Sunday, May 18, 2014

Mom & Baby Expo @The Zenith

Assalamualaikum,

Nak update tentang pembelian barang2 baby, ringkas je.

Seperti yang dikatakan sebelum ni, kitorang nak gi expo ni hari Jumaat sebab kurang sikit orang, hopefully. Sampai kat The Zenith lebih kurang pukul 11 pagi. Parking kat depan Manjaku seberang jalan sebab tengok parking kat The Zenith tu macam dah penuh je. Haih ramai jugak orang nampaknya walaupun hari Jumaat.

Bila masuk dalam dewan, oh ok la takdela sesak sangat. Mula2 tu cari jugak mana kaunter pendaftaran sebab dalam Facebook kata boleh redeeem mug Mom & Baby Expo. Siap tanya tukang bagi flyers kat depan pintu masuk, kat mana kaunter untuk register? Dia kata, oh takde kaunter. Aik? 

Rupa2nya kaunter pendaftaran nun kat belakang sekali dalam dewan. Ceh...patut pecat tukang bagi flyers tu. Macam mana boleh cakap takde? Huhu. Pergi kat kaunter pendaftaran dan daftar, like page FB diorang dan like pulak post diorang, pastu dapat la goodie bag satu sorang. Dalam goodie bag tu ada guide book untuk expo, sample wet tissue baby, mug, sample shower cream Shokubutsu, sample pelembut pakaian Comfort Ultra, dan cd lagu soothing songs untuk baby. Tapi dalam goodie bag saya cd lagu lak takde. Huh. Takpela bila try pasang dalam kereta tak best pun lagu2 dia. Haha.

Mula2 tu just survey2 booth, tengok harga, then pukul 12 lebih gi makan kat Rasamas ECM. Then suami pergi solat Jumaat, saya solat kat surau ECM, pastu gerak semula ke expo untuk lakukan pembelian... (^_^)  Sebelum tu kita refresh balik apa target buy yang dirancang sebelum ni:

1. Alas getah
2. Car seat
3. Cloth diapers
4. Kain lampin
5. Maternity pad
6. Pampers saiz s (pack kecik untuk awal kelahiran je)
7. Set tilam & bantal
8. Tuala & barang mandian

Ok, so daripada 8 barang di atas, 3 je yang dibeli - Alas getah, cloth diapers, set tilam & bantal. Pastu ada beli baju rompers yang tak tersenarai dalam cadangan pembelian sebelum ni, hehe. Jom kita tengok sebab musabab pembelian kali ni...

1. Alas getah - kitorang beli brand Bebe, RM19. Beli sebab murah sikit berbanding kat kedai Anakku dan juga Parkson dan Aeon kat ECM (sempat usya2 harga sementara tunggu suami siap solat Jumaat). Kat Anakku alas getah 60 x 90 cm, harga RM26.90. Kat Aeon alas getah jenama OK Baby 55 x 75 cm, harga RM24.90. Yang kitorang beli ni besar sikit, dan lebih murah. =)

2. Car seat - tak beli sebab harga tak murah pun berbanding kat luar. Tapi mungkin la murah sikit kalau beli car seat + stroller. Tak compare betul2 pun harga kat expo vs harga kat luar untuk jenama tertentu, tapi setakat tengok kat Anakku ECM, car seat + stroller dalam RM700++. Yang ada promotion kat expo tu pun dalam 700++ gak, kononnya harga asal dalam 1000++. Jenama lain la tapinya, dah tak ingat. Takpe, tak rasa berkenan so hold dulu. Lain kali boleh usya lagi..

3. Cloth diapers - kitorang beli 3 helai, harga RM18 setiap satu. Itupun lepas puas round2 dan compare, pikir2... takpe, try beli yang murah dulu. Nanti kalau kulit anak tak tahan ke baru cari yang mahal sikit. Hehe. Sebab tu beli 3 helai je dulu, kira trial dulu la. Kalau ok yang murah boleh beli lagi kat dia next time. Yang paling mahal kitorang jumpa RM78 sehelai. Tapi memang super lembut dan sejuk lah. Harap2 kulit anak mama ni tahan la nanti ye...tak mau la cloth diaper yang 70 lebih sehelai...bankrap...hihi..

4. Kain lampin - harga sama jek macam kat kedai luar. Lebih kurang RM3 sehelai tak kisah la brand apa sekalipun. Tapi kalau yang ada printed dengan gambar2 katun Disney ke apa ke memang la lagi mahal. So kitorang decide untuk beli kat luar je nanti.

5. Maternity pad - tak beli sebab masa kat expo terjumpa bakal jiran sebelah rumah (dia bakal masuk rumah hujung bulan ni), dia baru bersalin tengah bulan 2 hari tu. Dia la yang cakap tak payah beli maternity pad. Sebab darah nifas mula2 je banyak, dalam 3 - 4 hari lepas tu dah jadi macam period biasa. So pakai je pad overnight dan pad biasa cuma kena kerap tukar la mula2 tu. Dia beli banyak maternity pad dulu sebab ingatkan darah nifas ni memang betul2 banyak. Last2 tak habis pun, dan baru2 ni dia ada bagi kat saya satu pack, boleh la pakai awal2 pas bersalin nanti.. =)

6. Pampers saiz s - tak jumpa yang pack kecik. Banyak yang jual pack besar2 dan cuma dapat potongan harga kalau beli 3 pack ke atas. So ingin ditekankan di sini bahawa berbaloi pergi expo ni kalau memang nak borong pampers baby. Memang murah dan siap dapat free bag la, free plush toy la.. Disebabkan kitorang tak bercadang nak pakaikan pampers pakai buang ni kat anak, so kitorang skip je. Nanti cari satu pack kecik kat luar.

7. Set tilam & bantal - kitorang beli brand BabyLove, RM78. Murah la compare dengan booth lain dan juga kedai Anakku kat ECM (asyik compare dengan Anakku je,,haha). Cantik dan yakin juga dengan reputasi brand dia sebab memang jual tilam baby. Kira specialist la. Siap salesman dia kata Anakku bukan specialist sebab tilam baby bukan produk utama dia, haha.

8. Tuala & barang mandian - Tak jumpa yang harga lebih murah dari kedai luar. So disebabkan harga sama je dengan kat luar, beli lain kali jela, tak gitu? =)

Barang tambahan: 2 helai rompers baby. Satu biru satu merah. Biru tu ada gambar tiger yang cute, merah tu rompers Arsenal. Suami suka sangat bila jumpa yang Arsenal tu. Nak suruh baby sokong Arsenal gak. Kalau lelaki takpe la, kalau perempuan? Redha jela, pakai je. Hehe. RM15 sehelai.

Ok, update kali ni tak ringkas pun. Tak reti la nak buat entri ringkas.. LOL

Thursday, April 24, 2014

28 minggu: Beli baju baby, appointment fisio & klinik

Assalamualaikum,

Excited nak update sebab dah beli baju baby, yeay! 

Disebabkan Jumaat dan Sabtu lepas suami saya kena on-call, so dia dapat cuti replacement hari Ahad. Kebetulan hujung minggu tu ada expo kediaman dan peralatan elektrik kat Kuantan so kitorang dah target nak cari perabot, khasnya kabinet tv. Maklumla masuk rumah baru memang banyak habis, tak mampu nak penuhkan semua kelengkapan. Beli satu-satu jela yang mampu..hehe..

So pada 20/4/2014, Ahad, kitorang gerak ke Kuantan untuk ke expo tu, dan usya2 sekali baju baby kat mana2 la nanti. Kat expo, kitorang berjaya beli ampaian baju 3 panel yang lekat kat dinding, RM 98. Ok la tu sebab jiran sebelah umah kitorang beli sebiji macam tu RM 150. Pastu amik sekali rak toiletries stainless steel, RM 39. Jalan2 lagi, berkenan dengan tirai 10' x 10', RM 50. Memang nak cari pun yang macam tu, alhamdulillah dapat. ^_^

Then dah tak jumpa apa2 yang berkenan, kabinet tv tak banyak pun...kalau ada pun memang mahal la. Pastu kitorang gi Kuantan Parade, beli sandal untuk saya sebab kaki dah sakit pakai kasut yang bertumit sikit tu.. kena cari sandal yang sangat lembut untuk dipijak. Pusing2 last2 masuk balik kedai Bata sebab sandal Bata yang paling selesa. Harga pun boleh tahan la, RM 60. Huhu. Harap tahan lama.

Alang2 dah ada kat Kuantan Parade, kitorang usya baju baby kat The Store. Kebetulan mak saya ada kat Kuantan so kitorang usya barang baby sama2. Lagipun kita sebagai first time parents memang tak berapa sure nak beli apa dan banyak mana. So untuk pembelian pertama ni, kitorang beli 2 pasang baju lengan pendek, 2 pasang baju lengan panjang. Beli sekali berus botol dan puting botol sebab saya ada tolong jaga baby jiran sebelah, kena la guna untuk cuci botol susu dia. Pastu beli plastik lampin 5 pcs, macam yang kita pakai dulu2... sebab kalau boleh tak nak guna pampers nanti. Mungkin awal2 lahir je guna pampers, pastu guna je lampin, atau kalau ada duit lebih boleh la beli cloth diapers yang cute2..hehe. Then last sekali kitorang beli sarung tangan & kaki, 2 pasang. Harga adalah seperti berikut:

1. Baju lengan panjang, putih biru, brand Tollyjoy    : RM 15.90
2. Baju lengan panjang, coklat, brand Fiffy                 : RM 12.90
3. Baju lengan pendek, putih coklat, brand Tollyjoy  : RM 14.90
4. Baju lengan pendek, biru, brand Tollyjoy               : RM 14.90
5. Berus botol dan puting botol, brand Sunbaby        : RM 5.90
6. Sarung tangan & kaki, brand Sunbaby                    : RM 4.48 (harga asal RM 5.60)
7. Sarung tangan & kaki, brand Cuddles                      : RM 5.40 (harga asal RM 6.00)
8. Plastik lampin 5 pcs, brand Sunbaby                       : RM 5.52 (harga asal 6.90)
                                                                     Total           : RM 79.90

Ok la tu kan, tak la mahal sangat sebenarnya sebab kalau ikutkan barang2 baby ni memang mahal mengalahkan barang2 mak ayah dia. Hehe. Kita pun nak beli yang branded sebab kualiti dan keselesaan anak. Warna2 kitorang pilih yang dua2 jantina boleh pakai. Sebab tak nak gi scan jantina pun, biar tau bila dah lahir je nanti, barulah betul2 confirm. Hehe. Takde masalah pun kalau baby perempuan pakai biru, tapi kalau baby lelaki pakai pink, kesian la dia. Hehe.

Pembelian barang baby yang seterusnya akan dilakukan weekend ni, InsyaAllah kat Mom & Baby Expo kat The Zenith, Kuantan. Expo ni 25/4 - 27/4/2014. Rasanya nak pergi Jumaat la (which is esok!) sebab kurang sikit kot orang..? Hehe. Gi Sabtu Ahad kang sesak dengan orang Pahang & Terengganu. Jumaat should be less people sebab orang Kuantan still kerja, ngeh3... Target buy:
-Car seat
-Lapik getah (takut baby kencing bocor atas tilam)
-Set tilam & bantal baby
-Kain lampin
-Tuala & barang mandian baby
-Pampers saiz s
-Cloth diapers (kalau ada yang murah)
-Maternity pad (ini kena review lagi untuk decide berbaloi x beli)....

Em tu je dulu kot. Botol susu ke susu formula ke sterilizer & warmer ke tak payah lagi la...harap2 dapat bagi full breastfeeding je sebab saya duk rumah je kan. Amin... =)

Appointment fisio & follow up clinic

Seperti yang ditetapkan sebelum ni, saya kena datang untuk sesi fisio yang kedua pada 22/4/2014. Alang2 suami saya kena ambik cuti, saya mintak kat klinik untuk adjust tarikh pada hari yang sama. Patutnya kena gi klinik 15/4/2014, tapi sian lak suami asyik nak kena amik cuti. Kalau saya boleh drive takpe jugak... huhu. Since tangan kebas masih tak elok, maka harapkan suami aje la yang hantar. 

Sesi fisio kali ni dilayan oleh practical student hari tu je..dia dah tau apa nak kena buat. Mula2 rendam tangan dalam lilin panas 7 kali macam hari tu, then buat ultrasound, pastu dia bagi saya main plastisin lain lak. Keras sikit berbanding dulu. Akhir sekali main alat genggam untuk improve kekuatan genggaman. Improvement lepas buat rawatan tu macam takde je...hehe. Tapi buat jela. Rasa macam buang masa pun ada sebenarnya. Cuma duduk kat bilik rawatan fisio ni boleh jumpa macam2 orang yang ada macam2 masalah.

Ada sorang pakcik ni, dah 60 kot umur dia, kebas tangan jugak tapi biasala kot sebab dah tua memang macam2 masalah. Ada sorang lelaki dalam 30an, dia kena langgar dengan kereta masa naik basikal. Asalnya dia naik kereta keluar dari rumah, nak gi beli apa ntah, tapi dia tengok jalan jam sangat2 kat Chendor. So dia patah balik rumah, naik basikal. Then kereta langgar dia. Teruk gak nampak parut kat tangan dia sebab kena besi dia kata. Benda nak jadi kan, elok2 asalnya bawak kereta...huhu..  Then ada sorang lagi lelaki, maybe 20an la, tangan dia lagi teruk parut. Dia kena cermin pecah. Ingatkan kerja kedai cermin. Rupanya dia tolong angkat cermin sebab ofis dia pindah tempat. Masa bawak cermin, tetibe cermin pecah. Nasib baik tak kena dada ke perut ke...huhu..

Ada sorang akak tu kebas tangan macam saya gak, sebab mengandung. Dia dah ada 4 anak tapi mengandung sebelum2 ni takde lak kena kebas. Ni first time dia datang buat rawatan. Sampai tertido2 dia sebab bosan. Haha. Yela, 20 minit tangan bersarung dengan lilin tak boleh buat apa, tengok jela orang kerja ke hulu ke hilir, tengok pesakit lain... pastu menguap banyak kali. Kalau tak berborak dengan orang lain memang bosan yang amat.

Lepas siap kat fisio, saya dan suami gi survey kabinet tv dan meja komputer. Memang urgent nak kena beli dah sebab nanti nak buat doa selamat kat rumah, takkan la masih lagi nak letak tv dan komputer atas kotak lagi. Ya, sebelum ni kitorang letak atas kotak2 barang hadiah kawin, hehe. Nasib la kan. Survey punya survey, dapat la kabinet tv, fibre board campur chip board, RM 350. Meja komputer RM 150. Ok la tu murah jugak la kira. Sebab dekat kedai lain even kabinet tv yang chip board je pun dah RM 400++. Design lebih kurang je. Ada jugak jumpa yang memang cantik, fibre board, coating fomica, ada kaca kat atas permukaan dia, RM 630. Ok jugak harga dengan rupanya yang cantik, tapi bila dah jumpa yang separuh harga dengan design yang quite ok, oh harusla amik yang lagi murah kan? Penjimatan tu penting keh3...duit banyak lagi nak pakai untuk beli keperluan yang lain2 nanti...

Pukul 2 petang tu gi klinik lak, follow up check untuk 28 minggu. Macam biasa, takde pesakit lain pun lama gak kena menunggu. Tak taula apa yang berlaku dalam bilik2 rawatan yang banyak tu. Lepas setengah jam tunggu, barula nurse panggil. Ukur berat, tinggi rahim, tekanan darah dan check air kencing. Berat dah jadi 61.5 kg. Kena warning dengan nurse sebab 3 minggu lepas berat 58.5 kg. Bermakna saya naik 3 kg dalam masa 3 minggu. Patutnya naik 1.5 kg je. Huhu. So pasni kena makan malam awal, sebelum kul 9 malam. Pastu makan sikit2 tapi kerap. Tekanan darah ok, 110/70, alhamdulillah. Nurse kata kalau tak jaga makan, berat naik banyak sangat, takut kena kencing manis, darah tinggi di hujung2 kehamilan nanti.... Harus jaga betul2 pasni. Cabaran juga tu sebab sekarang ni tengah2 malam pun boleh terjaga dari tidur sebab lapar. Pastu esoknya lapar sampai menggigil sebab takde tenaga sangat. Huhuuu...

Baby, ini la antara cabaran mengandungkan kamu... kadang2 terpaksa mintak Papa urutkan pinggang sampai kaki sebab lenguh/kebas.. Balutkan bandage kat tangan sebab tangan kiri sakit bila bengkok sikit kat pergelangan tangan, maybe sebab tangan kebas pastu pegang periuk/pinggan kaca yang berat.. Kadang2 terpaksa jalan bongkok sikit sebab kamu mengeras kat dalam, tekan dekat area pundi kencing & ari2..mula la Mama asyik nak terkencing & rasa tegang sangat urat kat pangkal peha. Kena solat duduk sebab tak boleh nak bangun dari sujud ke rakaat seterusnya, takut tak seimbang sebab sakit. Dan Papa pulak terpaksa amik cuti banyak sebab kena hantar Mama ke klinik, walaupun ini maybe menyebabkan bos tak suka... Papa kena kerja kuat & saving lagi untuk berikan yang terbaik untuk kita berdua... Moga2 kamu membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh/solehah.... Amin... ^_^

Sunday, April 13, 2014

Resepi: Coleslaw

Assalamualaikum,

Dah lama nak share resepi home made coleslaw tapi baru hari ni teringat nak publish ;) ... Resepi ni dah tiga kali buat, memang sedap. Cuma ada sikit la yang saya alter sebab ikut selera sendiri jugak kan, hehee..

Ni dia resepinya, harap sesape yang cuba pun berpuas hati dengan hasilnya:


Bahan-bahan:
Kobis putih 1kg
Lobak merah 150g (saya letak lebih, bagi nampak meriah warna carrot)
Mayonis 200g (saya guna mayonis Lady's Choice untuk salad, agak2 je letak banyak mana)
Susu tepung penuh krim 4 sudu besar
Gula pasir 5 sudu besar (saya skip letak gula, sebab dah cukup manis bila letak banyak carrot)
Garam 1 sudu teh rata
Cuka 1 sudu besar
Bekas plastik yang mempunyai penutup

Cara-cara:
1. Kobis dan lobak merah dibasuh dan ditoskan. Kemudian hiris dan cincang kecil2. (Saya basuh sekali lagi kobis selepas cincang tu, takut2 ada ulat celah2 lapisan kobis, huhu)
2. Masukkan kobis dan lobak merah cincang ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
3. Masukkan mayonis, susu tepung, gula pasir (saya skip gula), garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul2 sebati. Kacau guna sudu aje.
4. Tuangkan ramuan yang dah sebati ke dalam sayuran yang telah dicincang dan kacau sampai betul2 rata. (Saya buat terbalik, masukkan sikit2 sayur cincang ke dalam mangkuk mayonis, lebih mudah nak kacau, hehe)
5. Setelah itu tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Coleslaw akan matang selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya smooth. Tapi nak makan terus time tu pun bolehhh... ;D

Nota tambahan dari tuan punya resepi:
*Kalau tiada cuka, boleh ganti dengan perahan air limau nipis/kasturi. Tak nak letak pun takpe sebab kemasaman mayonis dah memadai.
*Tambah gula kalau sesape suka coleslaw yang manis.
*Tambah susu kalau sesape suka lebih rasa milky.
*Kalau tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk sehingga seminggu, dalam bekas yang bertutup. (Saya buat hari tu boleh tahan 5 hari je)

Masa saya memula buat tu, saya buat separuh daripada kuantiti sebenar, dan dapat la satu bekas plastik 4 segi yang biasa tu. Bila kacau mayonis dan bahan2 lain, tengok macam tak cukup je sos coleslaw ni sebab sayur cincang banyak. Tapi bila dah sebatikan dengan sayur, barulah tau memang cukup, tak lebih, tak kurang. Saya suka letak banyak carrot, oleh itu saya tak boleh letak gula dah sebab nanti terlebih manis.

Masa buat kali ketiga hari tu dah start tangan kebas2 ni... jadinya nak potong sayur pun amik masa sejam. Huhu. Pastu makan malam tu sebekas habis sekelip mata je sebab suami memang suka coleslaw. Hehe. Dia kata sian saya buat penat2 pastu habis kejap je. Tak berbaloi.. Eh, berbaloi apa kita buat penat2 orang makan habis. Yang tak berbaloi kalau buat penat2 pastu tak habis, simpan2, akhirnya basi je...kan?

Nak buat lagi, tapi lepas ni kena cincang sayur pakai chopper dari hadiah kawin la ;P Kebas tangan tak elok2 lagi walaupun dah banyak kali rendam tangan dalam air panas yang dicampur garam. Perlu ke saya beli tilam terapiutik? Hmmm... harga single punya pun 1600++.. kena kumpul duit kalau nak beli jugak.


Wednesday, April 9, 2014

25 minggu: Sesi fisioterapi

Assalamualaikum w.b.t.,

Selepas lawatan nurse yang lepas, saya pergi ke next check up pada 1/4/2014. Datang awal pukul 8 untuk elakkan masa menunggu yang lama. Nurse ukur berat, tekanan darah dan tinggi rahim. Berat dah jadi 58.5 kg, tekanan darah Alhamdulillah normal, 110/70, tinggi rahim 25cm. 

Disebabkan ini kandungan pertama, dan saya dah rasa janin bergerak, saya kena cucuk anti tetanus dos pertama. Nanti masa kandungan 7 bulan kena cucuk lagi untuk dos tambahan. Mengandung kali kedua dan seterusnya kena cucuk sekali je kalau tak silap. Sengal juga la tempat kena cucuk tu untuk 2-3 hari.

Masa jumpa doktor, saya kata tangan masih kebas lagi, in fact makin bertambah sebab kedua2 belah tangan dah kebas sepanjang masa. Padahal saya ambil pil kalsium dan minum susu jugak. So bukanla sebab kurang kalsium ni... Nurse kata, dia dulu pun masa mengandung kebas2 juga sampai jari kena pisau pun tak rasa. Rupa2nya memang baby dia serap banyak kalsium. Pastu masa anak dia umur 3 bulan, dah tumbuh gigi. Hoho. Tak bahaya dia kata kalau baby serap kalsium banyak, cuma cepat sikit la pertumbuhan gigi. 

Pink kat kuku kaki saya dah surut, Alhamdulillah..rasanya surut sejak berurut satu badan masa balik Kelantan hujung bulan 3 hari tu. So doktor tengok dah takde masalah, dia kata maybe sebab pemakanan dan hormon. Dia tuliskan surat rujukan ke bahagian fisioterapi kat Hospital Kemaman untuk treat masalah kebas tangan. Pergi je bila2 dia kata. Tapi ofis hour dan hari Ahad sampai Khamis jelah.

Keesokannya, kebetulan suami saya demam dan dapat MC. Malam sebelumnya tu memang badan dia panas dan saya cuma mampu lapkan tuala lembap ke seluruh badan dia sebab kat rumah takde Panadol. Huhu... Pastu dia kena minum banyak air supaya boleh surutkan panas dalam badan. Lepas dia dah ok siang tu, lepas lunch kitorang pergi je Hospital Kemaman sebab nak usya2 tempat and mana tau, dapat terus buat sesi hari tu jugak.

Memula saya tanya kat kaunter pendaftaran pesakit luar, pastu dia kata pergi je kat bangunan belakang sekali. Jalan2, kat belakang sekali dia tulis Pusat Rehabilitasi. Bukan kot. So ada bangunan depan tu tulis bahagian pakar, tanya kat situ pulak. Terpaksa menunggu kejap sebab ramai sangat orang. Nurse kat situ kata, kat belakang sekali. Pusat Rehabilitasi. Oh betullah kat situ. Tapi kenapa bila dengar nama tu saya terus ingat macam pusat nak treat penagih dadah ye? Huuhu...

Nak masuk tu kena tanggal kasut, bila masuk dalam oh bestnya rasa sejuk aircond. Tanya kat kaunter, dia suruh masuk ke bahagian dalam, jumpa doktor untuk ambil tarikh. Masuk dalam tu rupanya tempat rawatan dan exercise untuk pesakit. Saya jumpa sorang doktor perempuan dan dia bagi tarikh 7/4/2014, 9 pagi untuk sesi fisio. Saya tanya, petang ni atau hari esok tak boleh ke? Dia kata takde doktor bahagian saya untuk buatkan treatment. Doktor tu ada kursus ke apa ntah. Isnin baru available. Ok...

Saya tanya apa bentuk exercise yang saya boleh buat sendiri kat rumah. Dia kata kena selalu picit2 tangan supaya darah mengalir dengan baik..kalau dibiarkan, nanti otot2 bahagian kebas tu tak dapat oksigen dan akhirnya dia kecut perlahan2. Haih seram juga dengar. Pastu jangan angkat benda berat atau urut kuat sangat, takut tambah teruk lak kebas. Then boleh try rendam tangan dalam air panas yang ditambah garam, rendam selama yang boleh selagi panas untuk lancarkan pengaliran darah. Tak pun kalau mampu dia kata, beli tilam terapiutik untuk lancarkan pengaliran darah seluruh badan. Dia cerita mak dia pakai ok, cerita macam mana nak adjust temperature, pastu tilam tu boleh pakai masa saya pantang nanti... Eh macam nak jual je ni. Hehe.

So pada 7/4, suami saya ambil half day, hantar saya ke hospital. Datang terlewat sikit dalam pukul 9.05 pagi. Tapi lepas daftar and bayar seringgit, tunggu punya tunggu pukul 9.35 baru dia panggil masuk. Tengok2, eh dengan doktor perempuan hari tu jugak sampai sudah. Mungkin hari tu dia maksudkan tak cukup doktor kot. 

Memula dia ukur kekuatan genggaman tangan saya. Pastu saya kena celup tangan dalam lilin panas sebanyak 7 kali untuk kedua2 belah tangan. Dah jadi macam pakai glove tebal. Panas lilin cair tu 50 darjah Celcius. Ok la sebab rendam setakat bagi cover tangan, then angkat, rendam-angkat-rendam sampai 7 lapisan. Pastu doktor bungkus tangan saya dengan plastik dan bungkus lagi dengan kain. Kena biar selama 20 minit. Masa saya tunggu tu, ada sorang pakcik tengah main plastisin. Exercise tangan sebab tulang kat tapak tangan dia ada patah dulu. Dia dah datang 7 kali untuk sesi fisio.

Dah habis tempoh 20 minit, tanggal lapisan lilin, cuci tangan dan dia bagi main plastisin jugak. Tapi cara uli plastisin tu tak sama macam pakcik tadi. Saya kena tekan plastisin guna pergelangan tangan. Pakcik tadi kena guna hujung jari. Tapi dia bantai je buat macam mana pun. Datang doktor tengok baru dia buat betul2. Haha. Bosan gila main plastisin ni. Pas main plastisin, doktor bagi satu jaring getah, suruh tekan dengan tapak tangan selama 15 saat, ulang sebanyak 30 kali bagi kedua2 belah tangan. Yang ni best sikit sebab rasa la macam exercise. 

Pastu last sekali buat rawatan ultrasound. Doktor tu suruh sorang student praktikal buatkan untuk saya. Dia sapu gel kat tangan then gosok dengan alat ultrasound. Fungsi dia untuk panaskan bahagian dalam tangan guna wave tapi saya tak rasa panas pun. Borak2 dengan dia, rupanya dia baru start praktikal semalam. Dari Kolej MAHSA kat PJ. Sian juga tengok dia asyik kena marah dengan doktor sebab macam blur2 bila kena buat rawatan untuk sape2. Tapi adatlah tu...nama pun student praktikal kan. Dia baru ambil diploma fisioterapi, tahun kedua. Patutla bila saya tanya2 pasal kebas tangan saya, dia macam xtau sangat. Belum belajar kot.. Saya tanya, lepas ni nak sambung degree ke? Dia kata tengok la dulu, sebab yuran satu sem diploma pun dah 7 ribu lebih. Erk. Mahalnya. Saya kata masuk UiTM jela nanti..yuran murah je. Dia kata kalau sambung UiTM kena amik 4 tahun. Kalau sambung MAHSA 2 tahun je. Hmm.. Saya tanya belajar best tak. Ke susah? Dia kata susah sangat. Sebab banyak kena hafal. Erm, belajar memang takde yang senang...akak belajar food tech dulu pun kena banyak hafal2 jugak dik..hehe..

Saya tengok persekitaran kerja kat fisio ni macam best je.. kurang tekanan dari segi mengendalikan pesakit sebab diorang bukan boleh paksa pesakit buat rawatan laju2 ibarat macam nak kejar target kata orang. Pekerja2 yang bantu doktor pun relax semacam je...lepak ramai2 kat kaunter pendaftaran (ok maybe sebab typical government working environment), tapi bukan la relax yang saya nak, cuma bila tengok dari segi pressure nak siapkan tugasan tu kurang la. Dah cakap kat suami, kalau ada anak perempuan nanti, saya nak sarankan dia ambil kos fisioterapi la, sesuai dengan perempuan. Hehe.. Kenapa dulu saya tak ambil fisio? Hmm sebab dulu tak berapa tau menahu pun pasal kerja2 bahagian hospital ni. Dengar je hospital dah macam seram sebab:

1) Saya mabuk darah, buatnya ternampak darah meleleh2 kang tak pasal2 pengsan
2) Takut kalau2 tempat kerja sebelah bilik mayat, huhu
3) Tak suka bau ubat, pening (@_@)

Next appoinment untuk fisio ialah pada 22/4/2014. Doktor kata sesi fiso biasanya selang 2-3 minggu, sehingga sembuh. Dan selalunya orang pregnant yang kebas2 tangan ni, bila bersalin la baru sembuh. Haih, harap2 sembuh la cepat. Kesian kat suami asyik nak kena ambil cuti. Kalau tak sembuh betul2 pun, harap at least saya dapat drive. Doakan saya ye... =)


Monday, March 17, 2014

Refleksologi & lawatan nurse ke rumah

Assalamualaikum w.b.t.,

Pada 14/3/2014, Jumaat baru2 ni tangan saya masih lagi kebas dan sakit so saya ajak suami pergi klinik swasta pulak, tengok apa doktor sana cakap. Rupa2nya hari Jumaat memang hampir semua perniagaan tutup kecuali kedai makan & pasaraya. Saya ingatkan buka setengah hari ke...hehe. So tangguh la pergi klinik hari Sabtu.

Keesokannya, saya pergi ke Klinik Nabilah di bandar. Cakap kat doktor pasal tangan bukan saja kebas tetapi sakit bila nak genggam, pastu tunjuk sekali kuku kaki yang jadi pink kesemuanya. Doktor pun terkejut tengok kuku jadi warna macam tu. Dia kata mungkin peredaran darah tak berapa bagus, so dia sarankan pergi pusat refleksologi dan urut tapak kaki bagi lancar peredaran darah. 

Yang tangan sakit tu pulak, dia kata kebas tu mungkin sebab carpal tunnel syndrom, sebab kalau dah minum susu banyak maknanya bukan lagi sebab kurang kalsium. Lagipun kalau banyak sangat kalsium dalam badan boleh terkena batu karang pulak, huhu. Tapi dia boleh bagi ubat saraf kalau sakit lagi, dan gel panas untuk sapu pada tempat yang sakit. Sakit tu dia suspect bermula dari pelipat lengan (siku), tapi bila dia picit saya tak rasa sakit lak. Saya rasa sakit bermula pergelangan tangan jela. Doktor kata, sakit tu boleh jadi dari pergelangan tangan, pelipat lengan, bahu, atau leher. Jadi nak elakkan sakit bertambah, jangan buat kerja berat dengan tangan yang sakit, kalau tidur jangan tindih tangan dan pastikan pergelangan tangan tak bengkok, termasukla semasa menaip. Selalu picit2 tangan supaya darah mengalir dengan baik. Kalau nak urut pun boleh, tapi carila orang yang betul2 pandai, kalau tak lain pulak jadinya, kata doktor....

Ubat saraf dan gel panas

Refleksologi

Lepas siap kat klinik, kitorang terus pergi ke pusat refleksologi kat Taman Chukai Utama dan masuk terus untuk urut. Sejam RM50. Ada bilik asing untuk lelaki dan perempuan, satu bilik 3 orang boleh urut. Masa saya masuk tu dah ada 2 orang tengah tunggu dalam bilik, sorang tu mengandung 7 bulan. Borak2, dia pun kata tangan kebas2 juga tapi tak sakit sangat. Pastu cakap kat tukang urut pasal kuku kaki jadi pink. Sume dalam bilik pun terkejut tengok tapi kata cantik, haha. Dah tak payah pakai pewarna nak cantikkan kuku. LOL. Macam la selama ni pakai. Tapi tukang urut kata maybe sebab peredaran darah la. Hmm... jangan la ada effect kat baby...

Masa urut tu sakit2 juga tapak kaki especially kat bahagian depan tapak kaki, atau balls of foot. Mungkin sebab dah lama sangat tak urut. Dah siap kaki, mintak dia urut tapak tangan dan jari2 yang sakit. Takde tambah cas pun =)  Selepas urut, rasa lega sikit sakit kat tangan. Pastu perasan juga yang warna pink kat kuku kaki dah pudar sikit. Alhamdulillah. Suami saya ada tanya kat orang kedai refleksologi tu pasal kuku kaki saya, dia pesan kalau tak dapat buat refleksologi selalu (sebab yela, mahal juga buat selalu), rendam kaki dalam air panas, campur garam dan cuka. Rendam 2 kali seminggu, buat air sepanas mungkin yang kita boleh tahan. Ok InsyaAllah boleh buat...

lokasi pusat refleksologi

Lawatan nurse ke rumah

Esoknya, Ahad, suami pergi kerja, saya tinggal sorang2 kat rumah macam biasa. Malam sebelumnya tu rasa panas sangat walaupun ada hujan. Jadi esoknya tu still mengantuk lagi sebab tidur tak lena. Saya pasang Astro Awani nak tengok berita perkembangan MH370, tapi entah macam mana boleh tertidur. Sedar bila dengar ada orang bagi salam 3, 4 kali. Tengok2 nurse datang. Alamak dah la rumah bersepah, dengan tak mandi lagi kui3. Ingatkan sebelum lawatan rumah klinik akan call. Huhu. Explain jela kat nurse yang kitorang baru pindah so baju2 duduk dalam beg lagi, tak beli almari lagi. Nasib baik dapur tak bersepah. Hihi.  

Nurse suruh baring, dia cek tekanan darah dan ukur perut. Ukuran dah jadi 23cm. Dulu masa mula2 cek pada 5/3/2014, ukuran 22cm. Kali ni kandungan dah 23 minggu, dia kata nurse akan datang ke rumah at least 2 kali sepanjang kehamilan, bergantung pada tahap kesihatan. Dia terangkan sikit2 pasal trend kenaikan berat, kena make sure dalam range normal, jangan takde naik berat langsung dan jangan terlalu banyak lak naik berat. Tekanan darah 120/60. Saya tanya kalau darah tinggi tekanan dia macam mana. Dia cakap, refer balik pada tekanan mula2 dia amik dulu, 110/80. Yang atas, 110 jangan sampai tambah 30, yang bawah lak, 80 jangan sampai tambah 15. Harap2 ok jela sebab nurse kata kadang2 kena darah tinggi bukan sebab pemakanan ibu sangat, tapi sebab hormon dari uri.

Nurse tanya pasal tangan kebas dan kuku kaki pink tu. Saya cakap je terus terang saya dapat ubat dari klinik swasta tapi tak berani nak makan lagi. Sebab lepas pergi refleksologi dah ok sikit, tinggal kebas je. Then kuku kaki pun dah pudar sikit warna pink tu. Dia pun catat nama ubat dan akan refer kat doktor, saya boleh makan tak. Sebab dia kata kadang2 walaupun ubat tu generally orang mengandung boleh makan, tak semua orang sesuai, bergantung pada kadar kesihatan kita. Lagipun doktor tu tak tengok buku rekod kita kan.. So better la refer pada doktor yang cek kita.

Yang gel panas tu, saya pakai mula2 rasa melekit tapi lepas tu ok la, best jugak. Rasa berangin menthol. Saya try pakai losyen Anugerah lak yang saya dulu2 biasa pakai kalau lenguh2 kaki, tapi bila sapu kat tangan rasa macam panas kat kulit aje, kat dalam rasa sakit jugak. Bila try pakai minyak Anugerah rasa better kot. 

Sekarang tangan masih lagi kebas, hope boleh improve la lepas sapu2 minyak, gel, rendam kaki, minum susu, makan pil kalsium, amalkan pemakanan seimbang..... memang sekarang ni sentiasa makan buah sebelum dinner, pastu make sure ada ikan/ayam/daging untuk lauk. Bayam pun makan juga untuk tambah darah walaupun saya tak berapa minat bayam. Hehe. 


Thursday, March 13, 2014

4 - 5 months ;)

Assalamualaikum w.b.t.,

Sambungan pengalaman pregnant:

4 bulan
Saya masih lagi tak boleh makan nugget, fish ball, chicken chop, daging burger, ayam goreng tepung macam KFC tu, even bau kat pasar malam pun rasa pening. Pastu tambah lagi, dah tak suka bau suami. Haha. Rasa macam busuk je... Bau ubat gigi pun tak boleh. Time gosok gigi je mula asyik nak muntah tapi tak muntah pun. Ada la sekali dua je muntah sebab baru lepas makan. Bau perfume, syampu, shower foam, softener semua buat sesak nafas dan rasa nak muntah. Maka dah tak dapat la pakai perfume favourite, Romance. Huhu.

Pada awal bulan 2, saya, suami dan family saya pergi kenduri sepupu saya di KL. Majlis nikah buat lepas Zohor, so benti solat Zohor dulu kat masjid. Masa tu memang batuk tak sembuh2 lagi walaupun dah banyak makan ubat batuk yang doktor bagi. Dah 2 botol habis. Tengah solat tetibe sepupu perempuan yang ada kat belakang saya sembur perfume. Saya pun dah rasa pening dan nak muntah tapi tahankan juga sebab dah tahiyat akhir. Baca tahiyat, bagi salam sekali je then terus batuk2. Saya cover dengan dua2 tangan sebab dah rasa macam nak muntah. Memang muntah betul2. Nasib baik dapat tadah dengan telekung (sendiri punya) dan takde terkena kat karpet masjid. Keluar semula apa yang dah makan tengah hari tadi. Sian mak kena tolong bersihkan telekung. Huhu.

Masa tu baru pecah rahsia dengan sedara-mara saya dah pregnant. Walhal muntah bukan sebab pregnant, tapi lebih kepada sebab batuk rasanya. Hehe. Baru tau juga isteri2 kepada lagi 2 orang sepupu saya pun pregnant, due date lebih kurang je dengan saya. Dan ada sorang lagi sepupu yang baru 2 bulan pregnant kembar, so kalau ikutkan bakal ada 5 cicit wan saya lahir tahun ni. Hehe. Borak2 dengan mak sedara, dia cakap stop makan limau Sunkist dan anggur sebab tu yang boleh trigger gatal2 tekak dan batuk. Oh, ingatkan tu yang boleh bantu sembuhkan selesema dan batuk sebab tinggi Vitamin C.

Buka buku mengandung putih (Al-Farabi)
Saya buka buku di Al-Farabi, sebab yela kalau buka kat klinik kerajaan nanti kena leter la kenapa buka buku lambat kan.. So plan buka buku di swasta, follow up nanti tengok la sama ada kat Al-Farabi lagi atau kat klinik kerajaan je. Lagipun minggu pertama bulan 2 tu saya dan suami dah masuk rumah baru kat Kemaman, Alhamdulillah.. mungkin lebih mudah follow up dekat Kemaman je. So, pada 7/2/2014, Jumaat, kitorang gerak ke Al-Farabi untuk buka buku. 

Masa saya dapat masuk bilik doktor, suami takde sebab pergi solat Jumaat. Doktor suruh saya pergi test air kencing dan timbang berat, pastu amik darah. Ini untuk cek kumpulan darah, thalassemia dan HIV. Berat masa ni 55.4 kg. Pastu doktor scan, ukur baby. Tempoh mengandung dah 17.4 minggu, dan due date 19/7/2014. Kalau ikutkan tarikh last period dulu 6/10/2013, due date 14/7/2014. Tapi doktor kata takpe sebab tak lari jauh sangat. Masa scan tu nampak baby dalam keadaan macam mencangkung, tangan dia dua2 macam mencakar2 laju. Doktor kata, ha tengok baby awak buat apa la tu.  Nampak jelas kepala, tulang belakang, tulang peha, segala tulang2 la jelas sebab doktor kata kalsium warna putih, paling jelas boleh nampak dalam scan. Rasa terkilan lak suami takde nak tengok. Huhu. 

Gambar belah kiri nampak badan baby: tulang belakang, tulang peha
dan sebahagian kepala. Baby macam mencangkung n membongkok.
Gambar belah kanan: just kepala

Doktor tanya dah rasa baby gerak belum. Saya kata belum. Macam ada denyut2 tapi tak pasti la baby gerak ke apa. Doktor kata takpe, lepas ni akan rasa. Doktor bagi pil kalsium, pil Iberet Folic Acid dan krim untuk ekzema, sebab dia tengok saya ada ekzema. Total RM142. Hoho. Kena bayar sendiri sebab kad tak cover untuk maternity. Haih. Tak sangka la mahal sangat. Next appoinment adalah lebih kurang sebulan dari sekarang, dalam 7/3/2014.

5 bulan
Bila kandungan dah masuk 20 minggu, saya ajak suami pergi teman nak bukak buku kat klinik kerajaan kat Kemaman since dah pindah sini. Nanti lewat2 takut kena marah lak walaupun dah buka buku kat swasta. Tapi masa kitorang datang tu pukul 3 petang, dia dah tak terima sebab dia kata lambat nak habis sesi. Patutnya datang pukul 2. Tanya2 apa yang lama sangat, nurse tu kata nanti nak jumpa doktor, kena cek air kencing dan amik darah.. Jumpa doktor tu saja dah sejam. Eh? Lamanya. Tengok orang takdela ramai sangat. Disebabkan dia memang tak nak terima so kitorang balik jela dan plan datang hari lain.

Masa kandungan nak masuk 20 minggu ni dah start rasa baby gerak. Sebab rasa macam mengeras kadang2 kat bawah perut dan rasa geli2 jugak bila banyak kali gerak. Pernah masa mengaji dengan suami, masa tu suami tengah bacakan tafsir, tetibe saya tergelak. Tak tahan geli. Pernah juga ada satu hari tak dapat rasa dia gerak then dah risau. Nasib baik next day rasa semula...semalamnya tu tidur je agaknya =P

Buka buku mengandung pink (kerajaan)
Pada 5/3/2014, dalam pukul 9.45 kitorang pergi lagi ke klinik kesihatan tu untuk buka buku. Alhamdulillah tak kena marah pun cuma ditanya la kenapa bukak buku lambat sangat, dah 21-22 minggu. Tunjuk jela buku putih hari tu. Hehe. Dia bagi 2 copy buku suruh isi details, nanti 1 buku kita simpan, 1 buku klinik simpan. Cek berat, 58 kg. Amik darah untuk cek kumpulan darah, thalassemia dan HIV. Tapi kat Terengganu ni, suami pun kena amik darah untuk cek HIV. Cucuk sikit kat jari je. Yang kita ni memang kena amik kat lengan la. Pastu hantar sampel darah ke makmal, cek air kencing lak. Dah siap, pergi balik ke klinik ibu dan anak untuk cek perut dan breast. Nurse yang cek, dia ukur perut dan cek breast kalau ada ketulan atau apa2 yang tak normal. Pastu kena datang balik pada 10/3/2014 untuk minum air gula dan jumpa doktor. Hari tu nak jumpa doktor dah tak sempat sebab appoinment dah full.

buku Al-Farabi & buku klinik kerajaan

Setakat ni, dah boleh makan daging burger, chicken chop, fish cake, sebab dah kurang rasa loya nak makan sume2 tu. Dah ok sikit bila bau perfume, ubat gigi, syampu, sabun basuh baju dan softener. Tapi...dah start kebas2 tangan. Asalnya sikit2 je kebas sejak minggu lepas, iaitu sebelum buka buku lagi. Masa tu masih boleh drive lagi masa balik Maran, suami tidur kat sebelah dan saya start bawa dari RnR Kuantan hingga ke Maran. Tangan kanan kebas, pegang stereng dengan tangan kiri je sambil genggam-lepas-genggam tangan kanan. Pastu tangan kanan dah ok, tangan kiri lak kebas. Nasib baik gilir2...kalau serentak kebas bahaya juga sebab tengah drive laju kat highway.

Dah masuk seminggu, lama2 kebas makin kerap dan makin sakit jadinya. Nak siang ikan pun tak boleh sebab tak dapat genggam pisau kuat. Paling sakit bila baru bangun tidur, walaupun tangan tak kena tindih dengan bantal ke apa. Tempat paling sakit ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Tiga2 jari ni bila bengkokkan masa genggam rasa "ketat" dan tak boleh lentur lenturkan ke belakang pun. Jari manis dan jari kelingking ok je.. 

Bila rujuk kat nurse masa buka buku tu, nurse kata maybe kurang kalsium. Nanti kalau tak ambil cukup kalsium awak akan start sakit gigi, sakit dalam tulang.... Dia suruh minum susu banyak2, then bagi Vitamin C dan pil zat besi. Tapi kadang2 je saya makan sebab bila compare dengan pil Iberet Folic Acid yang Al-Farabi bagi hari tu, kandungan vitamin dan mineral dia lagi tinggi. Contohnya Vitamin C yang klinik kerajaan bagi, kandungan dia 100mg per tab, makan sekali sehari, tapi Iberet Folic Acid ada 500mg ascorbic acid per tab, pun makan sekali sehari. Makan sebiji je dah lengkap folic acid, vitamin c, iron, dan lain2 mineral.

Kemudian ada lagi benda lain yang menimbulkan tanda tanya. Lebih kurang 2 hari lepas buka buku iaitu pada Jumaat, 7/3/2014, saya perasan semua kuku kaki saya berwarna pink. Macam masa kecik2 dulu kita warnakan kuku dengan magic colour, pastu sental nak bagi padam takut mak nampak tapi kesannya tetap ada...ha lebih kurang macam tu la. Kuku kaki tak pula rasa sakit, dan takde rasa sejuk ke panas ke. Puas saya cari kat internet pasal nails turn pink during pregnancy, tapi tak jumpa2 juga jawapannya. 

Pada 10/3/2014, saya kena datang pukul 8 pagi untuk minum air gula dan jumpa doktor pada pukul 9 pagi. Dah start puasa dari pukul 10 malam semalamnya. Tunggu punya tunggu, turn saya ambil darah dan minum air gula pada 9.10 pagi. Kena tunggu 2 jam baru ambil darah semula, pastu baru boleh makan dan minum. Pengalaman minum air gula, erm...gelas besar, terkejut gak tengok, mula2 minum boleh la terima rasa dia. Nak masuk separuh gelas dah batuk2 sebab tekak rasa perit pekat sangat gula. Alhamdulillah tak loya mahupun muntah sebab kalau muntah kena repeat minum (@_@) .....

Pastu dapat turn jumpa doktor pukul 10.15 pagi. Dia scan kejap je sebab setakat nak ukur baby, saya pun tak sempat sangat nak tengok baby gerak macam mana, tapi kedudukan baby macam dia baring terlentang. Saiz dia macam muat2 kantung dia. Kalau masa scan kat Al-Farabi dulu saiz dia macam kecik lagi dan banyak ruang untuk dia gerak sana-sini. Macam tengah menyelam dalam kolam renang je, bebas nak pusing2. Sekarang macam dah takde ruang untuk dia gerak bebas ke melompat ke, haha.

Saya tanya boleh tak saya minta suami masuk? Doktor kata, em, ok.. Saya call suami untuk masuk tengok masa dia scan, sebab dulu dia tak dapat tengok..tapi tetibe doktor kata ok dah siap. Dia biarkan je saya dengan gel kat perut yang tak lap. Saya tunggu jela sambil call lagi suami tapi rupanya suami tak bawa handphone. Nurse pun kata, nape awak tak turun lagi? Dah siap kan? Saya pun kata ni tak lap lagi. Rupanya dia expect saya lap sendiri. Huhu.

Then saya pun cakap la pasal tangan kebas makin kerap dan kuku kaki tetibe jadi warna pink. Doktor kata tangan kebas tu biasa, kena minum susu banyak2, tapi kalau sakit sangat datang semula klinik dan dia akan tulis surat rujuk ke pakar. Yang kuku jadi pink tu, doktor pun tak tau sebab apa. First time dia nampak, tapi dia just ambil gambar dan rujuk kat pakar. Kalau papehal nanti klinik akan inform semula. Semua nurse dan ibu2 mengandung lain yang saya tunjuk kuku pink tu kata tak pernah nampak macam tu, siap cakap eh cantiknya... kalau buat cantik je takpe, jangan ada benda lain lak kan...mintak dijauhkan penyakit2 masa mengandung ni..

Saya tanya kakak ipar yang bekerja sebagai nurse, dan kawan2 yang bekerja sebagai doktor. Kakak ipar saya pun tak pernah tengok kes macam tu, dia rujuk pada pakar sakit puan. Pakar tu pun kata tak pernah jumpa kes ni, tapi dia kata jangan risau sebab bukan biru atau pucat. Kalau jadi biru/pucat maybe masalah jantung. Nauzubillah. Setakat ni, kawan saya yang doktor kata dia pun tak tau...dia akan rujuk kat bos dia pulak. Harap2 ada la jawapannya... =)


My first trimester ;)

Assalamualaikum w.b.t.,

Rasa nak jot down tentang pengalaman mengandung lak, supaya sendiri boleh baca balik, & sape2 yang ada similar experience pun boleh tau, oh ada jugak orang lain yang mengandung kena macam ni... hehe. Nak diikutkan, saya pregnant lewat juga, kira2 8 bulan kawin baru lekat.. Mungkin sebab duk jauh2 so jarang dapat jumpa, satu lagi sebab period tak teratur.

Bab period tak teratur ni, mula start lepas kawin. Masa tu 7 minggu tak datang period so ingat, eh dah pregnant ke ni? Bila buat test guna test kit yang beli kat farmasi, satu line je. Takpela tu. Pastu period seminggu, then tak period 7 minggu lagi.. seterusnya macam tu la, 6-7 minggu tak period. Setiap kali tu juga buat test tapi frust akhirnya sebab satu line je naik. 

Dalam bulan 7 tahun lepas saya dan suami pergi ke Al-Farabi kat Kuantan untuk rujuk kat doktor, minta scan sekali kot2 ada pape masalah.... sekaligus nak tanya pasal period pain sebab kadang2 sakit kuat sampai tak tahan. Kalau sakit kuat tu memang saya kena ambil MC dan duk baring kat umah, tuam perut dengan beg air panas. Tambah lagi dengan long cycle yang jadi tetibe ni menambah lagi risau di hati. 

Berkenaan period pain tu, doktor suruh je makan ubat tahan sakit. Dia kata takde effect apa melainkan tahan sakit je. Saya ok jela tapi dalam hati, tak nak la saya ajar makan ubat selalu. Kang badan penuh toksin ubat je. Then doktor tanya, how soon u wanna have baby? Dia kata kalau nak cepat, dia boleh arrange untuk sesi rawatan kesuburan. Cek kesuburan dan tengok apa cara yang boleh pakai untuk dapatkan baby. Saya pun jawab, tak kisah lagi doktor. Sebab baru tahun ni kawin. Dalam lebih kurang setahun lepas kawin kalau tak dapat juga baru usahakan..

Doktor kata daripada scan nampak normal je, takde apa masalah. Period jadi tak teratur ni maybe sebab hormon. Tapi disebabkan period tak teratur ni juga, maybe saya akan susah sikit nak pregnant sebab tak tahu bila tarikh subur. Dia tanya lagi, how frequent you have sex? Erk..?? Yang ni saya dan suami terkedu nak jawab. Kitorang kata, kitorang jumpa pun sebulan sekali je doktor. Doktor kata, ok so katakan sebulan sekali. Dia pun tunjukkan kiraan tarikh subur, katanya orang yang kitaran haid normal pun ada lebih kurang 25% peluang untuk mengandung. Inikan pula orang yang kitaran haid tak teratur, dan lebih2 lagi jarang "bersama". So dia pun kata jangan risau, ini adalah normal untuk kitorang lambat dapat baby, that's why dia cadangkan ikut sesi kesuburan tu. Kitorang kata takpela, hold dulu. Setakat ni nak tengok kalau ada pape masalah kat rahim ke etc.. kalau takde Alhamdulillah..

Lepas2 daripada tu pun kitaran period masih lagi long cycle dan ada sekali tu sakit sangat, tapi saya cuba tuam jela macam biasa. Suami carikan Shaklee dealer dan belikan Shaklee GLA untuk saya. Kalau ikut effect pengambilan dia, boleh betulkan kitaran haid, kurangkan period pain, dan bantu pasangan yang susah dapat baby. Ok boleh cuba ni. Kalau nak pregnant, makan bermula daripada hari 1st period, then agak2 bila tarikh subur tu berhenti makan. Then tengok la pregnant ke tak. Kalau period juga, sambung la balik makan. Macam tu la rasanya. So saya pun buat la, hasilnya memang sakit senggugut tu kurang. Tak payah tuam, boleh buat kerja. Alhamdulillah. Then agak2 sampai tarikh subur, saya berhenti makan. 

Mula2 tu 5 minggu tak period, ingat dah ada harapan dah... ;) sekali lepas tu period juga.. So sambung balik makan baki yang ada daripada satu botol tu. GLA tu habis sebelum sampai tarikh subur yang saya agak. So saya biar jela, cakap kat suami tak payah repeat order lagi. Nanti nak dekat2 period semula baru order balik seandainya test pregnant negatif. Masa tu bulan Oktober 2013. Dah start musim tengkujuh. 

1st trimester
Lepas 7 minggu, saya masih juga belum period. Pada 25/11, saya start gatal2 hidung dan tekak, maybe sebab semalamnya makan sate, dan kuah sate tu ada letak belacan kot. Tak berani lagi nak makan ubat sebab takut pregnant ke.. sebab hasil bacaan kat internet memang tak leh makan sebarangan ubat masa pregnant.

Dua hari lepas tu, jadi selesema teruk, hidung berair dan kepala pun sakit. Terpaksa minta mak tolong picitkan kepala. Dah tak tahan sangat so memang rasa nak makan ubat. Dekat tengah hari baru nak gi mandi, tengok test kit ada tinggal satu je lagi, guna jela. Dalam beberapa saat, naik 2 line pekat. Eh? Betul ke ni... Berdebar. Saya pun tunggu lagi kot2 lepas tu line yang kedua tu hilang ke..tapi tak, dia kekal jugak. Oh, maybe dah pregnant ni. Terus semangat mandi segar2 dan tak nak makan ubat. Tunjuk kat mak, then mak kata Alhamdulillah, tapi nanti gi klinik dulu confirmkan. Yela tak berani nak happy sangat lagi, mana tau test kit ni tersalah ke kan. Malam tu, before tido makan sebiji ubat selesema sebab tak tahan dah. Sambil doa moga2 takde apa effect kat janin. Niat satu je, nak sembuhkan selesema yang makin teruk.


Esoknya, 28/11 suami balik rumah dan barulah saya bagitau dia. Happy...! Tapi hold dulu jangan happy lebih2 sebab nak gi confirmkan kat klinik dulu. So esoknya, Jumaat kitorang gi kat Al-Farabi lagi (reason utama gi sana sebab panel company husband, dan doktor dia specialist untuk sakit puan). Gerak lepas Jumaat, gi Jabatan Imigresen dulu sebab nak gi collect pasport suami. Pasport dah siap hari Isnin, kitorang nak collect hari Jumaat tapi sejam tunggu baru dapat. Huh. Seolah2 baru buat pasport hari Jumaat tu jugak. (-_-)  Pastu dah lapar, gi makan kat Tanjung Lumpur. Dalam pukul 5 lebih baru gerak ke Al-Farabi, tapi tengok2 dah pindah lak ke kawasan dekat Tunas Manja transit. Dia tutup 6 petang dan bukak semula 7.45 malam.

So lepas solat, dalam 7.50 malam kitorang sampai kat Al-Farabi. Dah ada 4-5 orang. Macam biasa kat sana memang lambat yang amat...8.40 malam baru dapat masuk bilik doktor. Bagitau doktor yang saya cek pregnancy guna test kit, positif, so nak confirmkan. Doktor terus ucap tahniah. Dia kata tak payah repeat test sebab kalau dah positif tu memang sah, unless line yang kuar tu samar2.

Dari scan, boleh nampak kantung baby. Tapi tak nampak la sel baby dalam kantung tu. Doktor ukur saiz kantung, usia kandungan lebih kurang 6 minggu. Tapi dari kiraan ikut last period, patutnya usia kandungan dah 7 minggu. Doktor kata maybe sebab period tak tetap, susah sikit nak kira due date. Tapi pakai jela dulu ikut ukuran kantung. Itupun doktor kata, walaupun period tak tetap, lekat juga ye awak... Biasanya orang yang period tak tetap ni, 4-5 tahun baru dapat...Alhamdulillah..

Doktor suruh datang lagi 3 minggu untuk scan semula, nak tengok jantung. Sebab sekarang belum ada jantung lagi. Time ni suami saya confuse, dia tanya, so doktor.... confirm dah ke pregnant ni? Doktor pun kata, awak ni....kan tadi saya dah tunjuk ada kantung masa scan... Hehe. Dia ingatkan kantung tu sume pempuan ada, and sebab tak nampak pape dalam kantung tu so confuse la. =P 

Doktor kata InsyaAllah kalau panjang umur, kita jumpa lagi 3 minggu untuk scan tengok jantung. Tapi kalau scan nanti takde, jangan sedih, maybe Allah kata Dia nak pinjamkan kat kita sekejap je, maka kejap jela kita dapat.. Betul la kata doktor tu. Jangan happy sangat2 awal2 ni, dan jangan sedih sangat kalau nanti kandungan tu tak jadi.. Doktor bagi ubat batuk dan asid folik. Cas RM64. Tapi takpela sebab company bayar. Hehee...

Malam tu call family n family mertua bagitau good news. ;) Pastu gi makan Domino's nak celebrate lah sikit. Saje2 sebab memang nak makan Domino's pun. Hari yang penuh dengan menunggu sebab dari Jbt Imigresen ke Al-Farabi sehingga la Domino's asyik menunggu je keje kitorang. Esoknya, 30/11 suami balik semula ke Kemaman. Dah start hujan sampai Sri Jaya banjir kilat. Dalam 2-3 hari berikutnya memang asyik hujan tak henti2 sampai banjir la kawasan perumahan, cuma rumah saya selamat la, Alhamdulillah. Time ni jugak la yang start banjir besar kat Kuantan dan Kemaman tu. Minggu seterusnya suami tak dapat balik sebab jalan Kuantan-Kemaman tutup. 

Lepas 3 minggu, Alhamdulillah masa tu banjir kat bandar Kuantan dah surut (tinggal beberapa kawasan perumahan yang masih banjir paras pinggang) dan boleh la gi follow-up scan. Pada 20/12/2013, ikutkan scan dah 9 minggu 5 hari. Dah nampak denyut jantung yang sangat laju...nampak macam dot je sebenarnya dalam kantung tu. Doktor kata tak payah bukak buku lagi, kalau nak bukak buku datang sebelum minggu ke 20. Doktor bagi lagi asid folik dan ubat batuk lagi tapi kali ni tak leh claim lak. Sebab kad AIA company suami rupanya tak cover untuk maternity. Kwang3...

Sepanjang 1st trimester ni, boleh kata selesema tak baik2 pun. Dah try macam2 selain makan ubat, wapkan muka dengan air panas, sapu Vicks, buat air honey lemon suam, banyakkan makan limau Sunkist sebab nak Vitamin C la kononnya...still tak berjaya. Ada la dalam 3 kali saya makan ubat selesema sebab tak tahan sangat dan risau jugak kalau asyik sakit berpanjangan. Setiap kali makan ubat tu selawat dan doa supaya tak jadi pape yang tak elok pada kandungan. 

Alahan pula, Alhamdulillah takde apa alahan morning sickness ke tak selera makan ke. Cuma ada sesetengah benda saya rasa loya nak makan, macam nugget, daging burger, fish ball, keropok lekor..tak pasti sebab minyak ke atau bau daging yang buat loya. Ada sekali tu mak masak fish ball goreng sambal tumis, saya siap amik 4 biji letak dalam pinggan sebab memang favourite kalau ada sambal tumis. Sekali bila suap sebiji, terpaksa kuarkan balik sebab tetibe rasa kembang tekak. Last2 berjaya makan separuh biji je, yang lain saya basuh dan bagi kucing kat luar umah makan.

Ada jugak masa tengok tv, nampak iklan nugget Marina, terus rasa loya tengok nugget sepinggan tu. Terpaksa tengok kat tempat lain dulu. Hadoi. Then time rasa nak makan burger lak, suami belikan, saya makan sikit2 sebab rasa kembang sangat tekak nak telan. Nugget pun macam tu. Last2 tak rasa dah la nak makan sume tu termasukla pizza, KFC, dan apa2 saja yang seangkatan dengannya. Nasib baik ayam goreng kunyit boleh makan ;)

The end untuk entri 1st trimester...sebelum tu, sape2 yang ada masalah period pain, boleh la cuba makan Shaklee GLA tu. Memang menjadi untuk saya. ;) Kalau nak betulkan kitaran haid balik ke asal mungkin perlu lebih la dari 1 botol. Untuk mengandung lak, maybe boleh cuba, sebab dalam kes saya, saya tak sure sebab GLA dah habis dulu sebelum waktunya. Hehe... mungkin boleh bantu kan? Tak salah mencuba... (p/s: saya bukan dealer Shaklee..hehe)