad nikah. Mula2 tunggu, pastu dalam 10 minit dah nak start untuk lafaz akad nikah. Ustaz tu suruh ayah saya tanyakan persetujuan saya untuk dinikahkan. Saya pun tercengang juga mula2 tapi pastu angguk je tanda setuju. Padahal mak saya kata lepas tu saya kena jawab 'Saya setuju'. Haha. Takpela. Sama je maksudnya.
Pastu ustaz start soalan interview dia. Antara yang saya dengar ialah nyatakan Rukun Islam. Gelabah kot, bakal suami terlupa satu. No 4 dia terus jump ke mengerjakan haji. Seketika diam pastu baru dia kata tunaikan zakat. Hihi. Orang sume dah diam nak dengar dia boleh jawab ke tak. Saya pun berdebar gak. Hehe. Kemudian ustaz kata ok kita mulakan untuk lafaz akad. Masa tu sume orang lagi senyap. Alhamdulillah sah sekali lafaz ;) Suami pergi solat sunat, kemudian sambung untuk sesi sain dokumen pernikahan dan dengar lafaz taklik. Kemudian barulah sesi batal air sembahyang. Suami letakkan tangan kanan atas ubun2 saya, dan dia bacakan doa. Then pakaikan gelang kat tangan saya. Nampak ketar sikit tangan dia. Hehe. Debaran lafaz akad nikah tadi belum habis kot. Salam tangan dia pun rasa sejuk. ;P
Selesai majlis nikah, balik semula ke rumah untuk tukar baju sanding lak. Plan kedatangan pengantin pukul 12.30 t/hari sebab nak awal sikit takut hujan. Masa tu memang musim hujan lepas Zohor hingga petang. Sampai rumah tengok jam dah dekat pukul 11. Rushing lagi tukar baju. Agak seksa la sebab bila pakai kebaya ni, kena pakai korset, dan rupanya korset tu kena try dulu sekali dengan fitting baju, baru la boleh tau kena kecikkan korset ke tak. Nak wat cmne sebab mak andam tuan baju ni tak bagitau pun. Dia bekalkan jek korset. Pastu puas la mak andam yang mekapkan saya ni pinkan korset kemas2 sebab besar sangat. Nak cari lain dah confirm la tak sempat. Sekali lagi, saya pakai tudung awning, warna krim yang mak andam mekap sediakan sebab macam tak sempat nak berleceh2 dengan selendang half moon krim.
Mak andam touch up mekap. Kali ni saya bersuara lagi, "Saya nak mekap slow sikit nampak natural, tak nak macam pagi tadi."
Mak andam jawab balik, "Saya tak kisah nak ikut pengantin tapi nanti kalau tak cantik dalam gambar jangan salahkan saya. Mekap memang macam ni. Dekat orang nampak macam opera tapi dari jauh cantik. Dalam gambar cantik."
Then saya diam je. Saya nampak dia ambil lipstik warna pekat then saya tanya, "Boleh tak kalau saya nak warna lipstik yang kurang pekat sikit?"
Adik perempuan saya pun tambah, "Aah, yang tu pekat sangat la. Tak sesuai dengan warna kulit akak saya."
Mak andam dah diam, tetibe mak sedara saya lak pergi sampuk, "Eh, jangan nak komplen. Hari ni bukan hari awak tau, hari ni hari mak andam. Awak tak reti mekap jangan cakap banyak." Dia pun toleh ke mak andam then cakap,"Takpe, diorang ni set2 tepek bedak johnson je memang tak tau pape. Kita orang reti mekap ni yang tau apa yang sesuai dan apa yang tak sesuai.."
Mak andam pun sengih balik,"Betul2, mak andam tau yang terbaik untuk pengantin tapi kekadang pengantin ni yang komplen sana sini sudahnya mekap dia pilih tu tak cantik salahkan mak andam juga bla..bla..bla........ada pernah jadi kat sorang pengantin tu bla..bla..bla......."
Fine. Fine. Whatever. Saya tak reti mekap. Tapi saya tau la jugak nak tengok mekap tu lawa ke tak. Masam balik muka. Panas jugak dengan mak andam n mak sedara ni. Betul la orang kata, bila kita kawin orang lain yang buat keputusan untuk kita. Inilah salah satunya.
Sementara menunggu rombongan sampai, saya ambil gambar dulu dengan beberapa tetamu yang dah nak balik awal sebab nak kejar ke kenduri lain/nak balik semula jauh/lain2 urusan. Saya sebenarnya tak berapa ingat pun dengan siapa saya bergambar sebab dalam hati asyik berdoa moga2 majlis berjalan lancar dan kalau boleh, perfect. Yang datang tu pula ramai sedara jauh yang tak pernah jumpa, kawan2 lama mak n ayah yang saya pun tak ingat sebab memang lama sangat tak jumpa dan tak pernah kenal. Memang 10 saat lepas tu dah tak ingat la nama dia siapa hahaha. Tapi yang bestnya dua kawan baik saya sampai juga ke kenduri, Cik Cahaya dan Ain...siap pakai baju kurung biru gelap sedondon lagi sebab kononnya nak gi akad nikah. Tapi tak sempat. Hehe. Takpela....asalkan selamat sampai kan, hihi.
**~**~**~**~**
Ketibaan rombongan pengantin lelaki agak terlewat dari plan, iaitu 1.30 t/hari. Saya dan adik perempuan sebagai pengapit berjalan dalam tempo sederhana perlahan ke arah rombongan. Rombongan sedang berselawat dan rupa2nya menunggu wakil keluarga pengantin perempuan untuk menyambut dulang hantaran. Kitorang lak tak tau. Haha. Pastu baru la ada orang kata kena hantar wakil amik hantaran. Mak sedara, jiran dan mak andam sekali tolong amikkan hantaran, baru la rombongan berhenti selawat dan mula bersurai. Saya berdiri terus sebelah suami untuk *ehem* dirakam gambar seketika sebelum terus berarak ke pelamin. Saya TERLUPA untuk salam suami sebab blur sesangat.
Sampai kat pelamin terhenti jap n kitorang fikir nak tanggal kasut tak. Pastu orang suruh je kitorang pijak karpet tu tak payah tanggal kasut. Takde tepung tawar ke apa ke sebab pelamin tu untuk bergambar je sebenarnya. Dan malas la nak wat adat gitu sebab tak elok pun kan. Bergambar dengan family, kemudian makan beradap. Makan pun sikit2 je sebab nak kena potong kek dan pulut kuning lak pastu. Nak kena kejar masa sebab nanti nak bergambar outdoor pulak. Dalam 3.30 petang kitorang bergambar kat Golf Resort, tengah panas. Huhu.
Balik rumah rushing lagi untuk solat Zohor. Nak tanggal pakaian pengantin punya la seksa. Entah berapa puluh pin dan jarum peniti lekat sana sini demi mengekalkan kedudukan veil, tiara, dan kemaskan tudung. Nak cuci mekap pun lama. Maklumla orang tak reti mekap. Sekali lap pipi dengan face cotton yang dibasahkan dengan mekap remover, terkejut tengok sebab terus warna coklat. Betapa tebalnya foundation.
Petang tu lepas asar kitorang masih lagi layan tetamu yang tinggal beberapa orang. Saya makan lagi nasi lebihan kenduri sebab lapar. Tak makan pagi tadi sebab tak selera dan tak sempat, pastu masa makan beradab bukannya kenyang sangat. Tapi alhamdulillah puas hati dengan makanan kenduri. Memang recommended pakcik katering Fahami Collections ni.
**~**~**~**~**
Malam tu baru la nak kemas2 sket rumah dan dapat tau lebihan lauk pengantin dan kuih-muih yang dibawa sedara-mara hilang entah ke mana. Bila siasat2, rupanya lauk-pauk pengantin habis ditapau oleh beberapa orang....jiran yang tak berapa nak baik. Bukan hak dia, tapi dia pula yang makan anak-beranak. Pelik sungguh sikap sesetengah orang macam ni. Tapi takpela, biar dia je buat. Kita jangan ikut pula dan tak perlu nak marah. Yang penting, bila buat kenduri kita kena letak orang yang dipercayai untuk jaga barang hantaran, hadiah, dan paling penting bekas duit salam kukut. Kalau tak, ada la manusia yang amik kesempatan waima jiran paling ramah sekalipun. Bila kenang semula, alhamdulillah majlis tu berjalan lancar, takde apa perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah........
Bila nak tidur malam tu, saya dan husband alih bantal ke arah hujung kaki dan tidur terbalik...kaki mengadap ke kepala katil. Sebabnya? Cuak kalau2 tengah tidur kepala kelambu tu jatuh atas kepala kitorang. Haha..berat tu. Taknak amik risiko. Kih3...
Just for info on our wedding's...:
Next: Hadiah kahwin
Petang tu lepas asar kitorang masih lagi layan tetamu yang tinggal beberapa orang. Saya makan lagi nasi lebihan kenduri sebab lapar. Tak makan pagi tadi sebab tak selera dan tak sempat, pastu masa makan beradab bukannya kenyang sangat. Tapi alhamdulillah puas hati dengan makanan kenduri. Memang recommended pakcik katering Fahami Collections ni.
**~**~**~**~**
Malam tu baru la nak kemas2 sket rumah dan dapat tau lebihan lauk pengantin dan kuih-muih yang dibawa sedara-mara hilang entah ke mana. Bila siasat2, rupanya lauk-pauk pengantin habis ditapau oleh beberapa orang....jiran yang tak berapa nak baik. Bukan hak dia, tapi dia pula yang makan anak-beranak. Pelik sungguh sikap sesetengah orang macam ni. Tapi takpela, biar dia je buat. Kita jangan ikut pula dan tak perlu nak marah. Yang penting, bila buat kenduri kita kena letak orang yang dipercayai untuk jaga barang hantaran, hadiah, dan paling penting bekas duit salam kukut. Kalau tak, ada la manusia yang amik kesempatan waima jiran paling ramah sekalipun. Bila kenang semula, alhamdulillah majlis tu berjalan lancar, takde apa perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah........
Bila nak tidur malam tu, saya dan husband alih bantal ke arah hujung kaki dan tidur terbalik...kaki mengadap ke kepala katil. Sebabnya? Cuak kalau2 tengah tidur kepala kelambu tu jatuh atas kepala kitorang. Haha..berat tu. Taknak amik risiko. Kih3...
Just for info on our wedding's...:
- Catering: Fahami Collections, Temerloh
- Pelamin, bilik & mekap: Butik Eton D'Classic,Maran
- Photographer: ROHStudio (Apiq Sulaiman)
- Videographer: Wira Visuals
- Photographer (Kelantan): Yusran Yusof
Next: Hadiah kahwin
4 comments:
Salam. Saya berkenan la baju nikah ni. Sendiri punya atau sewa? :O
Salam...sendiri punya, beli kat jalan tar dulu..last piece dah masa tu.hihi
Salam...sendiri punya, beli kat jalan tar dulu..last piece dah masa tu.hihi
Salam...sendiri punya, beli kat jalan tar dulu..last piece dah masa tu.hihi
Post a Comment