*Sticky post* Salam Ramadhan kepada semua Muslimin dan Muslimat... sempena musim raya kali ni, saya nak promote sikit stok charm bracelet kat sini..hehe. Charm bracelet ni ala2 Pandora punya, memang makin mendapat sambutan sebab charms dia yang pelbagai. Bagi kita2 yang nak bergaya ala gelang mahal tu, apa kata cuci mata tengok stok yang ada, murah sangat. Material dia adalah glass beads, silver plated dan gold plated. Tentulah harga jauh beza dengan Pandora yang ori kan. =P
antara design yang boleh didapati
Boleh tengok di Facebook Charming Collections untuk lihat kesemua 10 designs. Satu design ada yang satu unit je available, ada yang 2 unit, tak banyak... Memandangkan saya pun bakal deliver pada estimated date 14/7 ni InsyaAllah, saya tak berniat nak order banyak2 daripada supplier, bimbang tak terkejar, hehe. Ukuran gelang yang available adalah 7.1 inci dan 7.8 inci sahaja buat masa ni. Cara ukur gelang yang sesuai mengikut saiz pergelangan tangan:
Ukur pergelangan tangan menggunakan pita
pengukur.
Tambahkan lebih kurang 1 hingga 1.5 inci untuk saiz
gelang. Contoh: saiz pergelangan tangan 6 inci, maka saiz gelang yang sesuai
ialah 6 + 1.5 = 7.5 inci
Jika rasa agak ketat, boleh keluarkan 1 atau 2
beads untuk longgarkan sedikit gelang mengikut keselesaan anda. Macam pergelangan tangan saya berukuran 6 inci, saya boleh pakai gelang yang 7.1 inci jika keluarkan 1-2 biji beads... =)
Berminat? Boleh mesej di inbox FB tu ye... =D Selamat menjamu mata dan bershopping raya! p/s: Selain untuk bergaya waktu raya, boleh juga dijadikan hadiah birthday untuk isteri, mak, kakak, adik, kawan baik dan sebagainya... seronok bila dapat hadiah rare macam ni! Untuk lelaki pula, sempena raya/hadiah birthday dan sebagainya, boleh la jenguk2 koleksi Rayban di Facebook Kedai Rayban . Nanti kata tak aci pula kan perempuan je dapat hadiah, lelaki nak jugak! =P
Pada 14/3/2014, Jumaat baru2 ni tangan saya masih lagi kebas dan sakit so saya ajak suami pergi klinik swasta pulak, tengok apa doktor sana cakap. Rupa2nya hari Jumaat memang hampir semua perniagaan tutup kecuali kedai makan & pasaraya. Saya ingatkan buka setengah hari ke...hehe. So tangguh la pergi klinik hari Sabtu.
Keesokannya, saya pergi ke Klinik Nabilah di bandar. Cakap kat doktor pasal tangan bukan saja kebas tetapi sakit bila nak genggam, pastu tunjuk sekali kuku kaki yang jadi pink kesemuanya. Doktor pun terkejut tengok kuku jadi warna macam tu. Dia kata mungkin peredaran darah tak berapa bagus, so dia sarankan pergi pusat refleksologi dan urut tapak kaki bagi lancar peredaran darah.
Yang tangan sakit tu pulak, dia kata kebas tu mungkin sebab carpal tunnel syndrom, sebab kalau dah minum susu banyak maknanya bukan lagi sebab kurang kalsium. Lagipun kalau banyak sangat kalsium dalam badan boleh terkena batu karang pulak, huhu. Tapi dia boleh bagi ubat saraf kalau sakit lagi, dan gel panas untuk sapu pada tempat yang sakit. Sakit tu dia suspect bermula dari pelipat lengan (siku), tapi bila dia picit saya tak rasa sakit lak. Saya rasa sakit bermula pergelangan tangan jela. Doktor kata, sakit tu boleh jadi dari pergelangan tangan, pelipat lengan, bahu, atau leher. Jadi nak elakkan sakit bertambah, jangan buat kerja berat dengan tangan yang sakit, kalau tidur jangan tindih tangan dan pastikan pergelangan tangan tak bengkok, termasukla semasa menaip. Selalu picit2 tangan supaya darah mengalir dengan baik. Kalau nak urut pun boleh, tapi carila orang yang betul2 pandai, kalau tak lain pulak jadinya, kata doktor....
Ubat saraf dan gel panas
Refleksologi
Lepas siap kat klinik, kitorang terus pergi ke pusat refleksologi kat Taman Chukai Utama dan masuk terus untuk urut. Sejam RM50. Ada bilik asing untuk lelaki dan perempuan, satu bilik 3 orang boleh urut. Masa saya masuk tu dah ada 2 orang tengah tunggu dalam bilik, sorang tu mengandung 7 bulan. Borak2, dia pun kata tangan kebas2 juga tapi tak sakit sangat. Pastu cakap kat tukang urut pasal kuku kaki jadi pink. Sume dalam bilik pun terkejut tengok tapi kata cantik, haha. Dah tak payah pakai pewarna nak cantikkan kuku. LOL. Macam la selama ni pakai. Tapi tukang urut kata maybe sebab peredaran darah la. Hmm... jangan la ada effect kat baby...
Masa urut tu sakit2 juga tapak kaki especially kat bahagian depan tapak kaki, atau balls of foot. Mungkin sebab dah lama sangat tak urut. Dah siap kaki, mintak dia urut tapak tangan dan jari2 yang sakit. Takde tambah cas pun =) Selepas urut, rasa lega sikit sakit kat tangan. Pastu perasan juga yang warna pink kat kuku kaki dah pudar sikit. Alhamdulillah. Suami saya ada tanya kat orang kedai refleksologi tu pasal kuku kaki saya, dia pesan kalau tak dapat buat refleksologi selalu (sebab yela, mahal juga buat selalu), rendam kaki dalam air panas, campur garam dan cuka. Rendam 2 kali seminggu, buat air sepanas mungkin yang kita boleh tahan. Ok InsyaAllah boleh buat...
lokasi pusat refleksologi
Lawatan nurse ke rumah
Esoknya, Ahad, suami pergi kerja, saya tinggal sorang2 kat rumah macam biasa. Malam sebelumnya tu rasa panas sangat walaupun ada hujan. Jadi esoknya tu still mengantuk lagi sebab tidur tak lena. Saya pasang Astro Awani nak tengok berita perkembangan MH370, tapi entah macam mana boleh tertidur. Sedar bila dengar ada orang bagi salam 3, 4 kali. Tengok2 nurse datang. Alamak dah la rumah bersepah, dengan tak mandi lagi kui3. Ingatkan sebelum lawatan rumah klinik akan call. Huhu. Explain jela kat nurse yang kitorang baru pindah so baju2 duduk dalam beg lagi, tak beli almari lagi. Nasib baik dapur tak bersepah. Hihi.
Nurse suruh baring, dia cek tekanan darah dan ukur perut. Ukuran dah jadi 23cm. Dulu masa mula2 cek pada 5/3/2014, ukuran 22cm. Kali ni kandungan dah 23 minggu, dia kata nurse akan datang ke rumah at least 2 kali sepanjang kehamilan, bergantung pada tahap kesihatan. Dia terangkan sikit2 pasal trend kenaikan berat, kena make sure dalam range normal, jangan takde naik berat langsung dan jangan terlalu banyak lak naik berat. Tekanan darah 120/60. Saya tanya kalau darah tinggi tekanan dia macam mana. Dia cakap, refer balik pada tekanan mula2 dia amik dulu, 110/80. Yang atas, 110 jangan sampai tambah 30, yang bawah lak, 80 jangan sampai tambah 15. Harap2 ok jela sebab nurse kata kadang2 kena darah tinggi bukan sebab pemakanan ibu sangat, tapi sebab hormon dari uri.
Nurse tanya pasal tangan kebas dan kuku kaki pink tu. Saya cakap je terus terang saya dapat ubat dari klinik swasta tapi tak berani nak makan lagi. Sebab lepas pergi refleksologi dah ok sikit, tinggal kebas je. Then kuku kaki pun dah pudar sikit warna pink tu. Dia pun catat nama ubat dan akan refer kat doktor, saya boleh makan tak. Sebab dia kata kadang2 walaupun ubat tu generally orang mengandung boleh makan, tak semua orang sesuai, bergantung pada kadar kesihatan kita. Lagipun doktor tu tak tengok buku rekod kita kan.. So better la refer pada doktor yang cek kita.
Yang gel panas tu, saya pakai mula2 rasa melekit tapi lepas tu ok la, best jugak. Rasa berangin menthol. Saya try pakai losyen Anugerah lak yang saya dulu2 biasa pakai kalau lenguh2 kaki, tapi bila sapu kat tangan rasa macam panas kat kulit aje, kat dalam rasa sakit jugak. Bila try pakai minyak Anugerah rasa better kot.
Sekarang tangan masih lagi kebas, hope boleh improve la lepas sapu2 minyak, gel, rendam kaki, minum susu, makan pil kalsium, amalkan pemakanan seimbang..... memang sekarang ni sentiasa makan buah sebelum dinner, pastu make sure ada ikan/ayam/daging untuk lauk. Bayam pun makan juga untuk tambah darah walaupun saya tak berapa minat bayam. Hehe.
Pada bulan Ogos lalu, saya ada join give away anjuran majalah CLEO. Masa tu sesaja join sebab kredit prepaid dah cecah RM80, asyik topup bila expired tapi tak banyak guna pun. Kebetulan bila belek2 CLEO bulan tu banyak pulak produk untuk give away yang best2, jadi saya pun ambik keputusan untuk laburkan sikit kredit - hantar sms untuk pilih produk yang saya suka. Untung2 naik nama, dapat juga produk mahal kan? Ekeke..
Peraduan tu tamat pada 31hb Ogos. Pastu pada 2hb Sept, ada sampai sms yang bagitau saya menang produk Mary Kay Sunscreen. Sila collect sebelum 13hb Sept. Pulak. Takkan saya nak datang ke KL semata2 nak collect benda ni je? Saya pun hantar emel tanya boleh tak saya hantar wakil ambikkan.
Rupa2nya, boleh pos, tapi kita kena bayar wang kiriman pos dahulu sebanyak RM15. Mahal? Em, dari situ la kot dia buat untung jugak, selain sms yang dicas RM1 setiap satu. Huhu. Tapi, nilai sebenar produk tu RM75. So still ok la kan. Kalau bukan sebab give away, saya pun tak teringin nak beli sunscreen ni kat luar sebab mahal. Hehew...
Kira-kira 2 minggu lepas buat wang pos, produk ni pun sampai ke rumah saya. Cepat2 bukak dan belek...
Krim dia warna putih, takde bau. Mula2 pakai sunscreen ni, muka jadi berminyak, maybe sebab kulit muka saya jenis berminyak.. Pastu kat kulit muka ada rasa tingling atau dalam bahasa melayunya rasa macam kena gigit2 dengan semut kecik gitu...pedih2 gatal tapi tak la kuat sangat. Kulit muka tak jadi merah2 pun. So saya anggap normal jela kot rasa macam tu. Biarkan sekejap, lepas tu tepek compact powder bagi tutup kesan kilauan akibat minyak. Haha.
Lepas 15 minit pakai baru la keluar rumah...ikut nasihat dekat kotak dia jela. Saya pakai lebih kurang 6 jam sebelum balik rumah dan cuci muka. Sepanjang keluar tu, amazingly kulit muka saya takdela jadi tambah berminyak, dan tak rasa macam pakai krim apa2 pun kat muka. Seolah2 semua krim terserap dalam kulit. Nice!
Result penggunaan? Baru pakai 2 kali memang takdela nampak kesan apa2... sebab sunscreen ni bukannya krim pemutih. Hehe. Tapi saya cuba percaya kesan perlindungan matahari yang produk ni berikan sebab ia SPF 50. Oh ya, produk ni kalis air so kena ready pencuci muka la bila nak cuci.. ;)
Saya akan try buat eksperimen kemudian untuk lihat perbezaan bila pakai produk ni. Maybe sapu kat sebelah tangan je selama sebulan? Hehe...will be updated later.
Kepada sesiapa yang mencari idea untuk hadiah kahwin, jom tengok senarai hadiah berdasarkan pengalaman dan pendapat saya hihihi...
Antara hadiah yang kami dapat:
1. Periuk nasi elektrik- ada la 3 biji... ini tak bagus banyak2 sebab memang kita tak pakai sampai 2-3 periuk nasi kan. Kalau nak beli pun, beli yang betul2 mahal...share ramai2...baru marveles..kikiki...
2. Seterika - hah ini pun tak tau nak watpe kalau banyak2. Mau direcycle untuk kenduri orang lain lak...
3. Rak pinggan mangkuk - bagus...at least nak dua sebab satu rak pinggan basah, satu rak pinggan kering. Dan kebetulan memang kitorang dapat 2..hehe
4. Buku -buku2 agama dan untuk relationship. Sangat bagus sebab buku boleh jadi rujukan dan menambah ilmu orang yang membacanya ;)
5. Microwave oven - adik perempuan yang hadiahkan sebab takde orang bagi..haha
6. Vacuummachine - sama jugak. Adik lelaki hadiahkan setelah meneliti yang kami mungkin perlukan ini memandangkan takde orang bagi jugak...keh3...
7. Blender
8. Food processor - ni up sket daripada blender... ;D
9. Set pinggan - no complaint kalau dapat banyak. Berguna untuk jamuan/kenduri kecil.
10. Set gelas - paling banyak dapat..hehe..ni pun ok je kalau dapat banyak..
11. Set teko dan cawan - ini tak ok kalau banyak. Cawan banyak takpe, tapi teko...?? Jenuh la pula nak simpan teko bebanyak.
12. Set lilin hiasan - quite ok, tapi pastikan orang tu suka la benda2 hiasan gini baru best. Nasib baik saya suka. Hehe...
14. Juice & soya milk extractor - best2...boleh wat homemade soy drink tu....
15. Jam dinding - dapat dua. Dah tak payah beli jam, hehe...
16. Electric kettle
17. Set mangkuk dessert/cocktail - ini pun ok kalau dapat banyak. Berguna untuk jamuan.
18. Induction cooker - hadiah dari Nana. Very useful bila kehabisan gas. Hihii
19. Selimut - bagus jugak kalau dapat banyak. Untuk tetamu datang rumah/anak2 soon...
20. Set cadar - very welcomed. Sila pilih cantik2 ye sebagai hadiah. Hihi...
21. Set toto - pun sangat berguna especially bila tetamu nak tido tetibe tilam tak cukup...ataupun nak bawak time bercuti duduk kat homestay ke kan...
22. Lampu chandelier - dapat masa kenduri di Kelantan. Member2 husband bagi ;) Memang tak sangka dapat hadiah macam ni...hehe
23. Lampu tidur - sama spt di atas 24. Set periuk non-stick - dihadiahkan oleh office mates saya dulu. Ada 3 periuk dengan penutup kaca dan 1 kuali leper. Semua non-stick dan boleh pakai dengan induction cooker.
Selalunya saya bagi hadiah kat orang, adalah benda yang saya sendiri pun suka untuk terima benda tu sebagai hadiah. ;) Tapi kalau susah juga nak pikir apa nak beli, lebih baik bagi je angpau, lebih praktikal untuk pengantin baru gunakan pada permulaan hidup diorang...betul x? (^_^)
Ni dia gambar projek mengait yang kedua..topi/beanie:
Ni bahagian luar, abaikan yang oren tu sebab dah salah buat, malas nak bukak banyak kali. Sebab benang oren lagi mudah berbulu. Yang biru tu ok sikit, bukak 2,3 kali pun masih xberbulu. ;)
Lepas ni nak buat yang lain pulak, tapi Youtube downloader buat hal. So x start buat yang lain lagi. Hehe..
Dah semakin addicted dengan projek mengait nih. Hehe. Cuti 1 Mei baru ni parents datang, dan mak tidur kat rumah saya. Dengan malu2 dan rendah diri, tunjuk kat mak saya mengait sekeping xtau apa la..yang oren tu (gambar bawah). Mak pun kata, "ni nak buat apa sebenarnya?"
"Em, xde pape..asas je nak tengok jadi mcm mana. Orang dlm Youtube tu suruh buat mcm tu. Hehe.."
"Ala...nak belajar buat ni mak boleh ajar..mana mak tau akak minat mengait."
Dan saya pun menunjukkan beberapa lagi video kat mak, seperti di bawah ni:
Sambil tengok, mak cuba buat. Pergh. Lancar lagi tangan mak mengait walaupun dah berbelas-belas tahun tak buat. Kagum.
Malam tu lepas mak dah balik Pahang, saya pun *ehem2* cuba la buat bunga kait ni.. huh. Orang buat satu bunga 5 minit, saya buat 15 minit baru dapat satu. Itupun xberapa jadi. Excited je lepas tu telefon mak kata dah dapat buat. Keh3.. Mak kata kalau betul2 minat, nanti mak ajar buat benda lain..beg, topi, alas meja, alas dulang hantaran ke.. (^_^)
Ok mak! ;)
Balik keje je xsabar2 nak sambung wat bunga. Dan akhirnya hari Sabtu (semalam) saya beli lagi 3 bola benang kait, lain2 warna. Dulu dah beli pink (salah saiz, benang kecik) dengan oren, kali ni beli warna merah, kuning, dan satu yang istimewa, campur warna biru-putih-hijau. Mahal sikit la. Yang warna plain RM2, yang warna campur RM4.50. Huhu. Pastu semangat beli butang lak. 10 sen satu. Sebab dlm video tu dia letak butang. Ekeke.
yang pink tu xjadi. Sebab saiz benang halus sgt, xsesuaiii..
paling suka yg warna campur tu.. ;) yang pink adalah satu kerugian. RM 8.50 tuu.... ;(
Sejak tengah malam semalam, saya cuba projek lain lak. Hehe. Masih separuh jalan. Dah jadi nanti baru boleh upload gambar ;P
Kali ni mau menempel gambar projek dari hobi terbaru saya - mengait. Haha. Menjahit xreti. Sibuk nak mengait pulak kan. Xpelaa...at least ada jugak keje org perempuan yang saya reti buat, baru leh dipanggil perempuan. Keh3..
Hobi ni bermula baru je..Rabu hari tu (11 April 2012) merupakan cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke... err..xsure. Baginda Sultan Kedah yang naik takhta 2 kali. ;) Semoga Allah merahmati kita semua di bawah naungan Baginda =)
Masa cuti tu memang tido je sampai tengah hari, then usya2 Youtube dengar lagu mcm2.. lagu Awan Nano lah.. lagu M Nasir lah.. best jugak kdg2 layan lagu Melayu ni ek. Hehe..banyak maksud tersirat. Lepas tu entah macam mana jumpa video "How To Crochet"...rasa tertarik nak tau, kot2 boleh belajar dari sini je kan. So tengok jela..nampak macam senang je orang tu buat.
Disebabkan yakin saya pun boleh buat, saya pun terus download dan bertekad untuk membeli peralatan yang diperlukan. Petang semalam (Sabtu), tanpa melengahkan masa lagi saya redah je kedai bunga/riben dan minta benang dan jarum kait (jarum ke?). Xreti nak pilih saiz so agak2 je. Hambik. RM 11.50 melayang untuk satu buku benang dan satu besi kait yang ada 2 saiz (2 hujung berbeza).
Malam tu saya pun terus cuba mengait berdasarkan video yang dah dimuat turun tu. Beberapa kali jugak la kena bukak balik sebahagian yang dah dikait sebab xberapa kemas, pening jugak dah terpaksa tumpu betul2 pada lubang benang tu. Hehe. Mengantuk sesangat tapi tahankan jua demi menyiapkan sekeping kecil hasil mengait. ;p
Dan ini hasilnya...
Sekeping je..yang amat kecik..jadila. Haha
Punya la xkemas..nak cepat, janji siap sekeping
Boleh jadi riben x? Heheee
Don't expect too much from the first experiment! Hehe.. ok la tu.. Saya agak suka walaupun xkemas mana, hoho. Dalam video tu dia kata kena kira berapa banyak chain yang kita buat, tapi saya xkira pun. Semalam dah pening tengok lubang2 crochet tu..dah lost count. Haha. Bantai je agak2 sampai mana kena kait. Sebenarnya saiz benang ni jauh lebih kecik berbanding yang dalam video, jadi mungkin susah la untuk first timers. Tengah hari tadi semangat pulak gi beli benang lagi kasar, tapi sebuku kecik je, RM2. Nak buat lagiii ;)
p/s: Seronok ada hobi baru. Boleh "lari" dari stress keje. Tapi pastikan suka la dengan hobi baru tu..kang lagi stress lak sebab banyak kali try n error. ;p
Sedar tak sedar, dah seminggu saya jadi tunangan orang. Macam tak percaya je, haha. Pertunangan yang tak dirancang seperti orang lain, malah buat keputusan dan persiapan untuk bertunang saat-saat akhir....
Kisahnya begini..
Family si dia nak datang kenal2 sejak dulu lagi, cuma belum ada rezeki. Dalam bulan 12 hari tu ada la jugak dia inform, maybe family dia nak datang dalam bulan 1 atau bulan 2..so saya pun inform la gitu2 jek kat mak n ayah. Saya cakap awal2 pada si dia dan jugak mak saya, saya xnak bertunang. Sebab saya tengok trend orang sekarang bertunang macam nak kawin, saya tak sanggup spend banyak masa bertunang. Then kalau nak jemput orang, tapi bajet kecik, banyak kekurangan kang orang mengata pula, so baik xpayah buat... yang penting masa kawin nanti cukup bajet. Bertunang pun bukannya wajib kan..hehe.
Ayah saya pulak macam tak setuju kalau saya xbertunang, terus kawin je. Katanya nanti orang mesti tertanya2, kenapa xtunang, kawin koboi ke, ada pape ke yang terus kawin ni...hmmmm...... dah namanya pun degil, saya tetap dengan pandangan saya. Apa salahnya xbertunang? Orang melayu ni memang macam2 la, menyusahkan! Tak kena sikit dengan adat memang mengata punyalah.. (kata hati saya jela..)...
Dalam bulan 1, si dia inform yang family dia datang nanti kira merisik la, so nak cari cincin. Pada minggu birthday saya, dia datang KL dan kitorang usya cincin sama2. Usya kat Jalan TAR dan Sogo, tapi xde yang berkenan sebab agak mahal. Cincin belah rotan yang halus dan ringan yang amat pun RM500++, design pun xcantik. Kalau nak yang cantik, cincin permata zirkonia, design quite ok tapi harga RM700++. Erm... takpe. Tengok tempat lain lak. Akhirnya Alhamdulillah, kitorang dapat cincin emas permata zirkonia dan cincin silver permata zirkonia dan zamrud yang murah dekat Plaza Alam Sentral. Dia bagi less 45% sebab stok lama.
Settle cari cincin, cari jubah pulak. Asalnya nak cari kain pasang, tapi pikir2 balik,baik dia bagi baju siap terus. Haha. Sibuk tanya mak boleh ke tak, sebab tak tau langsung pasal bab2 merisik ni. Mak kata boleh je, so ok la..letih kot round cari jubah. Lastly beli kat butik Peace, harga jubah RM109. Hoho..sabar jela. Harapnya berbaloi la kualiti dengan harganya.. (^_^)
Esoknya pergi Semua House, sebab mak dia suruh tengokkan dulang. Err, dulang? Nak bawak hantaran ke? Si dia tenangkan saya, kata tengok je dulu.. belum tentu lagi bawak.. Saya risau jugak, kalau dia bawak, tentulah saya kena balas. Ermm... Then mak dia kata nak bawak 3 dulang.
(di telefon)
Saya: Ma, xpayah la bawak apa2..bukan nak beria sangat...
Mak dia: Eh takpola..ma bawok ni nok suko2 jela... lagipun dok molek laa mari dok bawok gapo2..
Mak dia: Ala, takpo... hani xyoh balas pun xpo... sajo jah ma nok bawok...
err..mana boleh xbalas. Hmm..takpela, inform mak je dulu. Tapi mak kata xpayahla tengok dulang kat Semua House, kat Maran pun ada, Temerloh pun ada. Lagi senang pilih kat sana je nanti. Ok...
Time nak beli dulang, kata 5 dulang lak.. erkk.. si dia ambik je 2 set, ada 6 dulang. Dia pun xsure nak pakai berapa, tapi beli jela dulu. Xkisahla tu... saya malas nak pikir lagi pasal hantaran. Tunggu balik cuti CNY baru cari.. Bila balik, baru bincang2 dengan family nak beli apa untuk hantaran. Cadangan:
Kain pelikat
Kemeja
Perfume
Buah-buahan
Cincin - dah beli, tinggal tempat cincin je..
Coklat - konon nak buat tema harta karun
Sejadah
Mak kata, dah setuju dengan mak dia, sama2 xde sirih junjung. Kain pelikat mak belikan, tinggal lagi saya kena cari kemeja, sejadah, coklat dan perfume. Saya try cari kemeja kat Sogo tapi xde yang berkenan. Beli t-shirt pulak. Haha. Sejadah beli kat Jalan TAR. Then cari coklat duit2 tu. Time nak cari tu lah tak jumpa, bila xnak cari selalu je ada kat mana2. Jenuh mencari sampaikan ke Puchong, ditemani cik Cahaya. Terpaksa bocorkan rahsia nak bertunang, ekeke. Maaf Cahaya, bukan apa, sebenarnya xberapa gemar hebahkan pertunangan...malu nanti kalau akhirnya xkawin, huhu. Oleh itu, kepada sesiapa yang tau kita couple dgn siapa, biar jela...at least diorang x expect sangat kita dah nak kawin..hehe. Dan orang lain yang xtau, akan kekal xtau sehinggalah jemputan kawin diuar2kan..(teori saya) ;P btw tq Cahaya teman cari coklat, hehe. Masih ingat kata2 Cahaya, "Ko tau tak 11haribulan tu lagi 2 minggu?? Ko xde sirih? Mana bolehh... adat tu..."
Ok Cahaya, betul cakap ko. Lagi beberapa hari nak bertunang tu baru aku tau ada sirih. Sebab mak kata, call lagi mak dia, cakap ada sirih sekali dengan cincin. Xpela..mak n adik yang uruskan. Terpaksa jugak mintak tolong makngah n maksu buatkan. Asalnya saya dan mak tak berapa setuju ayah gi inform sume sedara mara tentang majlis ni, sebab kitorang tak jemput, kenapa nak inform? Ayah kata, xpela..sekadar inform sebagai menghormati diorang. Banyak perdebatan untuk hal ni sebenarnya. Sampai tension dah. Haha. Belum lagi untuk majlis kawin nih.. (@_@) Namun akhirnya saya sedar, memang perlu sedikit bantuan dari saudara mara untuk benda2 sebegini... malunya lawan cakap ayah..sob3..
Disebabkan saya dan adik tak ambil cuti untuk majlis ni (konon rasa mcm kecik je so xyah beria amik cuti), so dijadualkan kitorang balik Jumaat malam. Hari Khamis baru teringat kotak harta karun tak siap lagi. Malam tu baru rushing nak buat. Cuti raya cina lalu saya ada geledah kotak harta karun saya yang menyimpan barang2 sejak kecik..then terjumpa kotak Kao Attack. Macam sesuai. Hee..
Sambung kotak Farley's Rusk buat lengkung kat penutup...
Saya xtaula kotak ni time darjah berapa, tapi saya ada tulis "Pengaratan boleh menyebabkan penyakit kancing gigi (tetanus)" dengan pen dakwat emas. Aduyai. Zaman mengumpul info Tahukah Anda sambil testing pen kot. ;P
Sumbat dengan surat khabar kat ruang kosong
Malamitu saya tidur pukul 2 untuk siapkan balut kotak. Esoknya lepas Subuh saya tolong buat karipap sikit, then gosok baju saya dan orang lain sampai pukul 8.30 pagi. Mak, adik, makngah dan maksu sibuk di dapur, saya tak tolong langsung. Sebab? Lepas tu nak siapkan kotak harta karun, haha. Si dia dah mesej nak gerak ke Sg Ling dalam pukul9. Asalnya mak dia kata nak datang lebih kurang pukul 10 pagi.. so kitorang sume memang rushing, terutama yang di dapur. Sedang saya siapkan final touch untuk hantaran, si dia mesej, gerak pukul 11 kot ke sini. Wah..lega sikit. Haha..
Taraa.. balut dengan kertas emas. Renda dan riben tu maksu
tolong hiaskan, baru cantik sikit..hehe
Saya xpandai nak buat hantaran sebenarnya, ingatkan nak buat kotak aje then letak kain organza gold atas dulang, letak kotak berisi coklat, taburkan aje coklat2 lain kat atas kain. Then maksu tanya, habis masa nak bertukar hantaran nanti awak nak angkat macam mana? Xke terabur semua? Saya tak terfikir pulak hal tu, sebab xtau macam mana orang tukar hantaran. Haha. Then maksu suggest buat platform. Kebetulan ada board, balut jela dengan lebihan kertas emas. Then lekatkan satu2 coklat supaya tak terjatuh, especially time diorang bawak balik dalam kereta nanti ;)
Akhirnya rombongan 4buah kereta tiba pada pukul 11.35 pagi.. Berdebar jugak saya tunggu dalam bilik, xtau diorang nak suruh keluar bila. Tunggu punya tunggu, macam lama gak so saya pun try la nak pakai eyeliner..baru nak calit then mak ketuk pintu. Aduyaii..xmerasa nak mekap sikit. Haha. Alhamdulillah, dengan bacaan Al-fatihah, cincin disarung ke jari manis kiri (saya xtau nak hulur tgn mana, mak dia cakap, tangan kiri kan? Saya pun hulur jela tangan kiri, hehe). Lepas tu mak dia kata, ikut adat Kelantan, yang ayah sarung cincin ke yang lelaki pulak.. ;P so panggil dia masuk..yang lawaknya ayah saya pulak yang ketar nak sarung cincin. Haha. Orang pun dok mengusik la, first time ke ni nak terima menantu? Ayah saya jawab je, aah, first time… hihi..
Dah tukar hantaran baru sedar diorang pun bawak 7 dulang. Aik.. kenapa ye. Kitorang buat 7 sebab ingat diorang hantar 5. Then Cik Som, antara wakil belah si dia bgtau mak saya, orang Kelantan memang bagi sama bilangan..takpe jangan risau.. Yeke? Saya baru tau..hehe..
Alhamdulillah, dengan bajet biasa2 je, kameraman pun adik-beradik je, semua berjalan lancar. Xperlu ada mak andam, pelamin, kusyen sume, tetap puas hati =) syukur mereka pun menerima seadanya, hehe. Kesimpulannya, adat Melayu jangan ditinggalkan, cukup buat sekadar yang mampu ;) Orang nak mengata tu terpulang, yang penting Allah meredhai dan memberkati kehidupan kita...
Minggu ni sangat lambat berjalan walaupun kerja hanya 4 hari. Tak taula kenapa, rasa sangat2 demotivated untuk buat kerja..huhu. Kerja banyak pun malas nak siapkan cepat2, sebab dah tau, kerah tenaga to the max pun, kerja tetap datang tak putus2. Tapi kerja kurang sket pun, tetap malas2 je buat, sebab rasa macam, time ni jelah aku nak rasa rehat sket, haha. 2 hari lepas asyik balik kul 6 je. Kira awal la tu. Orang lain sume xberganjak lagi. =P
Semalam, tetibe rasa nak try refleksologi. Dah lama nak cuba tapi baru hari ni ada rasa “betul2” nak cuba. Ajak ofismate teman sebab takut gak nak masuk, biasanya pusat2 refleksologi ni mcm gelap je. So, pukul 6.15 terus berdesup ke Amcorp Mall. Gi cuci mata kat kedai teddy bear dulu. Haha. Siap snap picture ayat2 kat magnet yang kitorang suka.
Dah puas cuci mata dengan barang2 hadiah (kotak hadiah, bear, jam loceng kecik, tabung bentuk cendawan yang comel..etc), kitorang pun naik atas. Saya solat, ofismate tunggu dalam Popular. Then baru gi masuk Pusat Refleksologi tu. Memang agak gelap, just ada cahaya kekuningan dari lampu garam bukit. Dalam tu ada sorang lelaki cina tengah urut kaki lelaki India, sorang auntie cina urut lelaki India jugak. Ada lagi 3 kerusi kosong. Sorang lagi lelaki cina, tauke kot, dia datang lap kaki saya dengan kain yang direndam dalam air panas. Then dia duduk2 je, suruh saya tunggu auntie tu. OK, nasib baik bukan dia yang urut, hehe. Mungkin dia memang faham xboleh sentuh kulit perempuan Muslim, ataupun dia malas je. =P
Dalam 10minit gitu tunggu, then auntie tu siap, urut saya pulak. Saya dah cakap awal2, jangan buat kuat2 sangat sebab ni first time untuk saya. Hehe. Auntie tu gelak je. Dia tanya, “Mau berapa lama? Sejam?”
“eh tak mau la sejam auntie, setengah jam cukup la..”
“Kasi sejam la amoi, tambah 3 ringgit saja. You buat setengah jam RM25…sejam la, bayar RM28 saja..”
“Er..xpe, saya cuba setengah jam dulu. Lain kali baru saya buat sejam..takut terkejut kaki saya nanti.. hehe”
Dalam hati dah berkira2 gak nak sejam, tapi perut dah lapar gila..so setengah jam jela.
Mula2 dia lap balik kaki saya dengan kain direndam air panas, then dia bungkus kaki kanan. Dia mulakan urutan kat kaki kiri dulu. Saya gelak2 sebab geli. Yang si ofismate pulak buat muka pelik kenapa saya gelak.. ;P Dia expect saya akan menjerit kesakitan, tapi lain lak jadinya. Lepas warm up urut kaki, tetibe auntie tu singsing seluar saya sampai atas lutut. “oopss..” saya terjerit sket coz terkejut. “Aiyaa amoi.. jangan malu, orang lain pakai hot pants..lagi atas punya..”
“Segan la saya auntie..hehe..” Saya tengok dia nak urut betis, so saya biar je seluar sampai ngam2 bawah lutut. Dah siap urut kaki kiri, dia tarik balik sluar, bungkus kaki kiri. Urut kaki kanan lak. Masa urut kat bawah jari, rasa sakit. Saya berkerut gak la, cakap kat dia rasa sakit. Dia cakap, ni bahagian mata. Saya pun tertanya2 gak, “Ada problem ke kat mata saya?” Auntie tu senyum je, “Baru sekali you buat, rasa sakit, tak apa. Tapi kalau you buat banyak kali, sakit lagi, itu maknanya ada problem..” Ohh gitu yer. Ok. Lain kali saya try tempat lain lak, kena verify betul ke sakit lagi, and betul ke ada masalah? Hehe..
Pastu masa dia urut area tepi kaki, bawah buku lali tu, dia tanya saya, sakit tak. Saya cakap tak. Dia tekan kuat lagi dan tanya lagi. Saya cakap tak sakit. Then auntie tu kata, “bagus, maknanya belakang you kuat. Sihat..” ;DDD
Selesai sesi urutan, bayar RM25 then gi dinner kat Restoran Rak Thai. Ofismate duk translate balik apa yang auntie tadi borak2 dengan dia masa urut saya. Memula tu dia ada tanya, ini kawan ke..kawan baik ke.. ofismate saya jawab agak baik jugak la.. Yang ni saya faham la sebab dah biasa dengar ofismates cakap Kantonis..haha. Then part yang saya xfaham tu rupanya dia kata, "Kawan you ni putih la, macam orang Cina. Ada mix ke?" Then ofismate saya kata xde mix. Then auntie tu kata, "Tapi muka dia pun macam cina sikit. Mesti ada mix.."
wah...mengapakah orang2 tua cina boleh cam ekkk? Haha... ;PP
Pasni macam nak try sejam pulak la. Sedap kena urut lepas waktu bekerja, hahaha. Ada kesan ke tak? Emmm..rasa macam segar sket kot.. cewah.. ;p xtaula apa effect kalau kerap sangat buat (hari2 ke..), tapi bergantung pada keadaan kesihatan kita. Kalau sihat, buat jarang2 je. Biasanya sebulan sekali. ;) Kalau ada rezeki lebih apa salahnya manjakan diri kan?
Oh ya.. ada terbaca kat blog ke forum entah, dia kata kalau tapak tangan basah/lembap, bermakna badan kita tak sihat..ada la masalah kat mana2.. Mungkin ada paru2 berair, so kena tengok habit kita:
mandi lepas makan
mandi malam
tidur bawah angin kipas yang kuat
banyak minum air berais, makan makanan2 sejuk
makan junk food
Kalau tangan hangat dan kering, insyaAllah sihat. Alhamdulillah, kalau ikutkan ini, saya masih sihat..tapi kena jaga2 jugak. Xboleh la dah terkena baru nak berubat kan. Hehee..
Bersempena cuti Maal Hijrah tahun ini kita dapat cuti straight 3 hari (yes!!) maka sepanjang minggu lepas saya dah berkira2.. nak wat ape ye..? Antara aktiviti yang termasuk dlm list:
Baca novel --> dah berlonggok novel dari BookXcess tapi xde masa nak baca
Tengok2 pusat belajar bahasa ---> mcm xberapa yakin tapi kalau xcuba, xtahu kan?
Kemas umah dlm erti kata sebenar ----> cuci langsir, cuci kipas, lap tingkap sampai berkilat haha;D
Tup2 hari Khamis, Cik Cahaya ajak saya tengok bola Malaysia lawan Bahrain. Errr…. Cahaya ke ni?? Biar betulll….
Dalam hati, saya rasa teringin..lagipun tak pernah tengok bola Malaysia kat stadium. Tapi parents mesti tak bagi. Dan dalam masa yang sama saya pun cuak sebab mana la tau papehal yang buruk jadi kan payah. Contohnya ada orang baling mercun ke. Malam pulak tu, balik dah nak tengah malam. Orang yang gi sana pun macam2 perangai. Macam cari pasal je gi sana. Jadi…maaf ye Cahaya, pengakuan jujur, awal2 tu rasa teragak2 jugak nak gi.
And then.......
Sehinggalah malam tu, saya terfikir, apa kata saya ambik je peluang ni, dan rasa sendiri, ambil je risiko, dengan iringan doa insyaAllah xde pape yang buruk..
Dengan syarat, ada geng lelaki nak gi skali ke dalam stadium. Bolehla jadi bodyguard sementara.. selamat la sket daripada 2 orang je pempuan xtau apa2 kan. Risik punya risik, ade la member UiTM dulu nak gi..siap beli tiket online dah. Dipendekkan cerita, memula ingat ada 6 org nak gi skali, last2 tinggal berempat je, ktorg 2, member tu 2.. Ok ke x..ok ke x… ok jelah. Sebab nekad nak gi, tiket pun dah beli. Doa semoga semuanya baik2 aje..
Petang Sabtu saya gerak ke rumah Cahaya, dan malam tu dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Ihsan, Bandar Kinrara. Best jugak rupanya Ustaz Azhar ni..hehe.. memang ustaz yang luas pengetahuan am. Tajuknya kalau xsilap “Mengenal Allah”, banyak kali dia tekankan point jangan kaji sifat Allah, e.g. macam mana Allah berkata2, macam mana Allah duduk, dsb. Tapi yang paling best part contoh sikap manusia. Memang gelak habis.
Part Q&A pun best… ada antara soalan berbunyi:
“Jarak rumah saya dan orang sebelah terlalu dekat, sehingga orang sebelah boleh nampak saya di dalam bilik. Perlukah saya memakai tudung di dalam bilik?”
Jawapannya, “Xperlu pakai tudung, letaklah LANGSIR…. Kan senang.. nak telanjang dalam bilik pun takpe. Takde masalah.” ;D
Soalan lain, “Apakah hukumnya saya mengundi calon bukan Islam dari parti yang bekerjasama dengan parti Islam?”
Ustaz jawab, “Eh main parti2 lak dia ni.. saya cuma boleh kata begini, pada zaman Rasulullah dulu, boleh menggunakan kekuatan orang bukan Islam untuk menarik perhatian umat Islam, untuk menambah kekuatan Islam sendiri. Jadi, kalaulah tujuan parti tersebut adalah untuk membela Islam, maka BOLEH mengundi calon itu tadi. Sekiranya lain tujuannya, maka TIDAK BOLEH mengundi calon bukan Islam tersebut.” Tapi Ustaz Azhar kata ini pendapat dia..pendapat orang lain mungkin lain pula. Kalau ada khilaf, lebih baik ambil langkah berjaga2...
Ada juga soal mengenai Ribena tak Halal.. ini pun masuk dalam kes syubhah. Sebab ustaz kata orang Ribena Malaysia kata halal, tapi orang Ribena induk kat Australia kata ada alkohol.. alkohol dari mana xtaula.. kalau naturally occur mungkin ok, tapi kalau dia tambah dari arak? Macam mana tu..huuhu. Jadi, baik kita ambil langkah berjaga2... ;) ---> ini menyebabkan saya dan Cahaya xjadi nak amik sample free Ribena kat Giant pada hari Ahad..haha. Promoter tu pun blur je knape kitorang teragak2 nak cakap xnak.. keh3..
Antara ilmu baru yang saya ingat ialah - - > jaga 2 waktu ini dalam solat, sujud terakhir dalam solat, dan tahiyyat akhir, adalah waktu paling mustajab untuk berdoa. TAPI, berdoalah dalam bahasa Arab jika mahu menyebut/melafazkan, sekiranya dalam bahasa lain, bacalah dalam hati sahaja. Batal solat kita kalau keluar bahasa lain dalam solat.
Lagi satu, HARAM menunaikan solat di akhir waktu dengan sengaja.. huhu.. selama ni ingat selagi ada waktu takpe je kan,,,huk3.. Moga2 ingat selalu akan perkara ini ;)
*Point tambahan - diingatkan oleh Cahaya & teringat tetibe yang lain2* - Boleh qadha solat walaupun pada waktu yang diharamkan solat, e.g. lepas Subuh & lepas Asar - Wajib qadha solat walaupun bertahun2 ditinggalkan - Soalan: Pakaian terkena kuah masakan yang ada daging (e.g. kari daging), boleh tak bawak solat? Jawapan: Boleh, tapi kena cuci dulu bahagian kotor tu dengan air, sebab daging terdiri daripada darah. Xboleh dibawa solat.. (khilaf di kalangan ulama, ada kata boleh, ada kata xboleh, jadi kita ambil jalan selamat adalah lebih baik) - Masa memberi salam sebelum masuk rumah orang, jangan berdiri betul2 depan pintu rumah yang terbuka, atau depan tingkap yang terbuka sehingga kita boleh nampak orang dalam rumah. Jangan menjenguk, bimbang kita terlihat aurat orang dalam rumah. Tunggulah sehingga tuan rumah bersedia untuk menyambut kita ;)
Alhamdulillah, sedikit2 info yang diperoleh dan diamalkan lebih baik daripada hafal banyak info tapi tak diamalkan… ;) Harap dapat banyak lagi kesempatan untuk hadir ke majlis ilmu akan datang...
*************************************************
Keesokan harinya, saya shopping dulu dengan Cahaya kat Giant. Macam2 benda lak rasa nak beli.. 1001 kelengkapan rumah rasa macam penting je haha. Perempuan kalau shopping memang macam ni ke? Dalam kepala dah ada list barang perlu aje, tapi sampai kat hypermarket lain lak jadinya. Hypermarket lagi bahaya dari shopping mall tau. Sebab, barang2 kat hypermarket adalah lebih “mampu beli” dan nampak “macam penting” berbanding barang2 kat shopping mall yang selalunya mampu tengok sahaja. Contohnya, sabun basuh baju, “Ehh..kalau beli 2 dapat percuma barang ni la… kalau beli yang besar lagi murah la…” jadi dah spend lebih dari yang kita anggarkan. Itu boleh maafkan lagi, sebab mungkin betul boleh jimat dalam jangka masa panjang, tapi bab extra2 things macam:
Febreze -> konon nak segarkan bau bantal/kusyen/langsir/udara dalam rumah (err..sy beli tadi, refill la tapinya, murah sket)
Pledge -> nak kilatkan perabot/cuci n wangikan leather seat & dashboard kereta (sy beli juga hari ni)
Glade, Ambi Pur, Shaldan Pot dan yang seangkatan dengannya.. mahal tapi xtahan lama mana.. & xdela penting sangat..
Bekas makanan, utensils untuk kegunaan di dapur yang comel2.. walau xpandai masak tapi tetap tergoda nak beli
*Real trap sebab kekadang satu benda je dah berbelas ringgit..xpun 5-6 rgt tapi cepat habis…*
Kalau kat shopping mall confirm la setakat amik bau perfume je..tak pun pandang sambil memuji kecantikan kasut/beg.. tak pun komplen “takdela lawa sangat tapi harga….huiii.. baik beli bla3…” hehe..sedapkan hati je tuu.. ;P Tapi selamat sket sebab beli benda yang betul2 nak pakai..ataupun design yang betul2 kita minat..
Ok, sudah2 dengan bab shopping, tiba masanya gerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan sendiri pemain2 kebangsaan depan mata..haha. Tak...... itu bukan tujuan utama. Sebenarnya xdela minat sangat bola, just nak rasa kemeriahan crowd tu. Parking kereta kat LRT Sri Petaling, dan gerak satu stesen je ke Bukit Jalil. Kuar2 tren je, dah dengar bunyi semboyan (yang disangkakan hon pada asalnya)..bingit gila. Meriah la sebab banyak gerai…orang pun dah ramai bersorak, nyanyi sume (oh..rupanya Ultras Malaya). Dalam keramaian tu member akhirnya datang bagi tiket. Sian dia cari kitorang. Haha. Risau takut kitorang sesat ke mana lak kot. Kang xdapat2 masuk stadium. Diorang cari tempat duduk yang menghadap grand stand, kitorang ikut jela. Dalam pukul 6.40 kitorang gi cari surau dulu. Ada polis tegur, eh ini xpakai baju Malaysia ni.. Cahaya jwb, kitorang Malaysia dalam hati… Hahah. Serius rasa mcm alien lak sebab xpakai jersi.
bendera Malaysia sebagai sejadah..bagus2... =)
Dah siap solat, kitorang lak jagakan seat. Banyak gerai kat tepi2 pintu stadium. Burger RM3, air RM2. Beli jelah, takut lapar lak sampai kul 11 nanti baru abis. Disebabkan xtahan bunyi semboyan dan demi menjaga anugerah Allah yang bernama telinga, saya terpaksa menjadikan tisu sebagai earplug sepanjang berada di stadium. Cahaya pun ikut. Takut pendengaran jadi kurang baik je nanti, hehe. Di satu sudut, Geng Ultras Malaya memang superb. Tak henti2 sorak untuk pasukan Malaysia. Dah la banyak wat ombak. Dekat 10 kali rasanya in one go. Sampai xlarat dah kitorang nak ikut, hehe. Yang ni pun dekat 10 kali wat:
Time nyanyi lagu Negaraku memang best gila. Bergema satu stadium..bangga lak. Hihi.. Then bila mula perlawanan memang ter ‘menjerit2’ la kan. Nak2 kena 2 gol. Bestnyaaa rasa. Dah yakin je Malaysia menang 2 – 0. Kagum lagi sebab lawan pak Arab yang lagi besar drpd diorang…
Lega xkekal lama sebab lepas tu keadaan dah bertukar. Bahrain score 3 gol dalam beberapa minit je.. dan dapat dengar dah ramai yang menyumpah, memaki pemain, ramai juga yang dari bawah sekali (depan sekali tu) mula beramai2 meninggalkan stadium. Memang la dah nampak kekalahan tapi ape la… stay jela sampai habis game. Apa perasaan kalau korang yang main then orang lain tinggalkan stadium mcm tu? Cis…….. (emo lak..hehe)
Ok, xpe2.. Malaysia kalah. Adat pertandingan. Saya cool je memula. Member2 masih bercakap pasal kekalahan Harimau Muda. Diorang kata, kena ada Fakri kot baru menang. Haha. Then bila naik lrt, senyap je sume (tetibe paham perasaan orang2 Indonesia masa kalah sukan SEA hari tu). Dah masuk kete, gerak nak balik….masa tu baru kata….huwaaaaaaaaaa….Malaysia kalahhhhhhh,……… xhenti2 pikir ala nape kalah,…frust toll…….. sampai umah pon xabis lagi frust...
Hmmm…anyway saya enjoy je tengok bola kat stadium. Menang atau kalah tu perkara kedua, yang penting corak permainan, menarik atau tak. (^______^) Cakap mcm peminat setia bola lak. Haha. Padahal setakat ni reti tengok kalau offside je. Keh3.. Jom layan video bawah ni: