Sunday, June 1, 2014

Mini reunion dengan BFFs & isu Cadbury

Assalamualaikum w.b.t.,

Nak skip kejap updates pembelian barang baby, check up, etc. sebab nak meluahkan tentang isu hangat sekarang ni ---> DNA babi dalam coklat Cadbury..

Ceritanya, minggu lepas pada Khamis 22/5/2014, mak, ayah dan adik lelaki saya naik flight ke Beijing untuk melawat adik perempuan saya yang bakal konvo hujung bulan 6 ni. Pergi awal jela sebab hujung bulan 6 tu dah nak puasa & dah musim panas + kering kat sana, takut ada isu kesihatan lak nanti. Jadi saya dan suami plan nak jumpa diorang la kat KLIA2 sebelum diorang naik flight, sekaligus boleh jalan2 kat Sogo ke IKEA ke..tengok2 barang baby dan barang rumah sekali. (^_^)

Nasib tak menyebelahi kami sebab suami tak dapat keluar ofis awal (dia mintak half day) jadinya dipendekkan cerita kitorang gerak keluar dari Kemaman lebih kurang pukul 2 ptg. Flight diorang pukul 7 malam tapi kul 6 dah nak kena gerak ke bilik menunggu sebab jauh macam kat KLIA, tapi takde tren nak mengangkut so diorang kena jalan kaki dalam 25 minit gitu baru sampai. So saya dan suami ni kira2 waktu, sah2 tak dapat nak jumpa diorang dah ni. Sampai kat KL nanti dengan jem orang balik keje lagi. Takpelah sebab ada agenda lain lagi kan, hehe. Kitorang akhirnya sampai KLIA2 pukul 8 malam, jalan2 dalam tu & makan kat Texas Chicken. Saje test sebab tak pernah makan, best gak. Malam tu tido kat Youniq Hotel, tempah kat Agoda.

Esoknya, Jumaat, gi Sogo nak usya barang baby, tapi hampa sebab tak banyak pilihan dan takde sale pun. Ingat alang2 nak beli car seat, nak himpun sekali barang2 lain macam lampin, receiving blanket, tuala baby, pampers saiz s, dan nappy liner. Boleh la spend ratus2 so dapat rebate parking dan yang pentingnya tambah points. Tapi dah takde yang lebih murah berbanding kat Kemaman ni, apa boleh buat, cancel sume. Kitorang beli pampers Mamy Poko saiz s, 44 pcs (satu paket) sebab harga murah sket, RM 28.90. Disokong pulak oleh ada sorang abang kat situ, tengah belek pampers gak. Dia kata anak dia dah pakai semua - PetPet, Mamy Poko, Drypers, Huggies... Mamy Poko paling bagus dan paling murah ialah kat Sogo. Ok, ambil jela sebab kat Manjaku Kemaman hari tu seingat saya RM30. Dah ter"update" jugak tentang barang baby haha..

Setelah hampa kat Sogo, petang tu kitorang gerak ke Damansara nak cari hotel lain lak, kalau boleh nak dekat2 dengan IKEA senang sikit. Rupa2nya jalan sempit sebab ada pembinaan flyover/jalan LRT kot. Jem, dan susah gila nak cari hotel sebab tak berapa nampak. Last2 terus ke IKEA je beli barang yang dah target. Plan lepas tu ialah nak makan kat Murni Dataran Sunway dan tido kat hotel area situ. Paling biasa kitorang tempah Best View Hotel. Lepas makan, round2 sume hotel situ penuh. Sabar jelah. So kitorang decide nak gi Shah Alam je sebab plan nak beli stroller 2nd hand daripada orang Shah Alam esok. Saya dah roger BFF yang duduk area sana, kot boleh jumpa esoknya ;) 

Tak taulah kenapa tapi semua hotel kat Sek 7 pun penuh... nak gi Hotel Blue Wave dengan Hotel Quality memang tak dapat la, sah2 mahal. Kitorang pergi tanya Hotel UiTM pun penuh. Lastly dapat satu bilik kat Intekma Resort, RM143. Masa tu dah pukul 1 pagi. Dah tahap putus asa dah cari hotel sebenarnya..nasib baik ada gak tempat leh tido.

Mini reunion dengan Cahaya, Ain & Yana

Saya ajak Cahaya dan Ain jumpa kat PKNS/SACC/Alam Sentral dalam pukul 11 pagi. Tak dapat contact Yana so takpela, jumpa mana yang dapat je..hehe. Dalam pukul 12 macam tu baru saya dan suami sampai ke SACC sebab tersalah jalan, maklumla dah lama tak datang Shah Alam haha. Happy sangat dapat jumpa sebab dah setahun lebih, last jumpa diorang adalah masa wedding saya Februari tahun lepas. Kitorang pergi lunch kat PKNS yang restoran pinggan besar tu, tak ingat nama. Borak2, dan Cahaya tunjuk gambar result makmal kata Cadbury ada DNA babi. Masa tu baru circulate kot kat FB.

Respon kitorang: Eh betul ke? Macam mana boleh ada DNA babi lak. Bincang2, dan kitorang come up with one hypothesis -> cross contamination (pencemaran silang) kot, mungkin dari supplier kacang sebab yang takde kacang tu takde detect pulak. Sebab produk dah certified halal, tak mungkin la sengaja ditambah dalam ingredients. 

Macam mana pulak boleh tetibe detect? Ada orang mengadu pada KKM ke? Bila pikir2 balik, oh maybe KKM kebetulan nak buat test DNA babi. Sebab setahu saya, memang KKM ada jadual untuk buat test macam2, katakan bulan Januari dia nak test ada tak produk yang letak pengawet berlebihan. So pegawai KKM akan pergi pasaraya, amik random samples dan beli...bawak balik lab buat ujian. Mungkin sampel Cadbury ni salah satu sampel yang nak diuji untuk test kewujudan DNA babi. Kebetulan nak terkena pada produk yang contaminated....

Tapi sebab masa tu takde keluar kat berita lagi, dah la dengan typo nama brand, so kitorang mengharapkan yang bukan Cadbury la. Huhu.. Andai kata betul, saya kena check balik batch code coklat Black Forest yang ada kat rumah. Separuh bar lagi, yang paling besar punya lak tu. 

Lepas solat Zohor, dapat jugak jumpa Yana. Alhamdulillah seronok jumpa diorang..hehe..

Isu Cadbury

Petang tu dalam pukul 4 kitorang gerak balik, singgah umah mak jap nak rehat2 dan ambil barang2 yang mak dah prepare -> lampin dan barut baby yang kitorang pakai masa kecik2 dulu, pastu barut baru yang mak ada jahitkan, dan kain2 batik. Mandi, solat dan makan nasi terus kat rumah sebab senang sikit balik Kemaman dah boleh rehat. Bukak tv3, tengok2 ada berita mengesahkan Cadbury ada DNA babi. Sampai kat rumah kat Kemaman, cek coklat. Alamak, kena buang la coklat macam ni. Sebab expiry date yang detected tu Nov 2014 dan Januari 2015. Yang saya punya expire Jun 2015. Aiyoo...dah berapa banyak batch dah tu. Buang aje memandangkan kita tak tahu processing line dia sama atau lain bagi perisa berlainan. Dikira syubhah la kan sebab nak kata coklat yang ni ada DNA babi gak, kita pun takde bukti. Bila syubhah, hendaklah ditinggalkan sebab dah menghampiri haram....

Hari2 yang seterusnya FB dipenuhi dengan macam2 post tentang isu tersebut. Like page Jakim, like page KKM sebab nak dapatkan update rasmi dan terkini. Berhari2 lepas tu rasa macam2, pelik, hairan, menyampah, muak. Pelik dan hairan sebab kenapa KKM peram result dari bulan Februari? Menyampah sebab ramai terus salahkan Jakim sedangkan Jakim pun tahu setelah gambar result tu tersebar kat FB. Muak sebab ramai pulak up post mengarut pasal kod E, mencarut terhadap Jakim dan Cadbury, kata good job pada KKM. Hah, good job?

Pada saya, tak layak pun KKM dapat pujian good job. Kenapa?

1. Sekiranya ujian awal mendapati produk positif DNA babi, KKM kena terus maklumkan pada Jakim supaya Jakim boleh sama2 terlibat dalam penyiasatan dan gantung sijil Halal Cadbury lebih awal. Takdela ramai yang dah terbeli dalam 2-3 bulan ni. Sambil tu Jakim boleh terus hantar sampel ke Jabatan Kimia sebab jabatan tu je yang diiktiraf dan digunakan oleh Jakim. Kena improve komunikasi antara KKM dengan Jakim nih...

2. Walaupun pembocor maklumat berniat baik, tapi menyebarkan result yang tidak rasmi kepada orang awam merupakan satu tindakan bodoh dan tidak professional. Tengok apa jadi sekarang. Lebih banyak fitnah terhadap pihak2 yang belum tentu bersalah. Nak pulak orang Melayu ni kan malas membaca, suka sangat menyebar gosip. Baca tajuk, belum paham isi, sebarkan benda salah dan menyesatkan orang lain lak. Tak ramai yang perasan bahawa bukan saja Jakim baru tahu, pihak KKM pun baru jugak tahu setelah jadi viral. Ini screen shot dari page Jakim dan KKM:



Tindakan membocorkan maklumat tidak rasmi seolah2 menunjukkan orang
KKM tidak professional dalam melaksanakan tanggungjawab

Saya ada tanya seorang senior yang bekerja di KKM, kenapa result bulan Feb baru Mei nak keluarkan? Dia kata sebab lab test ambil masa lama dan setelah dapat result, diorang akan repeat dan hantar kat makmal2 lain untuk dijalankan test jugak. Sebab nak pastikan betul2 baru boleh confirm. But still, saya rasa hairan dan nak tanya lebih lanjut lagi, kenapa Jakim hantar test kat Jabatan Kimia boleh dapat result dalam 7 hari bekerja? Lab KKM tak boleh dapat result dalam 7 hari bekerjakah? Bukan ke sepatutnya, once dapat result awal tu terus kena maklumkan pada Jakim sebab isu besar kot? Tapi tak jadi nak tanya panjang2 sebab dia pun macam dah bengang kena melayan pertanyaan orang lain. Huhu..

Ok, tutup cerita KKM sebab dia pun dah buat kenyataan yang result rasmi baru siap bulan Mei la apa la...takde pun komen pasal tindakan orang dalam bocorkan maklumat tu. Fine. Kalau betul memang result baru dapat bulan Mei, takpela. Kita yang tak bekerja kat sana tak boleh la nak komen lebih2.

Pasal Jakim lak, hmm, sedih tengok masyarakat Melayu ni dok menghentam, mencarut, memfitnah diorang. Kalau tak faham, tanya elok2, minta penjelasan, orang tak marah. Yang tak betulnya bila kata2 melampaui batas macam screen shot kat bawah ni:



Orang Jakim tak reti keje? Goyang kaki? Makan rasuah? Err...sila la buktikan. Jangan hanya dengar sumber dari ntah mana2, pastu tokok tambah bagi sedap sikit cerita, banyak sangat ke pahala kita ni nak diberikan pada orang Jakim di akhirat nanti?

Ada komen lain yang kata "Alah, Jakim datang audit memang la tak dapat jumpa apa2. Pihak kilang dah sorok siap2.. Lagipun asalkan dapat banyak duit, mesti la lulus aje nak sijil Halal.."

Walaupun saya tak bekerja dengan Jakim, tapi sangat sakit hati bila baca komen2 macam ni. Sepanjang saya bekerja di food company yang apply sijil halal, saya dapati sangat2 la susah nak sorok apa2 semasa audit Jakim. Sebabnya Jakim datang spot check, tak pernah bagitau bila nak datang. Apa sahaja yang Jakim nampak waktu audit, itulah yang sebenarnya sebab memang tak sempat nak make-up sana sini bagi nampak cantik.

Audit Jakim vs Audit KKM


Setiap kali dapat tau pegawai Jakim dah tercongok depan pintu ofis, masing2 dari manager hinggalah supervisor production line (apetah lagi QA) memang kelam kabut dan ketar lutut. Bukan sebab kitorang ada barang2 terlarang, tapi sebab takut kalau2 ada operator tak pakai hair net dan face mask dengan betul, ada yang letak bakul ingredients direct atas lantai, ada dinding kotor sikit, ada bahagian mesin yang nampak karat, ada sawang kat siling warehouse...itupun Jakim akan tolak markah bila jumpa, belum lagi kalau ada keraguan dari segi halal haram sesuatu bahan. Dari segi dokumen pun kena lengkap. Kalau tak lengkap, atau ada sijil halal tapi bukan dari Jakim/badan2 luar negara yang diiktiraf, Jakim tak akan luluskan sijil Halal. Dan mereka sangat la strict masa audit sebab ni soal halal haram.

Bila sampai dekat tempat kritikal macam tempat blending, cooking, chopping, pendek kata tempat memasukkan bahan mentah ke dalam mesin kawah la.. Jakim akan cek ada tak orang Islam bekerja kat area tu. Ada? Ok sila mengucap dua kalimah syahadah..baca Al-Fatihah dan surah2 lazim.. Diorang make sure pekerja Islam kat situ bukan setakat Islam pada nama sahaja. Kadang2 dia tanya jugak macam mana cara nak samak (sertu) sekiranya terjadi pencemaran bahan tak halal.

Selalunya pihak Jakim datang pada waktu yang orang memang tak suka - pagi hingga tengah hari. Geram jugak kadang2 terpaksa tinggalkan meeting dan tak sempat makan tengah hari sebab nak melayan audit Jakim, tapi bila pikir2 balik, betul la Jakim datang waktu2 yang busy macam tu, biar semua orang tak sempat nak mengelat kat mana2.

Berbeza dengan audit oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) atau kitorang selalu sebut MOH (Ministry of Health) Audit, audit ni bukan berbentuk spot check macam Jakim. Audit ni dirancang bila nak dibuat, maknanya pihak MOH akan bagi tarikh bila nak datang dan pihak kilang akan respon setuju tak dengan tarikh tu. Yela sebab kadang2 pada tarikh tu ramai pergi kursus ke, so takde orang yang layak untuk iring auditor dan jawab soalan2 dia masa audit. 

Bila tarikh audit dah tau, pihak production akan mula projek mencantikkan seluruh kawasan kilang iaitu cat balik mana2 dinding yang catnya dah terkopak (sebab selalu panas - sejuk -panas - sejuk, macam mana tak terkopak lapisan cat), cat balik lantai yang menunjukkan laluan safety, cat bahagian2 mesin atau mana2 tangga/peralatan besi yang berkarat, pastikan susunan barang kemas tak kira di production line mahupun warehouse. QA lak kena settlekan cepat mana2 kes produk yang tengah on-hold sebab ada masalah, cepat2 return barang mentah yang direject kepada supplier (kalau ada), pastu kena round production line selalu untuk pastikan operator semua amalkan GMP (Good Manufacturing Practice) dan faham perkara2 basic seandainya ditanya auditor nanti. Pendek kata memang sedap la mata memandang semuanya. Habis aje audit, hah, dah bertukar wajah jadi macam hari2 biasa...

Jadi, adakah anda masih nak kata audit Jakim tak telus, orang boleh sorok barang dan sebagainya?

Dari sudut pandangan pihak kilang pula - saya bukanlah pekerja Cadbury dan bukan mahu back up Cadbury sangat, cuma bila orang tuduh Cadbury sengaja memasukkan bahan terlarang ke dalam produk dia, sejak sekian lama bertahun2 lak tu, saya rasa kesian kat diorang. First response saya dan BFFs, tak mungkin Cadbury sengaja masukkan.... mungkin contamination daripada supplier kacang... Kenapa? 

Antara sebab2nya:

1. DNA babi dikesan dalam 2 sampel daripada 3 sampel yang diuji. Sampel yang positif ialah Hazelnut dan Roast Almond, manakala sampel negatif ialah coklat susu. Sekiranya memang ada dalam ingredient selama ni, sepatutnya semua sampel positif untuk DNA babi.

2. Selaku pengilang produk yang apply sijil Halal dan nama besar lak tu dalam industri, buat apa Cadbury pergi tabur pasir dalam periuk nasi sendiri? Agenda orang kafir nak menyesatkan umat Islam? Tolonglah.... kalau betul diorang nak bagi umat Islam makan benda tak halal, lebih baik dia taja company kecik2 yang takde nama sangat, buat makanan sedap2 dan jual, nanti kalau kantoi ada DNA babi senang aje dia lesap dan tumbuh di tempat lain pulak. Orang pun ingat2 lupa je nama brand dia pastu... Maksud saya, kenapa nak merisikokan nama yang besar? Penat2 bina nama brand, penat2 berusaha dan bayar mahal untuk apply sijil Halal, pastu sengaja "bunuh" brand tu? Orang bisnes takde masa nak pikir macam tu ok. Diorang hanya fikir macam mana nak dapatkan lebih banyak untung dan teruskan kelangsungan bisnes... $$$

3. Ini bukanlah kes pertama produk makanan dicemari DNA babi. Pernah dengar kes butter ke marjerin entah yang ramai orang guna untuk buat kek dan sebagainya, dalam 2 - 3 tahun dulu? Masih ingat? Saya tak ingat brand dia, tapi saya dapat tau ia berlaku sebab pencemaran dari pekerja. Kemungkinan pekerja tak basuh tangan betul2 lepas makan daging babi ke, then tak pakai glove masa buat kerja. Oleh itu, memang possible terjadi pencemaran silang. 

Pencemaran silang ni boleh berpunca dari:
a) pekerja (sama ada kat Cadbury atau supplier Cadbury, mungkin tak sengaja, mungkin juga sabotaj akibat tak puas hati dengan pihak management)
b) pengangkutan (mungkin lori/kontena yang bawa bahan mentah pernah digunakan untuk bawa bahan yang mengandungi unsur babi), atau 
c) mesin dan peralatan lain (mungkin beli mesin 2nd hand ke, pernah guna untuk proses bahan yang ada unsur babi).

--> 3 points ni je yang ingat..maaf kalau sebenarnya ada lagi tapi tak dapat ingat..hehe

Saya sendiri pernah siasat banyak kes ada bendasing dalam produk, rupa2nya berpunca daripada supplier, atau pihak pengendali yang menguruskan pengangkutan dari oversea sehingga sampai ke kilang. Macam mana boleh tau tu, panjang la pula nak cerita. Mana2 budak food tech atau yang bekerja di bahagian QA kat food company faham la. Cerita kat orang awam kang, takut lagi pening kepala..huhu. So let the experts do their work, dan kita tunggu saja keputusannya lepas ni, tak perlu la buat sebarang spekulasi seolah2 kita berada di tempat mereka yang terlibat.

Dan yang paling penting, jangan la caci orang, itu bukan akhlak Islam, harus la rasa malu menuturkannya di khalayak ramai...

Tentang Kod E, hmm... dari dulu dah cerita pasal Kod E ni tak habis2.. kenapa la orang Malaysia (sebut Melayu kang marah..tak semua Melayu macam tu) malas sangat membaca dan menyelidik? Nampak je E terus kata babi. Padahal E100 tu pewarna kuning dari kunyit kot. Silalah Google untuk lebih info tentang Kod E. Yang was2 ialah kalau kandungan lemak yang berfungsi sebagai emulsifier, texturizer, macam E471... sebab sumber boleh jadi dari haiwan, boleh jadi dari tumbuhan. Andai kata dari haiwan, bukan saja babi yang haram, kalau dia ambil dari lembu yang tak disembelih pun haram juga. Sebab tu kat Malaysia ni, kalau ada E471 tapi Jakim bagi sijil halal, bermakna ia tentulah dari sumber tumbuhan, atau sumber haiwan yang cara pemprosesannya telah disahkan halal. 

Kini, isu terbaru, Majlis Fatwa kata Cadbury halal? Jakim buat u-turn, main2 dengan hukum hakam Islam? Rilek2.... baca la betul2 kenyataan Majlis Fatwa. Jangan la tunjuk sangat kebodohan kita. Mentang2 henset canggih terus taip dan send comment dengan hujung jari je... 


Hukum halal tu merujuk kepada produk Cadbury sebelum didapati tercemar dengan DNA babi tu. Sebab orang asyik tanya macam mana nak buat kalau dah termakan sebelum ni... Tapi orang kita ni, baca tajuk (yang disensasikan oleh media) lepas tu terkejut beruk lepas tu apa lagi...hentam orang2 yang lebih expert daripada kita.

Diharapkan lepas ni umat Islam khususnya di negara kita, lebih buka minda dalam menghadapi sesuatu isu. Yang mana dah buat tersilap, belajar dari kesilapan tersebut, jangan ulang lagi. Tahap pendidikan masing2 pun dah tinggi, so jangan la bercakap mengalahkan budak sekolah rendah, kan?



p/s: ada terbaca cadangan perkenalkan kod H bagi menggantikan kod E untuk menunjukkan ia halal. Why not? =) Kuasa pembeli boleh mendorong kepada perubahan yang lebih baik kan? Walaupun kod E adalah kod standard yang satu dunia pakai, tak salah untuk umat Islam mencadangkan sesuatu yang baru untuk lebih memudahkan. Peace!