Assalamualaikum w.b.t.,
Sambungan pengalaman pregnant:
4 bulan
Saya masih lagi tak boleh makan nugget, fish ball, chicken chop, daging burger, ayam goreng tepung macam KFC tu, even bau kat pasar malam pun rasa pening. Pastu tambah lagi, dah tak suka bau suami. Haha. Rasa macam busuk je... Bau ubat gigi pun tak boleh. Time gosok gigi je mula asyik nak muntah tapi tak muntah pun. Ada la sekali dua je muntah sebab baru lepas makan. Bau perfume, syampu, shower foam, softener semua buat sesak nafas dan rasa nak muntah. Maka dah tak dapat la pakai perfume favourite, Romance. Huhu.
Pada awal bulan 2, saya, suami dan family saya pergi kenduri sepupu saya di KL. Majlis nikah buat lepas Zohor, so benti solat Zohor dulu kat masjid. Masa tu memang batuk tak sembuh2 lagi walaupun dah banyak makan ubat batuk yang doktor bagi. Dah 2 botol habis. Tengah solat tetibe sepupu perempuan yang ada kat belakang saya sembur perfume. Saya pun dah rasa pening dan nak muntah tapi tahankan juga sebab dah tahiyat akhir. Baca tahiyat, bagi salam sekali je then terus batuk2. Saya cover dengan dua2 tangan sebab dah rasa macam nak muntah. Memang muntah betul2. Nasib baik dapat tadah dengan telekung (sendiri punya) dan takde terkena kat karpet masjid. Keluar semula apa yang dah makan tengah hari tadi. Sian mak kena tolong bersihkan telekung. Huhu.
Masa tu baru pecah rahsia dengan sedara-mara saya dah pregnant. Walhal muntah bukan sebab pregnant, tapi lebih kepada sebab batuk rasanya. Hehe. Baru tau juga isteri2 kepada lagi 2 orang sepupu saya pun pregnant, due date lebih kurang je dengan saya. Dan ada sorang lagi sepupu yang baru 2 bulan pregnant kembar, so kalau ikutkan bakal ada 5 cicit wan saya lahir tahun ni. Hehe. Borak2 dengan mak sedara, dia cakap stop makan limau Sunkist dan anggur sebab tu yang boleh trigger gatal2 tekak dan batuk. Oh, ingatkan tu yang boleh bantu sembuhkan selesema dan batuk sebab tinggi Vitamin C.
Buka buku mengandung putih (Al-Farabi)
Saya buka buku di Al-Farabi, sebab yela kalau buka kat klinik kerajaan nanti kena leter la kenapa buka buku lambat kan.. So plan buka buku di swasta, follow up nanti tengok la sama ada kat Al-Farabi lagi atau kat klinik kerajaan je. Lagipun minggu pertama bulan 2 tu saya dan suami dah masuk rumah baru kat Kemaman, Alhamdulillah.. mungkin lebih mudah follow up dekat Kemaman je. So, pada 7/2/2014, Jumaat, kitorang gerak ke Al-Farabi untuk buka buku.
Masa saya dapat masuk bilik doktor, suami takde sebab pergi solat Jumaat. Doktor suruh saya pergi test air kencing dan timbang berat, pastu amik darah. Ini untuk cek kumpulan darah, thalassemia dan HIV. Berat masa ni 55.4 kg. Pastu doktor scan, ukur baby. Tempoh mengandung dah 17.4 minggu, dan due date 19/7/2014. Kalau ikutkan tarikh last period dulu 6/10/2013, due date 14/7/2014. Tapi doktor kata takpe sebab tak lari jauh sangat. Masa scan tu nampak baby dalam keadaan macam mencangkung, tangan dia dua2 macam mencakar2 laju. Doktor kata, ha tengok baby awak buat apa la tu. Nampak jelas kepala, tulang belakang, tulang peha, segala tulang2 la jelas sebab doktor kata kalsium warna putih, paling jelas boleh nampak dalam scan. Rasa terkilan lak suami takde nak tengok. Huhu.
Gambar belah kiri nampak badan baby: tulang belakang, tulang peha dan sebahagian kepala. Baby macam mencangkung n membongkok. Gambar belah kanan: just kepala |
Doktor tanya dah rasa baby gerak belum. Saya kata belum. Macam ada denyut2 tapi tak pasti la baby gerak ke apa. Doktor kata takpe, lepas ni akan rasa. Doktor bagi pil kalsium, pil Iberet Folic Acid dan krim untuk ekzema, sebab dia tengok saya ada ekzema. Total RM142. Hoho. Kena bayar sendiri sebab kad tak cover untuk maternity. Haih. Tak sangka la mahal sangat. Next appoinment adalah lebih kurang sebulan dari sekarang, dalam 7/3/2014.
5 bulan
Bila kandungan dah masuk 20 minggu, saya ajak suami pergi teman nak bukak buku kat klinik kerajaan kat Kemaman since dah pindah sini. Nanti lewat2 takut kena marah lak walaupun dah buka buku kat swasta. Tapi masa kitorang datang tu pukul 3 petang, dia dah tak terima sebab dia kata lambat nak habis sesi. Patutnya datang pukul 2. Tanya2 apa yang lama sangat, nurse tu kata nanti nak jumpa doktor, kena cek air kencing dan amik darah.. Jumpa doktor tu saja dah sejam. Eh? Lamanya. Tengok orang takdela ramai sangat. Disebabkan dia memang tak nak terima so kitorang balik jela dan plan datang hari lain.
Masa kandungan nak masuk 20 minggu ni dah start rasa baby gerak. Sebab rasa macam mengeras kadang2 kat bawah perut dan rasa geli2 jugak bila banyak kali gerak. Pernah masa mengaji dengan suami, masa tu suami tengah bacakan tafsir, tetibe saya tergelak. Tak tahan geli. Pernah juga ada satu hari tak dapat rasa dia gerak then dah risau. Nasib baik next day rasa semula...semalamnya tu tidur je agaknya =P
Buka buku mengandung pink (kerajaan)
Pada 5/3/2014, dalam pukul 9.45 kitorang pergi lagi ke klinik kesihatan tu untuk buka buku. Alhamdulillah tak kena marah pun cuma ditanya la kenapa bukak buku lambat sangat, dah 21-22 minggu. Tunjuk jela buku putih hari tu. Hehe. Dia bagi 2 copy buku suruh isi details, nanti 1 buku kita simpan, 1 buku klinik simpan. Cek berat, 58 kg. Amik darah untuk cek kumpulan darah, thalassemia dan HIV. Tapi kat Terengganu ni, suami pun kena amik darah untuk cek HIV. Cucuk sikit kat jari je. Yang kita ni memang kena amik kat lengan la. Pastu hantar sampel darah ke makmal, cek air kencing lak. Dah siap, pergi balik ke klinik ibu dan anak untuk cek perut dan breast. Nurse yang cek, dia ukur perut dan cek breast kalau ada ketulan atau apa2 yang tak normal. Pastu kena datang balik pada 10/3/2014 untuk minum air gula dan jumpa doktor. Hari tu nak jumpa doktor dah tak sempat sebab appoinment dah full.
Setakat ni, dah boleh makan daging burger, chicken chop, fish cake, sebab dah kurang rasa loya nak makan sume2 tu. Dah ok sikit bila bau perfume, ubat gigi, syampu, sabun basuh baju dan softener. Tapi...dah start kebas2 tangan. Asalnya sikit2 je kebas sejak minggu lepas, iaitu sebelum buka buku lagi. Masa tu masih boleh drive lagi masa balik Maran, suami tidur kat sebelah dan saya start bawa dari RnR Kuantan hingga ke Maran. Tangan kanan kebas, pegang stereng dengan tangan kiri je sambil genggam-lepas-genggam tangan kanan. Pastu tangan kanan dah ok, tangan kiri lak kebas. Nasib baik gilir2...kalau serentak kebas bahaya juga sebab tengah drive laju kat highway.
Dah masuk seminggu, lama2 kebas makin kerap dan makin sakit jadinya. Nak siang ikan pun tak boleh sebab tak dapat genggam pisau kuat. Paling sakit bila baru bangun tidur, walaupun tangan tak kena tindih dengan bantal ke apa. Tempat paling sakit ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Tiga2 jari ni bila bengkokkan masa genggam rasa "ketat" dan tak boleh lentur lenturkan ke belakang pun. Jari manis dan jari kelingking ok je..
Bila rujuk kat nurse masa buka buku tu, nurse kata maybe kurang kalsium. Nanti kalau tak ambil cukup kalsium awak akan start sakit gigi, sakit dalam tulang.... Dia suruh minum susu banyak2, then bagi Vitamin C dan pil zat besi. Tapi kadang2 je saya makan sebab bila compare dengan pil Iberet Folic Acid yang Al-Farabi bagi hari tu, kandungan vitamin dan mineral dia lagi tinggi. Contohnya Vitamin C yang klinik kerajaan bagi, kandungan dia 100mg per tab, makan sekali sehari, tapi Iberet Folic Acid ada 500mg ascorbic acid per tab, pun makan sekali sehari. Makan sebiji je dah lengkap folic acid, vitamin c, iron, dan lain2 mineral.
Kemudian ada lagi benda lain yang menimbulkan tanda tanya. Lebih kurang 2 hari lepas buka buku iaitu pada Jumaat, 7/3/2014, saya perasan semua kuku kaki saya berwarna pink. Macam masa kecik2 dulu kita warnakan kuku dengan magic colour, pastu sental nak bagi padam takut mak nampak tapi kesannya tetap ada...ha lebih kurang macam tu la. Kuku kaki tak pula rasa sakit, dan takde rasa sejuk ke panas ke. Puas saya cari kat internet pasal nails turn pink during pregnancy, tapi tak jumpa2 juga jawapannya.
Pada 10/3/2014, saya kena datang pukul 8 pagi untuk minum air gula dan jumpa doktor pada pukul 9 pagi. Dah start puasa dari pukul 10 malam semalamnya. Tunggu punya tunggu, turn saya ambil darah dan minum air gula pada 9.10 pagi. Kena tunggu 2 jam baru ambil darah semula, pastu baru boleh makan dan minum. Pengalaman minum air gula, erm...gelas besar, terkejut gak tengok, mula2 minum boleh la terima rasa dia. Nak masuk separuh gelas dah batuk2 sebab tekak rasa perit pekat sangat gula. Alhamdulillah tak loya mahupun muntah sebab kalau muntah kena repeat minum (@_@) .....
Pastu dapat turn jumpa doktor pukul 10.15 pagi. Dia scan kejap je sebab setakat nak ukur baby, saya pun tak sempat sangat nak tengok baby gerak macam mana, tapi kedudukan baby macam dia baring terlentang. Saiz dia macam muat2 kantung dia. Kalau masa scan kat Al-Farabi dulu saiz dia macam kecik lagi dan banyak ruang untuk dia gerak sana-sini. Macam tengah menyelam dalam kolam renang je, bebas nak pusing2. Sekarang macam dah takde ruang untuk dia gerak bebas ke melompat ke, haha.
Saya tanya boleh tak saya minta suami masuk? Doktor kata, em, ok.. Saya call suami untuk masuk tengok masa dia scan, sebab dulu dia tak dapat tengok..tapi tetibe doktor kata ok dah siap. Dia biarkan je saya dengan gel kat perut yang tak lap. Saya tunggu jela sambil call lagi suami tapi rupanya suami tak bawa handphone. Nurse pun kata, nape awak tak turun lagi? Dah siap kan? Saya pun kata ni tak lap lagi. Rupanya dia expect saya lap sendiri. Huhu.
Saya tanya boleh tak saya minta suami masuk? Doktor kata, em, ok.. Saya call suami untuk masuk tengok masa dia scan, sebab dulu dia tak dapat tengok..tapi tetibe doktor kata ok dah siap. Dia biarkan je saya dengan gel kat perut yang tak lap. Saya tunggu jela sambil call lagi suami tapi rupanya suami tak bawa handphone. Nurse pun kata, nape awak tak turun lagi? Dah siap kan? Saya pun kata ni tak lap lagi. Rupanya dia expect saya lap sendiri. Huhu.
Then saya pun cakap la pasal tangan kebas makin kerap dan kuku kaki tetibe jadi warna pink. Doktor kata tangan kebas tu biasa, kena minum susu banyak2, tapi kalau sakit sangat datang semula klinik dan dia akan tulis surat rujuk ke pakar. Yang kuku jadi pink tu, doktor pun tak tau sebab apa. First time dia nampak, tapi dia just ambil gambar dan rujuk kat pakar. Kalau papehal nanti klinik akan inform semula. Semua nurse dan ibu2 mengandung lain yang saya tunjuk kuku pink tu kata tak pernah nampak macam tu, siap cakap eh cantiknya... kalau buat cantik je takpe, jangan ada benda lain lak kan...mintak dijauhkan penyakit2 masa mengandung ni..
Saya tanya kakak ipar yang bekerja sebagai nurse, dan kawan2 yang bekerja sebagai doktor. Kakak ipar saya pun tak pernah tengok kes macam tu, dia rujuk pada pakar sakit puan. Pakar tu pun kata tak pernah jumpa kes ni, tapi dia kata jangan risau sebab bukan biru atau pucat. Kalau jadi biru/pucat maybe masalah jantung. Nauzubillah. Setakat ni, kawan saya yang doktor kata dia pun tak tau...dia akan rujuk kat bos dia pulak. Harap2 ada la jawapannya... =)
No comments:
Post a Comment