Monday, October 31, 2011

Sesat jalan.. (-.-)

Pukul 10 pagi tadi, sedang saya siapkan kerja, bos saya panggil. "Hani, you boleh pergi Ampang seorang diri tak? Kita nak monitor supplier hari tu.." "Hah..? Saya? Erm.. Saya xberapa ingat jalan.." "Senang saja, I'll draw the map for u. U tau kan jalan bla3..........." Memang saya pernah pergi dengan bos hari tu tapi masa tu pun dia main redah je, sesat2 jugak. Mana la nak ingat. Huhu..then saya kena pergi sorang? Huiyoo.. xyakin.. 

"Boleh tak Szu Min pergi dengan saya? At least dia ada untuk tengok supplier tu sekali and tengokkan jalan..hehee..." "Erm... kalau both of you pergi mcm bazir resource tau.. tapi u really xyakin ye? erm.... let me think..... Hmm.. ok la.. u pergi dengan dia. Boleh ya? Thanks.." (sebenarnya dia suruh Szu Min pergi tapi dia xbwk kereta  hari ni..tup2 suruh saya lak..hoho) Lebih kurang pukul 11.50 gerak ke McD dulu, lunch, isi minyak n top up Touch n Go, pastu baru gerak. Masa tu 12.40. 

Print arahan google map, ok jela ikut sign Cheras aje. Sepanjang jalan kitorang bertanya sesama sendiri, betul kan jalan ni? Huhu.. Bos dah pesan ada tempat yang agak tricky sebab ada roundabout, ada 3 jalan kat situ. Satu pergi mana ntah, satu masuk roundabout, satu lagi naik flyover. Dia suruh lalu tepi roundabout. Flyover dia xpasti tapi mungkin boleh sampai jugak. Google map punya arahan lak lain. Jalan mana ntah, xingat, tapi xberani la nak try.. So sampai sini ikut peta yang bos bagi lak......

Maka.....bila sampai kat jalan tu, kitorg pun tanya sesama sendiri lagi, ni ke roundabout tu? Masuk sini ke? Tapi xberapa nampak signboard kat situ so saya pun bantai naik flyover. "Tadi bos ckp mungkin boleh sampai jugak kan,.. hehee.. dia ckp ikut sign Pusat Bandaraya atau Bandar Tun Razak." Manalah tau rupanya jalan tu terus bawak kitorang ke Pusat Bandaraya KL. Hoho..nama je duk PJ setahun tapi jalan kat area sini mmg zero la kan. Szu Min kata, "Eh hani, kita kat mana ni...xdapat cari nama jalan la.." "Szu..kita dah kat bandar KL..saya nampak Wisma Tun Sambanthan.. err..mana nak u-turn ek..." Saya jalan je terus melepasi Maybank, Puduraya.... dan akhirnya sampai depan Masjid Jamek dah. Aduii.. jauh gile dah lepas. Tapi xpe at least sesat pun jalan lurus aje. Harus tenangkan hati... 

Puas cari tempat nak u-turn then akhirnya dapat jugak.. dah hujung gila2..tapi pastu terlepas simpang ke Cheras then pusing balik jalan yang sama. Nak xnak, saya buat illegal u-turn jelah. Harap2 xkena saman. Hoho...pukul 1.45 sampai jugak ke tempat supplier tu.. fuh... alhamdulillah selamat sampai. Ok la jugak sesat2 ke KL pun boleh sampai tempat supplier tu dlm masa sejam..dengan bwk slownye, dengan xreti nak selit2... not bad la timing tu, (^__^)y

Selesai urusan lebih kurang 4.30, then gerak balik. Time balik ni pun satu hal. Ikut je balik jalan tadi, dengan direction drpd supplier jugak. Ingatkan nak balik senang la sebab cari je sign PJ. Memula terpaksa bersabar dalam jam.. dekat setengah  jam xkuar2 lagi dari Pandan Indah. Bila kuar je, cepat2 tengok sign Jalan Loke Yew (mengikut kata supplier). Then kat roundabout kitorang salah amik simpang lagi. Szu Min  suruh saya ikut teksi depan so saya ikut jela.. rupanya lalu tepi Sekolah Sains Alam Shah. "Szu, ni salah jalan la.. kita masuk Bandar Tun Razak ni.." "Eh yeke.. alamak.. kena u-turn lagi" Sabar jela, malang betul nasib bila jumpa roundabout hari ni. Hoho. Bila dah selamat masuk jalan yang betul, tup2, kitorang lalu balik jalan nak ke KL tadi. Mak ai, biar betul. Kang stuck lagi dalam jam yang gile hebat... Sudah la hujan lebat, air penuh kat jalan, ada sekali tu teksi kat sebelah kiri langgar air, habis kete kena simbah sampai xnampak apa2 kat depan. Mmg menjerit la kan.. risau gile kalau accident lak. 

Saya kata,"Xpe2, rasanya tadi saya ada nampak sign PJ. Tapi xsure kat mana. Jangan terlajak lagi ke Masjid Jamek sudah la.. jam woo nak u-turn." Memang betul pun ada sign PJ xlama lepas tu, sebelah kiri. Yahooo...! Lega.. Jam dah pukul 5.25 masa tu.. Kitorang sangkakan ada u-turn ke PJ sebelah kanan mcm biasa..masa tu redha jela bila tengok jam kat laluan sebelah. Nasib sangat2 menyebelahi kitorang sebab rupanya jalan balik mmg xjam. Xtaula apa nama jalan tu, tapi rasa mcm pernah lalu je masa balik dari Pahang. Haha.. Anyway, dalam pukul 5.35 dah nak sampai PJ Hilton, kejap je rupanya. 5.40 dah sampai ofis... Huahhh..lega gila,.. Alhamdulillah.. 

p/s: Kadang2 best juga bila sesat sebab time tu la dapat belajar jalan baru.. hehee..




Thursday, October 27, 2011

♥ Music and Lyrics ♥

Jatuh cinta dengan Hugh Grant!! Semalam baru tengok filem Music and Lyrics, lakonan Hugh Grant dengan Drew Barrymore. Best jugak, santai n simple je cerita dia. Sesuai untuk rehatkan kepala yang tengah tension.. hehee. Lirik2 lagu dia best... layan..


Ni lagu utama dalam cerita tu.. ♥



Suka sangat lagu ni... time Alex pujuk Sophie.. ♥



It's never been easy for me
To find words to go along with a melody
But this time there's actually something on my mind
So please forgive these few brief awkward lines


Since I met you my whole life has changed
It's not just my furniture you've re-arranged
I was living in the past
But somehow you've brought me back
and I haven't felt like this since before Frankie said "Relax"
and now I know based on my track record
I might not seem like the safest bet
All I'm asking you is
Don't write me off just yet

For years I've been telling myself the same old story
That I'm happy to live off my so called former glories
but you've given me a reason
to take another chance
now I need you despite the fact
that you've killed all my plants
and now I know
i've already blown more chances
than anyone should ever get
all I'm asking you is
don't write me off just yet
don't write me off just yet....

Saturday, October 22, 2011

Cuci mata di IKEA

Pagi2 Sabtu dah bangun awal hari ni.. 7.45 pagi tu kira awal lah kan, hehe. Sebabnya nak hantar kereta ke bengkel - gasket terbakar. Tau pun sebab Ahad lepas masa on the way ke stesen LRT Sri Petaling dengan Cik Cahaya, tetiba kereta mati enjin tengah jalan. Masa tekan minyak pun ada bunyi mcm besi bergetar. Ingatkan cover rim tayar yang bergetar. Rupanya sign dari kete bahawa temperature dah sgt2 tinggi.. temperature kat dashboard tu pulak mmg kdg2 xbetul sket. Hoho..bunyinya mcm recipe for disaster la kan. Xpela..pengajaran. Maaf Cahaya kerana membahayakan nyawa kamu. Selalu je ada adventure tertentu dgn kamu. Sebenarnya masa kita redah ke bazar Ramadan Putrajaya dulu pun, roadtax dah mati bulan 6. Kwang3... kalau tau mmg xlepas la kita ke sana kan. Mana nak sedar sebab pegi keje gelap, balik keje pun gelap..

Nasib baik hari ni adik lelaki saya boleh temankan hantar kereta ke bengkel, dekat je pun dengan ofis. Hehee. Lepas tu dia nak gi IKEA cari hadiah kawin member dia. Saya kata, akak nak ikut skali la. (^_^)y  (nasib baik dia xde gf lagi, boleh la layan kakak dia ni nak gi sana sini, haha).

First time nih ke IKEA. Rambang mata la dibuatnya sebab perabot n brg2 semua cantik2 malah cara hiasan pun sgt cute n lovely.. =P Dah berangan kalau ada rumah sendiri nanti akan hias dengan perabot2 n hiasan rumah IKEA, kalau mampu la..heheh..

Lampu tidur. RM29. Rasa nak beli je utk diri sendiri.

Bilik kanak-kanak. Siap ada atap.

Ruang tamu idaman. =D

Lilin wangi yang sangat wangi. Nak grab la suatu hari nanti.

RM 199. Teringat kerusi lama kat umah.

Nak rak macam tu!!! Tapi sesuai utk hiasan ringan2 je kot...

Tetiba bangkitkan semangat utk memasak full time =P

Juga bangkitkan semangat menjadi
surirumah  berjaya. Hoho.

Adjustable drying rack, RM 119. Xpela. Lupakan shj..

Saya xminat cermin hiasan mcm ni, tapi ok la, cantik.

Ruang tamu idaman juga

Bilik tidur idaman. Siap ada TV.

Style tak sinki ni? Hehe

Meskipun lampu ni unik tapi bagi saya ini perangkap
habuk paling nyata

Lampu tidur sweeeet

Lihat dapur mainan di situ

Saya mahu! Lampu comel bertukar2 warna

Ya..ini dia koleksi lampu2 tadi

Juga mahu ini kat ruang tamu. (^_^)y

Puas berjalan sampai lenguh kaki. Akhirnya, adik saya beli frame gambar berharga RM20. Cantik. Nampak simple dan natural.

Nanti nak kawin saya mahu request barangan IKEA lah. Haha..