Saturday, March 30, 2013

Interview

Baru2 ni dapat interview di Kuantan. Alhamdulillah, moga2 jadi rezeki kahwin untuk tinggal dekat dengan suami. Moga ini yang terbaik untuk kami berdua...

Asalnya saya dapat call begini, "Assalamualaikum, ni cik Honey ke? Saya Mohd dari ABCD.. awak ada hantar resume untuk apply keje sini kan? OK boleh awak datang interview esok?"

"Err...ya saya (tak perasan pun nama org tu apa, n nama company apa, tapi taula no kat Kuantan).. emm maaf sebab esok tak boleh...saya ada kat PJ ni. Minggu ni sebenarnya saya kena standby, tak boleh cuti sebab ganti colleague chinese.."   "eh, awak bukan kat...oh yelah terlupa saya, awak keje kat sana ya...kalau macam tu bila awak boleh datang?"   "Em, kalau reschedule minggu depan boleh tak?"    "Minggu depan...em takut interviewer tak free la. Minggu depan diorang busy..."    "Oh yeke.. kalau sabtu tak boleh ye encik?"    "Kita tak keje sabtu..isnin sampai jumaat je..ok la nanti saya cek dulu minggu depan boleh tak..hari apa yang awak free?"  (ini sudah bagus siap tanya hari)  "Em,,kalau boleh hari isnin atau jumaat..sebab mudah sikit untuk saya balik..."     "Ok then...nanti kita call semula lah..."     "Ok terima kasih.."

Lepas letak phone saya rasa berdebar2..company apa ni ek? Aku main jawab je ye..huhu... cek balik no phone. Then try Google. Cannot find la pulak walaupun guna Yellow Pages. Aduyai... tapi ada la naik no dekat2..dan saya agak je company tu.. ya..mungkin company yang hubby gi interview minggu lepas. Dah confirm dengan hubby, ya betul la kot company tu...post apa ni ek? QA exec? Buat apa pun xtau sebab main layang je resume..itupun hubby yang tolong hantarkan jadi saya xberapa pasti background company...dia produce apa...n especially kat mana..hoho..parah2..nasib baik hubby dah gi interview dan dia cite la background company tu... ;)

Esoknya saya call company tu untuk follow up pasal hari interview (itu pun lepas hubby tanya n ingatkan), 3 kali call dari tengah hari smpai petang, tapi  takde orang angkat atau return call. Takpe, esok call lagi hubby kata... Alhamdulillah, esoknya saya call, n orang yang sama angkat, dia kata dia jadualkan interview saya pada Jumaat depan...Alhamdulillah ;) Dah mudahkan satu step.. saya perlu cari alasan kenapa nak cuti....

Selepas solat Zohor saya borak sket dengan member ofis dan dia nasihatkan untuk ambil EL je. Kalau mintak cuti takut tak dapat sebab less than 7 days. Nanti kena ada alasan yang sangat kukuh pulak.. Huhu. Betul jugak tu. Tapi EL pun kena ada alasan. Apa ya? Huhu...tak kisahla..kemudian fikir. Yang penting balik dulu. Maka hari Khamis tu kebetulan keje sangat la belambak, berduyun2 sample...macam tau2 je aku nak cuti gi interview ni...hadoi.. Kebetulan mmg sakit perut so mana2 sample yang boleh delay tu saya delay jela. Jam dah 7.40... kena balik dah ni. Kalau tak pukul berapa la pulak bas ada nak balik Kuantan.

Balik, packing sikit2 sebab dah packing malam sebelumnya, then dah kul 8.10. Dalam hati pikir2, aku nak solat Maghrib dulu ke terus tunggu teksi, cepat2 naik lrt ke stesen bas? Then niat jamak takhir? Tapi....kalau dapat teksi lambat cmne ye..? Takpe. Call adik. Maybe dia boleh tolong hantarkan. "Salam.. Angah katne? Dah ada kat umah?" "Belum, kat ofis lagi.. kenapa?" "Oh saja tanya..akak nak gerak balik dah ni. Kunci umah angah ni akak pegang dulu la ek? (ayat cover taknak dia tau apa tujuan sbnr call dia, haha)"  "Aah akak pegang dulu la.. ok, papehal call la.."

Ok, disebabkan ada risiko dapat teksi lambat n mungkin terlepas Maghrib, maka saya mandi la dulu sket, solat then baru kuar umah. Masa kuar dah 8.25. Dapat teksi 8.30, naik lrt Taman Jaya 8.44, sampai LRT Titiwangsa kul 9.10 p.m. Tengok2 sume kaunter gelap kecuali Transnasional. Cuma ada ke Kuantan, paling awal kul 12.15 a.m. Erk??  Bas banyak jugak tapi kaunter lain dah tutup. Takpe, pegi Hentian Putra lak. Dalam hati berdebar gak, mintak2 la ada tiket. Sampai di Putra, memang tiket ke Kuantan habis. Hubby call suruh beli ke Kemaman la, dia nanti tunggu kat tol Jabor. Sian kat hubby kena drive jauh sket sebab dah tempah hotel kat Kuantan..huhu..

Alhamdulillah, dapat tiket bas Mara Liner kul 10 malam (which is lagi 10 minit masa tu). Tak  sempat beli pape makanan pun...lapar jugak tapi xpela, doa supaya xde apa masalah baik dari segi kesihatan mahupun perjalanan. Ok la jugak bas ni..boleh tahan laju. Kul 1 pagi dah sampai tol Jabor. Nampak hubby dah tunggu kat luar kete ;D   Dia dah belikan burger daging double + cheese 2biji, dia pun xmakan lagi. Aduhai...kalau saya yang tido je pun rasa lapar, inikan pulak dia yang drive. Lepas habis burger makan lagi roti bakar n fries kat kedai, then baru check in hotel. Pagi esoknya pun tak  prepare untuk interview jugak. Sakit perut lagi tapi boleh tahan la. Just call ofis kata xboleh datang sebab sakit perut. Hehe. Tengah hari gerak, sementara tunggu hubby solat Jumaat barula saya Google company website n ISO yang dia ada. Then baca2 sket pasal ISO, tapi tau jela kalau dah last minute baru nak baca memang xingat sangat la kan. Doa jelah supaya lancar je bercakap nanti ;)

Belum pukul 3 dah sampai depan pintu pagar company, tapi saya agak dalam 3.15 mcm tu boleh la gi daftar kat guard. Sampai je kat guard rupanya busy gila guard nak uruskan kemasukan lorry drivers + banyak gila phone call. Dah macam operator lak guard tu. Saya dah risau, kang saya lak yang dikira lambat hadir temuduga. Dah kecut perut...dah la ada sakit perut, hoho. Lebih kurang 3.25 petang dia bagi pass untuk masuk. Saya pun jalan ke arah bangunan yang hubby dah tunjukkan... buka pintu, saya expect ada meja receptionist, rupanya cuma ada sofa n meja. Ada pintu lagi untuk ke dalam tapi kena ada kad baru boleh masuk. Erk? Macam mana nak panggil orang ni.. Dah la xnampak sorang pun. Tunggu jela. Diorang tau la kot...

Tak lama pastu ada orang HR yang call hari tu, datang pass borang. Dia ada cakap isi borang depan belakang, tapi saya tak perasan lak. Isi bahagian depan je. Sambil isi tu dengan lajunya dia cakap, "Awak tau pasal ISO sume? Awak kalau boleh impress 2 orang boss kat dalam tu, bagus la. Kena impress ya, ingat."  Saya angguk2 je, uii seram jugak dengar ni. ISO? Aku baca nama n maksud je kot, kalau dia suruh explain point kang mampus la. Tetibe teringat HACCP. Alamak, mcm mana boleh lupa nak google tadi? Dah la tak hafal 7 principles HACCP. Tak boleh jadi ni. Kang tak dapat jawab ISO, lagi tak dapat jawab paling basic pasal HACCP, berkali2 ganda malu nanti. Oh no... cepat2 message hubby minta tolong dia google 7 principles tu. Lepas je saya tekan send, orang HR tadi datang semula untuk collect form. "Dah siap isi?" "Dah.."  Dia angkat form then baru perasan belakang tak isi.. "Eh, sorry, ada belakang sekali ek? Belum isi.."  "Kan tadi saya kata depan belakang.."  "Sorry2..."   Saya cepat2 isi, dalam hati dah rasa tak sedap. Awal2 lagi dah buat salah ni, aduii..

"Ok awak masuk bilik depan tu. Sekarang ya."

Meeting Room 2. Ada 2 orang lelaki dalam tu tengah berbincang. Sorang Melayu, sorang nampak mcm Melayu/Cina. Saya ketuk pintu, then bila diorang panggil masuk, saya bagi salam. Dua2 jawab salam. Oh Melayu rupanya...nasib baik. Hehe. Diorang terus suruh duduk   (cakap bahasa Melayu) tanya apa khabar, perkenalkan diri diorang, sorang plant manager, sorang lab manager, then terus speaking n suruh saya cerita background diri. Saya just cerita belajar kos apa, kat mana, result pun dia tanya so cakap jela.. cte pasal sekolah lak then dapat result apa. Asal lahir kat mana, membesar kat mana. Then dia pun kata oh u asal sini... sekarang nak balik keje tempat asal la ye.. Ok tell me about your current job...saya pun membebel la pasal jobscope sume. Bila dia dapat tau saya boleh audit...maka dah makin mendalam soalannya... saya teringat HACCP principles yang saya tanya hubby tadi, tak sempat nak tengok pun message. Kalau dia tanya matila...

Setakat soalan2 tentang audit dan situasi yang dia bagi, saya masih boleh jawab.. tapi memang saya tak ingat point betul2 la. Dalam banyak2 soalan, ada dua soalan yang saya tak boleh jawab. Dia suruh saya sebut apa PRP atau pre-requisite program.. saya explain la then bagi 3 contoh.. dia tanya, lagi selain 3 ni apa lagi..? Saya pun...mcm blur dah..tak ingat dah lain..apa lagi ekk..?? Then saya cakap je, I'm sorry, that's all that I remember.... (T_T) malu gak tapi xpela diorang tak pressure pun. Terus menerus soalan2 dari dua orang ni. Tak  berhenti. Kadang2 diorang cakap Melayu gak. Tapi jawab jela dalam English, huhu. Yang lab manager tu entah berapa kali kata ni ada last question.. 4, 5 kali kot last question dia. Ada antara last question tu dia tanya, "Agaknya apa improvement yang you boleh buat tentang incoming kat sini? Kita kat sini tak banyak incoming check macam you buat.."  

"Erm, I think I can help to develop new Work Instruction, if needed..and train people to do the checking.... such as if you want to check purity of oil...how many % of content of the ingredients....but in my current company we do not do it ourselves, we normally send to outside lab.."  Saya merepek je jawab, entah2 memang ada pun diorang buat.. 

"Ok, but the problem is in Kuantan there is no commercial lab, you see. So we have to rely on labs in KL... sometimes we need the results urgently so with this problem, long distance we cannot expect the results to be fast. Today you send out, tomorrow you want to know the results. Quite impossible to get it fast,right?"

"Yes I agree..so probably we can try to explore new methods and machinery to do the test ourselves...?"

"Yes but that one depends on management agreement, depends on our boss, normally machinery for lab is very costly. Any other idea?"

Saya pikir2 tapi dah takde idea...takpela taknak buat situasi jadi janggal nanti (lagi lama senyap lagi tak keruan kan) so saya just minta maaf n cakap saya terfikir idea tu je.. huhuuu...

Tak lama lepas tu dah habis bertukar2 soalan then dia cakap, maybe lepas ni kalau you berjaya, kita akan panggil untuk 2nd interview.. or maybe tak  perlu 2nd interview. Depends on our boss. Then saya minta boleh tak kalau nak ada 2nd interview, inform dalam 5 hari awal sebab quite susah untuk saya dapat cuti.. dia kata ok je no worry, mybe tak perlu datang sini, phone interview pun boleh.... (Oh, alhamdulillah..) 

Last2 tu, dia tengok form yang saya isi, dia cakap, "You dapat tau pasal keje ni dari siapa? Oh suami?"

"Ya,..dia ada datang interview sini jugak minggu lepas (padahal 2 minggu lepas, silap cakap)"
Saya pun bagitau terus nama.  

"Oh yes2...I remember that guy.."

"Tadi HR kata suami isteri xboleh kerja satu company, betul ke?"

"Eh tak la...boleh..tapi asalkan jangan satu department, atau department yang banyak deal together..kita tak nak ada conflict of interest,you faham kan?"  ;) yeay..ingat tak boleh langsung..hehe

Interview berakhir pukul 5. Tak terasa pun sejam lebih.. it was fun sebab interviewers sempoi...buat lawak.. Tapi cuak juga memikirkan pasal keje ni. Dia dah explain baru tau keje pasal apa. Moga Allah permudahkan semuanya jika ini bagus untuk saya dan suami... amin..... ;)














Jom jadi panel survey berbayar.. ;)

Mau share satu link best...hehe.. tak perlu bayar apa2 untuk join. Malah leh dapat points yang boleh ditebus kemudian kepada cash ;)

iPanel Malaysia

Nak cerita banyak2 pun tak guna...test sendiri la..hehe. Boleh join suka2 sebab tak rugi pun.. ^_^

My Personality Type

Suka2 je ambik Personality Test ni..hehe. Seronok pulak baca keterangan tentang diri sendiri:


You Are An ISTJ

The Duty Fulfiller

You are responsible, reliable, and hardworking - you get the job done.
You prefer productive hobbies, like woodworking or knitting.
Quiet and serious, you are well prepared for whatever life hands you.
You are conservative and down-to-earth. You hardly ever do anything crazy.

In love, you are loyal and honest. If you commit yourself to someone, then you're fully committed. 
For you, love is something that happens naturally. And you don't need romantic gestures to feel loved.

At work, you remember details well and are happy to take on any responsibility.
You would make a great business executive, accountant, or lawyer.

How you see yourself: Decisive, stable, and dependable

When other people don't get you, they see you as: Boring, conservative, and egotistical


Thursday, November 29, 2012

Baju akad nikah (& et cetera) : Bahagian 1

Kali ni mengenai baju akad nikah. 2 minggu lepas sangat la seronok sebab Selasa & Khamis cuti umum. Keje, cuti, keje, cuti, keje... then weekend ;D    Haruslah ambil kesempatan yang ada untuk persiapan kawin seterusnya (& penting!) iaitu mencari baju untuk akad nikah. Dah cop Cik Cahaya untuk teman cari & pilih2 baju yang sesuai. 

Hari Selasa kitorang pegi la ke Jalan TAR untuk usya2 baju pengantin, maaf Cahaya sebab saya lambat sampai..lambat bangun. Hehe. Dekat kul 10 baru smpai sana, tapi gerai2 pun banyak lagi belum buka. Range harga baju yang kitorg agak bkenan sepanjang Jalan Masjid India tu dalam 150 - 300 gitu. (Butik lain harga ye... 400++)... Paling excited nak gi usya kat Jakel sebenarnya sebab biasanya hujung tahun ada sale.. ;D

Sesampainya di Jakel, kitorg terus ke tingkat 4 & 5 untuk baju akad nikah yang siap punya. Banyak yang cantik2..tapi harga pun memang cantik la. Seribu lebih gitu. Tapi hari yang kitorang datang tu baru hari first dia nak buat promosi, baru nak tukar tag harga. Jadi pekerja2 dia pun  tak dapat nak advice lagi harga baju2 jadi berapa. Kalau based on last year punya sale, dari RM 1200 boleh jatuh jadi RM 360, kata pekerja dia la. Takpe, aim je dulu mana berkenan, Sabtu ni akan datang lagi dengan En Tunang ;)

**~~**~~**~~**~~**~~**

Then bila tiba hari Sabtu, lepas settle design kad kahwin kat Pandan Indah, kitorang gerak balik PJ dan naik LRT je ke Masjid Jamek sebab hujan lebat, takut jalan kat KL banjir kilat ke.. ada gak tak lepas Kancil saya. ;P    Terus serbu Jakel sebab konon yakin la harga dah jadi murah. Naik ke tingkat 5 dan mintak cuba baju pink pada patung (last piece). Agak ketat sebab maklumla badan tak macam patung kan, tapi beading dia sangat la cantik.

Bila tanya harga memang pengsan. Harga asal RM 1800, ada less 50% so dapatla RM 900. Hadoi. Mana baju yang dikatakan agak2 harga RM 360 tu. Bila cakap takpela, tak beli yang ni coz tak padan, pekerja2 dia bawak lagi berpasang2 baju lain2 warna...mak aii..selagi tak beli selagi tu la diorang duk suruh cuba baju tu baju ni. Dah malas sebenarnya sebab tau dah harga paling murah pun  RM 700. Tak sanggup!

Pekerja dia pulak asyik pujuk suruh beli..boleh alter la itu la ini la.. Tak nak beli tapi segan gak nak cakap, last2 saya kata je kitorang baru nak try2 fitting baju je ni....nantilah kalau dah decide baru datang semula. Then kitorang tengok cadar..ada yang RM 150, cantik gak dan bertepatan dengan warna yang saya nak iaitu putih/krim dan corak emas. (Dah beli Ahad baru2 ni)

Lepas keluar dari Jakel, kitorang usya jela semula baju kat kedai2 sepanjang Jalan TAR, nak jugak beli hari ni tak kisah la warna apa dan design macam mana. Desperate je nak settle cepat2. Haha. Last2 beli baju kurung warna turquoise, RM 170. Siap dipakaikan tudung & veil oleh tuan kedai (walaupun tak match dengan baju). Then cari baju melayu turquoise lak. Memang payah sebab turquoise ni bila letak dekat biru muda, dia nampak hijau. Bila letak kat hijau muda, dia nampak biru. Huhu... Round kat Semua House pun tak jumpa. Keesokannya, round PKNS Shah Alam lak, pun tak jumpa. Rasanya kena beli kain then tempah jahit la lagi senang..seperti yang dicadangkan oleh sorang pekedai kat situ. ;)


Part yang et cetera tu:

  1. Kat PKNS kitorang beli telekung, RM 90..buat hantaran.
  2. Beli cadar kat Jakel, RM 150 (seperti yang disebut di atas). Sebenarnya usya set cadar kat Sogo, ada nampak satu cadar kuning cair, macam minat gak la. Tengah call mak nak tanya pendapat, tetiba ada orang lain dah sambar. Bila tanya semula, pekerja dia kata yang tadi last piece. Kenapa saya selalu suka yang last piece? ;(
  3. Ternampak kasut lace yang cantik kat Renoma Sogo. Diskaun 20%. Oleh kerana saya sangat berminat dan tak mahu peristiwa "last piece" berulang, saya terus cuba, puas hati, beli je. RM 135.20. ;) mahal tapi takpela. Untuk kawin....rasanya nak pakai both untuk akad nikah dan sanding je. LOL.
  4. Dah beli  jugak kasut Onizuka Tiger untuk hantaran kepada si dia, RM 249 kot? Tak ingat.
  5. Jam tangan untuk si dia, Timex, RM 620. Mahal ye...tapi normal la harga jam macam tu kan? Hehe..
  6. Beli selendang half moon untuk match dengan baju akad nikah, RM 50 kat Bazar Jalan TAR. Mau beli manik hijau sebab nak match dengan manik kat baju. Dan jugak nak tambah manik kat baju sebab tersama pulak dengan baju tunang member. Beli yang dah siap gitu la gayanya. Kih3...
  7. Kat PKNS nampak kelambu pengantin RM 150...boleh juga kalau ada bajet lebih... ;) Kemudian la tu.. ;)

Akan balik pada hujung minggu ni untuk drop resume kat Kuantan, cari kain untuk baju melayu si dia, dan usya2 baju sanding....oh ye..bawak balik semua barang yang dah dibeli.. ;D

Dari kiri: Jam Timex, kasut Onizuka Tiger, set cadar Jakel, kasut Renoma, set lilin (abaikan), baju nikah turquoise dan selendang half moon biru muda, telekung. 


RM150 from Jakel. Ok la..menepati warna tema krim + gold.. =) simple je..

suka sangat kerawang lace kasut ni...hihi

Sambungan: Baju nikah bahagian 2

Wednesday, November 28, 2012

Kad kahwin: Bahagian 1

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

2 minggu lepas saya dan Encik Tunang pergi ke Pandan Indah untuk menempah kad kawin. Masa Pameran Pengantin kat PWTC hari tu kitorang ada book satu pakej kad kawin yang ada free kotak door gift. Kitorang amik pakej kad RM1.30/keping, dan bayar RM1oo sebagai deposit. Pusing2 cari jalan dgn Google Map jek + call tempat tu then akhirnya jumpa gak kedainya. 

Sesampainya di kedai, kami disambut oleh sorang staff ni. Dia mintak resit booking dan suruh kitorang pilih design kad. Dalam kepala memang dah niat nak ambil ada satu design kad ni, yang ada riben. Dah elok pilih, tetiba staff tadi cakap, "Oh, yang ada riben  tu kena tambah cas 50 sen satu ya..."

Ha..???? Tak tau pun. "Tapi masa tempah dulu orang tu cakap kad yang ada riben ni sama harga."

"Oh yeke. Jumpa siapa ya?"

"Jumpa En N. Dia tak cakap pun pasal ada cas tambahan ke apa. Kitorang memang tanya betul2 hari tu, dia cakap memang sama harga walaupun ada riben."

"Oh...N tu marketing. Dia salah cakap kot. Banyak jugak customer datang bgtau dia cakap lain...dia memang selalu salah cakap kat customer.."

"Dia takde kat sini ke hari ni? Kitorang datang ni pun sebab masa pameran tu dia cakap boleh datang jumpa dia kat kedai untuk bincang pasal design kad dengan kotak."

"Dia marketing, tak based kat sini. Dia cuma join kalau ada pameran je,..sorry ye.."

Kitorang argue lagi then ada staff cina tunjuk flyer, kat situ ada tulis siap2 yang harga kad tak termasuk riben. Kiranya macam salah kitorang la tak pergi baca betul2.

Dalam hati, adoii kena gak tipu. Huhu.. Fine. Mengalah jela. Lagipun ada riben ke takde ke bukan la hal besar sangat. Kitorang pilih jela design kad lain. Dah pilih kad, then kitorang tengok lak design kotak. Pun memang dah decide siap2 nak kotak macam mana, tinggal lagi nak tengok2 mana design lain yang lagi cantik ke apa ke. Sebab En N dulu menjanjikan pelbagai jenis design lagi kalau datang ke kedai. Tapi......bila tengok2, takde pun design lain. Semua pun memang ada tunjuk masa pameran dulu... Hm, ok, kitorang pun decide untuk kotak bertali yang dah pilih masa pameran dulu...

"Err....sorry, kotak ni hanya untuk pakej kad RM 1.80. Untuk pakej you ambil cuma boleh kotak ready-made." Staff cina tu bgtau kitorang.

Whattttt????!!! Tadi dah kena tipu pasal kad, lagi kena tipu pasal kotak? Apa lagi kejutan pasni agaknya..... Memang rasa tertipu sungguh, marah betul. Saya pandang En Tunang, macam mana ni...tak jadi la nak amik kalau macam ni. En Tunang pun marah gak coz kitorang amik pakej tu sebab dia janji bagi free kotak pape design pun. Yang besar sekali pun boleh. Alasan diorang tetap jugak sama. Maybe N xtau, xfaham....pergi explain lain kat customer..... Geram betul dengar.

En Tunang tanya diorang, "Boleh tak kalau kitorang cancel? Dapat balik deposit?"

"Boleh cancel..... boleh dapat balik duit..."

"Em cancel jela...kita ambil pakej ni sebab dia janji dapat kotak tu. Kalau tak boleh, takpelah, tak jadi la.."

Masa kitorang macam nak bangun untuk balik, tetibe staff cina tu kata, "Ok la..kalau you nak kotak tu, you boleh dapat, since N sudah janji macam tu pada you.. tapi kad dengan riben tu kita tak boleh bagi coz riben tu mahal."

Kitorang pun pikir2, em ok la. Dia dah kata ok untuk kotak, kitorang amik jela...lagipun malas dah nak cari lagi tempat lain. Tapi still rasa xpuas hati gak coz kena argue2 macam tu. Patutnya, masa booking kat pameran tu, suruh En N tu tulis siap2 kat resit, kad apa & kotak jenis apa yang kitorang boleh dapat. Baru takde argue2 kan...

Kitorang pun pilih design kotak, dan isi form untuk details dalam kad. Lepas tu pilih design badge untuk ahli keluarga. Malas nak fikir2 sangat design dan warna, so ikut je yang sedia ada tu. Lukiskan peta lokasi majlis (lukis tangan jek) dan designer diorang akan buatkan dalam komputer. Last sekali, bayar RM 600, dan dia janji minggu depannya akan email draf design kad kawin. Tapi sampai skrg pun tak dapat lagi draf. Huhu..kalau minggu ni tak dapat jugak, siapla..call terus.  ;)

Note: ok..dah shoot email kat vendor semlm, terus dapat reply pagi ni (29 nov 2012)..heheee.. tapi still kena ada pembetulan sana sini.. 

Klik sini untuk cerita kad kahwin bahagian 2...



Wednesday, November 7, 2012

Kursus Kahwin di Zura's Akademik ;)

السلام عليكم

Setelah sekian lama tak update blog..tup2 cerita pasal kursus kawin lak kan. Hehe.. Nak share + buat review je lah mengenai tempat kursus yang saya join baru2 ni. Saya asalnya tak ambil berat pun pasal kursus kawin sebab rasa macam, ala, sempat je..lambat lagi.. Macam tula memula pikir. Lepas tu hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..dah pun sampai bulan November.. erk..tolak bulan ni, tinggal lagi 2 bulan..??? huhu..cepat je masa berlalu. Tetiba rasa gelabah jugak sebab beria prepare benda lain, kang kursus kawin yang wajib ni pulak tak buat. Kalau buat last minit kan ke tinggi risiko tak dapat tempat kosong dalam masa yang kita nak... Naya tu..tak pasal2 kena tangguh majlis lak kang.. Haru... ;p

Maka minggu lepas hari Selasa saya google la tempat2 kursus kawin yang berdekatan. Yang paling dekat adalah Zura's Akademik kat Bangsar. Yang lain ada la jugak kat Pasar Seni dan Pusat Bandar Damansara. Pilihan kedua kat Pasar Seni la in case takde kosong kat Zura's, sebab boleh naik LRT je. Kalau Damansara tu kena drive la pulak..jauh pun ye jugak. Nak mencari jalan pun satu hal, malas den bab2 cari jalan ni. hehe.. naik LRT je kan senang ;)

So saya pun call la tanya pasal tempat kosong... Dia kata ada, minggu ni pun boleh lagi. Tapi kalau nak book tempat kena datang sana bayar pendaftaran dulu RM 80. Ok..so saya pun ajak la adik lelaki saya teman, selamat sket. Walaupun tempat kursus tu kalau ikut dalam peta dekat je dengan stesen LRT Bangsar, tapi bahaya jugak kan kalau jalan sorang2. Alhamdulillah dia kata minggu ni dia takde pape plan, so boleh je nak teman gi tengok tempat and daftar sekali. 

Pagi Sabtu, dalam pukul 10 macam tu kitorang gi la naik LRT ke Bangsar. Lepas keluar ke arah Dataran Maybank, pergi ke kiri. Mula2 tercari2 jugak mana tempatnya sebab tak nampak nama bangunan. Zura's Akademik ni kat tingkat 2, Kompleks Niaga Utama Bangsar. Bangunan warna coklat, macam bangunan lama gak la. Ala2 Pertama Complex gitu...tapi lagi kecik. Kalau ikutkan review orang, Zura's ni tempat famous untuk kursus sebab ramai selebriti datang. Tapi bila tengok tempatnya, tak sangka gak la artis datang tempat gitu. Bukan nak kutuk, tapi dari segi facilities tu kurang memuaskan. Masa sampai tu ramai gak orang tengah beratur, sesi pendaftaran. Kitorang pun gi la daftar, bayar RM 80 sorang. Dia bagi fail pink untuk perempuan, fail kuning untuk lelaki. Kat dalam ada nota dan contoh2 dokumen. Pastu dia cakap minggu ni masih ada kosong, boleh terus join nanti. Pukul 1.50 petang start. Ok. Bagus jugak boleh join terus, awal skit settle. ;D

Saya pergi KL Sentral jap, bayar PTPTN, pastu tergoda pulak dengan pesta buku Islam kat situ...sebab ada jual novel diskaun 10%. Memang dah niat kalau ada mana2 pesta buku, nak cari novel Ramlee Awang Murshid, terutamanya siri Sunan yang tersayang. Haha. Pucuk dicita, ulam mendatang. Memang ada. Saya pun ambik la Cinta Sufi dengan Sutera Bidadari sebab yang awal2 dah baca. Siri terakhir, Sunan Musafir xde la pulak. Kalau ada mmg confirm saya amik jugak! ;)   Walaupun xpasti bila nak baca, yang penting koleksi ni harussss dimiliki..hehehe...

Lepas makan & solat Zohor di KL Sentral, kitorang gi Bangsar semula. Naik ke tingkat 2 untuk  ke dewan ceramah. Ramai orang. Maybe dalam 100 jugak kot. Tapi dewan tu tak besar mana, kipas & aircond pasang belaka tapi panas gak. Dari segi facilities tu memang kurang skit la. Boleh pulak masa tengah ceramah, black out tetibe. Haha. Sabar jela. Tapi takpe, kita datang untuk dapat ilmu (& paling penting nak cukupkan syarat untuk permohonan kawin). Best tak best, redah jela sampai tamat. Hari pertama ni tiada makanan disediakan, tapi ada la orang jual2 air & keropok kat luar dewan. Penat la jugak sebab duduk berjam2. Ada 3 penceramah, tapi sorang ustaz ni jela yang best sikit, buat lawak.. orang dari JAKIM. Topik covered hari Sabtu: Hubungan dalam keluarga, Prosedur permohonan, Akhlak suami isteri, perkhidmatan kaunseling. Ada sesi bergambar siap, esoknya akan dapat la gambar tu. Dan ada satu kejutan sikit di mana kitorang perlu isi surat akuan bujang, dan serahkan balik kat diorang beserta bayaran RM10. Huh. Tak taula kenapa mahal sgt. Ikut jela. Sesi hari pertama habis pukul 7.30 malam. Nasib baik adik ada teman. Kalau tak memang cuak gak la jalan sorg2 gelap2 situ. Huhu..

Then hari Ahad sesi dari 7.50 pagi - 6.30 petang. Memang awal sebab hari Sabtu half day je kan. Terpaksa la drive sebab LRT paling awal hari Ahad adalah pada pukul 8 pagi. Parking kat bangunan tu kena bayar RM5, peraturan baru. Hoho. Sebelum ni free... Ada kejutan lagi pada hari kedua iaitu masa collect gambar, tetiba dia pun kata, RM15 sorang untuk gambar. Adoi. Sabar jela. Dia cakap lepas tamat kursus, akan dapat 4 benda; Sijil Kursus Pra-perkahwinan, gambar rekod kedatangan, proof of attendance, dan surat akuan bujang yang dicop, 3 keping. Bunyinya macam semua tu free kan, covered dalam RM80 tu. Mana tau kena bayar macam2 lak. Sijil akan keluar pada hari Rabu bermula jam 2 petang, boleh la collect dengan yang lain2. Jangan nanti nak proof of attendance tu kena bayar lagi sudahla. Huhu.. Setakat ni pun dah RM105 habis sorang. Alhamdulillah minum pagi kul 10 dan makan tengah hari kul 1 disediakan... ;)

Topik hari Ahad lak: Akidah, Ibadah, Perkahwinan, Konflik, Komunikasi suami isteri, Pengurusan kesihatan, Talaq, fasakh, prosedur perceraian, dan last sekali ada sketsa akad nikah oleh peserta2 paksa rela, haha. Best jugak..

Anyway, terima kasih pada semua penceramah yang sudi kongsikan ilmu dan nasihat.. sebenarnya kebanyakan isi ceramah adalah mengenai ragam suami isteri yang kdg2 menimbulkan masalah sehingga berlakunya perceraian. Pasal prosedur tu skit je. Then lawak2 lebih kepada perangai isteri yang kaki shopping, kaki leter, kaki ngumpat, suka merajuk (mmg lawak bila ustaz mengajuk perangai kaum isteri), perbandingan isteri dulu dan sekarang...pendek kata perangai orang perempuan ni memang macam2 jadi suami kena sabar dan matang mengendalikan isteri masing2. ;)  

Tentang prosedur pula, apa yang saya faham ialah:
  • Lelaki perlu memohon terlebih dahulu untuk mendapatkan borang permohonan nikah dan surat kebenaran nikah. Mohon di pejabat agama paling hampir dengan tempat bermastautin. Misalnya kalau dia orang Pahang, kerja di Shah Alam, pergi ke pejabat agama di Shah Alam. Surat kebenaran nikah tu nanti kena bagi kat perempuan supaya perempuan boleh memohon.
  • Perempuan perlu memohon borang nikah kat pejabat agama mengikut alamat I.C. tak kisahla dia sekarang tinggal kat mana pun. Yang penting kena dapatkan dulu surat kebenaran nikah drpd lelaki, baru boleh proceed.
  • ujian HIV boleh buat di hospital swasta jugak, memandangkan kalau kat area KL ni memang lambat nak dapat appointment untuk ujian. Validity hanya selama 6 bulan dari tarikh nikah. Tapi tak pasti lak boleh tak buat dulu sebelum dapat surat kebenaran nikah tu. Lupa nak tanya. Huhu... pembetulan. **updated** Ujian HIV HANYA boleh dibuat di klinik/hospital kerajaan. Mungkin team Zura's Akademik masa ni pakai syllabus lama...huhuh
  • Negeri yang tidak memerlukan saksi borang semasa memohon borang nikah: W. Persekutuan, N. Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang, Sarawak.
  • Negeri yang tempoh mula memohon 1 bulan daripada tarikh nikah: Pahang, Sarawak, Kedah, Sabah, Brunei. Negeri lain adalah 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Memandangkan saya akan nikah di Pahang, maka saya perlu memohon start 1 bulan daripada tarikh nikah. Dokumen yang saya perlu ada 7:
  1. Surat kebenaran nikah drpd pasangan
  2. Borang permohonan nikah dan fotokopi
  3. Sijil kursus dan fotokopi
  4. Surat akuan sumpah belum pernah berkahwin (mahkamah)
  5. Fotokopi kad pengenalan (pemohon & wali) yang telah disahkan
  6. Ujian HIV
  7. Sijil nikah ibu bapa (bagi anak sulung perempuan sahaja, kecuali W.P., semua pemohon perempuan perlu ada dokumen ini)
Dah ada lengkap semua dokumen, barulah pergi jumpa imam jurunikah di daerah masing2 untuk tandatangan....

p/s: Sebenarnya masih kurang jelas tentang step2 yang perlu...dah buat nanti baru tau n faham betul2..





Sunday, June 10, 2012

Once Upon a Time....

Bila duduk berseorangan kadang-kadang terkenang zaman kanak-kanak saya dulu... Masa tu rasanya hidup ni tak rumit. Walaupun keadaan keluarga tak mewah, makan pun hari2 nasi putih dan ikan selar kuning.. Tapi hidup ketika itu bahagia. Makan ayam sekali-sekala je (tak tahu setahun berapa kali), makan ayam KFC dan seumpamanya memang jauh sekali la.

Seingat saya juga, masa Darjah 1 (1994), saya bawa duit 50sen je ke sekolah untuk beli makanan waktu rehat. Dah cukup untuk sepinggan mi goreng dan secawan air sirap. Tak lama lepas tu harga makin naik. Saya ni sebenarnya kat sekolah agak lembik, orang berebut-rebut beli makanan, saya tersepit je kat celah-celah orang. Last2 nasi lemak/mi goreng habis, dapat kuih2 je. Pastu ada jual air gas (air berkarbonat la..hehe) rasanya RM1, letak dalam plastik..memang saya tak pernah beli la. Masa tu kalau belanja seringgit sehari memang anak orang kaya la... Bila adik saya pun masuk sekolah, dia jenis makan banyak, nak belanja banyak hari2 memang pokai la mak ayah. Jadinya mak bagi bekal nasi goreng kat kitorang hari2. Ada juga kena sindir dengan budak2 sekolah, tapi saya pun dah tak ingat, tak kisahla. Saya pun tak ada ramai kawan baik, cuma seorang saja, itupun kena kebas juga oleh sorang classmate ni, yang saya rasa dia jeles kat saya kot. Jadi saya selalu makan bekal sorang2 je.. Saya sekolah petang, adik saya sekolah pagi. Kalau tak boleh juga saya makan dengan adik saya kan. Hehe.

Bercakap pasal seseorang yang 'jeles' tu, dia start buat perangai masa kitorang Darjah 4 kalau tak silap. Masa tu dia 'curi' satu-satunya kawan baik saya sejak tadika, saya rasa terpinggir. Kawan baik saya tu serba-salah sebenarnya, saya tahu bukan salah dia. Jadi saya biarkan, saya tak larang dia nak berkepit berdua ke mana-mana. Lama-kelamaan saya dah macam takde kawan baik jadi saya bengang, saya keraskan hati, fine, kau tak nak kawan dengan aku, aku ada ramai lagi kawan2 yang sudi nak berkawan. Saya biarkan dia dengan kawan baik baru dia sampai satu tahap kitorang tak bertegur sapa langsung. Cikgu pun pelik. Saya kawan dengan semua orang je, tapi takde geng/kawan baik. Saya cerita pada mak saya keadaan ni, mak saya selalu motivate supaya tak give up dengan hidup hanya sebab seorang tak nak kawan dengan kita. 

Keadaan bertambah teruk masa Darjah 5, masa tu satu kelas taknak kawan dengan saya sebab dilarang oleh budak perempuan ni. Saya ingat lagi, tiap kali waktu rehat saya kena tinggal sorang2 dalam kelas, so saya makan bekal dalam kelas (walaupun masa tu tak boleh makan dalam kelas). Cikgu pun tahu keadaan masa tu so cikgu tak marah saya. Serius jugak ye walaupun masa tu still budak sekolah rendah. Huhu. Lama-lama saya develop tabiat tak makan waktu rehat...siapkan kerja sekolah saja then bila balik sekolah dah boleh rehat. (^___^)    Bila dah nak setengah tahun, baru la ada budak perempuan berborak2 dengan saya, masa tu saya nampak "budak" tu tak suka, sikit2 jeling...tapi member yang nak kawan dengan saya tu dah tak tahan, dia cerita semuanya pada saya. Dia cakap, sebenarnya budak perempuan tu jeles dengan saya. Jeles?? Sebab saya tiap2 tahun dapat no 1 dalam darjah. Cikgu selalu puji. Budak2 semua nak kawan. Masa Darjah 5 dia dapat jadi pengawas tetiba, sebab pakcik dia jadi Guru Disiplin. ;P Jadi dia dah "lebih" dari saya. Bila dia ada "kuasa" sikit, dia larang orang bercakap dengan saya. Kalau nampak bercakap, dia akan pulaukan pula orang tu. Mestila orang semua takut kan? Budak2 lagipun....mesti takut kena ugut taknak kawan...hehe..

Tak puas hati lagi, dia nak semua orang kawan dengan dia dan minta tunjuk ajar daripada dia, jadi dia kata kat semua orang, jangan kawan dengan Hani, dia sombong, mentang2 la dia cerdik, dia kata kita tak layak kawan dengan dia sebab bukan budak pandai. Bila cikgu puji, tengok dia mesti kembang punya. Mengada2...bla3.... Hmmm..banyak sangat la saya nak senaraikan apa yang dia kata, saya masih ingat sampai sekarang. Saya tak sangka dia akan cakap macam tu pasal saya. Dan yang paling menakjubkan, dia "beli" kawan2 sekelas supaya diorang tak kawan dengan saya. Macam mana? Setiap hari dia belanja semua budak perempuan kuih2 kat kantin. Ataupun ada yang bertuah dapat merasa makanan kat kantin cikgu (sebab dia boleh masuk). Takpela, saya fikir. Dia anak orang yang banyak duit. Dia boleh buat apa saja yang dia nak. Saya tak kisah sikit  pun. Saya buktikan, tanpa seorang pun kawan saya masih boleh belajar dengan baik dan dapat no 1 pada tahun tu. Saya dah berusaha, malangnya saya dapat no 2 tahun tu, kalah setengah markah dengan saingan utama saya, budak lelaki.

Bila naik Darjah 6, eh2, tetibe si musuh tadi ni terhegeh2 nak berkawan dengan saya, tak minta maaf pun tapi just nak kawan macam biasa. Saya tak kisah. Saya dah takde hati dan perasaan pada dia dan bekas kawan baik saya, saya tak marah dan saya juga tak gembira sangat. Saya cuma tak boleh lupakan. Kawan baik saya minta maaf, dia kata memang diorg banyak buat salah kat saya. So tahun ni nak amik exam UPSR so kena la berbaik, minta maaf. Oh...sebab itu rupanya. Sebab takut tak lulus ek? Tak kisahla. Hoho.. Sindrom takde kawan baik ni pun mcm kekal dengan saya sehingga masuk sekolah menengah...saya kawan biasa je dengan semua, takde geng mahupun partner. Mungkin sebab saya serik, ataupun saya taknak "rampas" kawan baik orang lain. Saya masuk sekolah tu agak lambat jadi mesti semua orang dah ada geng sendiri. Saya tahu macam mana peritnya kawan baik diambil orang, jadi saya taknak buat benda tu pada orang lain.

Ini hanyalah sebahagian kenangan pahit manis zaman kecik2 saya, ;) mungkin itu semua perlu untuk mematangkan saya.. Kenapa tetibe teringat? Hehe..sebab saya layan banyak video My Generasi Contest kat YouTube..best2 mengimbau  benda2 zaman kecik dulu yang mungkin generasi sekarang dah tak buat ;) .....


Semoga bertemu kembali (^___________^)