Assalamualaikum,
Excited nak update sebab dah beli baju baby, yeay!
Disebabkan Jumaat dan Sabtu lepas suami saya kena on-call, so dia dapat cuti replacement hari Ahad. Kebetulan hujung minggu tu ada expo kediaman dan peralatan elektrik kat Kuantan so kitorang dah target nak cari perabot, khasnya kabinet tv. Maklumla masuk rumah baru memang banyak habis, tak mampu nak penuhkan semua kelengkapan. Beli satu-satu jela yang mampu..hehe..
So pada 20/4/2014, Ahad, kitorang gerak ke Kuantan untuk ke expo tu, dan usya2 sekali baju baby kat mana2 la nanti. Kat expo, kitorang berjaya beli ampaian baju 3 panel yang lekat kat dinding, RM 98. Ok la tu sebab jiran sebelah umah kitorang beli sebiji macam tu RM 150. Pastu amik sekali rak toiletries stainless steel, RM 39. Jalan2 lagi, berkenan dengan tirai 10' x 10', RM 50. Memang nak cari pun yang macam tu, alhamdulillah dapat. ^_^
Then dah tak jumpa apa2 yang berkenan, kabinet tv tak banyak pun...kalau ada pun memang mahal la. Pastu kitorang gi Kuantan Parade, beli sandal untuk saya sebab kaki dah sakit pakai kasut yang bertumit sikit tu.. kena cari sandal yang sangat lembut untuk dipijak. Pusing2 last2 masuk balik kedai Bata sebab sandal Bata yang paling selesa. Harga pun boleh tahan la, RM 60. Huhu. Harap tahan lama.
Alang2 dah ada kat Kuantan Parade, kitorang usya baju baby kat The Store. Kebetulan mak saya ada kat Kuantan so kitorang usya barang baby sama2. Lagipun kita sebagai first time parents memang tak berapa sure nak beli apa dan banyak mana. So untuk pembelian pertama ni, kitorang beli 2 pasang baju lengan pendek, 2 pasang baju lengan panjang. Beli sekali berus botol dan puting botol sebab saya ada tolong jaga baby jiran sebelah, kena la guna untuk cuci botol susu dia. Pastu beli plastik lampin 5 pcs, macam yang kita pakai dulu2... sebab kalau boleh tak nak guna pampers nanti. Mungkin awal2 lahir je guna pampers, pastu guna je lampin, atau kalau ada duit lebih boleh la beli cloth diapers yang cute2..hehe. Then last sekali kitorang beli sarung tangan & kaki, 2 pasang. Harga adalah seperti berikut:
1. Baju lengan panjang, putih biru, brand Tollyjoy : RM 15.90
2. Baju lengan panjang, coklat, brand Fiffy : RM 12.90
3. Baju lengan pendek, putih coklat, brand Tollyjoy : RM 14.90
4. Baju lengan pendek, biru, brand Tollyjoy : RM 14.90
5. Berus botol dan puting botol, brand Sunbaby : RM 5.90
6. Sarung tangan & kaki, brand Sunbaby : RM 4.48 (harga asal RM 5.60)
7. Sarung tangan & kaki, brand Cuddles : RM 5.40 (harga asal RM 6.00)
8. Plastik lampin 5 pcs, brand Sunbaby : RM 5.52 (harga asal 6.90)
Total : RM 79.90
Ok la tu kan, tak la mahal sangat sebenarnya sebab kalau ikutkan barang2 baby ni memang mahal mengalahkan barang2 mak ayah dia. Hehe. Kita pun nak beli yang branded sebab kualiti dan keselesaan anak. Warna2 kitorang pilih yang dua2 jantina boleh pakai. Sebab tak nak gi scan jantina pun, biar tau bila dah lahir je nanti, barulah betul2 confirm. Hehe. Takde masalah pun kalau baby perempuan pakai biru, tapi kalau baby lelaki pakai pink, kesian la dia. Hehe.
Pembelian barang baby yang seterusnya akan dilakukan weekend ni, InsyaAllah kat Mom & Baby Expo kat The Zenith, Kuantan. Expo ni 25/4 - 27/4/2014. Rasanya nak pergi Jumaat la (which is esok!) sebab kurang sikit kot orang..? Hehe. Gi Sabtu Ahad kang sesak dengan orang Pahang & Terengganu. Jumaat should be less people sebab orang Kuantan still kerja, ngeh3... Target buy:
-Car seat
-Lapik getah (takut baby kencing bocor atas tilam)
-Set tilam & bantal baby
-Kain lampin
-Tuala & barang mandian baby
-Pampers saiz s
-Cloth diapers (kalau ada yang murah)
-Maternity pad (ini kena review lagi untuk decide berbaloi x beli)....
Em tu je dulu kot. Botol susu ke susu formula ke sterilizer & warmer ke tak payah lagi la...harap2 dapat bagi full breastfeeding je sebab saya duk rumah je kan. Amin... =)
Appointment fisio & follow up clinic
Seperti yang ditetapkan sebelum ni, saya kena datang untuk sesi fisio yang kedua pada 22/4/2014. Alang2 suami saya kena ambik cuti, saya mintak kat klinik untuk adjust tarikh pada hari yang sama. Patutnya kena gi klinik 15/4/2014, tapi sian lak suami asyik nak kena amik cuti. Kalau saya boleh drive takpe jugak... huhu. Since tangan kebas masih tak elok, maka harapkan suami aje la yang hantar.
Sesi fisio kali ni dilayan oleh practical student hari tu je..dia dah tau apa nak kena buat. Mula2 rendam tangan dalam lilin panas 7 kali macam hari tu, then buat ultrasound, pastu dia bagi saya main plastisin lain lak. Keras sikit berbanding dulu. Akhir sekali main alat genggam untuk improve kekuatan genggaman. Improvement lepas buat rawatan tu macam takde je...hehe. Tapi buat jela. Rasa macam buang masa pun ada sebenarnya. Cuma duduk kat bilik rawatan fisio ni boleh jumpa macam2 orang yang ada macam2 masalah.
Ada sorang pakcik ni, dah 60 kot umur dia, kebas tangan jugak tapi biasala kot sebab dah tua memang macam2 masalah. Ada sorang lelaki dalam 30an, dia kena langgar dengan kereta masa naik basikal. Asalnya dia naik kereta keluar dari rumah, nak gi beli apa ntah, tapi dia tengok jalan jam sangat2 kat Chendor. So dia patah balik rumah, naik basikal. Then kereta langgar dia. Teruk gak nampak parut kat tangan dia sebab kena besi dia kata. Benda nak jadi kan, elok2 asalnya bawak kereta...huhu.. Then ada sorang lagi lelaki, maybe 20an la, tangan dia lagi teruk parut. Dia kena cermin pecah. Ingatkan kerja kedai cermin. Rupanya dia tolong angkat cermin sebab ofis dia pindah tempat. Masa bawak cermin, tetibe cermin pecah. Nasib baik tak kena dada ke perut ke...huhu..
Ada sorang akak tu kebas tangan macam saya gak, sebab mengandung. Dia dah ada 4 anak tapi mengandung sebelum2 ni takde lak kena kebas. Ni first time dia datang buat rawatan. Sampai tertido2 dia sebab bosan. Haha. Yela, 20 minit tangan bersarung dengan lilin tak boleh buat apa, tengok jela orang kerja ke hulu ke hilir, tengok pesakit lain... pastu menguap banyak kali. Kalau tak berborak dengan orang lain memang bosan yang amat.
Lepas siap kat fisio, saya dan suami gi survey kabinet tv dan meja komputer. Memang urgent nak kena beli dah sebab nanti nak buat doa selamat kat rumah, takkan la masih lagi nak letak tv dan komputer atas kotak lagi. Ya, sebelum ni kitorang letak atas kotak2 barang hadiah kawin, hehe. Nasib la kan. Survey punya survey, dapat la kabinet tv, fibre board campur chip board, RM 350. Meja komputer RM 150. Ok la tu murah jugak la kira. Sebab dekat kedai lain even kabinet tv yang chip board je pun dah RM 400++. Design lebih kurang je. Ada jugak jumpa yang memang cantik, fibre board, coating fomica, ada kaca kat atas permukaan dia, RM 630. Ok jugak harga dengan rupanya yang cantik, tapi bila dah jumpa yang separuh harga dengan design yang quite ok, oh harusla amik yang lagi murah kan? Penjimatan tu penting keh3...duit banyak lagi nak pakai untuk beli keperluan yang lain2 nanti...
Pukul 2 petang tu gi klinik lak, follow up check untuk 28 minggu. Macam biasa, takde pesakit lain pun lama gak kena menunggu. Tak taula apa yang berlaku dalam bilik2 rawatan yang banyak tu. Lepas setengah jam tunggu, barula nurse panggil. Ukur berat, tinggi rahim, tekanan darah dan check air kencing. Berat dah jadi 61.5 kg. Kena warning dengan nurse sebab 3 minggu lepas berat 58.5 kg. Bermakna saya naik 3 kg dalam masa 3 minggu. Patutnya naik 1.5 kg je. Huhu. So pasni kena makan malam awal, sebelum kul 9 malam. Pastu makan sikit2 tapi kerap. Tekanan darah ok, 110/70, alhamdulillah. Nurse kata kalau tak jaga makan, berat naik banyak sangat, takut kena kencing manis, darah tinggi di hujung2 kehamilan nanti.... Harus jaga betul2 pasni. Cabaran juga tu sebab sekarang ni tengah2 malam pun boleh terjaga dari tidur sebab lapar. Pastu esoknya lapar sampai menggigil sebab takde tenaga sangat. Huhuuu...
Baby, ini la antara cabaran mengandungkan kamu... kadang2 terpaksa mintak Papa urutkan pinggang sampai kaki sebab lenguh/kebas.. Balutkan bandage kat tangan sebab tangan kiri sakit bila bengkok sikit kat pergelangan tangan, maybe sebab tangan kebas pastu pegang periuk/pinggan kaca yang berat.. Kadang2 terpaksa jalan bongkok sikit sebab kamu mengeras kat dalam, tekan dekat area pundi kencing & ari2..mula la Mama asyik nak terkencing & rasa tegang sangat urat kat pangkal peha. Kena solat duduk sebab tak boleh nak bangun dari sujud ke rakaat seterusnya, takut tak seimbang sebab sakit. Dan Papa pulak terpaksa amik cuti banyak sebab kena hantar Mama ke klinik, walaupun ini maybe menyebabkan bos tak suka... Papa kena kerja kuat & saving lagi untuk berikan yang terbaik untuk kita berdua... Moga2 kamu membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh/solehah.... Amin... ^_^
No comments:
Post a Comment