Sunday, November 15, 2015

Selamat datang Baby No 2

Assalamualaikum,

Dah lama sangat2 tak berblog. Sebab takde masa nak berlama2 dengan internet sejak ada baby. Hehe.

Kali ni nak update pasal Baby No 2. Eh? Update Baby No 1 dulu pun tak abis lagi sebenarnya. Hihi. Memandangkan kedua2 baby sedang tido, boleh la berlama2 taip kat henset. Nak guna laptop, laptop dah nazak. Huhu.

Macam mana tau mengandung yang kedua?
Ok, sebenarnya pregnant yang kedua ni macam dah boleh agak sebelum buat pregnancy test. Masa tu, pada bulan Januari 2015, Baby No 1 baru berusia 5 bulan lebih dan diserang demam panas. So saya stop makan jamu yang diamalkan hari2 sebab takut tambah panas ke baby yang menyusu badan. Lepas baby sembuh dalam masa seminggu, saya pulak demam. Bila saya sembuh dari demam, saya nak sambung makan jamu tapi tengok2 masa tu kemungkinan tarikh ovulation so saya hold dulu. Takut juga kalau ada yang terlekat pastu kita makan pula jamu, lain jadinya nanti.

So bila nak sambung makan balik jamu, saya test dulu dengan test kit Guardian punya. Haha. Beli yang murah je. Bila test, ada naik dua line, tapi dua2 line samar2 je warna. Saya confuse. Ni memang warna dia samar ke, atau faulty punye ni? Kalau nak ikut warna control yang dah memang samar tu, kira positif la pregnant. Terus rasa berdebar dan pening sikit la, memikirkan alamak baby kecik lagi, dah nak ada baby kedua? Seram sejuk. Bagitau husband. Husband happy je haha. Dah boleh agak dia kata. Pergi klinik swasta untuk confirmkan, doktor scan, yup, sudah 9 minggu. Alhamdulillah.

Alahan sepanjang mengandung?
Takde sangat, kalau compare dengan yang 1st dulu. Kalau dulu, takde muntah2 ke apa, tapi pening bila bau yang kuat2, macam perfume, sabun, ubat gigi pun. Pening bila tengok nugget, daging burger, fishball. Pastu kebas tangan dari 5 bulan sampai lepas bersalin. Tapi kali ni Alhamdulillah, takde semua tu, cuma eczema jadi teruk especially kat pelipat lengan. Sapu krim doktor bagi pun tak sembuh gak. Amalkan sapu vco Tanamera dan Jerslin Oil je sebab selamat kalau terkena baby. Eczema berlarutan sampai lepas bersalin sebab musim panas kot.

Kronologi kelahiran:
Baby kali ni overdue jugak. Due 20 Oktober 2015, sama tarikh dengan birthday aki dia, tapi dia tak mau keluar lagi. Takpela, kakak dia pun overdue 5 hari. Asalkan jangan sampai mama kena induce sudah la..heheee. Start minum air selusuh dengan harapan baby dapat keluar cepat2, tapi tersedar bila suami ingatkan, air selusuh tu air je, jangan sandarkan pada air tapi doa pada Allah. Yup. Selalu buat solat hajat dan amalkan ayat2 mudahkan bersalin.

Bila dah overdue kena pergi klinik hari2 lah pula. Bagitau nurse, tahun lepas overdue jugak, takde pun gi klinik hari2. Nurse kata yeke, tahun lepas nurse lupa nak cakap kot. Patutnya memang kena datang hari2, cek air kencing dan cek perut. Takpelah redha je berulang ke klinik hari2. Demi keselamatan dan kesihatan ibu dan baby kan.

Pada hari ketiga overdue iaitu Jumaat, start turun tanda bersalin. Masa tu tengah mandi sebelum solat Maghrib, tengah gosok gigi then ternampak lendir bercampur darah kat lantai. Sebab dah bercampur dengan buih sabun dan buih ubat gigi kat lantai so confuse jap, ni turun tanda ke atau air liur + darah sebab gosok gigi? Sebab takde rasa sakit ke lenguh pinggang ke so saya abaikan dulu. Dah hampir siap mandi, ada lagi lendir macam tu so confirm la turun tanda ni. Maklumkan pada mak. Masa tu kebetulan suami dan mentua pun ada so semua sekali pun dimaklumkan la. Mesti semua happy and berdebar hihi. Saya je yang rilek lagi sebab takde rasa sakit apa pun. Suami tanya nak pergi klinik bila? Saya kata tunggu sakit la. Kang rugi je cek jalan banyak kali..hehe.

Tido malam tu memula rilek je, tapi pukul 4 pagi rasa sakit macam angin penuh kat perut. Kejut suami mintak urutkan dengan minyak yu yee + minyak panas Afiat sebab nak buang angin. Tak nak la sakit angin + contraction nanti. Seksa woo. Suami banyak kali sendawa tapi sakit saya berkurang sikit je. Pukul 6.30 pagi start sakit contraction. Pukul 7 pagi mintak mak panggil tukang urut dekat baris umah kitorang, sebab dah serik sakit angin + contraction yang dialami masa anak 1st dulu. Harap2 kali ni boleh la singkirkan semua angin yang mengganggu huhuhu.

Tukang urut pun start rasa2 perut, dia kata kepala baby dah masuk betul2 kat jalan dia, hari ni jugak bersalin jangan risau. Yang angin tu tak semua boleh keluar, sebab ada yang sekali dengan baby dari awal mengandung dulu so dia tak boleh usik. 

Ok takpela tu, nak buat macam mana kalau angin tak nak keluar jugak kan. Lepas berurut tu mandi, then makan nasi panas. Letak beg dalam kereta, pukul 9 pergi klinik nak cek jalan. Nurse kata, kalau dah sakit pergi hospital terus takpe, sebab dah anak kedua. Anak kedua ni biasanya cepat. Cek bukaan 4cm. Nurse suruh naik ambulans. Suami ikut belakang ambulans nanti.

Pengalaman pertama naik ambulans; em best jugak sebab kerusi dia best. Saya duduk kat kerusi depan sekali bahagian penumpang belakang, kalau duduk kerusi belakang sekali memang melambung la, mau terberanak terus dalam ambulans. Ada sorang sister dan sorang staff nurse ikut, serta ada sorang pesakit budak perempuan umur 8 tahun. Dia demam dan ada asma. Sian tengok dia baring atas katil.

Sampai kat hospital, daftar kat dewan bersalin. Oh ye masa ni dah pakai kain batik, in fact dari rumah tadi dah pakai sebab teringat pesanan nurse masa bersalin 1st dulu, lain kali datang daftar wad bersalin kena pakai kain batik. Buat CTG, lepas tu datang 2 orang doktor perempuan muda cek jalan. Dua2 cek rasa sakit. Yang memula tu boleh tahan lagi, tapi dalam hati adoi sakitnya, jauh beza compare dengan nurse kat klinik tadi. Doktor yang kedua pulak cek, lagi sakit sampai saya tersentak dan kaki bergerak2 tahan sakit. Tangan memang dah genggam cadar katil dah.

Then tetibe doktor tu amik satu stick then cucuk kat bawah tu, tersalah cucuk sebab saya tengah bergerak sikit. Saya terjerit sikit sebab memang sakit. Doktor tu pun marah, "Puan ni jangan la gerak2! Kan saya dah tersalah cucuk! Nak pecahkan air ketuban ni." Saya fikir dalam hati, aik, kenapa pulak nak pecahkan ketuban? Blur sebab takde penerangan. Dah la tak bagitau awal2, patutnya dia bagitau la puan duk diam, saya nak pecahkan ketuban sebab bla3... kita ada hak untuk tau apa yang berlaku pada diri kita.. lagipun saya bukannya dalam keadaan urgent yang sampai doktor tak boleh nak explain kejap sebelum buat apa2. Anyway, saya pasrah jelah. Doa dalam hati moga semuanya baik2 je.

Kemudian datang sorang doktor lelaki nak amik darah kat tangan. Saya tanya kenapa, sebab masa bersalin dulu takde pun amik darah. Doktor tu kata sebab takut ada risiko pendarahan banyak, so ambil darah untuk buat stok darah dalam blood bank. Em, apa2 jelah...janji kita tau reason nak cucuk ke, apa2 yang dia nak buat ke.. 

Lepas habis CTG, nurse suruh masuk labour room. Saya pun fikir, wah ini dah bagus, cepat sikit saya masuk labour room. Harap2 cepat jela bersalin. Saya mintak nak pakai seluar bersalin Mamapride yang baru beli, Alhamdulillah nurse bagi je pakai. Tudung dan spec pun tak cabut. Sambung CTG lagi, saya mintak mengiring ke kiri. Alhamdulillah dapat. Zikir banyak2 especially masa datang contraction. Tak lama pastu saya rasa macam nak buang air besar. Susah hati dah takut terberak masa bersalin. Saya mintak kat nurse nak buang air kat toilet. Of course la nurse dah tak bagi kan. Nurse kata takpe dia akan korek. Rasa nak teran, teran je. Erk malu sungguh rasa tapi kalau dah nak terbuang air besar mana boleh tahan kan. Teran aje, lepas dah habis, banyak kali mintak maaf kat nurse. Huhu. Sian nurse macam2 keje yang geli kena buat demi patient. Nurse kata takpe, kami dah biasa..ramai je yang macam ni.. nurse cek bukaan dah 6cm.

Then ada nurse tanya nama suami. Saya dah happy sebab kalau nurse tanya tu maknanya nak panggil suami masuk. :) Suami saya masuk then kami ditinggalkan berdua je dalam tu sebab labour room hari tu penuh, staf kat dewan bersalin tak cukup. So diorang berkejar ke labour room yang mana baby dah nak keluar..hehe. Saya mintak suami tolong gosok2 belakang pinggang, rasa lega sikit bila sakit datang. Pastu curi2 minum air, mintak suami amikkan air sebab tekak dah kering dok tarik hembus nafas ikut mulut. Kalau ikutkan nurse tak bagi dah minum. Tapi ni setakat nak basahkan sikit tekak je, bukan dahaga pun sebenarnya. Sebab kalau kering tekak kang mula rasa loya nak muntah lak kan.

Pastu doktor yang pecahkan ketuban tadi masuk. Cek jalan, masih 6cm. Dia pun kata, "Ni baru 6cm, tahan la sikit. Jangan teran lagi. Nanti masa nak beranak jangan ngade2 angkat punggung. Koyak rabak bawah tu nanti baru tau." Cakap sambil berjalan dan tak pandang pun kat kita. Nada suara sombong dan ayat pun rasa kurang ajar. Suami saya dengar pun dia rasa bengang. Lepas doktor tu keluar baru saya bagitau suami yang dia pecahkan ketuban tadi. Saya memang rasa nak marah betul tapi sedapkan hati jela, cakap kat suami, takpe, dia buat gitu dengan patient, tengok pulak time dia beranak nanti macam mana. What you give you get back kan..

Dalam 5 minit pastu, rasa nak teran sangat, panggil nurse. Nurse kata 6cm lagi, pastu dia kata nak masukkan ubat induce. Saya dan suami terkejut la dengar. Kitorang tanya, "Nape nak induce?"

"Sebab nak cepatkan bukaan.."

"Boleh tak kalau tak induce? Saya takut tak tahan sakit. Lagipun skang dah 6cm. Tak boleh ke tunggu je sampai 10cm?"

"Tak boleh la puan sebab ni arahan doktor. Sebab tadi dah pecah ketuban kan. So memang kena induce untuk elak baby lemas, nanti kalau tak induce takut kena operate pulak kalau jalan tak bukak habis."

"Itula tadi saya tak faham kenapa doktor tu pecahkan ketuban..." Hati dah rasa geram kat doktor tu.

Nurse kata, "Oh tadi sebab mula2 buat CTG doktor tengok jantung baby macam tak berapa cantik, sebab tu dia pecahkan ketuban. Bila repeat CTG tengok-tengok dah ok..."

Em, pasrah lagi. Nurse masukkan ubat induce ikut drip. Saya doa je moga tak jadi pape mudarat especially kat baby. Dalam fikiran dah terbayang kalau la aku kena operate pulak memang la doktor tu...tak pasal2 je. Yang dia rushing pegi pecahkan ketuban dah kenapa..haihhh...

Lebih kurang 5 minit pastu saya rasa sakit sangat2 dan suami teruskan lagi gosok2 belakang pinggang (kesian dia lama sangat dia gosok..mesti lenguh jari2 hehe).. then cepat2 suruh suami panggil nurse sebab saya dah terteran. Rasa macam baby dah nak keluar betul dah. Huhu. Nurse masuk, then dia pun kata ha tak sempat pun ubat induce jalan, dah boleh teran dah... teran 3 kali, Alhamdulillah pada jam 1.27 p.m. selamat lahirkan baby girl, berat 2.90 kg. Nurse letak baby atas perut saya, then dia suruh suami terus azan dan iqamatkan baby kat situ je. Senang katanya. Then suami dah kena keluar, tak boleh tengok waktu jahit. 

Sorang nurse yang lain bawak baby untuk dibersihkan, then nurse yang sambut kelahiran tadi yang jahit. Saya tanya banyak ke kena jahit. Dia kata dalam tak koyak, jahit luar je, tapi panjang koyak. Saya pun fikir, tadi rasanya takde pun angkat punggung. Confuse jugak camne boleh jadi koyak banyak. Tapi takpelah asalkan dah selamat bersalin. Nurse bungkuskan uri, then suruh tanggalkan seluar bersalin tu baru dia mulakan jahit. Seluar tu pun nurse bungkuskan. Kali ni nurse jahit sambung terus dari hujung ke hujung sebab dia nak cepat. Nak kena cover labour room lain lak. Sian dia. Huhu.. 

Jahit kali ni cepat tapi kekurangan dia bila nak berak kena extra careful, sebab kalau terbetas jahitan memang terbukak sume. Kalau yang dulu jahit lama tapi jahit satu satu, means satu line, matikan. Next line, matikan. So kalau tengah berak, terbetas satu, yang lain ok lagi. Tapi jahit macam mana pun memang cuak le nak berak. Pastu yang kali ni takde pulak pengalaman ngeri korek darah kotor macam dulu. Huhu. Yang kali ni lepas uri keluar, nurse terus jahit then dah siap jahit tu dia tekan2 perut bagi darah keluar.

Dah siap sume, nurse kata dalam 2.30 nanti ada doktor akan tengok luka dulu, pastu baru boleh naik wad. Ok..tunggu punya tunggu, lapar la pulak. Nasib baik ada guard bawakkan bekal makanan yang suami saya belikan. Dia letak kat kerusi, agak jauh la dari katil. Saya turun katil, jalan dalam 4 langkah kecik2, ambil air soya dan roti cheese. Balik ke katil, minum air soya je dulu. Rasa pening. Pastu tertidur. 

Bangun pukul 3.30, makan roti lak sebab lapar. Tapi mampu makan 3 kali gigit jek. Tak larat lagi perut nak tampung kot. Rasa macam ngilu gitu. Baby tengah tido dalam baby cot, mesin pemanas baby tu pulak asyik berbunyi tak taula nape. Saya nak tido sebab pening tapi tak boleh sebab bising bunyi mesin tu. Nurse pulak takde nak panggil. Sekali sekala ada nurse datang tutup bunyi then bila tanya dia takpe ke bunyi lama, dia kata takpe biarkan je. Tak sempat lak tengok nurse tekan butang mana nak tutup bunyi tu. Bukan apa, sian kat baby jugak yang tengah tido, lama dengar bunyi bising.

Tertido lagi, then last2 pukul 4.30 baru ada doktor datang cek. Dia cek luka, then key in data, tanya2 sket.. muka penat dah doktor tu. Datang nurse kena sound, doktor ni dah asar baru datang. Sian patient lama tunggu. Doktor tu buat bodoh je, muka takde reaksi pape. Selama menunggu tu 2 kali jugak la saya pergi toilet buang air kecik. Sejuk kot dalam labour room. Tu pun selimut 2 lapis dah.

Pastu pukul 5 datang nurse bawak kerusi roda, tolak saya keluar tapi menunggu jugak kat luar labour room. Tengok staf sume berlari2 dari satu labour room ke labour room lain. Bukan la lari pecut 100m tapi lari2 anak la orang kata. Sementara tunggu tu, terdengar nurse2 jerit kat labour room sebelah, "Jangan kepit kaki! Jangan angkat punggung!" Berulang2 kali jerit. Bukan seorang, rasanya 3-4 orang jerit2 kat patient tu. Sampai ada ayat, "aku kata jangan angkat punggung tu jangan angkat la! Bukak lagi kaki tu!" Jerit tahap nak pecah suara dah. Saya dengar, tetibe rasa sedih then nangis kat situ. Yela, kita pun masih ingat lagi sakit bersalin tadi, rasa sedihnya jadi patient tu, dah la sakit nak beranak. Kena pulak tengking2. Sayu rasa. Lahir je baby tu, agak besar la, 3.5 kg. Mungkin anak sulung, dan mungkin sakit sangat kan.. sakit bersalin ni lain2.. ada orang rasa sakit sangat, ada orang mudah je...

Dalam pukul 5.30 p.m., baru la ada nurse datang tolak ke wad. Tu pun berkejar2 sebab ada beberapa orang lagi tengah menunggu untuk masuk wad. Kalau dulu dapat dalam bilik sebab tak ramai orang, kali ni duk luar bilik, tapi ok la sebab masih 4 orang setiap bahagian. Saya prefer duk luar bilik sebab tak sesejuk dalam bilik. Malam tu, siap ada beberapa katil tambahan, punya la ramai orang bersalin hari tu. 24 Oktober 2015. Sama birthday dengan Sultan Pahang hehe.

Petang tu mula2 suami je ada hantarkan beg2 baju. Kesian kat dia tertunggu2 bila nak masuk wad. Silapnya saya tak mintak handset dekat suami awal2. Kalau tak boleh jugak saya inform dia sementara duk dalam labour room tu. Hmm.. takpe2 next baby kena ingat nak suruh suami tinggalkan henset kat saya sebelum dia keluar labour room heheh..

Lepas hantar beg dan cium2 baby, suami turun bawah untuk jaga anak sulung, then mak ayah serta mentua pula naik atas tengok baby. Saya makan nasi yang suami belikan tengah hari tadi. Dekat2 nak habis waktu melawat tu mak balik dulu sebab nak uruskan uri cepat2. Mak mentua tunggu lagi sehingga ada pengumuman waktu melawat berakhir =)

Baby ok je tido, kadang2 je menyusu cuma masalahnya susah nak sendawakan dia. Bila dah lama sangat try tak sendawa jugak saya pun dah tak larat, letak je baby yang dah tido. Tengah2 tido dia muntah air kuning. Terus tekan butang kecemasan. Nurse datang, urut2 belakang baby. Saya tak pandai dan tak yakin nak tiarapkan baby atas tangan macam tu. Nurse kata ni sebab kes tak sendawa lepas menyusu. Air kuning yang banyak tu antaranya air ketuban yang baby ada minum sebelum ni.. oohh.. baru tau. Malam tu baby dah kencing. Alhamdulillah, boleh la keluar esoknya InsyaAllah. Baby dah berak awal2 lepas lahir tadi. 

Perut saya pulak sakit sengal2 ngilu2 gitu sejak lepas keluar labour room tadi. Pastu start tengah malam dah makin sakit. Esok paginya memang sakit macam contraction nak bersalin tu. Macam tengah tunggu nak beranak semula pulak. ;(  Ni la rupanya yang orang kata sakit rengat lepas bersalin. Memang sakit. At least sakit nak bersalin tu kita sanggup hadap sebab nak keluarkan baby. Ini baby dah keluar, lagi sekali sakit memang nangis laa..huhu. Masa doktor round wad pukul 9, bagitau doktor ada sakit rengat. Doktor kata oh bagus tu sebab menandakan rahim kita tengah kecut. Kalau tak tahan sakit boleh mintak ubat tahan sakit kat nurse.

Tengah hari tu, sebelum kuar wad mintak ubat kat nurse sebab tak tahan sakit. Nurse pun bagi 2 biji panadol. Ingatkan nak bagi sepapan ke kan, hehe. Balik rumah, anak sulung mintak didukung, tapi saya tak sambut la, mana boleh lagi.. terus dia merajuk sampai malam. Buat tak tau je kat saya. Haih sedih rasa. Kesian kat dia sebab tak pernah lagi berpisah dengan dia walau semalaman. Malam tu jugak mintak nak berurut sebab nak legakan cepat2 sakit rengat. Tukang urut kata kena banyak bertungku bagi darah ketul2 keluar, bagi rahim cepat kecut. Tapi sakit rengat ni akan ada beberapa hari, tak terus hilang. Rasanya dalam 5 hari jugak baru hilang betul2 rengat tu. Masa sakit tu tak boleh buat apa2, baby nangis nak menyusu terpaksa biarkan dulu. 

Okey setakat ni dulu, baby dah terjaga. Ada masa kita sambung cite baby kuning lak. Bye!

Tuesday, February 17, 2015

Giveaway: Adam Isyraf Turns 2 Giveaway!

Assalamualaikum,

Jom join giveaway ni..hadiah2nya berupa produk Shaklee. Hehe...mana tau ada rezeki kan.

Klik banner di bawah:


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2015.

=)


Wednesday, January 28, 2015

Baby and me: 3 - 4 bulan

Assalamualaikum,

...sambungan perkembangan dan pengalaman2 pertama dengan baby...

Pertumbuhan baby
3 bulan 
Berat: 4.5 kg
Panjang: 57 cm
Lilitan kepala: 37 cm


4 bulan 
Berat: 5.1 kg
Panjang: 63 cm
Lilitan kepala: 38 cm

Penyusuan
Mula2 saya masih lagi campur susu untuk baby; susu badan dan juga susu Enfalac tu. Sebabnya, nak habiskan susu formula, mahal la nak buang je...lagi satu sebab bila bagi susu badan je baby asyik nangis... tak tahu nak buat macam mana supaya dia berhenti menangis. Bagi susu formula baru dia boleh diam dan tido. Pening juga camne nak hentikan susu formula kalau macam ni.

Tapi satu hari masa dia berumur 3 bulan setengah, tiba2 dia berak 6 kali sehari. Risau saya sebab takut saya ada salah makan ke. Saya call mak, mak kata stop dulu susu formula takut dia tak sesuai. Eh, macam mana pulak boleh tak sesuai sedangkan itu susu yang sama dia minum sejak lahir? Tapi takpela saya stop je dulu. Tapi sampai 3 hari dia masih berak 5-6 kali sehari so saya keep on bagi susu badan jela. Saya kurang risau sebab baby takde nangis sangat pun, najis dia pun takde warna pelik daripada biasa, dan paling penting dia memang menyusu banyak walaupun berak banyak  kali. Kalau dia kurang menyusu, itu kena risau sebab takut dia dehydrated.

Lepas tu dia dah ok sket, berak 2-3 kali je sehari so saya try bagi semula susu formula (baki setengah kotak lagi). Dia dah tak nak susu formula dan juga puting botol susu. Buang aje susu setiap kali buat. Lepas tu puting yang pacifier tu pun dia dah tak nak. Ok la happy jugak sebab dah boleh stopkan susu formula. =)

Pergerakan
Masa baby berumur 3 bulan setengah jugak, dia ada cuba nak balikkan badan/meniarap tapi tak berjaya. Ada jugak beberapa kali saya tolong tapi macam tak berhasil je nak ajar dia buat sendiri, so saya tak nak tolong dah. Biar dia pandai sendiri la nanti. Lepas tu lama pulak dia macam putus asa..tak nak cuba dah meniarap.

Corak tidur
Saya balik Kemaman bila baby hampir 3 bulan. Masa duduk rumah mak dulu bising dengan budak2 yang mak jaga, tapi dia boleh tido lena kalau bising. Kalau sunyi dia tak lena tido. Lepas balik Kemaman, rumah sunyi, dia ok pulak. So dah terbalik. Sunyi baru boleh tido. Kalau ada satu bunyi pun, misalnya bunyi potong carrot kat dapur, dia terbangun. Tengok tv pun kena slow gile time dia tido.

Start umur 4 bulan baby dah makin kurang tido siang. Mula2 dia biasa bangun pagi pukul 8.30, mandi, menyusu, tido balik pukul 10 - 12 tengah hari. Tido ni pun biasanya ada terjaga nak menyusu. Pastu main2, pukul 2 - 4 lak dia tido. Main2, mandi, pastu petang dekat maghrib kang mula la nak tido lagi. Tak bagi tapi nangis2 nak tido. Pastu dalam pukul 9 malam dia bangun. Main2 dengan dia, pukul 12 ke atas baru dia tido semula. Dan dia jenis suka tahan mata. Ngantuk, gosok2 mata sume, puas didodoi sampai kita ni jadi buai dia (sebab tak nak ajar dia tido dalam buai kononnya hihi) tak mau jugak tido sehinggalah dia memang betul2 ngantuk.

Lama2 bila dah 4 bulan lebih, dia bangun lambat sikit dalam pukul 9.30 - 10 pagi. Lepas mandi, menyusu, nampak macam ngantuk la tapi sampai kul 2 petang belum tido lagi. Tido atas tangan je sebab dodoikan dia..time letak kat tilam dia memang bulat terus mata dan sengih2 pulak. Bila jadi macam ni memang tak keruan sikit sebab kita tak boleh buat kerja. Dia nangis beria bila saya bangun pergi dapur/toilet. Padahal dia nampak je saya kat dapur. Mula2 tu saya pergi juga layan dia tapi last2 saya biarkan je nangis. Kalau tak, tak dapat makan dan solat la mama...huhuhu..

Suara dia menangis kuat. Sampai jiran sebelah selalu wassap tanya, baby tak sihat ke? Hehe. Jiran pun boleh dengar, inikan pulak kita yang duk dekat dengan dia. Bingit telinga tau.=p

Pastu kang petang kul 5 baru nak tido. Papa balik keje nak bawak dia pusing taman depan rumah, dia tido lagi sampai kul 6. Rutin tido selepas maghrib tetap ada, tapi dia singkatkan waktu tido; setengah jam je paling lama. Kalau dia tido kul 8, tepat 8.30 dia bangun walaupun takde satu bunyi bising pun. Tiap kali nak bagi tido tu kemain susah. Siap susukan sambil bawak berjalan pusing2 ruang tamu. Bila dah berjaya letak dia tido kat bawah tu baru lega. Lenguh pinggang, belakang, lutut...huhu. Mak kata hei jangan ajar anak tido gitu, nanti teruk badan. Tapi nak buat macam mana? Sian dia tak tido2. Sian gak kita tak dapat buat kerja. Buai? Biarlah dulu. Saya yakin still boleh train baby slow2 untuk tido tanpa buai. InsyaAllah.

Lawatan ke klinik
Pergi klinik macam biasa timbang, ukur pertumbuhan badan, cucuk vaksin. Tapi masa 4 bulan takde cucuk. Lega. Hehe. Bukan apa, cuak juga nak pegang peha baby sebab dia makin kuat tendang2. Nurse pun kata, dia ni nampak kecik tapi tenaga kemain lagi..kuat betul.


...to be continued...

Baby and me: 0 - 2 bulan

Assalamualaikum,

Entri ni just nak share perkembangan baby.. dan pengalaman2 pertama dengan baby =D


Tarikh lahir baby: 19 Julai 2014

Waktu: 10.47 pagi
Jantina: Perempuan

Lepas balik rumah mak saya, suami laporkan kelahiran kat klinik kesihatan. Kena inform jugak kat klinik yang kat Kemaman supaya diorang tau dah bersalin. Hari ketiga iaitu Isnin, terus datang 3 orang nurse ke rumah. Tapi nurse datang lebih kepada nak cek mak baby sebenarnya. Hehe. Especially cek luka jahitan. Pastu cek keadaan baby, ada kuning tak. Esoknya hari keempat pun nurse datang lagi cek. 

Pertumbuhan baby
Hari pertama
Berat: 2.56 kg
Panjang: 49 cm
Lilitan kepala: 31 cm

Hari ke-8
Berat: 2.75 kg
- Lawatan patutnya hari ke-10 tapi sebab hari ke-10 tu raya pertama, maka nurse datang pada hari ke-8. Berat dah agak naik banyak sebab dia kuat menyusu, kaki dan tangan pun dah nampak ada isi. Kalau tak sebelum ni alahai halus je, kulit pun ada kedut2 sikit.

Hari ke-20
Berat: 3.30 kg

1 bulan
Berat: 3.46 kg
Panjang: 53 cm
Lilitan kepala: 37 cm

2 bulan
Berat: 4 kg
Panjang: 54.5 cm
Lilitan kepala: 37 cm

Penyusuan

Seperti diceritakan sebelum ni, baby dah campur susu formula iaitu pada hari kedua dia sebab susu tak keluar lepas bersalin. Yang keluar cuma air kuning aje walaupun dipicit. Bagi susu Enfalac Step 1 seperti yang dicadangkan oleh seorang nurse kat situ memandangkan susu badan masih tak keluar dan ramai kata Enfalac bagus untuk budak yang kena kuning. So bagi jela walaupun tak kena kuning, hehe. Saya bagi ikut keadaan, bukan tiap2 hari pun. Ada la seminggu 3-4 kali kot bagi susu formula sebab dia kembung, maybe saya ada salah makan/kalau saya makan lambat perut saya pun masuk angin. Pernah ada 2 hari saya kena angin medu so memang bagi susu formula jela kat baby. Takut dia pun masuk angin.

Baby keje dia asyik tido jela tapi kerap menyusu. Setiap 2 jam mesti menyusu. Pulak tu kerap gak dia terjaga sebab dia tak suka lampin basah. Baru je lepas kencing terus dia nangis, tukar lampin, diam dan tido semula. Dan awal2 ni dia kerap kencing sekaligus dengan berak. Berak pulak warna kuning, awal2 dulu kuning pekat gitu, maybe sebab dia nak kena demam kuning dah bila tak dapat menyusu lepas lahir tu. Tapi lepas susu badan keluar, dia menyusu banyak so kuning tu keluar ikut najis. Sehari semalam lebih kurang 20 helai kain lampin mak saya kena cuci. Hoho.

Lama2 dah hampir sebulan, baby dah tak kencing malam dan berak pun waktu lain, tak keluar sekali masa kencing. Tapi start 6 pagi dia akan kencing dengan banyak dan kerap macam biasa. Mak saya kata kena selalu sapu minyak gamat kat perut & ari2 dia supaya baby cepat berhenti kencing malam. Selalunya saya sapu minyak gamat pastu sapu pulak minyak yu yee supaya dia tak kembung.

Baby kerap muntah jugak walaupun dah sendawakan dia, maybe sebab banyak sangat minum susu dalam satu masa. Ada 3-4 kali masa dia belum umur sebulan, baru lepas sendawakan dia tiba2 dia muntah siap terpancut keluar dari mulut. Sian dia. Tapi tak reti gak nak stopkan masa dia tengah menyusu, kalau dah baby nak menyusu banyak, saya bagi je sebab kesian..mana tahu dia memang haus dan lapar ke kan. Hmmm...saya kena belajar lagi bab ini.


Satu lagi, baby kerap gak kentut. Bagus la kan sebab takde la kembung perut kalau kerap kentut. Tapi ada sekali tu masa tengah menyusu, tetiba dia kentut kuat, saya pun terkejut sangat, nasib baik tak terlepas baby. Rasa macam ada benda meletup kat riba, hoho. Budak 3 tahun yang mak saya jaga, Umar namanya, dia terus tutup telinga dan cakap, "Ohh..what a sound!" Haha.

Mandikan baby
Saya pertama kali mandikan baby bila dia dah hampir sebulan. Takut nak pegang masa mandi sebab kecik sangat, takut dia sakit kalau salah cara pegang. Mak saya jela yang mandikan, kat sinki je senang, letak cebok berisi air suam kat tepi sinki. Baby masa awal2 ni penakut orangnya, gayat kot sebab kalau angkat dia dari tilam kena slow2, berjalan pegang dia pun kena slow2 sebab dia macam cuak je kalau kita gerak laju sikit macam biasa. Bila jalan laju sikit mula la dia rapatkan tangan ke dada dia dan bengkokkan lutut sampai kaki rapat ke punggung dia. Comel je, macam anak kucing. Haha. Tapi sian la sebab dada dia pun berdegup laju bila cuak. Maka kena beringat supaya slow je bila bawak dia, hehe.

Tali pusat baby luruh pada hari ke-7. Sian gak tengok baby sebelum tali pusat luruh sebab rasa macam sakit je...tali pusat tu disepit dengan satu sepit yang agak panjang so cuak sangat bila nak pakaikan lampin, sapu minyak kat perut, tanggal baju dan sebagainya. Bila dah luruh tali pusat tu rasa lega sikit.


Potong kuku
Pertama kali potong kuku baby masa dia umur sebulan lebih. Berjaya! Mula2 ketip kuku dia tengok2 eh, lembutnya kuku baby. Tapi tetap tajam untuk kulit baby terutamanya kulit muka dia. Potong masa dia tengah tido. Mak saya tak bagi potong kuku masa baby tido asalnya, sebab orang tua2 kata kalau potong kuku masa anak tido nanti anak jadi degil. Saya buat tak tau jela. Apa kaitan? Huhu. Rasanya potong waktu tido lagi selamat sebab tangan tak bergerak2 kan. Masa ni kuku tangan je kena potong. Kuku kaki belum panjang lagi.

Kali kedua potong pulak seminggu lepas tu. Tragedi berlaku. Masa ketip kuku kat ibu jari kanan dia, terkena isi. Berdarah sikit. Dia tengah tido masa tu, dia terkejut kejap, muka berkerut dan bunyi suara sikit, pastu tido semula. Aduh siannya baby. Lepas tu saya dah takut nak ketip kuku rapat sangat dengan isi.

Bersunat
Kitorang hantar baby bersunat kat klinik swasta pada Jumaat, 5 September 2014. Tu pun dah kira lewat gak. Kononnya orang tua2 tak bagi sunat masa dalam pantang, padahal rupanya takde masalah pun kalau sunat dalam tempoh 40 hari tu. Lagi bagus sebab dia tak rasa sakit sangat. Nanti dah besar lagi payah sebab dia dah rasa sakit dan boleh terajang sana sini. Huhu.

Lawatan ke klinik
Pertama kali ke klinik kerajaan pada 19/8/2014, umur sebulan. Masa sebulan ni kena cucuk vaksin Hepatitis B dos 2. Dos 1 dah diberi masa lepas lahir, sekali dengan BCG. Masa sebulan ni cucuk saya dah tak ingat baby nangis ke tak. Rasanya nangis kejap, bila angkat dukung dia terus senyap.



...to be continued...

Wednesday, November 19, 2014

Berpantang 40 hari

Assalamualaikum,

Entri tertunda sebab takde masa nak taip. Hihi. Macam alasan je sebab patutnya boleh je taip sikit2 then save kan? Malangnya saya bukan jenis macam tu. Time nak taip, taip panjang2 terus. Baru best idea menaip mencurah2, haha. Kalau masa yang ada ciput jek nak menaip baik takyah, sebab idea tak flow dengan baik bila taip sikit2. Kui3...

Sejak ada baby ni rasanya ibarat melekat dengan baby jela. Kejap2 menyusu, kejap2 kencing, berak, ada kalanya nak berborak, kalau takde orang layan dia mula la dia nangis. Kadang2 waktu pagi dan petang saya tido jugak kat baby sebab nak harapkan tido time malam memang tak cukup. Ok cukup mukadimah. Tujuan sebenar nak cerita pasal berpantang.

Berpantang sebenar mula pada hari ketiga lepas bersalin, iaitu pada 21/7/2014, Isnin. Sebabnya hari bersalin (Sabtu) kena duduk wad dulu sehingga tengah hari esoknya (Ahad). Balik rumah hari Ahad tu kira pantang setengah hari la..hehe. Start dah makan menu nasi putih, ikan bakar, pucuk mengkudu dan pegaga. Pucuk mengkudu? Not bad. Kalau dapat pucuk yang betul2 muda takde la pahit sangat. Kalau pahit, cicah dengan lada hitam dan garam lebih sikit. =D

Hari Isnin, start berurut dengan bidan. Bidan ni jugak yang cucikan uri. Kata mak saya, masa bidan tengok uri, dia kata mesti budak besar sebab uri dia besar. Mak kata eh tak la, baby kecik je, 2.56 kg je. Bidan terkejut, dia kata selalunya uri besar, budak tu pun besar. Pastu masa dia pegang area tali pusat kot, ada macam biji2, dia kata kalau ikut biji2 ni, ada 8 anak semuanya nanti. Siap ada kembar. Wah. Bestnya kalau betul macam yang bidan cakap. Heheh. Memang berangan nak anak kembar pun.

Pagi2 tu saya pun tak mandi lagi, tunggu ayah dan suami saya jemput bidan dari Kg Sentosa pukul 9 pagi. Lagipun mata tengah ngantuk sebab malam bukan tidur lena, kejap2 susukan baby, tukar lampin baby. Bila bidan sampai, dia siapkan air panas dan mula masukkan daun2 yang dia dah kumpul untuk buat air serum. Lepas tu dia letak bekas berisi air serum tu kat bawah kerusi plastik dalam bilik air. Dia suruh saya duduk atas kerusi, then dia letak tikar plastik keliling saya, tutup bahagian terbuka kat atas dengan kain batik. Kira kepala saya jela yang keluar. Ni proses bertangas namanya atau sauna. Bidan kata buat bertangas dulu untuk lancarkan peredaran darah, kembangkan daki2 kat badan biar senang nak cuci nanti, buang segala toksin melalui peluh. Memang berpeluh2 banyak la, sampaikan saya mintak segelas air masak sebab rasa pening. Haha. Pastu bidan tanya, tak makan lagi ke pagi ni? Saya geleng. Dia pesan lain kali makan dulu pagi2, kalau tak silap2 pengsan lak time sauna...hehe.

Bertangas tu lebih kurang 15 minit je, sambil2 duduk dalam tu saya gosok2 badan supaya daki tanggal. Lepas siap bertangas, bidan ambil air serum dari dalam bekas tu buat mandi saya. Nampak macam2 daun dalam tu, cuma yang saya kenal daun pandan dengan daun kunyit. Hehe. Bidan ada cerita daun apa dia guna, antara yang saya ingat daun mengkudu dan serai wangi. Best mandi serum sebab bau wangi dan rasa segar. Punya baik bidan tolong sabunkan dan syampukan saya sekali, hehe. Gosok badan guna daun2 dari air serum tu. Bidan pesan lepas lap kering badan, time nak pakai pad tu titis sikit ubat luka pada pad supaya luka jahitan cepat baik.

Siap mandi, bidan urutkan, bermula dari kaki. Lepas berurut satu badan, air susu mula keluar dengan banyak, kita pun rasa sakit sebab breast membengkak. Alhamdulillah bermula dari hari tu boleh la bagi susu badan kat baby. Masa berurut tu ada ketulan agak besar kat bawah ketiak, bidan kata kena urut ni jangan biar ketulan macam ni. Itu sebenarnya air susu yang tersekat kat saluran kat bawah ketiak. Kalau biar, tu yang boleh jadi breast cancer (nauzubillah). Tapi bila bidan urut kat ketulan tu, ya rabbi memang sakit macam nak terkencing rasa. Tahankan jela sambil pejam mata kuat2, huhu.

Proses berurut dengan bidan ni berterusan selama 3 hari, pastu bidan pesan hari ke 44 atau lepas pantang nanti jemput dia lagi untuk buat pelepas. Tak faham pun pelepas untuk apa tapi ya kan jela. Lepas 3 hari berurut tu memang rasa ringan sikit badan, nak bergerak takdela rasa lenguh2 sangat. Bayaran bidan RM250, tak termasuk yang dia nak buat pelepas tu.

Bab makan time berpantang ni, ada la yang saya main taram je, bukan pantang betul2 pun, hehe. Dah la time nak dekat raya. Itupun sebelum bersalin hari tu dah siap beli biskut raya, makan dulu banyak2 supaya kononnya time raya nanti tak la terliur sangat, hehe. Hari ketiga lepas bersalin tu saya dah langgar pantang. Petang Isnin lepas berurut dengan bidan tu, saya rasa pening2 macam kurang gula. Lalu saya pun order la dengan suami, minta belikan susu strawberi Dutch Lady. Nak minum yang sejuk sikit lak tu sebab tak berapa minat susu yang tak sejuk. Dalam pukul 6 lebih saya minum la satu mug susu strawberi. Pukul 7 lebih susukan baby. Malam tu baby nangis tak henti2, rupanya dia kembung. Mak saya tanya ada makan apa, rupanya mungkin sebab susu strawberi tu. Saya tanya mak, sebab sejuk ke? Mak kata sejuk tak effect kat baby, effect kat kita ni takut bentan, perut kembang, tapi baby kembung maybe tak tahan perisa strawberi tu la kot. Sebab kalau minum susu full cream ok je.

Kesian tengok baby nangis lama, yela dia baru umur 3 hari dah sakit perut lak. Lepas tu saya janji pada diri sendiri, dah tak nak sentuh susu strawberi dah pasni. Daripada teringin macam2 terus jadi boleh tahan nafsu makan sebab takut anak yang terkena effect. Huhu. 

2 minggu lepas tu raya, ape lagi saya makan jugak sebijik setiap jenis biskut raya. Hihih. Tapi menu sarapan best. Mak buatkan daging bakar. Makan dengan nasi impit. Sampai orang lain jeles sebab daging bakar tu sedap hahaha. Pagi raya bergambar dengan baju raya okey..sebab kejap je dah slim balik hehe. Actually takde baju raya pun, saya dan suami pakai balik baju nikah kitorang. Baby yang berbaju raya Disney. Betul kata orang, bila dah ada anak ni, memang semua anak dulu, mak ayahnya kemudian =D  Siap bergambar tukar balik pakai t-shirt dengan kain batik. Mesti berstokin ye sebab takut angin masuk badan.

Menyusukan baby setiap 2 jam, malam pun macam tu jugak. Maka kita cepat la lapar, makan nasi dalam kuantiti sikit tapi kerap. Sebab pakai barut kan jadi tak boleh nak sumbat makanan banyak2. Lepas nyusu baby pukul 4 pagi pun saya pergi buat air Vico panas dan cicah biskut tawar. Lapar betul.

Lepas 3 minggu lebih kurang, saya start makan biskut tawar sapu Nutella. Haha. Tak tahan boring tekak makan biskut cicah air Vico panas je. Mak kata orang pantang boleh minum kopi (bukan Nescafe ye), sebab teh je yang buat angin, kopi tak. Tapi bila saya minum kopi baby kembung gak, so saya just minum Vico jelah. Luka jahit pun dah elok dalam masa 2 minggu so minggu ketiga tu mak bagi saya makan ikan goreng dah. Hehe. Tapi ulam masih lagi kena makan sebab tu je sumber serat..selain makan kurma. Buah2 tak berani nak makan lagi takut sejuk ke apa ke. Masa tu memang rajin la makan ulam meskipun saya ni bukan la penggemar sayur, tapi sebab takut sembelit punya pasal. Cuak kot bila nak buang air besar sebab takut jahitan terbuka, huhu.

Jamu pulak saya start makan lepas 2 minggu bersalin sebab takut baby kuning. Tapi alhamdulillah baby tak kena kuning. Cuma jaga2 jugak la sebab nurse kata kuning ni boleh jadi dalam masa 2 minggu tu. Jamu tu mak saya yang belikan dari orang kampung, takde jenama apa pun. Sampai sekarang masih lagi makan sebab satu, untuk jarakkan kelahiran dan satu lagi untuk kuatkan balik badan kita. Bila makan sebenarnya takde la rasa lain macam segar ke apa, tapi bila TAK makan (biasala orang malas makan ubat, hehe), mula la rasa sengal2, lenguh2 urat, nak gerak pun rasa berat je.

Set bersalin saya beli Set Afiat. Yang kotak warna hijau ye. Mula2 tersalah beli, kotak warna kelabu, tapi namanya Warisan Afiat. Tapi google2 orang kata set Afiat yang ok, tak jumpa lak untuk yang Warisan Afiat tu. So mintak suami gi tukar balik. Set Afiat tu harganya RM80 je kat kedai tu (harga asal RM85). Review kemudian sikit la sebab tak semua dalam set tu saya guna lagi, especially jamu dia, huhu.

Sekian entri kali ini. Wassalam...

p/s: baby tengah tido, tak meragam hari ni..alhamdulillah. Keje umah dah settle, so boleh ngadap blog. (^_^)y


Monday, August 11, 2014

Selamat lahir ke dunia, anakku! Part 2

Assalamualaikum w.b.t.,


Ni sambungan ceritera kat wad lepas bersalin...

Sabtu, 19 Julai 2014: Hari ketiga di wad

Masa memula duduk kat wad, nak naik atas katil memang cuak sebab kita ni berjahit, katil lak agak tinggi. Itupun dah mintak suami tolong adjust ketinggian katil hingga ke paling minimum. Nak duduk pun bukan boleh betul2 flat atas punggung, kena macam senget sikit sebab perit rasa. Dan yang paling penting nak bangun dari katil memang kena elok2, step by step, jangan sesekali teran perut, takut kena buasir pulak nanti.

Lepas suami dan family dah kena keluar sebaik tamat waktu melawat, saya just duduk kat kerusi sebab lembut sikit berbanding tilam. Memula tu baby tido je, tapi dalam pukul 3 dia nangis. Try susukan dia (padahal susu takde lagi keluar), dia nangis jugak. Kebetulan ada nurse datang so dia suruh cek kot2 baby berak ke kencing ke. Bukak pampers (yang diberi oleh hospital), oh betullah baby berak. Penuh lak tu pampers saiz newborn tu. Ini kali kedua dia berak sebab lepas lahir tadi, nurse ada bagitau baby dah berak, masa dia bersihkan baby kot. Pastu saya lak panik sebab rupanya takde bawak wet tissue untuk baby. Try cari dalam goody bag yang pihak hospital bagi, just ada sampel2 pampers, krim ruam dan sabun mandi baby je. Lastly orang sebelah katil offerkan dia punya wet tissue, huhu. Lepas bersihkan baby baru la dia senyap. Pampers lak kena ambik sampel dalam goody bag tu sebab pampers baby yang saya bawak saiz s, terlalu besar untuk dia. Yelah dia pun halus je, 2.56 kg. Saya call mak lepas tu, rupanya memang mak takde bawak sekali bekas wet tissue tu masa hari saya nak masuk wad. Kui3...

Then terpaksa la minta suami belikan wet tissue. Minta jugak dia carikan air zam2 sebab nak bagi kat baby sementara susu badan belum ada. Masa suami melawat petang tu, kedengaran pulak nafas baby macam berbunyi, seolah2 ada kahak atau hingus yang menyekat nafas dia. Kitorang tanya kat doktor, then doktor bawak baby masuk satu bilik, diorang nak cek dan keluarkan kahak kalau ada. Tak lama lepas tu doktor hantar baby dan explain yang baby takde apa2, ok je tapi diorang pun ada sedut sikit kahak dia. Malam nanti kalau jadi lagi, boleh panggil lagi nurse untuk cek semula.

Alhamdulillah, saya tak rasa letih mahupun mengantuk lepas bersalin tu. So saya banyak spend masa duduk je atas kerusi, sambil2 tengok baby. Then orang sebelah katil kata, awak bersalin normal ke ceaser? Kalau normal, kena banyak baring, tak boleh duduk lama sangat. Kalau ceaser macam dia, kena banyak berjalan. Tapi sakitnya perut dia kata macam time nak beranak pulak. Hmmm, gitula, orang ceaser time bersalin memang tak sakit, tapi lepas bersalin tu yang merana. Dah la bila gerak kena sangat hati2 takut jahitan kat perut yang terbuka. Huhu. Then saya try baring, tapi tak boleh mengiring sebab sakit pinggang. Kena terlentang jela. Pastu lama2 dah terasa betis sakit sangat2 macam bengkak. Bila tengok memang agak bengkak pun kaki. Mungkin sebab lama sangat pegang dalam position yang sama masa kat labour room tu. Sejam lebih kot. 

Malam tu suami datang lagi sekejap, dan saya minta suami sapukan losyen Anugerah dan urut sikit kaki. Pastu pakai stokin. Baby tido je, dan start jaga lepas suami balik. Saya bagi je baby menyusu walaupun tak pasti ada tak at least colostrum yang keluar, tapi nampaknya baby macam tak puas langsung walaupun kuat dia hisap. So saya titiskan sikit2 air zam2 kat bibir dia, at least dia ada minum. Dalam masa sama saya pun minum sikit2 air zam2, dan makan kurma, doa supaya ada la susu untuk si anak. Pastu tetibe baby keluarkan air liur berbuih2, terus saya angkat dan tegakkan dia, then dia macam tersedu kot. Saya pun tekan butang emergency dan nurse datang jenguk. Saya bagitau terus terang yang saya ada bagi air zam2. Terus kena marah dengan nurse, kata jangan bagi apa2 air, just bagi susu badan. Saya kata belum ada susu badan. Nurse ajar cara picit nipple, rupanya ada je air kuning tu yang mengandungi colostrum tu. Alhamdulillah, baby dapat je rupanya, hopefully cukup la untuk hilangkan lapar dan dahaga dia.

Pukul 11 malam, saya rasa nak kencing sangat tapi tahan dulu sebab baby tengah nangis walaupun dah try bagi dia menyusu. Lama2 dah tak tahan, terpaksa letak je baby atas katil dalam keadaan dia menangis tu..pergi jugak toilet. Terpaksalah sebab nak minta tolong orang lain, masing2 pun tengah sakit dan ada baby yang tengah menangis jugak. Malam tu saya duduk pegang baby sampai pukul 1 lebih, barula dia nak tido. Aircond sejuk sangat sampai saya pun pakai jaket yang suami bagi. Rasa pipi dan hidung baby, sejuk. Badan ok kot sebab baby kena balut dengan kain bedung dan hooded receiving blanket lagi. Kesian lak kat baby, saya baringkan dia mengiring menghadap badan saya, biar aircond tak direct kena muka dia. Lega sikit hati bila baby dapat tido. Saya jela yang tak dapat tido sebab dengar baby orang lain nangis...pastu bila nak pejam mata je, teringat time lepas bersalin yang nurse korek darah beku tu. Huhu. Fobia lak jadinya. Orang depan katil saya siap tanya awal2 tadi, kak, akak boleh tido tak? Saya tak boleh tido la..teringat2 time nurse korek tu.... Haih sama la kita dik, memang horror.

Ahad, 20 Julai 2014: Hari keempat di wad

Pukul 4.30 pagi, saya kejutkan suami bangun sahur. Saya tido kejap, pukul 5.30 pagi suami datang bawa makanan. Saya mintak suami bawa bihun goreng sebab lapar. Patutnya tak boleh makan makanan bergoreng...tapi ah lantak la. Malas lagi nak start pantang beria. Hehe. Pukul 6 pagi makan bihun, pastu baring je kat katil, tak dapat tido pun. Pagi tu baby berak lagi, pun banyak jugak. Lepas nurse datang round, barula saya dapat tido kejap dalam pukul 8 - 9 pagi kot. Pukul 9 tu doktor pulak round, then nurse datang nak mandikan baby. Diorang tanya baby dah kencing dan berak ke belum. Saya kata berak dah, kencing tak pasti sebab dia berak banyak sampai penuh pampers. Then nurse bagi kain lampin suruh pakaikan kat baby, sebab senang sikit nak tengok kesan kencing. Kalau baby tak kencing lagi dalam pukul 10.47 pagi ni (24 jam lepas lahir), saya dan baby tak boleh balik lagi hari ni. Saya mesej suami, mintak sama2 doakan baby kencing pagi ni dan boleh balik hari ni jugak. Alhamdulillah, pukul 10.45 pagi doktor pulangkan baby, kata baby dah kencing banyak, kuyup satu lampin. Hehe. Boleh balik tengah hari ni. =) 

Pukul 11.45 pagi, nurse suruh pergi ke bilik sebelah sebab doktor nak cek luka dan jahitan. Tengah tunggu turn tu, jumpa balik orang katil depan masa saya duduk kat wad Kenanga 4 sebelum ni. Rupanya dia bersalin pukul 3 petang semalam. Eh, lagi lewat dari saya walaupun dia dah ditolak ke labour room hari Jumaat. Tak sempat lak nak tanya dia duduk katne selama tempoh nak bersalin tu. Takkan dalam labour room yang sejuk tu kot? Hmmm.. Dah turn saya kena masuk untuk cek luka. Doktor perempuan muda kat dalam. Sama ada sebaya saya atau lebih muda kot. Saya baring kat katil, doktor pakai glove, apply losyen putih tu dan baca Bismillah, seluk untuk cek jahitan. Ok, sakit tapi dah biasa.

Then saya tanya doktor, "Nanti nak berak camne ye doktor? Ada kena makan ubat ke?" Doktor kata, "Oh belum berak lagi ke? Em tak payah la makan ubat... banyakkan minum air, makan buah. Ok la nanti." "Err.. buah apa yang saya boleh makan doktor?" Doktor senyum, "Kalau tanya saya, semua buah saya kata boleh makan.. tapi nanti tanya la mak masing2.. ada yang kuat pantang, ada yang boleh makan sikit2.. Masa saya belajar kat India dulu, diorang takde pun pantang2 ni, makan je semua, takde apa pulak yang tak elok jadi kat diorang.." Saya senyum jela...

Balik ke katil, tengok2 suami, mak, ayah, adik, dan makngah dan pakngah saya ada datang sekali. Masing2 tengok muka baby ikut siapa, tapi semua tak dapat nak jawab. Belum nampak lagi baby lebih ikut muka mama ke papa dia. Hehe. Then ada member sekolah kitorang lak datang melawat dan bagi hadiah untuk baby - set bantal. Borak2, tak lama lepas tu nurse datang bagi vitamin dan ubat luka, dan suruh suami settlekan bil, RM 41. Lepas settle, suami tolak saya atas kerusi roda, yang lain tolong bawakan barang2. Hehe. Sebelum keluar siap kena tulis nama pesakit dan nombor plat kereta yang saya dan baby naik dekat guard. Nak elakkan kes culik baby la kot. Naik kereta, mak saya yang pegangkan baby. Cepat2 tuju ke kedai untuk cari susu formula untuk baby. Nasib baik botol susu dah beli hari tu.

Suami belikan susu Enfalac, RM 50++. Balik rumah, cepat2 buat susu untuk baby. Kejap je dia habiskan 60 ml susu tu. Laju gila hisap, lastly dia letih dan tertido. Sedih tengok, mesti dia lapar dan haus sangat sebenarnya. So sementara tunggu susu badan ada, terpaksala bagi susu formula dulu. Susu badan ada selepas berurut dengan bidan, tapi itu kita cerita next time. =)

So far, tips dan pengalaman bersalin:

- nak masuk wad, pastikan lengkap semua barang ibu dan baby, jangan jadi macam saya, siap terlupa wet tissue untuk bersihkan baby lepas dia berak/kencing. Tak semestinya nak bawak semua barang banyak2 naik wad, tapi at least ada standby dalam kereta bila diperlukan.

- ada sesetengah hospital kerajaan mungkin perlukan kita bawak sendiri cawan, termos, pinggan dan sebagainya. Alhamdulillah, hospital Temerloh dah sediakan semua tu, kecuali sudu. =)

- untuk lebih keselesaan, bawa bantal sendiri. Nasib baik suami ada bawakan bantal sebab asalnya saya terlupa nak bawa dari rumah mak. At least boleh buat peluk atau sendal belakang kita masa kita tidur mengiring ke...dalam menahan sakit tu mesti lega sikit kalau tempat baring kita selesa.

- jangan lupa bawa kain basahan untuk mandi. Sebab semua tandas dan bilik mandi tak boleh kunci, in case papehal jadi kat pesakit masa kat dalam tu boleh la orang tolong cepat. Kat wad yang saya duduk tu, pintu shower siap tak boleh tutup rapat lagi.

- pada saya, sakit bersalin ni insyaAllah kita boleh tanggung. Paling sakit ialah contraction yang dekat2 time nak meneran. Masa meneran dan nak keluar baby tu dah tak rasa sakit sangat dah. Just rasa macam ada benda besar nak keluar. Berdoa banyak2 minta Allah mudahkan urusan kita dan beri kita kekuatan =)

- InsyaAllah, air selusuh yang suami buatkan boleh bantu mudahkan lagi... Dalam kes saya, dari tengah hari Khamis sampai petang Jumaat bukaan 3 cm tak berganjak, lepas minum air selusuh yang suami buatkan (dan jugak doa2 daripada seluruh ahli keluarga kami), esok pagi terus jadi bukaan 6 cm. Lepas tu tak sampai sejam duduk dalam labour room, dah selamat lahirkan baby. Alhamdulillah... =D

Sekian untuk kali ni... wassalam...


Wednesday, August 6, 2014

Selamat lahir ke dunia, anakku! Part 1

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah... Baby keluar menjengah dunia akhirnya, hehe. Gembira tak terkata. Syukur. (^_^)

Selamat datang puteriku... Allah dah tetapkan dia keluar pada 19 Julai 2014, jam 10.47 pagi. =D

Setiap orang ada pengalaman masing2 bila mengandung dan bersalin ni. Memula dulu awal2 mengandung, cuak juga memikirkan macam mana pula keadaan saya bila bersalin. Last2 dah hujung2 dekat tarikh tu dah tak rasa apa. Then bila overdue lagi tak rasa takut nak bersalin, malah nak je dia keluar cepat2 sebab semua orang dah tak sabar. Minggu sebelum due tu isteri kepada seorang sepupu saya dah bersalin, walhal due dia 16 Julai. Saudara-mara call tanya keadaan saya macam mana. Takde tanda nak bersalin lagi ke? Belummm...hoho.

Then pada 15 Julai, seorang lagi isteri sepupu saya yang due dia 28 Julai tak silap, bersalin petang tu. Ramai saudara tanya lagi pasal saya. Haih saya dah cuak sebab kalau tak bersalin juga sehingga 21 Julai, kena pergi serah diri kat hospital untuk induce la. Huuu..tak nak kena induce. Selalu wat solat hajat dan doa supaya baby keluar sebelum tarikh tu, dan semoga takde apa masalah kesihatan baik untuk baby mahupun saya sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Khamis, 17 Julai 2014: Hari pertama di wad

Pada 17 Julai, lepas sahur saya tido dulu sebab ngantuk, ingat nak solat Subuh pukul 6 lebih. Bangun semula pukul 6.30 pagi nak buang air kecil then ambil wuduk, tetibe perasan ada setompok lendir berdarah pada panty. Eh ni tanda bersalin ke? Happy! Tapi saya tak rasa sakit pun. Semalam pun tido elok je takde sakit pinggang ke, sakit macam nak buang air besar ke. Saya panggil mak, tanya ni kira tanda nak bersalin ke? Dah tak boleh puasa ke ek? Mak kata yelah tu...rasanya tak boleh puasa dah ni.. ha tula lewatkan lagi solat. Nanti ingat kena ganti solat Subuh hari ni punya. Oh menyesalnya tak tunggu azan terus tadi, huhu. 

Pukul 8 pagi tu terus pergi klinik dan bagitau ada turun tanda bersalin. Kecoh nurse2 situ tanya tanda macam mana, pukul berapa, then ada sorang nurse suruh pergi ke sick bay untuk check bukaan. Gulp. Ni yang seram ni. Tapi harus la hadapi juga. Pergi sick bay, then nurse suruh buka panty, dia nak cek bukaan. Dia ajar macam mana cara "buka" kaki, memula tu malu tapi dia cakap jangan tahan2 nak buka sebab nanti payah dia nak cek... nanti nak bersalin pun kena buat macam ni jugak, lagi ramai yang tengok. Huhu. Ok. Dia pakai glove dan apply macam losyen kot warna putih. Bagi licin nak masuk. Dia pun suruh saya tarik nafas masa dia nak masukkan jari. Saya tarik nafas, then rasa sakit la bila dia cek jalan tu. Sabar jelah, pujuk hati saya. Ni baru cek jalan. Belum lagi time bersalin.

Nurse kata, baru 2 cm. Dia pun suruh saya bersihkan diri dalam toilet then pergi semula ke meja doktor. Sampai kat meja doktor, doktor lak kata tak percaya bukaan dah 2 cm sebab saya tak rasa sakit. Dia kata dia nak cek sendiri sebab tak pernah lagi dia jumpa patient yang tak sakit bila bukaan dah 2 cm. Doktor lelaki lak tu. Dalam hati saya, eh doktor ni. Suka pulak cek2 jalan ye.. ada je kawan saya yang bukaan tetibe dah 8 cm tapi tak rasa sakit pun. Huhu. Redha jelah kena cek lagi sekali dengan doktor lelaki. Sakit sekali lagi. Doktor kata, "Oh betul la 2 cm. Tapi takde rasa sakit ye?" Saya geleng. Dia pun tulis2 dalam surat yang kena bagi kat hospital. "Puan ada kenderaan tak nak pergi sendiri ke hospital? Sebab kita kalau bukaan 3 cm baru hantarkan dengan ambulans." Saya cakap je ok saya pergi sendiri. "Lepas ni balik, makan dulu kenyang2, sebab takut nanti takde tenaga nak teran waktu bersalin." Ok noted.

Balik rumah, saya bagitau mak, nak kena gi hospital dah. Saya mesej suami suruh dia ambil half day la hari ni, kalau dia gerak awal2 pun rasanya takde apa lagi, sebab biasanya anak sulung ni lama nak buka jalan orang kata. Mak suruh makan, tapi saya still rasa kenyang makan nasi sahur tadi. On the way ke hospital Temerloh baru la berhenti kat Shell, beli roti krim jagung Gardenia. Makan 2 biji roti dan minum sekotak air soya.

Sampai kat hospital pukul 10 pagi, terus daftar kat bahagian dewan bersalin. Tunggu turn kat dalam tu, tengok2 ada la 3-4 orang tengah menunggu jugak. Ada yang tengah sakit2. Lama2 tunggu terasa sejuk yang amat lak aircond. Dalam pukul 11 pagi saya start rasa sakit macam senggugut tapi lebih kuat sakitnya. Sekejap je sekali datang, dalam setengah minit memula tu. Sakit macam tu datang lagi 20 - 30 minit kemudian. Nurse suruh baring atas katil, nak buat CTG, cek jantung baby selama 20 minit. Oh, baru saya tau cek jantung baby guna mesin and baring lama2 tu namanya CTG. Hehe. Lepas buat CTG, tunggu lagi doktor untuk scan dan cek bukaan. Selama tempoh menunggu tu ntah berapa kali pergi kencing sebab sejuk sangat. Pukul 12.30 tengah hari, 2 orang doktor lelaki India suruh baring dan dia scan serta cek bukaan. Baru 3 cm. Haih. Lama jugak. Orang kata 1 jam 1 cm. Ni dah 4 jam baru tambah 1 cm...huhu..

Disebabkan hari tu nurse dan doktor masing2 busy dengan orang bersalin, maka lambatla sikit proses nak masukkan orang2 yang baru datang ni ke dalam wad. Nurse suruh kitorang pergi makan dulu kat bahagian luar. Mak belikan nasi lauk telur, sebab ayam takde, ikan lak saya tak berapa minat. Mana tau nak bersalin hari ni ke, so time makan kena la makan supaya ada tenaga. Saya call suami, dia kata akan gerak dari Kemaman lepas Zohor. Pukul 2.30, nurse panggil saya dan lagi 2 orang yang tengah menunggu masuk, diorang nak tolak ke wad dengan kerusi roda. Waris keluarga masing2 kena hantarkan barang2 ke wad ikut jalan lain, tak boleh masuk sekali dalam bahagian dewan bersalin tu.

Saya ditempatkan di wad Kenanga 4, katil 14. Wad sini campur dengan orang yang lepas bersalin, sebab tu boleh dengar suara baby nangis gak. Lepas hantarkan beg, mak dan adik saya dah kena turun sebab bukan waktu melawat. Dalam  pukul 3.30 pihak hospital bagi biskut dan air teh panas untuk minum petang. Pukul 5, diorang datang semula sekali dengan suami saya. Bawak murtabak dari bazar Ramadan dan lebih lagi roti krim jagung Gardenia dan susu kotak soya. ;D  Kakak ipar pun ada datang, borak2 dengan diorang sambil tahan sakit sekali-sekala. Huhu. Malam tu suami saya tempah bilik homestay RM50 semalaman. Mudah sebab homestay depan hospital je, hehe. Waktu melawat last ialah 5-7 petang, tapi saya mintak lagi suami datang dalam pukul 9 malam,  hantarkan makanan. Boleh jumpa kerap sikit, hihi. Saya minta suami belikan mi goreng yang tak pedas, tapi bila makan malam tu pedas rupanya. Tapi saya makan jela sebab lapar. Dinner hospital bagi pukul 5.30 petang. Memang kena makan lagi malam tu.

Pukul 11 malam nurse datang cek jantung baby. Mesej2 dengan suami then saya tido dulu dalam pukul 12.30. Pukul 2 pagi terjaga sebab sakit perut, jadi macam cirit-birit pulak maybe sebab makan mi goreng pedas tu. Dah la dengan sakit macam senggugut tu lagi kan. Lepas buang air dah jadi macam angin lak kat dalam perut. Tiap kali rasa macam perut agak2 nak kosong tu saya makan roti krim dan minum sekotak air soya. Bimbang sangat2 kalau dah nak bersalin tetibe takde tenaga nak teran. Sambil tu saya makan juga minyak kelapa dara brand Tanamera, hopefully boleh jadi minyak selusuh, mudahkan proses bersalin nanti. Review produk ni kemudian la, hehe.

Jumaat, 18 Julai 2014: Hari kedua di wad

Malam sebelumnya tu tak berapa lena pun tido sebab kadang2 terjaga bila sakit kuat. Saya dah set alarm pukul 4.30 pagi kejut suami bangun sahur. Kesian dia sahur roti je sebab macam takde kedai buka dekat2 situ. Pukul 9 pagi suami datang bawa makanan - roti cheese dan air kotak. Selalunya nak mengelat jumpa luar daripada waktu melawat gitulah.. datang pagi dan malam bawa makanan. Tapi kejap jela boleh jumpa sebab guard akan datang, remind pelawat untuk keluar. Hehe. Tapi takpela kejap pun jadilah. Dalam pukul 10 pagi doktor datang round tanya keadaan, dia tanya sakit kuat tak? Saya kata kuat daripada semalam, tapi still 10 minit sekali. Doktor kata ok, kalau sakit selang 3 minit baru bagitau semula.

Tengah hari suami datang lagi. Masa lunch saya siap tanya abang dah makan? Boleh lak lupa bulan puasa, hehe. Then habis waktu melawat dia rehat kat surau aras 5 tu je, sama tingkat dengan wad. Orang katil depan saya dah ditolak ke labour room sebab bukaan dah 4 cm. Dia masuk sama dengan saya semalam, tengah hari semalam pun bukaan 3 cm gak. Ish, ni yang rasa nak suruh nurse cek ni. Dalam pukul 2.45 petang saya mintak nurse cek jalan sebab sakit makin kuat. Nurse tanya berapa minit sekali sakit? 10 minit sekali. Dia kata kalau 10 minit tu belum buka banyak lagi. Lagipun anak sulung memang lambat buka jalan, kita pun tak galakkan cek jalan banyak2 kali. Tapi takpela since saya request dia pun cek. Bukaan masih sama, 3 cm gak. Adoi, macam mana ni. Bila la baby nak keluar.

Saya mesej suami minta dia buatkan air selusuh. Moga cepat sikit buka jalan. Saya pun gandakan kuantiti VCO Tanamera tu, biasanya saya makan sesudu pagi dan sesudu malam je. Tapi sebab dah risau jalan tak buka banyak maka saya minum 2 sudu VCO tiap kali lepas makan. Hehe. Petang tu juga suami buatkan air selusuh dan bawa masa melawat. Malam pulak, saya minta suami belikan nasi goreng cina sebab confirm tak pedas. Pukul 12 tengah malam baru makan sebab lapar time tu. Sambil makan sambil tahan sakit.

Malam tu pun tak lena tido, kejap mengiring ke kiri, kejap mengiring ke kanan. Setiap jam bangun pergi toilet, buang air kecil. Memang banyak kali sebab saya dah habiskan separuh botol mineral 1.5L air selusuh yang suami buatkan. Nak bangun dari katil pun ambil masa sebab tahan sakit. Dapat rasa yang sakit makin kuat tapi bila tengok jam, still 10 minit sekali. Kadang2 20 minit sekali. Dalam hati berdoa moga2 saya ada cukup tenaga untuk bersalin nanti, dan minta semuanya dipermudahkan. Sambil tahan sakit sambil berzikir, selawat. Bila sakit kuat dan agak lama sikit dalam beberapa minit kot, tak larat nak zikir panjang2, sebut Allah je banyak2 kali. Dalam hati motivate diri sendiri, Allah bagi sakit ni mesti yang aku boleh tanggung, Allah takkan bagi kalau aku tak boleh tanggung, InsyaAllah...

Sabtu, 19 Julai 2014: Hari ketiga di wad

Suami mesej pada 6.15 pagi, nak makan apa pagi ni, nanti dia bawakkan. Saya minta roti krim lagi 3 biji. Roti cheese tak payah la sebab yang semalamnya pun tak habis lagi. Then saya tertidur, pukul 8 nurse kejut suruh bangun mandi dan makan. Kejap lagi kena buat CTG. Saya angguk je sebab tengah tahan sakit masa tu. Tak lama lepas tu nurse tu datang lagi, tanya, puan, dengar tak tadi...cepat makan ye. Kita nak cek jantung baby. Angguk lagi. Nak cakap saya tengah sakit sebab tu tak boleh bangun lagi. Tapi tak sempat sebab nurse tu dah rushing2 gi tempat lain. Pastu kali ketiga dia datang baru saya bangun. Huhu. Mesti nurse tu bengang. Saya sempat makan setengah keping roti yang hospital bagi, dan minum setengah kotak air Vico. Pastu nurse tadi dah gesa supaya saya pergi bilik CTG cepat2 sebab pukul 9 doktor pakar nak round.

Start buat CTG pukul 8.15, so habis patutnya dalam 8.45. Saya terfikir kenapa la saya tak bawa henset sekali, inform suami saya kena buat CTG. Kesian kat suami kena tunggu lak nanti sebab dia kata nak datang 8.30. Tengah pikir2 tu, boleh lak saya tertido. Then mesin CTG tu berbunyi. Lama jugak berbunyi, nak panggil nurse tanya, tengok takde orang pulak dalam bilik tu. Nak jerit malas lak. Biar je. Tertido lagi. Then nurse tadi berlari masuk, cakap, "Puan, jangan tido puan! Nanti baby ikut tido sama..nanti graf tak cantik." Kena buat semula lak, start balik dalam 8.40. Huhu. Masa tu sakit sangat so saya tanya boleh tak buat CTG dalam keadaan mengiring. Memula nurse bagi tapi sebab tak dapat detect pergerakan baby bila saya mengiring, so kena terlentang semula. Tak selesa bila terlentang tapi tahan jela. Selawat dan zikir lagi bila sakit.

Pukul 9.15, doktor pakar dan group doktor2 bawah dia datang ke bilik CTG akhirnya sebab saya takde kat katil. Diorang tengok graf, still tak cantik. Pastu doktor pakar kata, "Cuba cek jalan dia, nampak macam sakit sangat dah tu..." Doktor cina lelaki yang pernah cek saya dulu yang kena cek jalan. "6 cm!" Doktor pakar kata, "Hmm...patutla dah sakit sangat.. ok pergi hantar ke labour room. Buat CTG lagi kat sana..." Dalam hati, rasa happy sebab jalan dah buka banyak. Alhamdulillah. Nurse iring saya ke katil, suruh saya call suami. Baru nak call, suami saya dah masuk. Rupanya dia dah tunggu dari tadi kat luar wad, tak boleh masuk sebab doktor tengah cek saya. Nurse bagi saya baju dan kain pink, suruh tukar baju dan bagi kat dia sehelai baju dan kain batik, pad dan panty, baju baby (baju sahaja), tuala baby dan kain balut baby. Lain2 barang suami kena kemas dan bawa turun ke tingkat 3. Tunggu luar labour room.

Saya salam suami dan minta maaf sambil berdiri kat depan katil je, sebab nurse dah tunggu untuk bawa saya naik kerusi roda ke labour room. Rasa menyesal tak minta maaf awal2..tak proper je rasa masa tu. Nurse tolak saya atas kerusi roda elok2 je, alhamdulillah. Maklumla kita tengah sakit. Kalau tolak laju dan terhentak sikit pun seksa juga rasanya tahan sakit. Saya tanya nurse, nanti dalam labour room boleh minum air kosong tak? Dia kata rasanya tak boleh, tapi nanti try tanya semula orang kat sana. Risau jugak saya sebab tekak ni rasa kesan air Vico tadi je. Kang tengah sakit2 kot rasa haus camne ye? Huhu..

Sampai kat labour room, ada 3 orang doktor lelaki dan 3 orang nurse perempuan. Saya disuruh baring atas katil dan doktor nak keluarkan air kencing. Cuak pulak, malu pun ada. Saya pun tanya boleh tak saya nak pergi kencing sendiri sebab memang rasa nak kencing pun. Ok boleh, tandas pun dalam labour room tu je. Lepas tu kena baring balik kat katil, doktor cek jalan lagi. Still 6 cm. Sambung buat CTG sebab nak monitor jantung dan pergerakan baby. Dalam masa yang sama, nurse bagi tiub oksigen kat saya supaya baby dapat oksigen lebih, dan masukkan air kat tangan kiri untuk cepatkan proses bersalin kot. Tanya lagi boleh minum air kosong sikit tak? Jawabnya tak boleh makan dan minum dah dalam labour room.

Saya mintak selimut sebab rasa sejuk sampai menggigil. Alhamdulillah nurse selimutkan. Diorang pun tak paksa tanggal tudung so saya pakai je tudung. Lepas tu nurse tanya, siapa nama suami? Saya bagitau. Tak lama pastu suami saya dibenarkan masuk ke dalam labour room. Masa tu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tanya nurse agak2 berapa lama lagi duk dalam labour room ni ye.. Nurse kata standard bukaan 1 jam 1 cm, so maybe lagi 4 jam la baru baby keluar. Dalam hati saya, aduhai, 4 jam sakit2 dalam labour room yang sejuk macam ni? Ya Allah percepatkanlah.. Nurse ingatkan supaya banyak berzikir, siap ada poster kalimah Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin kat dinding kiri dan kanan dalam labour room. Suami pun boleh baca sekali sambil2 teman isteri. Pastu semua orang keluar dari labour room, tinggalkan saya berdua dengan suami je sebab diorang nak attend labour room lain. Lagipun diorang expect lagi 4 jam kan. 

Suami pegang tangan saya, setiap kali sakit saya genggam tangan dia kuat2. Sakit tu tak la rasa berkurang bila buat macam tu..tapi hati rasa lega sikit ada support ;D  Bila sakit dah makin kuat dan makin lama, saya cuma sebut Allah, Allahuakbar saja.. tak larat dah nak selawat atau baca kalimah yang lebih panjang. Dalam hati tak putus berdoa supaya saya dan baby selamat mengharungi proses ni, dan takde sebarang masalah semasa dan selepas bersalin. Saya minta kat suami nak buka tudung sebab rasa macam tercekik sikit kat tekak. Anak tudung tak pakai pulak, huhu, so suami just letakkan tudung atas kepala saya, cover setakat yang boleh. Jam masa tu dah 10.30 pagi. Tak lama pastu sakit makin kuat sangat sampaikan kalau ikutkan hati rasa macam nak sepak je apa2 yang ada dekat dengan kaki. Tapi kaki cuma gerak2 gitu jela atas katil, sabarkan hati, ini baru sakit contraction, belum lagi sakit nak keluarkan baby. Tapi mulut tak boleh tahan. Walaupun berusaha tutup mulut, tetap juga terkeluar suara mengerang tahan sakit, sampaikan nurse yang ada kat luar labour room masuk tengok keadaan saya.

Dalam masa yang sama saya rasa automatik nak meneran, macam tak boleh tahan langsung. Dalam hati dok pikir, eh dah boleh teran ke sebenarnya ni...sebab kalau jalan tak buka full patutnya tak boleh teran lagi, nanti luka banyak. Nurse yang masuk tadi tetibe jerit, doktor, dah full! Ok puan, buka kaki...dah boleh teran dah. Nurse ajarkan macam mana nak buka kaki dan pegang area atas buku lali. Suami disuruh untuk support belakang saya. Serta-merta penuh balik labour room, seingat saya 6 orang tula, 3 doktor dan 3 nurse. Saya tarik nafas setakat yang boleh dan teran ikut dan je sebab seriously, bab teran tu memang tak boleh tahan2. Rupanya salah teknik sebab nafas tak cukup panjang, so teran pun tak dapat la semaksimum mungkin. Ada la dalam 3 kali kot buat salah. Pastu doktor lelaki tu ajar, puan, tarik nafas panjang2, teran, kalau terhenti cepat2 tarik nafas dan teran panjang lagi..jangan berhenti lama ye..nanti baby masuk dalam balik. Ok2 noted, dalam hati saya.

Time tak rasa sakit teringat balik pesanan2 dari member juga dari bacaan di blog2:
- masa meneran jangan angkat punggung, nanti koyak banyak
- kalau tak rasa sakit jangan paksa teran, nanti luka bahagian dalam (kalau jalan tak fully buka) ataupun mungkin kita tak dapat teran dengan betul sebab tak di"push" oleh rasa sakit

Ok mula semula dengan teknik yang betul. Nurse kata, ok puan, boleh teran sekarang. Kita kira sama2. Tapi masa tu saya tak rasa sakit, so saya siap cakap kat nurse, "Saya takde rasa sakit sekarang". Nurse kata ok takpe tunggu bila sakit. Then bila saya start balik, semua bagi support sampai rasa macam penuh labour room tu dengan orang. Bila saya tanya suami semula lepas bersalin, memang ada ramai pun, dalam 10 orang. Tapi tak peduli la, yang penting nak keluarkan baby cepat2. Masa teran rasa macam nak meletup muka tahan nafas yang hujung2. Dalam 3 kali teran, pada jam 10.47 pagi akhirnya baby selamat dilahirkan. Semua ucap alhamdulillah... =D  Diorang letak baby terlentang atas perut saya sementara nak potong tali pusat, saya pegang tangan baby dan dapat rasa panas je badan dia. Then saya tengok jari dia, eh panjang dan runcingnya jari dia..hehe. Dah siap potong tali pusat, nurse angkat baby betul2 depan saya, tanya apa jantina baby. Perempuan, jawab saya. Alhamdulillah... ;) Saya dan suami ucap terima kasih pada doktor dan semua yang membantu. Doktor tu jawab lebih kurang camni la ayatnya, Alhamdulillah, ini semua atas izin Allah, kami ni cuma bantu aje... (^_^) Syukur dapat doktor dan nurse yang baik..

Pastu nurse bawa baby keluar untuk dibersihkan, dan suami pun disuruh keluar juga. Nurse datang bagi saya minum air dengan straw, saya expect air kosong tapi rupanya air soya. Minum dalam 2 teguk je. Tinggal 2 orang nurse dan 2 orang doktor. Masing2 tunggu uri keluar. Saya tanya, lama ke nak tunggu uri keluar? Nurse kata, kejap je, jap lagi keluar la ni. Dia tepuk2 perut saya, then doktor tarik bahagian tali pusat dan rasa la ada seketul yang keluar, beserta darah la kot sebab terasa banyak je cecair keluar. Then, ha ini la part yang horror dalam pengalaman bersalin ni; nurse korek2 kat bawah tu untuk keluarkan darah2 beku dan pastikan takde cebisan uri tertinggal kat dalam. Sakit..... memang sakit tapi redha jelah. Pastu jahit lak. Rupanya masa saya meneran tu ada nurse kata dia nak gunting, saya dengar, tapi saya tak rasa pun dia gunting, bila masa ntah. Sebelum jahit ni nurse bius dulu, tapi dia cakap bius ni untuk bahagian isi dalam je, nanti bila jahit kulit kat luar akan rasa pedih la sebab untuk kulit tak bius.

Nurse tu baca Bismillah dan mulakan proses menjahit. Terasa la benang bila ditarik, tapi tak rasa sakit pun. Tak lama lepas tu, nurse tu suruh salah seorang doktor lelaki tadi jahit, untuk bagi dia belajar, first time nak buat katanya so nurse tu monitor la. Ok redha jela dijahit oleh doktor lelaki lak. Doktor muda lagi, sempat saya tengok namecard dia, ada no IC, muda setahun dari saya. Ok lah, biasala doktor muda kena kutip pengalaman, kang dia pulak yang tak tau bila disuruh buat. Pastu sorang lagi doktor lelaki masuk, dia pun cakap kat nurse tu, kak, saya pun nak jahit...boleh la... Nurse kata eh tak payahla, lain kali doktor pulak buat. Kang lama lak jahit sian kat patient. Ha tau takpe. Jangan la jadikan saya ni eksperimen...huhu. Ada nurse lain bawa masuk baby yang dah siap dibersihkan, letak dalam baby cot sebelah katil saya. Diam je dia, hehe.

Lepas doktor tu jahit, pindah tangan lak pada nurse sorang lagi. Pun untuk latih dia supaya pandai jahit pasni. Lastly, jahitan disudahkan oleh nurse yang mula2 tadi. Memang pedih bila jahit kat kulit. Kaki pun dah lenguh gila sebab tak berubah position sejak dari mula meneran tadi. Sejak lepas bersalin tadi kaki menggigil jangan cakapla, sebab sejuk. Siap semua, nurse pakaikan maternity pad yang hospital bagi, kemudian suruh saya tukar pakaian, pakai baju dan kain batik yang saya bawa. Turun katil elok2, kemudian duduk atas kerusi roda. Masa tu ternampak la banyak tompok darah kat lantai. Nurse letakkan baby dalam pangkuan saya. Suka sangat tengok dia. Kadang2 dia buka mata tapi dia tak boleh lagi nampak kita. Tunggu agak lama la atas kerusi roda tu sebab nurse masing2 berkejar ke labour room sana sini, ramai yang nak bersalin waktu dekat2 hari tu.

Dalam pukul 12 lebih saya dibawa naik ke wad Kenanga 2, dapat katil yang dalam bilik. Hmmm, sejuk la sebab aircond kuat. Tengah hari tak rasa sangat kuatnya, tapi dah petang tu memang rasa. Malam apetah lagi. Nak tutup tak boleh. Tengah hari tu selain suami, ada sekali mak, ayah, adik, kakak ipar saya dan suami dia datang tengok baby. Mak bawakan nasi dan lauk singgang. Hospital ada bagi lunch nasi lauk sup ayam, sayur kobis goreng. Saya makan jela nasi dan lauk hospital tu, kobis jela tak usik sebab kobis ni sejuk. Kena start pantang jugak la sikit2 kat hospital ni. Tapi minum petang dia bagi agar2 santan saya telan je hihi.

Cerita dah panjang ni so kita berhenti sini dulu ek...nanti sambung lagi ceritera lepas dapat baby bahagian 2.. ;)