Thursday, March 13, 2014

4 - 5 months ;)

Assalamualaikum w.b.t.,

Sambungan pengalaman pregnant:

4 bulan
Saya masih lagi tak boleh makan nugget, fish ball, chicken chop, daging burger, ayam goreng tepung macam KFC tu, even bau kat pasar malam pun rasa pening. Pastu tambah lagi, dah tak suka bau suami. Haha. Rasa macam busuk je... Bau ubat gigi pun tak boleh. Time gosok gigi je mula asyik nak muntah tapi tak muntah pun. Ada la sekali dua je muntah sebab baru lepas makan. Bau perfume, syampu, shower foam, softener semua buat sesak nafas dan rasa nak muntah. Maka dah tak dapat la pakai perfume favourite, Romance. Huhu.

Pada awal bulan 2, saya, suami dan family saya pergi kenduri sepupu saya di KL. Majlis nikah buat lepas Zohor, so benti solat Zohor dulu kat masjid. Masa tu memang batuk tak sembuh2 lagi walaupun dah banyak makan ubat batuk yang doktor bagi. Dah 2 botol habis. Tengah solat tetibe sepupu perempuan yang ada kat belakang saya sembur perfume. Saya pun dah rasa pening dan nak muntah tapi tahankan juga sebab dah tahiyat akhir. Baca tahiyat, bagi salam sekali je then terus batuk2. Saya cover dengan dua2 tangan sebab dah rasa macam nak muntah. Memang muntah betul2. Nasib baik dapat tadah dengan telekung (sendiri punya) dan takde terkena kat karpet masjid. Keluar semula apa yang dah makan tengah hari tadi. Sian mak kena tolong bersihkan telekung. Huhu.

Masa tu baru pecah rahsia dengan sedara-mara saya dah pregnant. Walhal muntah bukan sebab pregnant, tapi lebih kepada sebab batuk rasanya. Hehe. Baru tau juga isteri2 kepada lagi 2 orang sepupu saya pun pregnant, due date lebih kurang je dengan saya. Dan ada sorang lagi sepupu yang baru 2 bulan pregnant kembar, so kalau ikutkan bakal ada 5 cicit wan saya lahir tahun ni. Hehe. Borak2 dengan mak sedara, dia cakap stop makan limau Sunkist dan anggur sebab tu yang boleh trigger gatal2 tekak dan batuk. Oh, ingatkan tu yang boleh bantu sembuhkan selesema dan batuk sebab tinggi Vitamin C.

Buka buku mengandung putih (Al-Farabi)
Saya buka buku di Al-Farabi, sebab yela kalau buka kat klinik kerajaan nanti kena leter la kenapa buka buku lambat kan.. So plan buka buku di swasta, follow up nanti tengok la sama ada kat Al-Farabi lagi atau kat klinik kerajaan je. Lagipun minggu pertama bulan 2 tu saya dan suami dah masuk rumah baru kat Kemaman, Alhamdulillah.. mungkin lebih mudah follow up dekat Kemaman je. So, pada 7/2/2014, Jumaat, kitorang gerak ke Al-Farabi untuk buka buku. 

Masa saya dapat masuk bilik doktor, suami takde sebab pergi solat Jumaat. Doktor suruh saya pergi test air kencing dan timbang berat, pastu amik darah. Ini untuk cek kumpulan darah, thalassemia dan HIV. Berat masa ni 55.4 kg. Pastu doktor scan, ukur baby. Tempoh mengandung dah 17.4 minggu, dan due date 19/7/2014. Kalau ikutkan tarikh last period dulu 6/10/2013, due date 14/7/2014. Tapi doktor kata takpe sebab tak lari jauh sangat. Masa scan tu nampak baby dalam keadaan macam mencangkung, tangan dia dua2 macam mencakar2 laju. Doktor kata, ha tengok baby awak buat apa la tu.  Nampak jelas kepala, tulang belakang, tulang peha, segala tulang2 la jelas sebab doktor kata kalsium warna putih, paling jelas boleh nampak dalam scan. Rasa terkilan lak suami takde nak tengok. Huhu. 

Gambar belah kiri nampak badan baby: tulang belakang, tulang peha
dan sebahagian kepala. Baby macam mencangkung n membongkok.
Gambar belah kanan: just kepala

Doktor tanya dah rasa baby gerak belum. Saya kata belum. Macam ada denyut2 tapi tak pasti la baby gerak ke apa. Doktor kata takpe, lepas ni akan rasa. Doktor bagi pil kalsium, pil Iberet Folic Acid dan krim untuk ekzema, sebab dia tengok saya ada ekzema. Total RM142. Hoho. Kena bayar sendiri sebab kad tak cover untuk maternity. Haih. Tak sangka la mahal sangat. Next appoinment adalah lebih kurang sebulan dari sekarang, dalam 7/3/2014.

5 bulan
Bila kandungan dah masuk 20 minggu, saya ajak suami pergi teman nak bukak buku kat klinik kerajaan kat Kemaman since dah pindah sini. Nanti lewat2 takut kena marah lak walaupun dah buka buku kat swasta. Tapi masa kitorang datang tu pukul 3 petang, dia dah tak terima sebab dia kata lambat nak habis sesi. Patutnya datang pukul 2. Tanya2 apa yang lama sangat, nurse tu kata nanti nak jumpa doktor, kena cek air kencing dan amik darah.. Jumpa doktor tu saja dah sejam. Eh? Lamanya. Tengok orang takdela ramai sangat. Disebabkan dia memang tak nak terima so kitorang balik jela dan plan datang hari lain.

Masa kandungan nak masuk 20 minggu ni dah start rasa baby gerak. Sebab rasa macam mengeras kadang2 kat bawah perut dan rasa geli2 jugak bila banyak kali gerak. Pernah masa mengaji dengan suami, masa tu suami tengah bacakan tafsir, tetibe saya tergelak. Tak tahan geli. Pernah juga ada satu hari tak dapat rasa dia gerak then dah risau. Nasib baik next day rasa semula...semalamnya tu tidur je agaknya =P

Buka buku mengandung pink (kerajaan)
Pada 5/3/2014, dalam pukul 9.45 kitorang pergi lagi ke klinik kesihatan tu untuk buka buku. Alhamdulillah tak kena marah pun cuma ditanya la kenapa bukak buku lambat sangat, dah 21-22 minggu. Tunjuk jela buku putih hari tu. Hehe. Dia bagi 2 copy buku suruh isi details, nanti 1 buku kita simpan, 1 buku klinik simpan. Cek berat, 58 kg. Amik darah untuk cek kumpulan darah, thalassemia dan HIV. Tapi kat Terengganu ni, suami pun kena amik darah untuk cek HIV. Cucuk sikit kat jari je. Yang kita ni memang kena amik kat lengan la. Pastu hantar sampel darah ke makmal, cek air kencing lak. Dah siap, pergi balik ke klinik ibu dan anak untuk cek perut dan breast. Nurse yang cek, dia ukur perut dan cek breast kalau ada ketulan atau apa2 yang tak normal. Pastu kena datang balik pada 10/3/2014 untuk minum air gula dan jumpa doktor. Hari tu nak jumpa doktor dah tak sempat sebab appoinment dah full.

buku Al-Farabi & buku klinik kerajaan

Setakat ni, dah boleh makan daging burger, chicken chop, fish cake, sebab dah kurang rasa loya nak makan sume2 tu. Dah ok sikit bila bau perfume, ubat gigi, syampu, sabun basuh baju dan softener. Tapi...dah start kebas2 tangan. Asalnya sikit2 je kebas sejak minggu lepas, iaitu sebelum buka buku lagi. Masa tu masih boleh drive lagi masa balik Maran, suami tidur kat sebelah dan saya start bawa dari RnR Kuantan hingga ke Maran. Tangan kanan kebas, pegang stereng dengan tangan kiri je sambil genggam-lepas-genggam tangan kanan. Pastu tangan kanan dah ok, tangan kiri lak kebas. Nasib baik gilir2...kalau serentak kebas bahaya juga sebab tengah drive laju kat highway.

Dah masuk seminggu, lama2 kebas makin kerap dan makin sakit jadinya. Nak siang ikan pun tak boleh sebab tak dapat genggam pisau kuat. Paling sakit bila baru bangun tidur, walaupun tangan tak kena tindih dengan bantal ke apa. Tempat paling sakit ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Tiga2 jari ni bila bengkokkan masa genggam rasa "ketat" dan tak boleh lentur lenturkan ke belakang pun. Jari manis dan jari kelingking ok je.. 

Bila rujuk kat nurse masa buka buku tu, nurse kata maybe kurang kalsium. Nanti kalau tak ambil cukup kalsium awak akan start sakit gigi, sakit dalam tulang.... Dia suruh minum susu banyak2, then bagi Vitamin C dan pil zat besi. Tapi kadang2 je saya makan sebab bila compare dengan pil Iberet Folic Acid yang Al-Farabi bagi hari tu, kandungan vitamin dan mineral dia lagi tinggi. Contohnya Vitamin C yang klinik kerajaan bagi, kandungan dia 100mg per tab, makan sekali sehari, tapi Iberet Folic Acid ada 500mg ascorbic acid per tab, pun makan sekali sehari. Makan sebiji je dah lengkap folic acid, vitamin c, iron, dan lain2 mineral.

Kemudian ada lagi benda lain yang menimbulkan tanda tanya. Lebih kurang 2 hari lepas buka buku iaitu pada Jumaat, 7/3/2014, saya perasan semua kuku kaki saya berwarna pink. Macam masa kecik2 dulu kita warnakan kuku dengan magic colour, pastu sental nak bagi padam takut mak nampak tapi kesannya tetap ada...ha lebih kurang macam tu la. Kuku kaki tak pula rasa sakit, dan takde rasa sejuk ke panas ke. Puas saya cari kat internet pasal nails turn pink during pregnancy, tapi tak jumpa2 juga jawapannya. 

Pada 10/3/2014, saya kena datang pukul 8 pagi untuk minum air gula dan jumpa doktor pada pukul 9 pagi. Dah start puasa dari pukul 10 malam semalamnya. Tunggu punya tunggu, turn saya ambil darah dan minum air gula pada 9.10 pagi. Kena tunggu 2 jam baru ambil darah semula, pastu baru boleh makan dan minum. Pengalaman minum air gula, erm...gelas besar, terkejut gak tengok, mula2 minum boleh la terima rasa dia. Nak masuk separuh gelas dah batuk2 sebab tekak rasa perit pekat sangat gula. Alhamdulillah tak loya mahupun muntah sebab kalau muntah kena repeat minum (@_@) .....

Pastu dapat turn jumpa doktor pukul 10.15 pagi. Dia scan kejap je sebab setakat nak ukur baby, saya pun tak sempat sangat nak tengok baby gerak macam mana, tapi kedudukan baby macam dia baring terlentang. Saiz dia macam muat2 kantung dia. Kalau masa scan kat Al-Farabi dulu saiz dia macam kecik lagi dan banyak ruang untuk dia gerak sana-sini. Macam tengah menyelam dalam kolam renang je, bebas nak pusing2. Sekarang macam dah takde ruang untuk dia gerak bebas ke melompat ke, haha.

Saya tanya boleh tak saya minta suami masuk? Doktor kata, em, ok.. Saya call suami untuk masuk tengok masa dia scan, sebab dulu dia tak dapat tengok..tapi tetibe doktor kata ok dah siap. Dia biarkan je saya dengan gel kat perut yang tak lap. Saya tunggu jela sambil call lagi suami tapi rupanya suami tak bawa handphone. Nurse pun kata, nape awak tak turun lagi? Dah siap kan? Saya pun kata ni tak lap lagi. Rupanya dia expect saya lap sendiri. Huhu.

Then saya pun cakap la pasal tangan kebas makin kerap dan kuku kaki tetibe jadi warna pink. Doktor kata tangan kebas tu biasa, kena minum susu banyak2, tapi kalau sakit sangat datang semula klinik dan dia akan tulis surat rujuk ke pakar. Yang kuku jadi pink tu, doktor pun tak tau sebab apa. First time dia nampak, tapi dia just ambil gambar dan rujuk kat pakar. Kalau papehal nanti klinik akan inform semula. Semua nurse dan ibu2 mengandung lain yang saya tunjuk kuku pink tu kata tak pernah nampak macam tu, siap cakap eh cantiknya... kalau buat cantik je takpe, jangan ada benda lain lak kan...mintak dijauhkan penyakit2 masa mengandung ni..

Saya tanya kakak ipar yang bekerja sebagai nurse, dan kawan2 yang bekerja sebagai doktor. Kakak ipar saya pun tak pernah tengok kes macam tu, dia rujuk pada pakar sakit puan. Pakar tu pun kata tak pernah jumpa kes ni, tapi dia kata jangan risau sebab bukan biru atau pucat. Kalau jadi biru/pucat maybe masalah jantung. Nauzubillah. Setakat ni, kawan saya yang doktor kata dia pun tak tau...dia akan rujuk kat bos dia pulak. Harap2 ada la jawapannya... =)


My first trimester ;)

Assalamualaikum w.b.t.,

Rasa nak jot down tentang pengalaman mengandung lak, supaya sendiri boleh baca balik, & sape2 yang ada similar experience pun boleh tau, oh ada jugak orang lain yang mengandung kena macam ni... hehe. Nak diikutkan, saya pregnant lewat juga, kira2 8 bulan kawin baru lekat.. Mungkin sebab duk jauh2 so jarang dapat jumpa, satu lagi sebab period tak teratur.

Bab period tak teratur ni, mula start lepas kawin. Masa tu 7 minggu tak datang period so ingat, eh dah pregnant ke ni? Bila buat test guna test kit yang beli kat farmasi, satu line je. Takpela tu. Pastu period seminggu, then tak period 7 minggu lagi.. seterusnya macam tu la, 6-7 minggu tak period. Setiap kali tu juga buat test tapi frust akhirnya sebab satu line je naik. 

Dalam bulan 7 tahun lepas saya dan suami pergi ke Al-Farabi kat Kuantan untuk rujuk kat doktor, minta scan sekali kot2 ada pape masalah.... sekaligus nak tanya pasal period pain sebab kadang2 sakit kuat sampai tak tahan. Kalau sakit kuat tu memang saya kena ambil MC dan duk baring kat umah, tuam perut dengan beg air panas. Tambah lagi dengan long cycle yang jadi tetibe ni menambah lagi risau di hati. 

Berkenaan period pain tu, doktor suruh je makan ubat tahan sakit. Dia kata takde effect apa melainkan tahan sakit je. Saya ok jela tapi dalam hati, tak nak la saya ajar makan ubat selalu. Kang badan penuh toksin ubat je. Then doktor tanya, how soon u wanna have baby? Dia kata kalau nak cepat, dia boleh arrange untuk sesi rawatan kesuburan. Cek kesuburan dan tengok apa cara yang boleh pakai untuk dapatkan baby. Saya pun jawab, tak kisah lagi doktor. Sebab baru tahun ni kawin. Dalam lebih kurang setahun lepas kawin kalau tak dapat juga baru usahakan..

Doktor kata daripada scan nampak normal je, takde apa masalah. Period jadi tak teratur ni maybe sebab hormon. Tapi disebabkan period tak teratur ni juga, maybe saya akan susah sikit nak pregnant sebab tak tahu bila tarikh subur. Dia tanya lagi, how frequent you have sex? Erk..?? Yang ni saya dan suami terkedu nak jawab. Kitorang kata, kitorang jumpa pun sebulan sekali je doktor. Doktor kata, ok so katakan sebulan sekali. Dia pun tunjukkan kiraan tarikh subur, katanya orang yang kitaran haid normal pun ada lebih kurang 25% peluang untuk mengandung. Inikan pula orang yang kitaran haid tak teratur, dan lebih2 lagi jarang "bersama". So dia pun kata jangan risau, ini adalah normal untuk kitorang lambat dapat baby, that's why dia cadangkan ikut sesi kesuburan tu. Kitorang kata takpela, hold dulu. Setakat ni nak tengok kalau ada pape masalah kat rahim ke etc.. kalau takde Alhamdulillah..

Lepas2 daripada tu pun kitaran period masih lagi long cycle dan ada sekali tu sakit sangat, tapi saya cuba tuam jela macam biasa. Suami carikan Shaklee dealer dan belikan Shaklee GLA untuk saya. Kalau ikut effect pengambilan dia, boleh betulkan kitaran haid, kurangkan period pain, dan bantu pasangan yang susah dapat baby. Ok boleh cuba ni. Kalau nak pregnant, makan bermula daripada hari 1st period, then agak2 bila tarikh subur tu berhenti makan. Then tengok la pregnant ke tak. Kalau period juga, sambung la balik makan. Macam tu la rasanya. So saya pun buat la, hasilnya memang sakit senggugut tu kurang. Tak payah tuam, boleh buat kerja. Alhamdulillah. Then agak2 sampai tarikh subur, saya berhenti makan. 

Mula2 tu 5 minggu tak period, ingat dah ada harapan dah... ;) sekali lepas tu period juga.. So sambung balik makan baki yang ada daripada satu botol tu. GLA tu habis sebelum sampai tarikh subur yang saya agak. So saya biar jela, cakap kat suami tak payah repeat order lagi. Nanti nak dekat2 period semula baru order balik seandainya test pregnant negatif. Masa tu bulan Oktober 2013. Dah start musim tengkujuh. 

1st trimester
Lepas 7 minggu, saya masih juga belum period. Pada 25/11, saya start gatal2 hidung dan tekak, maybe sebab semalamnya makan sate, dan kuah sate tu ada letak belacan kot. Tak berani lagi nak makan ubat sebab takut pregnant ke.. sebab hasil bacaan kat internet memang tak leh makan sebarangan ubat masa pregnant.

Dua hari lepas tu, jadi selesema teruk, hidung berair dan kepala pun sakit. Terpaksa minta mak tolong picitkan kepala. Dah tak tahan sangat so memang rasa nak makan ubat. Dekat tengah hari baru nak gi mandi, tengok test kit ada tinggal satu je lagi, guna jela. Dalam beberapa saat, naik 2 line pekat. Eh? Betul ke ni... Berdebar. Saya pun tunggu lagi kot2 lepas tu line yang kedua tu hilang ke..tapi tak, dia kekal jugak. Oh, maybe dah pregnant ni. Terus semangat mandi segar2 dan tak nak makan ubat. Tunjuk kat mak, then mak kata Alhamdulillah, tapi nanti gi klinik dulu confirmkan. Yela tak berani nak happy sangat lagi, mana tau test kit ni tersalah ke kan. Malam tu, before tido makan sebiji ubat selesema sebab tak tahan dah. Sambil doa moga2 takde apa effect kat janin. Niat satu je, nak sembuhkan selesema yang makin teruk.


Esoknya, 28/11 suami balik rumah dan barulah saya bagitau dia. Happy...! Tapi hold dulu jangan happy lebih2 sebab nak gi confirmkan kat klinik dulu. So esoknya, Jumaat kitorang gi kat Al-Farabi lagi (reason utama gi sana sebab panel company husband, dan doktor dia specialist untuk sakit puan). Gerak lepas Jumaat, gi Jabatan Imigresen dulu sebab nak gi collect pasport suami. Pasport dah siap hari Isnin, kitorang nak collect hari Jumaat tapi sejam tunggu baru dapat. Huh. Seolah2 baru buat pasport hari Jumaat tu jugak. (-_-)  Pastu dah lapar, gi makan kat Tanjung Lumpur. Dalam pukul 5 lebih baru gerak ke Al-Farabi, tapi tengok2 dah pindah lak ke kawasan dekat Tunas Manja transit. Dia tutup 6 petang dan bukak semula 7.45 malam.

So lepas solat, dalam 7.50 malam kitorang sampai kat Al-Farabi. Dah ada 4-5 orang. Macam biasa kat sana memang lambat yang amat...8.40 malam baru dapat masuk bilik doktor. Bagitau doktor yang saya cek pregnancy guna test kit, positif, so nak confirmkan. Doktor terus ucap tahniah. Dia kata tak payah repeat test sebab kalau dah positif tu memang sah, unless line yang kuar tu samar2.

Dari scan, boleh nampak kantung baby. Tapi tak nampak la sel baby dalam kantung tu. Doktor ukur saiz kantung, usia kandungan lebih kurang 6 minggu. Tapi dari kiraan ikut last period, patutnya usia kandungan dah 7 minggu. Doktor kata maybe sebab period tak tetap, susah sikit nak kira due date. Tapi pakai jela dulu ikut ukuran kantung. Itupun doktor kata, walaupun period tak tetap, lekat juga ye awak... Biasanya orang yang period tak tetap ni, 4-5 tahun baru dapat...Alhamdulillah..

Doktor suruh datang lagi 3 minggu untuk scan semula, nak tengok jantung. Sebab sekarang belum ada jantung lagi. Time ni suami saya confuse, dia tanya, so doktor.... confirm dah ke pregnant ni? Doktor pun kata, awak ni....kan tadi saya dah tunjuk ada kantung masa scan... Hehe. Dia ingatkan kantung tu sume pempuan ada, and sebab tak nampak pape dalam kantung tu so confuse la. =P 

Doktor kata InsyaAllah kalau panjang umur, kita jumpa lagi 3 minggu untuk scan tengok jantung. Tapi kalau scan nanti takde, jangan sedih, maybe Allah kata Dia nak pinjamkan kat kita sekejap je, maka kejap jela kita dapat.. Betul la kata doktor tu. Jangan happy sangat2 awal2 ni, dan jangan sedih sangat kalau nanti kandungan tu tak jadi.. Doktor bagi ubat batuk dan asid folik. Cas RM64. Tapi takpela sebab company bayar. Hehee...

Malam tu call family n family mertua bagitau good news. ;) Pastu gi makan Domino's nak celebrate lah sikit. Saje2 sebab memang nak makan Domino's pun. Hari yang penuh dengan menunggu sebab dari Jbt Imigresen ke Al-Farabi sehingga la Domino's asyik menunggu je keje kitorang. Esoknya, 30/11 suami balik semula ke Kemaman. Dah start hujan sampai Sri Jaya banjir kilat. Dalam 2-3 hari berikutnya memang asyik hujan tak henti2 sampai banjir la kawasan perumahan, cuma rumah saya selamat la, Alhamdulillah. Time ni jugak la yang start banjir besar kat Kuantan dan Kemaman tu. Minggu seterusnya suami tak dapat balik sebab jalan Kuantan-Kemaman tutup. 

Lepas 3 minggu, Alhamdulillah masa tu banjir kat bandar Kuantan dah surut (tinggal beberapa kawasan perumahan yang masih banjir paras pinggang) dan boleh la gi follow-up scan. Pada 20/12/2013, ikutkan scan dah 9 minggu 5 hari. Dah nampak denyut jantung yang sangat laju...nampak macam dot je sebenarnya dalam kantung tu. Doktor kata tak payah bukak buku lagi, kalau nak bukak buku datang sebelum minggu ke 20. Doktor bagi lagi asid folik dan ubat batuk lagi tapi kali ni tak leh claim lak. Sebab kad AIA company suami rupanya tak cover untuk maternity. Kwang3...

Sepanjang 1st trimester ni, boleh kata selesema tak baik2 pun. Dah try macam2 selain makan ubat, wapkan muka dengan air panas, sapu Vicks, buat air honey lemon suam, banyakkan makan limau Sunkist sebab nak Vitamin C la kononnya...still tak berjaya. Ada la dalam 3 kali saya makan ubat selesema sebab tak tahan sangat dan risau jugak kalau asyik sakit berpanjangan. Setiap kali makan ubat tu selawat dan doa supaya tak jadi pape yang tak elok pada kandungan. 

Alahan pula, Alhamdulillah takde apa alahan morning sickness ke tak selera makan ke. Cuma ada sesetengah benda saya rasa loya nak makan, macam nugget, daging burger, fish ball, keropok lekor..tak pasti sebab minyak ke atau bau daging yang buat loya. Ada sekali tu mak masak fish ball goreng sambal tumis, saya siap amik 4 biji letak dalam pinggan sebab memang favourite kalau ada sambal tumis. Sekali bila suap sebiji, terpaksa kuarkan balik sebab tetibe rasa kembang tekak. Last2 berjaya makan separuh biji je, yang lain saya basuh dan bagi kucing kat luar umah makan.

Ada jugak masa tengok tv, nampak iklan nugget Marina, terus rasa loya tengok nugget sepinggan tu. Terpaksa tengok kat tempat lain dulu. Hadoi. Then time rasa nak makan burger lak, suami belikan, saya makan sikit2 sebab rasa kembang sangat tekak nak telan. Nugget pun macam tu. Last2 tak rasa dah la nak makan sume tu termasukla pizza, KFC, dan apa2 saja yang seangkatan dengannya. Nasib baik ayam goreng kunyit boleh makan ;)

The end untuk entri 1st trimester...sebelum tu, sape2 yang ada masalah period pain, boleh la cuba makan Shaklee GLA tu. Memang menjadi untuk saya. ;) Kalau nak betulkan kitaran haid balik ke asal mungkin perlu lebih la dari 1 botol. Untuk mengandung lak, maybe boleh cuba, sebab dalam kes saya, saya tak sure sebab GLA dah habis dulu sebelum waktunya. Hehe... mungkin boleh bantu kan? Tak salah mencuba... (p/s: saya bukan dealer Shaklee..hehe)

Thursday, March 6, 2014

Honeymoon 2: Cameron Highlands

Assalamualaikum w.b.t.,


Seronok bila sebut pasal honeymoon sebab maknanya gi bercuti ke tempat2 menarik dengan insan tersayang. Lebih kurang lepas sebulan kahwin, pada 8 - 10 Mac 2013 saya dan suami pergi honeymoon kedua iaitu kat Cameron Highlands. Saje jela makan angin sebab duk jauh2 lagipun, sekali jumpa baik gi tempat best sikit. ;)



Kitorang gerak dari PJ lepas lunch kalau xsilap, then sampai kat hotel petang dah dekat maghrib. Suami dah tempah bilik kat Casa de la Rosa, Tanah Rata. First impression, oh cantiknya hotel ni... Kat luar dia banyak bunga, dan paling cantik tugu nama hotel tu sendiri. Sorry xde gambar sebab amik dengan henset suami je, dan sekarang henset tu rosak. T_T

Boleh google la pasal hotel ni ye. Hehe.


Kitorang amik bilik standard, dapat bilik yang menghadap belakang hotel. Ada laman tapi kurang best la berbanding bilik2 yang lagi mahal yang menghadap padang golf seberang hadapan hotel. Kalau view padang golf tu memang superb la, bilik pun lagi besar. ;D  Tapi xpe bilik standard tu pun dah besar sebenarnya.



Masa mula2 masuk bilik, rasa macam xde pengudaraan so kitorang bukak la tingkap. Pun xde angin yang bertiup, bilik tu pulak nama pun kat Cameron kan, memang la xde aircond. Tapi eh kipas pun xde. Suami pun call receptionist nak minta kipas stand ke kalau ada. Receptionist kata diorang tak sediakan kipas. Pulak. Dia pun pelik agaknya kenapa la tetamu yang ni mintak kipas. Tak sejuk ke?



Pikir2 balik, memang la kitorang tak rasa sejuk sebab baru lepas angkat beg2 naik tangga. Pastu kebetulan xde angin bertiup masuk dalam bilik walupun dah bukak tingkap. Dah lepas mandi, malam tu sekali angin bertiup memang sejuk la. Rasa macam tak cukup selimut lak. Huhu. Bilik mandi best sebab ada bath tub dan air laju ;)



Malam tu kitorang pergi pasar malam kat Brinchang, saya dah target nak beli bebola keledek dan labu yang sangat sedap tu. Dah sampai sana, tengok2 xramai orang jual benda ni. Kalau ada pun gerai cina la..xberani lak nak beli. Buatnya kuali dan sudip tu pun ada guna untuk masak benda xhalal macam mana? Hmm... Dulu first time pergi Cameron dengan coursemates UiTM pada 2008, memang kitorang beli banyak, siap offer kat pakcik bas lagi nak suh rasa kesedapan bebola tu. Kalau bukan sebab bas dah nak gerak, memang kitorang gi balik naik bukit semata2 nak beli lagi. Haha.



Last2 dapat juga beli bebola tu, tapi rasanya xsesedap yang saya pernah makan sebelum ni. Then kitorang beli sayur celup tepung. Sedap! Cuma kena makan masa panas2 la..nanti dah sejuk dah tak rangup, rasa banyak minyak je. Then cari restoran Melayu untuk makan steamboat. Puas round area situ, ada 2 je restoran Melayu yang bukak. Lepas teliti menu, kitorang order nasi goreng jela. Mahal lak nak order steamboat. Suami kata, nak makan steamboat kita tengok kat hotel jela. Macam lagi berbaloi.



Esoknya, sarapan dulu kat hotel. Pilihan menu sarapan xbanyak mana sebab ruang makan dia pun kecik je. Ada lebih kurang 16 meja je kot? Tak ingat. Yang ada nasi lemak, bubur, roti, cereal, buah2an, jus, kopi n teh, pastu lain2 macam sosej, salad, cheese, chicken ham, hash brown, scrambled egg, kacang panggang...tu jela kot. Ok la kan. Tapi yang menang still Hotel Awana Genting sebab pilihan makanan untuk sarapan aje memang marvellous. Hehe. Next time nak gi lagi =P



ni meja belakang sekali, kat corner





Lepas sarapan, kitorang pergi round2 Kg. Taman Sedia. Makan aiskrim, pastu ingat nak tunjuk kat suami rumah homestay yang saya dengan coursemates duduk dulu, tapi dah lupa mana satu rumahnya. Hehe. Pastu kitorang gerak ke Big Red Strawberry Farm & Cactus Valley. Dah start ramai orang sebab hari Sabtu kan. 2 tempat ni memang wajib dikunjungi bila pergi Cameron Highlands. Sampai kat Strawberry Farm, kitorang try la menu yang menarik kat kafe dia. Resultnya, puas hati sebab apa yang kita order memang sebijik macam dalam gambar kat dinding kafe. Beratur boleh tahan panjang gak nak gi order tu. Sambil beratur tu tengok habis sume menu dia kat dinding. Pastu sebut je nombor menu tu. Bayar, pastu beratur lagi kat kaunter sebelah nak collect makanan.


kolam ikan kat Cactus Valley
lukisan dinding kat Cactus Valley
Ni la kafe kat Strawberry Farm..dinding sebelah kanan tu sume menu dia
Strawberry milk shake, strawberry sundae n strawberry waffle..yum!
Paling sedap yang sundae tu. Banyak gila strawberi pastu ngam la sebab strawberi masam, aiskrim manis. Balance. ;)  Waffle tu as expected, xrangup pun tepi2 dia. So sape xsuka waffle lembut maybe xsuka la kot menu ni. Milk shake tu sedap jugak.. ;)


Lepas puas round2, kitorang gi jalan cari tempat lain lak. Teringin nak gi Ladang Teh Sungai Palas tapi sebab masa kitorang gi tu musim hujan, cuak la nak lalu trek dia yang sempit dan berliku2 tu. So kitorang cari2 la attractions lain dan terjumpa Butterfly Farm, nak masuk tu kena bayar RM5. Mula2 tu memang taman rama2, pastu turun bawah lagi ada la haiwan lain macam serangga yang boleh menyamar pada pokok (jadi macam ranting/daun), tupai, ular, kumbang, mengkarung, biawak. Biasa jela, kat taman rama2 xbest pun sebab rama2 xbanyak, kalau ada pun asyik duduk kat net yang cover siling dan dinding. Memang jauh la dari kita yang nak menengok ni.



Pastu kitorang gi Time Tunnel lak. Saya dah pernah masuk masa rombongan dengan coursemates dulu, tapi suami xpernah. So masuk jela, bayar lagi RM5. Masuk kali kedua ni rasa ada perubahan sikit la pada barang2 dia. Best je kalau masuk tu ramai orang, tapi masa kitorang masuk just kitorang je ada dalam tu. So...sunyi la dan cuak gak sebab suasana malap je, hehe.


Amek...70 sen je dulu..
Boleh baca? Hehe..
Dari Strawberry Farm ke Butterfly Farm then ke Time Tunnel tu, memang jem memanjang. Tambahan lak hujan xhenti2 so menambah lagi tahap jem tu. On the way balik ke hotel, ada la beberapa kali kete termati enjin tetibe, benti tepi tengok air ok je, xkering. Tapi temperature tinggi. Dah dalam 4 - 5 kali mati enjin tu kitorang belok masuk ke bengkel dekat2 dengan simpang nak ke Strawberry Farm tadi. Nasib baik ada bengkel. Rupanya kipas rosak. Kadang2 jalan kadang2 x. Nasib baik juga jadi masa kat atas, kalau jadi masa tengah turun Cameron camne lak...huhu. 

kat bengkel..hujan baru berhenti
Malam tu kitorang makan kat hotel je, amik steamboat pastu air jus strawberi. Harga bape xingat dah la tapi memang banyak gila nak makan untuk 2 orang. Tak habis pun sebab dah xlarat. Esoknya, kitorang sarapan then pergi Kea Farm. Sini best la kalau nak borong sayur dan buah segar2. Pokok2 pun ada jual. Dulu saya pernah beli kaktus 3  jenis, ada satu je yang hidup sampai sekarang. Jenis yang macam pokok lidah buaya sikit tapi versi mini. Yang kaktus cantik2 bentuk kelopak bunga tu, 2 minggu je lepas balik dari Cameron dah mati dah.


Kitorang pun xbeli apa sangat, just beli strawberi nak bawak balik ke ofis. Sebelum balik, kitorang singgah ke ladang teh Bharat. Yang ni tepi jalan je, ingat nak turun tapi hujan selebat2nya, duduk jela kat kafe sementara tunggu hujan reda sikit baru sambung perjalanan. Kitorang try la scones kat situ sebab tengok reviews orang gi Cameron, ramai kata mesti try scones dengan teh kat Cameron. Sebiji RM6. Huhu. Beli jela sebiji sebab mana la tau xberapa sedap ke kan. Dia bagi butter dengan jem. Tapau je sebab kenyang lagi.



On the way turun, saya rasa pening walaupun dah cuba sedaya upaya lawan motion sickness ni... duk tengok satu pokok la, langit la, asalkan tak tengok jalan. Tapi pening gak. Masa naik ok, masa turun yang x ok. Maka tertidur jela dalam kereta. Hihi. Ada satu tempat masa turun tu, ada gerai jual strawberi dan buah ajaib. Buah ajaib? Haa..sape xsuka kemasaman strawberi, makan la buah ajaib, konfem lepas tu rasa strawberi jadi manis je. Xcaya gi cuba ok.... Saya la yang tak percaya tu so suami bagi saya makan buah ajaib, pastu makan strawberi. Memang tak rasa masam langsung! ;) Tapi buah ajaib tu mahal la..sebiji yang kecik tu bape ringgit ntah orang tu jual.



Saya tertidur lagi then sedar2 dah kat Tapah, benti kat masjid. Lepas solat baru teringat scones tadi. Dah sejuk. So of kos dah xsedap la. Hehe.. Gerak balik, dalam pukul 9 malam benti makan kat restoran jejantas. First time tau ada restoran kat jejantas. Hehe. Suami hantar balik PJ dan keesokannya dia balik Kemaman...huhuu...



*************



Dalam bulan September 2013, kitorang gi lagi tapi dengan family saya dan family husband. Saja nak bawak adik bongsu saya dan mak saya yang xpernah gi Cameron, alang2 ajak sekali family mertua baru ramai sikit. Lagi ramai lagi best. Ada 10 orang sumenya, xde budak sebab family kakak ipar xdapat join. Saya book satu homestay, apartment 3 bilik kat Taman Royal Lily, Tanah Rata. Rate dia RM220/malam. Saya book ni pun dekat iBilik, alhamdulillah mudah je dan owner dia baik. Rumah kitorang duduk tu berdepan je dengan rumah dia.



Kitorang pergi pada 27 - 29 September 2013, dan kebetulan waktu tu permulaan musim tengkujuh kalau ikutkan. Sebelum pergi tu selalu juga buat solat hajat agar mudah je perjalanan kami semua dan selamat hendaknya. Kitorang ikut Koyan, laluan shortcut dari Pahang so xpayahla nak merentas Selangor n Perak untuk ke Cameron yang berada dalam Pahang juga kan. Family mertua gerak dari Tanah Merah.



Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tak la panas sangat2, dan tak hujan yang pentingnya. Kitorang benti minum dulu kat ladang teh Bharat sementara menunggu family mertua sampai. Oleh sebab hari tu rasa scones yang dah sejuk, so kali ni ingat nak try lagi scones yang panas2, makan dengan family. Kitorang beli 2 biji scones, 4 cawan teh, 1 potong kek strawberry cheese. Share2 je sebab setakat nak merasa. Emm...still saya tak rasa scones ni sesuatu yang mesti makan la bila berada kat Cameron. Tak taula sebab lain orang lain seleranya kan. Next time pergi saya tak akan beli lagi scones sebab tak la sesedap yang disangka dan mahal lak tu!


Strawberry cheesecake
scones..RM12
Lepas minum, gerak ke Taman Royal Lily dan ambil kunci rumah.. Rumah lak tingkat 3, xde lif. Terpaksa la ulang-alik angkut barang2. Hehe. Nasib baik tempat sejuk tak berpeluh pun. Masuk rumah, sejuk gila tiles. Pastu macam biasa la nak la sikit pengudaraan kan. Kalau tak rasa macam lemas je duk dalam ruang terkurung. Kipas siling memang xde la. So bukak la tingkap.....Sekali angin tiup rasa macam nak tutup balik tingkap. Macam aircond yang 16 darjah Celsius punya. Nasib baik nak mandi, ada water heater yang berfungsi dengan baik ;)
Toilet aje la yang kena tahan sejuk sebab xde air panas..hehe..


Malam tu kitorang gi pasar malam, xramai orang jugak sebab baru hari Jumaat. Masih lagi mencari bebola keledek dan labu untuk bagi family rasa, tapi ada satu gerai jek yang tukang jaganya bertudung.. beli makan terus pun rasa xsesedap yang saya pernah makan. Ni macam banyak tepung je. Orang lain pun tak minat nak makan sudahnya tak habis pun 20 biji bebola tu. Kitorang tapau nasi ayam then balik makan kat rumah ;)



Malam tu nak tidur kitorang bahagi2kan siapa yang tdo dlm bilik n siapa yang tdo luar... sebabnya bilik yang ketiga tu kecik je, muat katil single je. Dua bilik lagi ada katil kelamin n almari baju. Pastu ada banyak tilam, bantal n selimut. Alhamdulillah memang sesuai untuk keluarga besar bercuti, daripada sewa hotel kan. 10 orang dapat tdo, 3 hari 2 malam RM440. Kalau hotel xtaula saya...Huhu..



Esoknya lepas makan kat satu restoran mamak, kitorang bawak family gi ladang teh Sungai Palas memandangkan cuaca baik je, xde hujan pun. Jalan dia dah better sikit daripada masa saya mula2 pergi tahun 2008 dulu. Xtaula kot2 sebab dulu saya naik bas so pemandangannya lagi mencuakkan ke... hehe. Sampai sana borong la teh2 yang berkenan. Then kalau nak masuk la ke dalam kilang teh BOH..free aje. Dah puas amik gambar, kitorang gerak keluar then gi Strawberry Farm lak. Sebabnya nak suh diorang rasa menu2 yang sedap kat kafe atas tu. ;)



Ada satu family sebelah meja kitorang ni, anak2 dia amik order pastu dah dapat makanan n minuman masing2 sume happy... Pastu ayah dia tetibe kata air apa rasa gini? Pelik betul. Sume duk tengok la dia minum air apa. Air jus warna hijau. Pastu diorang pun tengok balik menu. Jus sayur - lettuce. Ayah dia kata, ingatkan air kiwi. Haha..alahai sian...Kena order balik air lain. =p



Lepas sume dah penat round2, kitorang balik je ke rumah rehat2. Malam tu pergi lagi pasar malam, tapi cuma saya, suami, adik perempuan saya dan adik lelaki suami saya. Orang lain dah malas nak jalan. Haha. Kitorang beli keychain n fridge magnet siap2. Oh ye, semalamnya siap beli selipar kain tu sebab xtahan sejuk lantai.



Esoknya, pagi2 mak mentua buat cempedak goreng. Tepung n minyak pun beli kat kedai runcit bawah rumah je. Siap sarapan, kitorang gi Kea Farm. Apa lagi seronok la mak2 n ayah2 memborong sayur n buah... saya beli satu pokok macam pokok rhu, nama dia gold crest. RM10 satu pokok. Ingat nak beli yang RM2 punya, pokok kecik tapi dah habis. Huhu. Since suami kata xpela nak amik jela, 10 ringgit je pun... so saya amik la. Hehe. Wangi bau dia macam bau lemon sikit. Harap2 dah turun Cameron nanti pun wangi jugak la.


gambar kat Strawberry Farm. Xbeli kat sini sebab nak beli yang kecik
kat Kea Farm. Mana tau dah habis. Huhukkk
Habis shopping buah, sayur, asam n jeruk, kitorang 3 kereta berpecah kat situ je.. Family saya hantar adik balik PJ, family mertua balik Tanah Merah, saya dan suami jalan2 kejap then balik rumah dulu. Malam tu sibuk la nak merasa buah2 "rare" yang dibeli. Ayah saya beli buah cinta (lupa nak snap gambar), macam buah kundang sikit isi dia. Tapi masam-pahit. Xsedap langsung. Saya lak beli buah tembikai epal. Kacukan tembikai susu n epal. Langsung xsedap. Makan dengan serbuk asam pun tak leh gi.. sabar jela. So nasihat saya kalau pergi Cameron, jangan la beli 2 benda ni: Buah cinta & Tembikai epal.




Pokok gold crest tu pun seperti yang dijangka, turun je Cameron memang xbau lemon dah. Jenuh cium sebab nak cari bahagian2 yang masih ada bau..xde! Tapi xpela sebab at least dia still hidup sampai sekarang, alhamdulillah ;)






Sunday, February 16, 2014

Majlis bertandang

Assalamualaikum,


Majlis bertandang kami diadakan di rumah mertua saya di Tanah Merah, Kelantan. Majlis pada 9 Februari 2013, Sabtu. Ok post ni memang terlambat keretapi sebab cte pasal setahun yg lalu... Hehe.. Kitorang sekeluarga gerak pada pagi Jumaat, ikut Terengganu sebab nak konvoi dengan sedara-mara dari Kuantan. Last minute, cuma satu keluarga je yang ikut sebab yang lain ada kecemasan...huhu..

Dipendekkan cerita, kitorang sampai rumah dah malam, kalau tak silap lepas Isyak dah. Penuh rumah dengan sedara-mara belah suami yang dari Kelantan dan Kedah. Itupun bukan semua ada...hehe.. Seronok keluarga besar ni sebab memang riuh bila jumpa. Masa diperkenalkan dengan makcik la tok la pakcik la, try jugak ingat sebaik mungkin, tapi lepas tu ingat beberapa nama jek. Haha. Makan malam, lepas tu saya dan suami dibawa masuk bilik pengantin untuk tengok baju. Serius tak tau menahu pasal baju sebab family mertua yang uruskan.

Asalnya nak pink belacan, tapi mak mertua kata takde yang cantik, so dia ambil la baju baru sampai warna pink pekat. Sekali tengok memang terkejut la jugak dengan warnanya. Suami pun confuse ok ke tak dia pakai pink sebab just try baju je, tak try sepasang dengan sampin lagi. Baju saya long dress, cantik la dengan batu2 permatanya...tapi kain labuh gila. Jalan memang kena seret la. Dah lama belek2 depan cermin, ok lah. Malas dah pun nak cari baju lain. Mungkin ok je warna ni.. ;)

Lepas tu saya dan family dibawa ke homestay yang dah ditempah oleh family mertua. Malam tu suami tidur kat umah mertua la, hehe. Esoknya, bangun mandi, pakai baju biasa dulu then suami bawa saya pergi makan kat kedai. Sebab lepas tu nak terus gi mekap, mak andam tu nak gi mekap orang lain lak tengah hari nanti. Lepas mekap, balik rumah pakai baju sume then ada mak andam lain yang akan bantu touch up mekap sket2, dan pakaikan veil dan tiara. 

Rasa macam kejap je masa berlalu time bersiap tu, then dah masanya nak gerak ke kenduri. Saya dan family berarak dari rumah selang 2 buah dari tempat kenduri, suami dah siap2 tunggu kat sana. Sampai sana, naik umah dan terus duduk kat pelamin. Then start la adat welcoming the menantu, hehe. Salam mak dan ayah mertua, pastu diorang suapkan pulut, asam keping sikit, pastu garam rasanya. Tak ingat turutan pun. Then siap dapat angpau. Hehee bestnya... Dah habis family mertua kemudian giliran bersalam dengan family saya lak.

Then turun untuk makan beradap, selesai makan naik balik ke pelamin untuk sesi bergambar. Masa tu family saya pun nak gerak balik homestay, salam dengan diorang pastu adik pempuan saya nangis lak. Sebab tetibe dia rasa macam kehilangan kot. Haha. Macam la tak jumpa terus pasni. Dalam pukul 4 gerak untuk outdoor photoshoot kat stesen keretapi lama kat Bukit Panau. Best la sesi bergambar ni, macam2 idea dari jurugambar, kitorang ikut je gaya yang disuruh, hehe. Konon tengah tunggu keretapi la, pengantin lelaki tengah kejar pengantin pempuan la, pastu siap kena dukung lagi. Time tu rasa, eh saya ni dah la berat, larat ke suami nak dukung ni. Risau. Hehe. Nasib baik boleh gak dukung dan jalan dalam 10 langkah. Kesian dia sebab baju pengantin dah la kain licin. Lagi la tak stabil. Hehe.

Balik, mandi, solat, makan malam then acara buka hadiah. Seronok sebab banyak gak dapat hadiah. Siap dapat dua periuk nasi. Set gelas jangan cakap la, confirm paling banyak. And then ada satu hadiah paling special dan tak jangka langsung - set lampu chandelier & 2 biji lampu dinding. Hadiah drpd office mates suami. Alhamdulillah rezeki. ;)

Kitorang duduk sana dalam 4 hari rasanya, sebab saya cuti sampai cuti berkembar CNY je. Nasib baik CNY jatuh hari Ahad & Isnin so Selasa pun dapat la cuti. Rabu dah  kena masuk keje. Hmm... kalau ikutkan memang tak puas cuti. Tapi nak buat macam mana kan. Lepas ni jadi la kami pasangan PJJ. Sorang kat PJ sorang kat Kemaman.... Huhu.

Sepanjang 4 hari tu merasa la gi Rantau Panjang, makan colek perut, gi KB Mall... best2.. Hari last nak balik tu, saya tengah basuh2 pinggan n cawan, boleh lak terpecahkan satu cawan. Sebab terlaga dengan tile kat sinki so tangkai cawan tu patah. Huhu... Calar dah imej menantu gini..dah la xtolong masak sangat. Hehew....

Berikut gambar2 baju n pelamin kitorang... memang bright colour! ;)


pelamin dalam rumah

meja makan beradab

baju pengantin shocking pink ;)

nak tunjuk details pada dress..heehee


Monday, December 2, 2013

Honeymoon

Assalamualaikum,

Tempat honeymoon kitorang kat dalam negara je, in fact, kat dalam negeri Pahang semuanya. Haha. Semangat kenegerian sungguh. Walaupun tak gi tempat jauh2 sangat tapi yang penting tetap happy sebab, well, nama pun honeymoon kan. Hehe. Saya dan suami yang decide nak gi tempat yang best tapi dekat sebab takut penat sangat, cuti kahwin pun bukannya lama. Even tengah cuti kawin pun bos sibuk call. Ok lupakan. Tension bila ingat balik.

Kitorang gi kat Bukit Tinggi dan Genting Highlands. First day, hari Isnin pergi Bukit Tinggi, menginap di Colmar Tropicale. Best sangat sebab cantik tempat dia. Kepada sesiapa yang bercadang nak gi sana, try usya website dia dan tengok reviews kat Agoda. 

Pada hari tu kitorang sampai ke hotel dah malam, sebab siangnya ada hal sikit kat Kuantan. Pastu hujan pulak so perjalanan sedikit slow. Agak rugi sikit la sebab kalau sampai awal boleh la nak jalan2 amik gambar lebih sikit. Lepas check in, kitorang dibawa ke bilik di tingkat paling atas, tingkat 5 kalau tak silap. Dapat tau lak kitorang la satu2nya penghuni kat tingkat tu. Gila cuak. Bilik lak besar. Ada ruang tamu, ruang dapur + ruang makan, then naik atas sikit baru la bilik tidur + bilik air. Memang sangat besar la untuk tinggal 2 orang. Yela harga pun RM300++... huhu..

Pastu dah kelaparan, order la makanan. Masa tu dah 11 malam. Air share jela sebab setakat nak merasa, lagipun rasa macam tak berbaloi  je bayar mahal2 untuk air. Saya order sandwic, husband order chicken chop. Tu pun total harga dalam RM60++. Nasib baik sedap. 

Fresh orange, sandwich & chicken chop
Bila landing atas katil, peh...memang sedap gila tilam n bantal dia..the best rasanya. Satu je yang tak best. Air dalam toilet agak slow. Lama gila nak tunggu penuhkan bath tub. Mungkin sebab tingkat atas sekali kot, low water pressure. Sebelum tidur berapa kali husband check pintu betul2 kunci, then kunci lagi pintu bilik tidur. Cuak punya pasal sebab satu bilik je dihuni...kwang3...

Esoknya, kitorang gi ke perkarangan hotel, ada persembahan nyanyian masa tu. Memang tak ramai orang sebab weekdays. Jalan2 amik gambar sume, then makan tengah hari kat satu restoran ni. Kitorang order 2 set ayam macam style Kenny Roger's tu. Total dalam RM70. Tengah2 makan tu, ternampak ada bahagian ayam yang dagingnya warna merah jambu. Takut la kalau tak masak, so kitorang mintak tukar. Mulanya tukang masak dia keluar bila dapat tau kitorang komplen, then dia explain memang masak macam ni. Kitorang pun kata la kitorang nak ayam masak lebih sikit, tak nak daging pink. Dapat la hidangan baru tapi still, ada gak bahagian daging yang pink. Takpela, dah kenyang la jugak makan 2 pinggan sorang. Haha.

Jalan2, nampak couple buat wedding photoshoot...
view dari restoran...cantik kan bangunan dia?
Lunch... ;)
Lepas solat Zohor kat surau dekat2 area restoran tu, kitorang gi Japanese Garden. Ni la tempat paling best. Kena drive gak daripada kawasan hotel, ikut je map dalam pamplet. Parking then kena lak naik tangga dan daki jalan naik bukit. Orang putih rilek je jogging naik bukit waktu kitorang naik kete dalam perjalanan ke sana. Huhu. Agak penat jugak la nak sampai ke destinasinya. Sepanjang jalan tu leh la nampak gaung bila kabus dah hilang..huhuu...

gaung tak nampak sebab dilitupi kabus tebal....
Sampai kat atas, nampak signboard welcome to Japanese Tea House, katanya first in the world, Japanese Tea House in a tropical rain forest. Macam masuk dalam taman dalam hutan. Cantik je tempatnya. Tak lama lepas jalan ke dalam, ada satu kolam ikan kap. Jinak sangat sebab bila nampak je orang, terus ikan2 semua datang. Dia ingat kita bawak makanan kot....sian.. Takpe2, mesti ada jual kan makanan ikan kat situ. Jap lagi cari. Hehe.

Ikan berbaris datang..hehee
Pastu naik atas lagi, ada rumah teh Jepun. Kat situ boleh sewa kimono dan ambil gambar, tapi sewanya alamak mahal. Dah tak ingat berapa tapi puluh2 ringgit la sorang. Orang dalam rumah tu greet kitorang dan suruh masuk dalam amik gambar pakai kimono. Kitorang kata takpela, tak nak.. beli makanan ikan je sepeket sorang. ;) Kat bahagian bawah tu ada lagi kolam ikan tapi kecik sikit. Pastu ada la rumah kecik untuk amik gambar. Jalan2 lagi ada jumpa spa, tapi memang ratus2 la harga pun. Amik gambar kat luar aje.

Jumpa lagi couple wedding photoshoot tadi...
Lastly keluar, gi beli aiskrim kat kedai tepi tempat mula2 masuk tadi. Ke tepi lagi ada Japanese Botanical Garden, pastu ada jugak restoran Jepun tapi restoran tu tutup. Maybe sebab dia dah expect tak ramai orang. Botanical Garden tu menuruni bukit, pastu macam padat gak la dengan pokok2 bunga sume...dan mungkin gak ada serangga2 dan haiwan2 kecik kan...memandangkan tak nampak orang pun kat situ so kitorang pun tak jadi la turun...

Kemudian kitorang gi Animal Farm. Menarik sebab ada arnab, rusa, keldai, merak, tikus tanah. Masuk tu kena bayar RM5 kalau tak silap. Mula2 masuk, kalau belah kiri ada kandang merak dengan tikus tanah, satu kandang je. Pastu ada rusa dua ekor yang duduk luar kandang. Pastu boleh masuk kandang rusa (spesies lain, ada tompok2 putih) dan bagi makan, kalau berani la. Hehe. Makanan tu boleh beli kat kaunter. Boleh bagi kat semua haiwan kat situ. Kemudian belah depan ada kandang arnab, dah lalu kandang arnab baru boleh pergi ke kandang keldai.



laju tupai tanah ni makan daun panjang tu..kejap je abis
Kat kandang keldai tu memang kuat la baunya, takut gak nak bagi makan sebab tak biasa dengan kuda ke keldai ke. Ada satu family chinese ni, ayah dia bagi makan keldai dengan tangan, pastu boleh lak keldai tu gi gigit tangan dia. Adoi..huhu. Pastu anak dia cerdik, kecik lagi, macam darjah 2 kot. Dia suggest kat ayah dia letak makanan tu pada penutup tong sampah. Haha..bagus2.

Saya ada beli sepeket konon nak bagi makan rusa, tapi baru nak letak makanan kat depan dia, tetibe rusa tu bangun, terkejut + cuak..huhu. Yang suami saya lak terus cabut lari, bertuah betul...huhu... Dia memang dah cakap awal2 dia taknak gi dekat walaupun arnab. Haha. 

Then kitorang gi kandang arnab. Puas kejar arnab nak amik gambar dekat2, tapi arnab ni asyik lari je..last2 dapat la jugak satu gambar dengan arnab yang paling comel. Kat kandang arnab ni penuh dengan lubang2 yang dibuat arnab supaya dia dapat menyorok. Rasanya tempat tu tutup pukul 5 petang, so nak dekat habis masa tu pekerja2 dia tangkap arnab menggunakan jaring. Macam dalam citer kartun yang budak2 tangkap rama2 tu. Tapi kesian la tengok, arnab2 sume lari lintang-pukang takut kena tangkap, then tetibe tersauk juga masuk dalam jaring beramai2. Huhu. Rasa macam sakit je badan kalau kena gitu.

Detik2 sebelum rusa tetibe bangun masa bagi makanan...
kandang arnab yang penuh dgn lubang2...letih nak kejar arnab seekor ni
ok sket lagi nak sentuh dia...nak tangkap memang payah la
Yeay dapat cuit hidung dia...ni warna arnab yang paling cantik..
Dah habis round2 kawasan kat Bukit Tinggi, kitorang gerak ke Genting Highlands lak. Kitorang menginap kat Hotel Awana kat Goh Tong. Sampai sana dalam 7.30 malam. Check in, dapat bilik tingkat 27 hokey...cuak gak tinggi2 sangat ni. Huhu. Sampai kat bilik, wah rasa best sangat sebab ada 2 katil kelamin, pastu bilik luas jugak. Check air kat toilet, ok laju walaupun tingkat atas. ;) Time dinner kuar balik cari kat area Goh Tong je sebab dinner kat situ satu kepala pun dah RM50++, buffet la tapinya. Rugi kalau bukan jenis makan banyak.

bilik boleh muat at least 4 katil queen
view dari level 27
Esoknya, lepas Subuh terbangun lambat lak so tak sempat breakfast. Dah tengah hari baru naik Genting Theme Park. Amik indoor sebab tak pernah main yang indoor punya. Mula2 tengok performance kat pentas. Macam orang buat magic and telling jokes. Pastu kita bayar jela ikut suka. Sebab dia kata pendapatan dia cuma hasil pemberian penonton. Kalau takde orang bagi takde la pendapatan. Then gi main sume game yang termasuk pakej. Tapi rasanya lagi best main yang outdoor sebab lagi mencabar. Cuma masa tu macam kurang selamat je main outdoor especially roller coaster dengan space shot, sebab musim hujan, kabus pun tebal. Dah puas main, balik hotel dan dinner kat luar lagi...hehe. 

salah seorang yang buat persembahan
Hari last, Khamis, kitorang bertekad bangun awal sebab nak breakfast punya pasal, then nak jalan2 jugalah kat surrounding hotel. Kononnya ada bird area yang boleh jalan kaki je gi sana. So berikut ialah gambar2 masa breakfast (kes dah malas nak taip):

mine..nasi lemak n honeydew juice
hubby punya...lontong n nescafe
hubby punya jgk...french toast, beef bacon n salad
pastries...i likee...tapi biasa jela..pernah rasa yg lagi sedap
view kat luar..nampak padang golf
suasana kat luar restoran Rajawali
Lepas breakfast kitorang jalan2 kat kawasan sekitar, naik bukit sket arah jalan keluar dari kawasan hotel, jumpa la sign board ni...wah excited rasa sebab tak pernah lagi gi kawasan yang banyak burung terpelihara:


Jalan2 kat atas nampak kawasan macam terbiar la...ada taman permainan kanak2 tapi dah buruk. Pastu jalan lagi jumpa la macam kandang/sangkar besar, dalam tu banyak la burung dan itik. Eh. Ni je ke 'important bird area' nya??


Serius rasa macam, hampeh... dah alang2 ada letak dalam attractions kat area hotel tu, bangunkan la kawasan ni betul2... at least jangan la satu sangkar je, betul tak? Kecewa. Huhu.. tapi yang bestnya, memula kitorang berdiri depan sangkar tu, ada 3 - 4 ekor burung datang hinggap kat pagar, ingat kitorang nak bagi makanan kot. So dapat la tengok burung macam2 jenis secara dekat. Pastu tak lama, eh banyak pulak datang. Dengan itik2 semua sekali. Haha. Kelakar lak.

Dah puas keliling kawasan tu, kitorang pun decide balik la, esoknya nak gerak ke Kelantan pulak untuk majlis bertandang. On the way balik, rasa eh, macam awal sangat la nak balik. Tak puas lagi jalan2. Husband pun cadangkan pergi Kuala Gandah, tengok gajah. Oh best2... saya teringin nak tengok gajah dekat2. Jalan jauh jugak la masuk dalam. Jalan kampung, kecik je. Sampai sana, daftar then jalan kaki masuk ke kawasan gajah.

Mula2 kitorang bagi makan gajah yang dirantai kat tempat berbumbung. Kena beli la kan makanannya iaitu seikat tebu yang dah dipotong2. Mula2 cuak gak nak bagi tapi lepas satu2 dia makan, seronok lak rasa. Then gajah2 tu dibawa mandi oleh pelatih masing2. Siap mandi, ada pertunjukan sikit oleh gajah2, rasanya group gajah yang lain. Gajah tu wat aksi macam tunduk hormat, berdiri 2 kaki, macam2 lagi la yang buat kita rasa kagum dengan gajah ni. Pastu dia tau nama masing2. Kalau pelatih panggil yang nama Siti, yang tu jela keluar, yang lain duk diam.

hubby dah seronok bagi gajah makan tebu
Lepas tu gajah2 tu dilepaskan ke tepi pagar supaya pelawat boleh bagi makan buah-buahan. Masa tu diorang sediakan betik. Mula2 memang cuak la kan sebab tadi bagi makan tebu pegang hujung jek, takkan terkena belalai gajah. Ini betik. Camne nak pegang hujung je. Kang belalai gajah tarik sekali tangan kita...kalau dia tak tarik pun, rasa geli gak tersentuh kulit dia. Huhu... Mula2 nak bagi makan tu, siap terjatuh lagi betik. Sian lak kat gajah tu. So bila dah start sian tu baru la berani lebih sket nak hulur betik kat dia. As expected memang tangan kena la belalai dia. Kulit dia kasar gila. Ok tak geli la. Sebab rasa macam kena kulit kayu je haha. Itu jela aktiviti last...bagi la gajah makan puas2 sampai waktu melawat tamat. Hehee..

Then kitorang balik, berkemas2 untuk gerak ke Kelantan lak, ikut Terengganu. ;)