Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki melangkah ke Vietnam, spesifiknya di Ho Chi Minh City atau nama lamanya, Saigon. Company trip.. hee.. (^__^) Ada 2 group penerbangan, Khamis malam & Jumaat pagi. Kitorang naik penerbangan Vietnam Airlines kul 8mlm, hari Khamis, so Rabu malam tu pening2 packing last minute.. pagi esoknya angkut luggage siap2 ke ofis. Bas datang pick up pukul 4 ptg, so keje la jugak sehingga la bas dah dtg baru leh turun ofis. Ingatkan bos besar bg half day ke kan..haha.. tapi sebenarnya byk keje xsempat siap, otw ke KLIA dalam bas tu pun masih calling lagi dengan officemates yang tinggal. Huhu.. dah tau Isnin lepas balik tu confirm xleh cuti sebab nak siapkan yang outstanding.. =(
5.30 sampai kat KLIA, check in luggage, solat Asar then terus jelah ke imigresen. Cuak jugak sebenarnya sebelum pergi ni, takut2 nama termasuk blacklist ke pasal ptptn..huhu.. Alhamdulillah lepas..tapi yang xmenariknya ada sorang ofismate xlepas. Rupanya nama dia blacklist sedangkan 2bulan sebelum pergi dia dah start bayar semula (on & off byr dalam 3 tahun lepas). Mungkin sistem lambat update kot yang dia dah bayar..hmm...sian dia..takleh wat apa, terpaksa balik mcm tu je..
Naik flight pukul 7.20 mlm. Ok la..nice je dia punya space n kerusi.. cuma tv dia kat atas so xberapa best kena dongak tgk tv.. Pramugari Vietnam dlm flight mmg cantik2 n comel2, xjemu tengok. Haha.. Makanan dlm flight tu dari Malaysia, dan committee pun dah gtau halal. Boleh makan tanpa was2 =)
Nasi, daging dan sayur, puding kastard, salad kentang, roti. |
Penerbangan lebih kurang 1jam 50minit - 2jam, jadi gerak pukul 8, lebih kurang kul 10 sampai la.. tapi Vietnam lambat sejam dari waktu Malaysia, jadi kitorang sampai sana pukul 9 waktu tempatan. Sampai ke hotel lebih kurang kul 9.30 kot.. Rex Hotel namanya, hotel 5 bintang tapi under subsidi government. Macam tulah tour guide kitorang kata. Nama dia Khairi (nama samaran Malaysia). Nama sebenar dia apa ntah, susah kot nak sebut, so dia bgtau je nama mcm orang Melayu supaya tourist sume senang ingat n sebut. Jangan dia yang lupa nama samaran dia dah la..haha.
Sesampainya di hotel, lepas diberi kunci cepat2 je sorang pekerja hotel tu offer bwkkan beg. Rumate saya pun cakap, habis la kita hani..kena bagi tips la nampaknya.. Lepas sampai kat bilik, kitorang cakap sesama sendiri dlm BM (mentang2 orang tu xphm,hehe) "kita biar jap..kalau dia kuar je terus kita xyah bagi.." "alamak,dia tunggu tu.. Nak bagi bape ek.." Saya pun konon2 agak2 jela jumlah tips yang acceptable.. RM1 sama dengan 6000++ Vietnam Dong. So kalau bagi RM3 = VND 18000++ .... boleh la kot. Bantai je bagi 3 ringgit. "Can u accept Malaysian Ringgit sir?" Dengan senyum lebar dia pun jwb yes, sure. Kitorang pun senang hati la bagi 3rgt je..hehe. Then bila bukak peti sejuk baru nampak harga air mineral dlm tu USD5. Hoho.. 15rgt tu. Mula la terfikir balik, cukup ke tips kitorang bagi tadi? Entah2 dia menyumpah dapat 3rgt je. Hehe..sorry la uncle, kitorang 1st time dtg ke Vietnam ni xdapat nak agak la standard tips berapa..bunyi 18 ribu tu macam banyak sangat dah..hehe.
Malam tu free n easy, buatlah apa nak buat sebab acara rasmi hanya bermula esok, iaitu selepas kedatangan group ke 2 yang naik flight pagi. Diorang terpaksa bangun pukul 4 pagi. Nasib baik la saya masuk group yang flight mlm tu..dapat rehat lebih sket.. Disebabkan malam tu free, maka ada beberapa ofismates yang jalan2 kat area hotel.. Then tak pasal2 lak ada salah sorang kena ragut. Rantai emas disambar oleh penunggang motor..hmm.. nasib baik takde cedera pape. Memang tourist guide dari Malaysia hari tu pun dah ingatkan pasal peragut n penyeluk saku, sangat2 ramai kat sana. Maka harus berhati2 bila dtg ke Vietnam ok..!
Esoknya breakfast kat tingkat 5 (actually bilik kitorang pun kat tingkat 5, no 595)...makan macam2, rasa sume benda sikit2 tapi kalau kumpul rasanya portion besar gak la dah masuk dalam perut ni. Macam lunch + tea time pun ada. LOL. Makan nasi goreng (beras Siam, agak sticky la..), mi goreng (mcm mi sanggul tu), rice cake n fish sauce, pastries... dlm byk2 tu pastries je yang sedap. Huhu.. cereal dia tawar. Jus buah pun mcm xde gula langsung.. Mi goreng n nasi goreng tu kosong je.. tapi xpela lapar punya pasal, telan aje walaupun tak berapa kena dgn selera..
Lepas breakfast kitorang pergi melawat tempat2 bsejarah sebenarnya. Tourist guide kitorang untuk hari tu sehingga la hari terakhir nama dia Malik. Khairi jaga group lain lak. Mula2 dia nak bawak gi Istana Presiden.. tapi tetiba polis dia dah bersusun kat luar pagar tu, xbagi kitorang masuk. Xtau la reason sebenar kenapa xbagi masuk, tapi apa yang saya faham drpd Malik, kadang2 memang polis dia buat macam tu, suka2 hati diorang la sebab diorang komunis. Dia cakap,"We have only one party here. Communist party. Sometimes this thing happen (to tourist).. we cannot do anything, so sorry.." Apa2 yang dia elaborate lepas tu saya dah xphm...huhu. Kitorang pun terus dibawa melawat tempat lain lak, --> Old Saigon Post Office, Notre Dame Cathedral (tengok dari luar jela..ramai je yg cina masuk je bgambar dlm tu..), pastu pergi lunch kat Saigon Seri Penang. On the way gi lunch tu saya tanya semula, " So what about the palace? Is it cancelled already? No more chance to go?" Dia pun geleng je..no more chance..
Makanan kat Saigon Seri Penang tu biasa jela..dia hidang makanan Malaysia. Tomyam, sayur goreng, kari ayam, ayam masak rendang kot tapi mcm kering sket.. Lepas makan, gi melawat War Remnants Museum..pun biasa2 je. Just tengok gambar2 mangsa perang, alatan perang.. Then kitorang gi Lacquer Warehouse. Ni tempat buat pinggan atau hiasan mcm seramik..dengan lukisan cantik2, tapi confirm mahal la sebab kualiti tinggi. Sekadar tengok ajela.. pasu seramik kecik pun dia ada tag 235, ingatkan 235 dong. Rupanya 235,000 dong. Xpayah letak 000 sebab memang standard barang sana puluhan ribu dong ke atas. Masuk toilet pun kena 1000 dong (15 sen).
Still xbeli apa2 kat sana sebab mahal, then kitorang mintak kat Malik nak singgah solat kat masjid. Dia pun bwk kitorang ke satu2nya masjid kat Ho Chi Minh. Masjid lama yang dibina oleh India Muslim xsilap..kebetulan ada majlis akad nikah kat situ. Selesai solat, kitorang pun tanya orang pempuan kat situ, "What happens here?" (kitorang assume je tadi akad nikah, mana la tau kot majlis lain kan).. Ada kakak tu jawab, "Itu orang baru masuk Islam, kahwin..." Err...malu lak kita gi tanya dlm BI..hehe..saya pun cakap, "oh, boleh cakap bahasa melayu ye.." "Ya, kami orang Cham.." Oh, patutlah..memang orang Cham pandai bahasa melayu. Cuma sebutan dia mcm baku sket la.. seingat saya orang Cham ni ramai kat Kemboja.
Selesai solat, kitorang dibawa ke Saigon Square & sebuah kedai pakaian muslim. Kat Saigon Square xbest. Orang xfriendly langsung & harga mahal, fixed price lak tu. Harga t-shirt pun bila convert dlm RM jadi lagi mahal lak drpd kat Malaysia. Tapi kat kedai pakaian muslim tu best.. nama kedai tu pun Baju Kurung, memang ada jual baju kurung pun.. tapi lebih banyak kain la.. Kat sana dapat la angkat jubah satu untuk mak. Hehe. Half price berbanding yang ada kat Jalan TAR. =)
Time nak kuar kedai tu tetiba hujan lebat lak, dan yang menariknya, penunggang motor xde sorang pun yang berhenti. Pakai baju hujan n terus je bwk motor, ada jugak yang selamba redah hujan lebat tanpa baju hujan. Xhabis2 kagum dengan cara diorang. Hehe. Sebut pasal trafik di HCM, motor memang penuh kat jalan, kitorang dlm bas cuak sesangat bila situasi bas nak belok ke kanan dan motor di kanan bas tu nak terus atau belok ke kiri. Bas sedang membelok dan 2-3 motor sempat menyelit lagi potong bas tu. Jalan kat sana memang kucar kacir sket.. Even one way pun boleh jadi 2ways kdg2, dan ada jugak motor buat pedestrian walk tu jadi jalan raya diorang. Masa nak lintas jalan sangat la horror. Sebab motor2 sana xkan berhenti. Sama ada dia slow atau dia ke tepi sket selagi ada ruang supaya dia xlanggar kita yang tengah melintas. Win-win situation la jugak sebab dia xperlu berhenti, kita pun selamat melintas tanpa ada kemalangan... =D
Kebanyakan perempuan Vietnam cover seluruh muka dan badan mereka untuk protect kulit. Lagi putih bermakna lagi cantik. |
Kabel kat HCM yang sangat complex. Bukan satu, tapi SEMUA pun mcm ni. |
Detik2 sebelum lintas jalan.. |
Malam tu kitorang makan kat Restoran Empat Musim, masakan Melayu jugak. Yang jaga kedai tu pandai cakap Melayu sebab dia pun orang Cham. Ada sorang ofismate ni nak mintak top up lauk, dia pun speaking lebih kurang jela dengan waiter tu, " Can we have more of this.. top up please.." dan waiter tu pun jawab, " Ok, sat lagi mai.." Haha. Malu sekali lagi. Kitorang beria je speaking tapi diorang rilek je jawab dalam bahasa melayu. =P Terkejut dengan slang yang kuar, ofismate tu pun tanya, orang Kedah ka.. Melayu ka..? Dia kata tak, dia orang Cham, tapi pernah duduk Kedah dulu. Kuat lagi rupanya slang Kedah tu. Makan kat situ best, saya tambah nasi 2kali sebab asam pedas dia. Tapi kalau makan kat situ saya sarankan order la air lain ye..plain water dia masin gitu. Xtau la nape. Kita mintak mineral water pun rasa air tu masin gak. Last2 sume orang order air, saya order bandung. Dia eja sebagai Ban Dung, VND 30000. RM5. Hoho. Mahal kan?
Lepas balik hotel, ramai yang kuar balik gi night market. Saya rehat ajela...ingat nak online fb tapi ntah nape xlepas2 masuk fb guna wifi kat sana. Tido awal sebab esoknya ada conference kul 8pagi. Lepas conference yang mengantukkan, kitorang gi lunch kat Seri Penang lagi. Then gi Ben Thanh Market untuk team building activity. Time ni la paling best sepanjang trip tu. Setiap kumpulan diberi tugasan treasure hunt, dan ketua kumpulan kitorang bahagi2kan tugas. Saya dengan partner, kena kumpul duit kertas n syiling Vietnam dan cari gambar pasu yang sebijik dlm paper tu. Lepas 15minit, kitorang dapat sume kecuali duit syiling 200 dong. Puas saya tanya tapi sume kata xde. Yang auntie2 lagi teruk. Siap halau je sebab dia tau kita xnak beli pape kat kedai dia. Then agak geram bila rakan dalam group yang berbangsa cina pergi tanya balik auntie yang sama yang halau saya tadi, boleh pulak auntie tu layan elok2. Sebab diorang cakap Kantonis ke? Huh.. anyway, dipendekkan cerita, kitorang hanya berjaya dapat 200 dong tu bila tawarkan 1USD untuk tukar dengan sesiapa yang ada. Diorang cakap duit tu nilainya terlalu kecil, so orang jarang guna, kira macam dah nak mansuhkan la jugak.. tapi pandainya ambik kesempatan. 20000++ dong untuk tukar dengan 200 dong. Hmmm....
Selesai hantar jawapan, kitorang boleh la start shopping.. Orang2 kedai kat sana memang style ganas gak la. Diorang siap tarik tangan kita suh benti tengok brg, and once dah benti tu memang payah la nak lepas. Lepas satu, satu brg dia kuarkan suh kita beli. Then bila kita cakap dengan polite "no, thanks" diorang siap jeling dan hempas kain/baju tu sambil mebebel dlm bahasa dia. Maka, kalau xde niat nak beli jangan la gatal2 nak benti belek2 atau tanya sekadar nak survey harga. Bila dah jumpa barang yang betul2 berkenan saja, barulah tanya harga, then tawar 50% terus. Stick dengan harga yang kita nak, jangan naikkan sikit2. Last2 dia akan bagi jugak harga yang kita nak tu asalkan kita beli =)
Sebahagian suasana dalam Ben Thanh Market |
Saya berjaya dapatkan 3 pasang telekung dan 3 pasang kain sutera Vietnam dengan harga 30-35 ringgit sepasang. Kalau kat Jalan TAR memang 100rgt ++ la sepasang. Niat di hati nak beli banyak lagi benda tapi xcukup duit dah. Haha. Nyesal lak xbwk duit lebih. Xsangka la harga barang2 sana ratus ribu dong.. Time nak kuar dari Ben Thanh, terserempak dengan sorang budak perempuan, lebih kurang 6-7 tahun kot, dia jual kipas. Dia tanya saya, "What do you buy? How much you get?" Saya kata, "Telekung, one pasang 30ringgit.." Dia pun terus jwb, "Expensive. You can get only 25ringgit for one pasang, but..at night market." Saya tanya, "For day market?" Dia jwb, "For day market it is correct (RM30 sepasang)." Sorang ofismate tanya dia, "What about me? I buy 3 pasang Vietnam silk at 100ringgit." Dia kata, "Correct. There is only one shop selling 3pasang at RM100. So you go to the correct shop." Budak tu pun cerita banyak lagi benda pasal market tu..last2 kitorang cakap thank you sebab tolong bagitau. Ofismate tu pun hulur 50000 dong kat dia (lebih kurang RM8), dia pun jauhkan diri, "I don't want you to give me money, I want you to buy." Tapi xde sorang pun antara kitorang nak beli kipas...so lepas ckp2..then budak tu pergi je. Sian lak. Dia pandai banyak bahasa. Dia boleh cakap Melayu sket, pandai cakap Mandarin.. BI pun boleh tahan. Saya tanya, where do you learn to talk in Malay and English? Dia ckap, I go to school. Sambil senyum nakal. Memang xcaya la.. Budak tu jugak berjaya buat production manager kitorang beli 3 set kipas daripada dia. Sebab dia cakap kat budak tu, if you can speak in Mandarin then I will buy 3 packs of fan. Sekali budak tu speaking Mandarin. Haha, melayang RM30. Satu set ada 3 kipas, Rm10. Xleh tawar harga lak tu.. pandai tul budak ni wat bisnes.
Sepanjang ada kat sana, kelihatan ramai budak2 perempuan jual2 barang, dengan mcm2 modal untuk pancing orang beli, ada budak kecik dalam umur 4-5 tahun siap bawak baby lagi dlm kain yang kendong kat belakang. Kesian, tapi mungkin sebenarnya sindiket yang kawal diorang ni.
Malam tu kitorang makan seafood dinner, cruise atas bot. Ada satu meja khas untuk orang alergik seafood macam saya. Hehe. Segala award diberi pada malam tu termasukla hadiah untuk pertandingan team building siang tadi. Tak disangka group saya menang nombor 1. Haha. Sebab dia kata selain markah penuh untuk semua jawapan, dia nampak kerjasama yang erat dalam kumpulan, paling dia xsangka ialah bab tukar syiling 200 dong tu dengan 1USD. Hadiahnya ialah baucer RM400 setiap sorang untuk pakej pelancongan melalui agen dia. Tapi baucer tu expire pada April 2012. Hmm.. ada cadangan nak pergi mana? Hehe. Kalau untuk bawa family, mungkin tak la jimat mana.
Pagi Ahad esoknya kitorang masih ada kesempatan untuk shopping last minute, tapi duit pun dah xcukup maka xde apa sangat yang leh saya beli.. Lunch dekat V.N. Noodle, kedai halal tapi service xbagus. Xmesra langsung, muka masam je. Menu pun macam makanan orang sakit kat kospital, haha. Nasi, telur dadar, sup kosong (tawar lak tu), then macam tomyam tapi xsedap. Flight balik Malaysia pukul 3 petang, tapi dekat pukul 1 bas dah drop kat airport. Siap boleh tdo jap..hehe. Dalam flight saya dah bertekad xmahu makan, mesti xhalal punya. Masa diorang serve, saya kata xnak, member melayu lagi 2orang kat sebelah kata lapar, so diorang ambik je. Sorang member kata, ko ambik la buah kalo xnak makan nasi dgn lauk. Xpela, buah pun saya xnak.. Saya boleh tahan je, lagipun penerbangan cuma 2jam maksimum, dah nak balik Malaysia pun. Saya pun jenguk la member sebelah makan apa. Ada nasi dengan ikan, buah, pastu ada salad. Saya tanya, ni salad apa? Diorang pun xtau. Then saya suruh tanya stewardess tu, dia ckap, oh, this is pork. Dua orang member ni pun terus pulangkan bekas salad tu. Nasib baik tanya. Huhu.
Antara fakta menarik tentang orang Vietnam ialah mereka makan ayam sebulan sekali je, sebab ayam mahal. Dan sebab tu juga mereka semua kurus2, jarang nampak orang Vietnam gemuk kecuali yang dah tua2. Tapi, ada orang cakap kat saya, orang Vietnam ni makan anjing. Sebab tu xnampak anjing kat sana, kecuali yang orang bela. Anjing jalanan memang confirm xpernah nampak kat sana. Satu lagi ialah had laju kat highway sana adalah 100km/j. Memandangkan jalan raya sana sentiasa penuh dengan motor, diorang memang xleh nak bawa laju sangat pun, (mat rempit Malaysia confirm mati kutu la kalau dtg ke sana..) oleh itu jarang la berlaku kemalangan ngeri. Malik sendiri cakap, masa dia datang Malaysia, dia takut sebab orang Malaysia bawak laju sangat. Yup, setuju. Tapi payah kot kita nak bawak slow kat Malaysia. Lambat2 memang kena hon la. Siap kutuk nak bersiar2 ke apa..
Apa pun, pengalaman ke Ho Chi Minh saya kira sebagai biasa2 saja, best hanya part shopping kain. Itu pun melayu je kot yang enjoy shopping sana. Ramai ofismate cina cakap, kalau diberi peluang ke sana lagi, diorang xnak pergi dah sebab orang sana xfriendly. Saya? Boleh je...kalau untuk borong kain. Haha.
Tourist Guide kami semasa di HCM: Truong Hoang Khang (Malik)
Add: 144 Xom Chieu Str, Ward 14, Dist. 4, HCM City
Tel: +84 909 981 279
Email: hoangkhang_truong@yahoo.com
4 comments:
wah, bestnye adiah.. jom2x.. ak temn..mne maw pegi??hahahaha~~
hahha..bunyi jek macam best. Tapi bila pikir2 balik mcm membazir lak kalau g melancong semata2 nak tebus baucer tu.haha..em mana yg murah ek.? ;p
kite g jepun mahu?? hahaha.. msti xtermasuk snaraikn?? ok, kite g thailand jer.... hahahaha=p
kalau dapat baucer rm4000 boleh la kot ke jepun..haha..
Post a Comment