Sabtu ni saya bakal bertandang ke kenduri member skolah saya.. dua2 pengantin lelaki n pempuan pun skoolmate. Bestnyer..mesti ramai member2 skolah datang nanti. Boleh reunion besar-besaran. =D Disebabkan excited nak gi kenduri member ni, Ahad lepas saya pun usya2 gak hadiah kawin. Ternampak lak lampu garam bukit ni kat Amcorp Mall:
Harganya; kali pertama saya datang untuk tanya2, tuan kedai tu cakap nak jual RM45 kat saya sebab clearance stock. Kali kedua saya datang untuk beli, tuan kedai tu tengah layan orang lain, adik tuan kedai lak cakap kat saya harganya RM70. Aik??? Saya pun cakapla tuan kedai nak jual RM45. Kalau tak, saya tak jadi nak beli. Hehe. So dia pun kata, "if he said like that to you, ok, I'm selling it at RM45. But that's very cheap already." Saya pun beli lampu tu dan jugak sabun garam bukit:
belakang tu candle holder. yang depan barulah sabun garam bukit.. |
Ni sebenarnya kedai orang Pakistan, dia ambik stok dari sana. So kalau nak bentuk2 macam2 lagi kena tempah la dengan dia. Tapi barang utama ialah karpet. Ada satu karpet tu nampak biasa n simple je coraknya, tapi harga RM16000. Hoho. Saya tanya adik tuan kedai tu, siapa yang beli karpet semahal ni? Dia cakap ramai.. Dato', Tan Sri... semua datang beli sini. Uhh..xdapat terima lagi harga karpet semahal itu..
Balik umah pun excited je nak pakai sabun garam bukit tu. Yela dah terpesona dengan penjelasan tuan kedai dok promote health benefits daripada garam bukit ni kan. Tapi...pedihnya kulit macam letak garam betul2 la. Kasar lak tu..habis merah kulit. Huhu. Cancel wat sabun. Buat air rendaman kaki jela nanti kalau rajin. Hehe.
Oh ya rasa nak beli lak satu lagi lampu tu untuk diri sendiri. Atau tambah satu lagi untuk parents. Sebab banyak jugak khasiatnya. =) Harap2 pengantin baru nanti suka la hadiah ni..ehehe..
No comments:
Post a Comment