Saturday, October 22, 2011

Cuci mata di IKEA

Pagi2 Sabtu dah bangun awal hari ni.. 7.45 pagi tu kira awal lah kan, hehe. Sebabnya nak hantar kereta ke bengkel - gasket terbakar. Tau pun sebab Ahad lepas masa on the way ke stesen LRT Sri Petaling dengan Cik Cahaya, tetiba kereta mati enjin tengah jalan. Masa tekan minyak pun ada bunyi mcm besi bergetar. Ingatkan cover rim tayar yang bergetar. Rupanya sign dari kete bahawa temperature dah sgt2 tinggi.. temperature kat dashboard tu pulak mmg kdg2 xbetul sket. Hoho..bunyinya mcm recipe for disaster la kan. Xpela..pengajaran. Maaf Cahaya kerana membahayakan nyawa kamu. Selalu je ada adventure tertentu dgn kamu. Sebenarnya masa kita redah ke bazar Ramadan Putrajaya dulu pun, roadtax dah mati bulan 6. Kwang3... kalau tau mmg xlepas la kita ke sana kan. Mana nak sedar sebab pegi keje gelap, balik keje pun gelap..

Nasib baik hari ni adik lelaki saya boleh temankan hantar kereta ke bengkel, dekat je pun dengan ofis. Hehee. Lepas tu dia nak gi IKEA cari hadiah kawin member dia. Saya kata, akak nak ikut skali la. (^_^)y  (nasib baik dia xde gf lagi, boleh la layan kakak dia ni nak gi sana sini, haha).

First time nih ke IKEA. Rambang mata la dibuatnya sebab perabot n brg2 semua cantik2 malah cara hiasan pun sgt cute n lovely.. =P Dah berangan kalau ada rumah sendiri nanti akan hias dengan perabot2 n hiasan rumah IKEA, kalau mampu la..heheh..

Lampu tidur. RM29. Rasa nak beli je utk diri sendiri.

Bilik kanak-kanak. Siap ada atap.

Ruang tamu idaman. =D

Lilin wangi yang sangat wangi. Nak grab la suatu hari nanti.

RM 199. Teringat kerusi lama kat umah.

Nak rak macam tu!!! Tapi sesuai utk hiasan ringan2 je kot...

Tetiba bangkitkan semangat utk memasak full time =P

Juga bangkitkan semangat menjadi
surirumah  berjaya. Hoho.

Adjustable drying rack, RM 119. Xpela. Lupakan shj..

Saya xminat cermin hiasan mcm ni, tapi ok la, cantik.

Ruang tamu idaman juga

Bilik tidur idaman. Siap ada TV.

Style tak sinki ni? Hehe

Meskipun lampu ni unik tapi bagi saya ini perangkap
habuk paling nyata

Lampu tidur sweeeet

Lihat dapur mainan di situ

Saya mahu! Lampu comel bertukar2 warna

Ya..ini dia koleksi lampu2 tadi

Juga mahu ini kat ruang tamu. (^_^)y

Puas berjalan sampai lenguh kaki. Akhirnya, adik saya beli frame gambar berharga RM20. Cantik. Nampak simple dan natural.

Nanti nak kawin saya mahu request barangan IKEA lah. Haha..

4 comments:

lightnur said...

ape?? 6 bulan?? wah, sgt teruk... haha... mjur xtaw... n mjur xde pape... wah, smpi dh IKEA... aku pn xsmpai agi....jelesnyer....huhu

Nur Azhani Amdan said...

bulan 6...3bulan jela..hahaa.. itula, nasib la ko naik kete dgn aku mmg bhy la..huhuu..

lightnur said...

Bila lagi nk meronggeng bsme???huhu

Nur Azhani Amdan said...

hehee... xserik ek naik kete ngan aku? keh3..