Assalamualaikum,
...sambungan perkembangan dan pengalaman2 pertama dengan baby...
Pertumbuhan baby
3 bulan
Berat: 4.5 kg
Panjang: 57 cm
Lilitan kepala: 37 cm
4 bulan
Berat: 5.1 kg
Panjang: 63 cm
Lilitan kepala: 38 cm
Penyusuan
Mula2 saya masih lagi campur susu untuk baby; susu badan dan juga susu Enfalac tu. Sebabnya, nak habiskan susu formula, mahal la nak buang je...lagi satu sebab bila bagi susu badan je baby asyik nangis... tak tahu nak buat macam mana supaya dia berhenti menangis. Bagi susu formula baru dia boleh diam dan tido. Pening juga camne nak hentikan susu formula kalau macam ni.
Tapi satu hari masa dia berumur 3 bulan setengah, tiba2 dia berak 6 kali sehari. Risau saya sebab takut saya ada salah makan ke. Saya call mak, mak kata stop dulu susu formula takut dia tak sesuai. Eh, macam mana pulak boleh tak sesuai sedangkan itu susu yang sama dia minum sejak lahir? Tapi takpela saya stop je dulu. Tapi sampai 3 hari dia masih berak 5-6 kali sehari so saya keep on bagi susu badan jela. Saya kurang risau sebab baby takde nangis sangat pun, najis dia pun takde warna pelik daripada biasa, dan paling penting dia memang menyusu banyak walaupun berak banyak kali. Kalau dia kurang menyusu, itu kena risau sebab takut dia dehydrated.
Lepas tu dia dah ok sket, berak 2-3 kali je sehari so saya try bagi semula susu formula (baki setengah kotak lagi). Dia dah tak nak susu formula dan juga puting botol susu. Buang aje susu setiap kali buat. Lepas tu puting yang pacifier tu pun dia dah tak nak. Ok la happy jugak sebab dah boleh stopkan susu formula. =)
Pergerakan
Masa baby berumur 3 bulan setengah jugak, dia ada cuba nak balikkan badan/meniarap tapi tak berjaya. Ada jugak beberapa kali saya tolong tapi macam tak berhasil je nak ajar dia buat sendiri, so saya tak nak tolong dah. Biar dia pandai sendiri la nanti. Lepas tu lama pulak dia macam putus asa..tak nak cuba dah meniarap.
Corak tidur
Saya balik Kemaman bila baby hampir 3 bulan. Masa duduk rumah mak dulu bising dengan budak2 yang mak jaga, tapi dia boleh tido lena kalau bising. Kalau sunyi dia tak lena tido. Lepas balik Kemaman, rumah sunyi, dia ok pulak. So dah terbalik. Sunyi baru boleh tido. Kalau ada satu bunyi pun, misalnya bunyi potong carrot kat dapur, dia terbangun. Tengok tv pun kena slow gile time dia tido.
Start umur 4 bulan baby dah makin kurang tido siang. Mula2 dia biasa bangun pagi pukul 8.30, mandi, menyusu, tido balik pukul 10 - 12 tengah hari. Tido ni pun biasanya ada terjaga nak menyusu. Pastu main2, pukul 2 - 4 lak dia tido. Main2, mandi, pastu petang dekat maghrib kang mula la nak tido lagi. Tak bagi tapi nangis2 nak tido. Pastu dalam pukul 9 malam dia bangun. Main2 dengan dia, pukul 12 ke atas baru dia tido semula. Dan dia jenis suka tahan mata. Ngantuk, gosok2 mata sume, puas didodoi sampai kita ni jadi buai dia (sebab tak nak ajar dia tido dalam buai kononnya hihi) tak mau jugak tido sehinggalah dia memang betul2 ngantuk.
Lama2 bila dah 4 bulan lebih, dia bangun lambat sikit dalam pukul 9.30 - 10 pagi. Lepas mandi, menyusu, nampak macam ngantuk la tapi sampai kul 2 petang belum tido lagi. Tido atas tangan je sebab dodoikan dia..time letak kat tilam dia memang bulat terus mata dan sengih2 pulak. Bila jadi macam ni memang tak keruan sikit sebab kita tak boleh buat kerja. Dia nangis beria bila saya bangun pergi dapur/toilet. Padahal dia nampak je saya kat dapur. Mula2 tu saya pergi juga layan dia tapi last2 saya biarkan je nangis. Kalau tak, tak dapat makan dan solat la mama...huhuhu..
Suara dia menangis kuat. Sampai jiran sebelah selalu wassap tanya, baby tak sihat ke? Hehe. Jiran pun boleh dengar, inikan pulak kita yang duk dekat dengan dia. Bingit telinga tau.=p
Pastu kang petang kul 5 baru nak tido. Papa balik keje nak bawak dia pusing taman depan rumah, dia tido lagi sampai kul 6. Rutin tido selepas maghrib tetap ada, tapi dia singkatkan waktu tido; setengah jam je paling lama. Kalau dia tido kul 8, tepat 8.30 dia bangun walaupun takde satu bunyi bising pun. Tiap kali nak bagi tido tu kemain susah. Siap susukan sambil bawak berjalan pusing2 ruang tamu. Bila dah berjaya letak dia tido kat bawah tu baru lega. Lenguh pinggang, belakang, lutut...huhu. Mak kata hei jangan ajar anak tido gitu, nanti teruk badan. Tapi nak buat macam mana? Sian dia tak tido2. Sian gak kita tak dapat buat kerja. Buai? Biarlah dulu. Saya yakin still boleh train baby slow2 untuk tido tanpa buai. InsyaAllah.
Lawatan ke klinik
Pergi klinik macam biasa timbang, ukur pertumbuhan badan, cucuk vaksin. Tapi masa 4 bulan takde cucuk. Lega. Hehe. Bukan apa, cuak juga nak pegang peha baby sebab dia makin kuat tendang2. Nurse pun kata, dia ni nampak kecik tapi tenaga kemain lagi..kuat betul.
...to be continued...