Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Sunday, October 27, 2013

Post-mortem majlis kahwin

Assalamualaikum w.b.t.,

Seusai majlis kenduri saya, baru saya dan keluarga terfikir apa yang kurang dalam persiapan majlis, dan apa langkah berjaga-jaga yang patut diambil untuk menyempurnakan lagi persiapan majlis tersebut:
  1. Kad kahwin - ni ambil pakej masa pameran pengantin. Satu perkara penting yang kita kena hati2 bab promosi masa pameran ni ialah ditipu. Kisah kitorang kat sini, tertipu dan hampir2 rugi lah juga.... Contoh ayat yang kita kena hati2 ialah bila salesman tu kata, "Ok pakej kad awak ni, sume2 yang tunjuk dalam flyer ni boleh dapat.. Bayar RM100  untuk booking..." Pastu kita pun bayar sebab dah tertarik dengan pakej dia. Dia pun cakap, "Ok saya tick kat dalam borang resit ni, awak boleh dapat kad dengan sampul surat, kotak door gift, badge, bunting, thank you tag. Takpe saya tak specify lagi jenis kad dengan kotak sebab datang kat kedai nanti awak boleh pilih lagi, banyak lagi design kalau nak tau. Kat pameran ni kitorang bawak sikit je ni.... Jangan risau. Datang jumpa saya kat kedai nanti...kita boleh bincang lagi." Dalam kes kitorang, saya sepatutnya suruh salesman tu tulis siap2 dalam resit, kad yang mana dan kotak yang mana. Barulah ada hitam putih dan takdelah kita rasa tertipu sangat kan. Tak salah rasanya sebab kita sebagai customer ada hak untuk tau betul2 apa yang kita akan dapat setelah bayar.
  2. Cuti - bab cuti rasanya jangan kedekut la...maksud saya sebelum majlis. Sebab yang penting kita nak prepare diri kita sekali untuk hari bermakna tu. Saya ambil cuti sehari je sebelum majlis. Terpaksa. Sebab bos tak bagi cuti lelama huhu. Tapi kalau saya boleh putar balik masa, saya akan fight untuk cuti 2 - 3 hari sebelum majlis. Lebih2 lagi kita kerja di Lembah Klang tapi kita nak balik belah Utara/Pantai Timur/Selatan tanah air. Kalau cuti sehari sebelum je memang rushing habis. Pastu gelabah lebih sebab takut tak sempat siap itu ini. Pastu ada la benda2 kecik yang tertinggal/terlepas pandang. Memang nak cari jalan untuk ketidaksempurnaan majlis. Enough said.
  3. Senarai tugas - senaraikan elok2 tugas yang perlu dilakukan untuk menjayakan majlis, dan  siapa yang bertanggungjawab. Contohnya siapa yang patut jaga barang2 hantaran, bilik pengantin atau mana2 bilik yang menempatkan barang2 berharga, bekas duit salam kukut, hadiah, dan tak lupa buku tetamu kalau ada. Bunyi macam senang nak agih kerja kepada 2 - 3 orang je ye.. jangan... kalau seorang terpaksa jaga 2 atau lebih benda, takut2 nanti tak cukup petugas sebab masa kenduri kadang2 petugas kat tempat buku tetamu terpaksa tengokkan kejap barang dalam rumah bila ada orang mintak tolong. Pastu ada la benda2 ad hoc yang penting dan menyebabkan dia tak dapat kata 'Tak boleh tolong'. Sudah berapa banyak kes barang hantaran hilang kan...silalah berhati2. Macam kitorang, buku tetamu tak ramai pun yang tulis sebab takde orang jaga. Pastu lauk pengantin dan kuih-muih yang dibawa oleh saudara-mara sikit pun kami tak dapat rasa sebab habis ditapau oleh jiran yang tak berapa nak baik. Yelah, bukan penting sangat tapi still rasa terkilan sebab tak begitu sempurna. Huhu...  Jadi, silalah buat senarai tugas/pelan, dan stick to it!
  4. Katering - kalau boleh, uji rasa dulu masakan pihak katering, sedap atau sebaliknya. Risik2 dengan orang lain yang ada ambik khidmat katering tu. Google untuk cari reviews pun boleh... Macam saya pulak, mungkin nak jadi rezeki, saya tak taste dulu makanan sebab takde masa nak gi, dan tak kenal pulak orang yang ada ambil khidmat katering tu, tapi alhamdulillah masakan dia sedap. Semua puji. Memang recommended, Fahami Collections di Temerloh.
  5. Baju dan mekap - Confirmkan betul2 setiap pakej yang kita ambil. Apa yang kita akan dapat, bila waktunya dan di mana tempatnya, siapa yang bertanggungjawab untuk mekap. Saya ambil khidmat mekap dan baju pengantin dari mak andam lain2. Mekap tu sekali dengan hiasan pelamin dan bilik. Masa ambil baju, saya pilih kebaya Indonesia. Mak andam tu pun kata ok nanti saya akan dapat baju, kain, veil, tiara, rantai. Inner sendirian berhad jelah. Tapi dia tak mention pun kena pakai korset. Aduh... Saya pun takdela search2 kot ada korset nak kena pakai kan....hmmm....Masa majlis baru la gelabah camne nak pakai korset sebab rupanya korset ni kena ukur dulu kat badan, baru tau saiz yang sesuai. Mekap pula, mula2 dah tanya siapa yang mekapkan. Dia kata Makcik Eton lah. Tapi silapnya saya tak follow up lagi bimbang dia terlupa ke... Maka masa hari nikah la baru tau rupanya mak andam ganti yang mekapkan. And the result was very frustrating... Dah habis majlis, nak bayar baki lagi RM900 kat Makcik Eton, barulah dia minta maaf sebab dia tak tau mak andam ganti tu mekap teruk. Dia cakap orang tu yang tawarkan diri, kata dah banyak mekap orang..hmmm...

Setakat ini dulu yang teringat. Kalau ada tambahan akan dikemas kini lagi ;)

Wednesday, October 23, 2013

Loghat negeri saya: Loghat Pahang

Assalamualaikum w.b.t.,

Saya anak jati Pahang. Lahir di Kuantan, membesar di Maran. Sekolah rendah kat Maran, pastu sekolah menengah masuk SEMSAS kat Kuantan. Kampung pun kat Pahang aje. Belah mak di Mentakab, belah ayah di Kuantan. Memang tak lepas ke luar Pahang pun. Kalau ikutkan, loghat Pahang mesti power la kan? Hmm… Tak juga, sebab family belah ayah tak cakap Pahang sangat..sikit2 aje. Mak aje yang cakap bunyi pure Temerloh.

Itupun, kitorang adik-beradik tak digalakkan cakap Pahang sebab kononnya takut malu lah cakap dengan orang luar bunyi pelik sangat, macam dari kampung mana ntah. Takut tak boleh tune lidah bila cakap Melayu standard. Mak saya kata, arwah wan dulu pun pesan gitu kat dia, jangan cakap kampung sangat, malu nanti orang dengar sebab buruk sangat bunyinya. Lagipun orang tak faham apa kita cakap…

Dulu, kawan2 masa sekolah even orang Pahang pun, kalau kita terkeluar perkataan kampung atau sebutan dalam/pekat sikit, diorang pandang semacam. Pastu yang nakal2 confirm ejek. Persekitaran macam tu memang membuatkan kita tak selesa la nak guna loghat kampung kita kecuali dengan geng kawan2 rapat atau orang kampung kita sendiri, kan? Sudahnya penggunaan loghat Pahang saya entah berapa peratus je, bila balik kampung belah mak di Mentakab, mula la tercengang2 tak paham bila berborak dengan makcik2 kat kampung. Huhu. Siap terpaksa mintak ulang banyak kali. Budget bandar lah sangat kan…

Pun begitu, saya kadang2 terlepas juga perkataan dari loghat Pahang bila berborak dengan member kat matrik dan UiTM. Masa tu la baru saya tau, eh, perkataan ni orang luar tak tau ke? Saya ingatkan perkataan standard keh3… Berikut contoh situasi yang saya alami:

Situasi 1: Di Kolej Matrikulasi Kedah, tahun 2005… Saya tengah berborak dengan room mates yang masing2 dari Kelantan, Terengganu dan Perlis. Mengenai seorang kanak2 perempuan yang friendly dan petah berkata2. Anak pembantu makmal kalau tak silap…dia suka approach student matrik yang tengah lepak luar bilik tutorial/makmal sementara tunggu kelas lain dalam tu keluar..

Room mate: Comel kan budak pempuan tu? Berani dia dengan orang tak kenal…dia datang tegur masa kitorang tunggu luar makmal. Becok je mulut dia tanya itu tanya ini…
Saya: Itulah, homeh betul budak tu. Tapi suka la layan dia sebab dia bukan jenis malu2..
Room mates saya sume terdiam dan tanya balik: Hani, awak sebut apa tadi?
Saya: Sebut apa? (pikir2 balik)….. homeh?
Room mate: Ha’ah… apa tu?
Saya: (terdiam kejap nak translate)…emm..homeh tu maksudnya riuh la, banyak bercakap, sama la dengan becok.. Eh. Ingatkan korang paham…?
Room mates: Kitorang tak pernah dengar pun perkataan tu.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 2: Di rumah sewa kat Seksyen 7 Shah Alam, tahun ketiga study (2009). Kitorang berempat satu bilik, saya (Pahang), Yana (Langkawi), Nana (Terengganu) dan Ain (Perak). Masa tu dah masuk Isyak dan saya nampak langsir kat dalam bilik sedikit terselak.

Saya: Yana, bela sikit langsir…kang orang luar nampak lak..
Yana: (pandang saya dengan blur) Hah...?
Nana: (gelak) Hani....Yana tak paham tu. Yana, betulkan sikit langsir tu jangan bagi terselak. (Gelak lagi)
Yana: Ohh..ok….
Ain: Ain pun terkejut dengar Hani kata bela… bela langsir? Haha..
Saya: Sorry2…terlupa. Haha. Ingatkan sume orang paham maksud bela kat sini apa. Hehe.. maksudnya baiki atau betulkan..
Yana: Bukan bela macam untuk bela kucing ke, ikan ke…?
Saya: Haha..tak..orang Pahang je kot cakap macam ni..hehe. Kalau kata nak gi repair kereta kitorang kata gi bela kereta..hehe
Yana: (geleng kepala)..ish2..terkejut kite dengar..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 3: Di rumah sewa yang sama, kitorang tengah tengok Akademi Fantasia, selain kami berempat kat atas, ada lagi 3 orang housemate yang semuanya orang Pahang. Dila (Pekan), Yana (Pekan), Rohai (Rompin). Masa tu tengok sape ntah berpeluh2 banyak gila masa tengah nyanyi.

Ain: Ee… banyaknye peluh.. macam mandi. Geli tengok…
Saya: Tula, panas kot atas pentas banyak lampu.. aircond lak tak terasa..
Dila: Dila pun geli tengok.. habat betul…
(Ain, Yana Langkawi dan Nana pandang Dila)
Yana Langkawi: Dila cakap apa tadi?
Dila: Habat..macam…pengotor la. Sorry la korang tak paham. Terlepas lak cakap Pahang haha.
Yana Pekan: Itula kitorang yang lain ni diam je sebab sume orang Pahang. Terlupa kat korang hihi….

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 4: Saya bercerita dengan room mates yang 3 orang tu pasal sorang budak pempuan yang mak saya jaga. Umur 2 tahun lebih, suka duduk dekat saya masa saya main game kat FB. Masa tu musim main FarmVille.

Saya: …ada sekali tu saya letak pendrive kat tepi laptop..pastu budak ni gi ambik pastu kepat.. Adoi. Nasib baik bertutup. Kalau tak habis basah dalam dia.
Nana: Dia buat menda Hani?
Saya: Dia gi kepat. Ingat boleh makan kot.
(Nana, Ain dan Yana buat muka blur)
Saya: Korang tak paham ke? Alamak sorry, orang Pahang je eh yang guna perkataan kepat? Erk…
Ain: Tula, Ain dengar tadi rasa pelik. Kepat? Ikan sepat ke? Dengar terus terbayang ikan sepat..
Saya: Erm..dia macam hisap tapi bukan hisap..macam mana nak cakap ye. Ala macam kepat gula-gula tu…
Yana: Tak paham..gigit ke?
Saya: Bukan2..ala. Macam kita makan gula-gula, kita bukan hisap kan.. Macam..ala susahnya nak jelaskan. Haha..korang cakap macam mana kalau kita makan gula-gula…? Kita bukan sebut hisap gula-gula. Pun bukan kemam gula-gula.
Ain: Just..makan gula-gula la. Takde perkataan lain dah….
Saya: Ok takpela..haha. (putus asa explain)
**kepat – perbuatan mengulum atau menyonyot.. Saya rasa tengah2 antara kemam dan hisap. Hehe.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Situasi 5: Tengah bermesej dengan kawan saya yang ambil kos perladangan. Dia orang Johor. Kena praktikal kat Muadzam, Pahang.

Saya: Camne praktikal kat sana? Best x? Hehe..
Kawan: Erm, boleh la…penat la sikit sebab memang hari2 balik lambat..
Saya: Ohh..dengan orang sana cmne? Ada masalah bahasa x? Hehe..
Kawan: Eh xdela, ok je sume. Cuma pelik sikit la sini. Ada ke diorang panggil kelekatu tu ulat….
Saya: Haha. Memang orang Pahang panggil mcm tu.. serangga pelik2 pun kitorang sebut ulat je..
Kawan: Tapi tu bukan ulat…
Saya: Ye, tau…tapi dah memang panggil mcm tu..jangan tanya nape. =P

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Ada juga frasa2 seperti ini:

“ Kak, nah ambik bekal ni. Bagi ke adik bagai.”
Maksud: Kak, nah ambik bekal ni. Bagi kat adik sekali.

“Hoh, tak perasan lalu aok ade kat sebeloh…”
Maksud: Hah..tak perasan langsung awak ada kat sebelah…
**rasanya perkataan lalu di sini adalah singkatan daripada selalu, yang sama penggunaannya dalam loghat Kelantan dan Terengganu..bermaksud terus atau langsung. Pantai Timur la katakan, mesti ada yang sama..heehee..

Kome anok-beranok gi doh tempat tu semalam. Tok beh lalu…tok soh gi, membazir jek.”
Maksud: Kami sekeluarga dah pergi tempat tu semalam. Tak best langsung..tak usah pergi, membazir jek.”


Dalam loghat Pahang, sebutan ‘a’ akan jadi ‘o’, contoh:
Sekolah = sekoloh, Biar = bior, Maksu = Moksu, Payah = payoh

Ada juga sebutan ‘a’ yang akan jadi ‘ae’, maknanya kita sebut a tapi mulut dan lidah seolah2 sebut e (spt epal), antaranya:
Dewan, kawan, pakai, sampai, lambat = seolah2 disebut spt dewen (silent n), kawen (silent n), pakei, sampei, lambet


Sekali dengar, loghat Pahang ni hampir sama macam loghat Perak. Cuma, bila diperhatikan betul2 baru la orang luar akan nampak bezanya. Contoh, orang Perak sebut kome tu maksudnya kamu, tapi kalau Pahang, kome maksudnya kami. Loghat Pahang ni, lain daerah lain pula gaya bahasanya. Orang kata loghat Pahang ikut aliran sungai, belah hulu airnya deras, oleh itu orang belah hulu (Lipis, Raub) cakap laju. Makin ke hilir makin leweh (lambat/lemah longlai).

Beberapa lagi perkataan Pahang yang saya selalu guna bila bercakap dengan family/kawan2 Pahang:

Bedo’oh – tipu. Contoh: “Nak tau tak, nama ko naik kat Guru Disiplin..siap ar ko..hehe.” “Ah..bedo’oh! Sikit pun tak caye.”

Biroh – gatal, miang, gedik. Contoh: “Weh, tengok artis ni bergambar bukan main seksi… biroh betul pempuan ni..”

Cike – rasa mual, muntah. Biasanya mak saya gunakan dalam ayat ini: “Lepas makan manggis jangan minum air manis, nanti cike.”

Goner – macam mana. Guane kalau Tganu/Klntn. Biasanya mak saya sebut goner gaya. Contoh: “Ala, kedai tutup la mak. Tak dapat beli la barang gini…” “Hah. Goner gaya kita ni. Nak cari kedai mana pulak..”

Gonyoh – sental kuat2. Contoh: “Baju ni takyah basuh masuk mesin. Gonyoh je dengan sabun mandi.”

Hunyai (tak pasti ejaan camne, he3) – serabut/serabai. Contoh: “Mana budak rambut hunyai tu? Lama tak nampak dia..” (refer pada rambut yang serabai)

Ledot – pekat. Contoh: “Masak atas dapur sampai kuah dia ledot.”

Lokoih – kotor sangat2. Mak saya selalu cakap gini bila tengok baju sekolah adik saya: “Tengok tu, habih baju skoloh tu lokoih! Main tanoh ye?”

Muyaih – comot sangat2. Contoh: “Eee..tengok muka tu, muyaih! Makan aiskrim tak senonoh langsung!”

Remoh (sebut macam ray-moh) – sisa makanan yang jatuh ke lantai. Contoh: “Kutip balik remoh nasi tu..kang terpijak..”

Sontok – suntuk. Contoh: “Bilik ni kecik, sontok ni ha letak meja kat sini. Kena alih tempat lain.”

Nak taip panjang2 tapi dah malas lak. Hehe. Refer ajelah kat link bawah ni senang citer ;) Bagus ada usaha membukukan loghat kita, hihi…banyak juga yang saya tak pernah dengar pun. Boleh tengok balik link ni kalau lupa atau tak faham...haha...

  



Sunday, October 13, 2013

Kenangan: Drama siri Cina dulu2

Pada suatu Sabtu yang redup, sebelum kahwin dulu, mak ajak saya kemas bilik belakang, yang menempatkan berkotak2 barang lama, antaranya buku sekolah saya dan adik2 dari tadika sampai habis belajar kat U, buku2 lama ayah, baju kitorang masa kecik2, mainan, macam2 la..pendek kata sume barang yang terkumpul sejak kitorang lahir. So bayangkan la betapa padatnya bilik tu. Kena la buat kemas kini sikit supaya masih ada ruang untuk bernafas dalam bilik tersebut. Hoho.

Time nak buang beg sekolah rendah yang dah koyak, tup2 terjumpa kertas yang merekodkan senarai cerita drama Cina yang saya tengok kat TV3 dulu2. Haha. Memang hantu cerita Cina sungguh….
  1. Green Green Grass by the River – Ini drama siri Cina pertama yang saya tengok kat TV3, slot Jade Drama (7 p.m. – 8 p.m.) Best! Bersiaran masa saya Darjah 1, tahun 1994. Tapi tak tengok dari awal sebab pukul 7 biasanya kena mengaji dengan mak...dah nak naik baca Quran baru la singkatkan sikit waktu mengaji dan dapat la can tengok sikit cerita ni...hehe
  2. Yanky Boy – Ni cerita Hong Kong. Cerita kelakar. Kisah Tuan Leong yang ada 3 isteri.
  3. Passion Among Us
  4. Love and Passion
  5. Remembrance
  6. Police on the Road
  7. Smoke Around the House – ni cerita Mandarin. Suka tengok pakaian perempuan dia. Kalau tak silap kisah tentang mak mentua yang tak suka menantu perempuan (heroin cerita ni). Satu keluarga halau perempuan ni depan anak dia yang masih kecil. Kena pukul dgn penyapu dan kena simbah dgn air lagi. Sejak tu, anak dia tak bercakap. Sehinggalah mak dia kembali ke rumah tu, dan dapat idea camne nak buat anak dia kembali bercakap. Diorang lakonkan semula adegan halau perempuan tu tapi setakat simbah air jela. So anak dia nampak, nangis dan kemudian boleh bercakap panggil mak dia.... ;)
  8. Lady Sing the Blues - kisah perempuan yang menyanyi macam panggung zaman dulu2...kisah sedih jugak rasanya tapi dah tak berapa ingat. Masih ingat melodi lagu tema dia..tapi sebutan ke laut la...hehe
  9. Kung Fu Kid
  10. This Life This Generation - hero cerita ni Steve Ma, yang berlakon dalam Green Green Grass by the River dan The Good Old Days. Pun masih ingat melodi lagu dia...
  11. Eastern Hero
  12. Hand of Hope
  13. Witness of Time 
  14. Snow - ada pelakon2 yang sama dari siri Green Green Grass by the River dan Smoke Around the House
  15. Glittering Moments - Kisah model. Tapi cerita ni habis dalam masa 2 minggu jek. Bagusla sebab bukan best pun. Hehe.
  16. The In Between
  17. Stepping Stone
  18. Princess Xin Yue Ge Ge - ha cerita ni mesti ramai yang tau. Pelik kenapa tajuk dia Pricess Xin Yue Ge Ge sebab Ge Ge dalam cerita ni means Princess. Patut letak tajuk omputih dia Princess Xin Yue sahaja. Puteri Xin Yue ni minat kat seorang Jeneral yang dah tua (umur 40-an) yang sesuai jadi ayah dia. Suami orang, dan ada anak lelaki yang suka kat Xin Yue. Tapi cinta punya pasal, lastly Xin Yue bunuh diri sebab Jeneral tu mati kat medan perang. Tak suka watak hero n heroin cerita ni, tapi suka cerita zaman dinasti2 macam ni sebab kostum dan perhiasan kepala dia cantik, haha.
  19. A Good Match From Heaven
  20. For Better Or Worse - heroin dari Xin Yue Ge Ge jugak berlakon, Yue Ling nama dia. Tak faham kenapa watak dia mesti lemah dan annoying. Pastu mesti rampas hak orang...haha. Dalam cerita ni dia jatuh cinta dengan doktor, rakan sekerja dia gak. Tapi suami orang.
  21. The Good Old Days 1 - dari musim pertama sampai musim ketiga, mesti ramai jugak yang tengok cerita ni. Sebut nama Sau Hao terus teringat kisah sedih dia, huhu.
  22. The Good Old Days 2
  23. The Great General
  24. The Trail of Love
  25. Forrest Cat - ni kisah Fei Mao. Mesti ramai yang tau cerita ni ;) kesian gila kat Fei Mao..
  26. The Kung Fu Master
  27. The Good Old Days 3 - kisah yang disambung atas permintaan peminat di Hong Kong, sebab tak puas hati TGOD 2 sad ending... hehe..
  28. Fate Cast In The Wind
  29. Return to the TruthNi kisah abang dan adik lelaki dia yang suka rampas apa yang abang dia miliki. Termasukla isteri. Huhu. Tapi suka tengok muka pelakon yang jadi adik yang jahat tu… Masa diorang kecik, mak diorang lari dari rumah ikut lelaki lain sebab tak tahan hidup susah dengan suami dia. Pastu anak kedua dia, Ko Sai Kit (Ah Kit) kejar kete yang mak dia naik tu, then terjatuh...terus koma. Duk kat hospital lama gila r, sampai besar. Yang si abangnya, Ko Sai Hong (Ah Hong) kerja keras, korbankan pelajaran demi nak menanggung perbelanjaan rawatan Ah Kit. Akhirnya Ah Kit pulih dan perangai pun baik..kerja dengan abang dia. Lama2 dia dah mula lupa daratan, sampai rogol  bakal isteri abang dia.. Bakal isteri abang dia ni pun jiran diorang dulu. Kebetulan dia memang minat perempuan tu sejak kecik2 dulu. Ah Hong tak jadi la kawin dengan perempuan memandangkan adik dia nak bertanggung jawab. Tak lama, Ah Kit ni mula buat perangai bawak perempuan lain masuk rumah. Balasan datang lepas tu...Ah Kit jadi lumpuh semula. Lastly, abang dia tinggalkan dia, perempuan yang dia rogol tu besarkan anak sendirian sebab taknak terima dia dah. Then sebab menyesal, Ah Kit tembak diri dia sendiri depan kubur mak n ayah dia...
  30. Secret Battle of the Majesty - se'gah' tajuknya, cerita dia pun best. Kisah 14 orang anak-anak lelaki maharaja yang saling berebut dan mensabotaj satu sama lain demi mendapatkan takhta yang satu. Maklumla maharaja ramai gundik...
  31. The Year of Chameleon (chinese title 97變色龍)
  32. My Brother, My Mum 
  33. Legend of Condor Lovers
  34. At the Threshold of an Era 1
  35. At the Threshold of an Era 2
  36. A Dream Named Desire
  37. .....ada beberapa cerita saya tak tengok sebab masuk boarding school, so ada yang ingat sikit2 tapi urutan tak berapa tepat kot..
  38. The Pride of Chaozhou
  39. Supreme Master - suka cerita ni! Diambil dari kisah yang famous mengenai pasangan kembar lelaki yang dipisahkan masa lahir. Si abang, diambil dan dibesarkan oleh ratu kat sebuah kuil yang sumenya perempuan je... si adik lak, dijumpai sekumpulan penjahat jalanan dan dibesarkan cara diorang. Bila besar, adik-beradik ni saling berlawan sebab tak kenal. Suka watak adik dia, Xiao Yu Er. Licik! 
  40. missed banyak dah drama siri sebab kembali ke sekolah dan xde mood dah nak follow...lastly...
  41. Golden Faith - tak silap saya ni drama siri Cina last yang TV3 tayang petang2. Dapat tengok sebab time habis SPM rasanya. Cuti 5 bulan sebelum masuk matrik hehehe. Sedih cerita ni. Cerita moden Hong Kong, abang dan adik terpisah masa kecik. Si abang dibesarkan oleh keluarga angkat yang mengamalkan bisnes gelap, si adik lak dapat jumpa pak sedara dia dan besar jadi polis, siasat lak kes ayah angkat kpd abang kandung dia. Huhu. Best cerita ni. Paling sedih time abang dia (Gallen Lo) terperangkap dalam kereta yang dah tenggelam dalam air dengan girlfriend dia (Jessica Hsuan).
  42. Square Pegs - tak pun ni kot drama last. Saya tak ingat turutan mana satu dulu. Hehe..
Lepas tu,  TV3 dah start buat slot Akasia... tamat dah slot Jade Drama/Pearl Drama....rindu nak tengok drama siri Cina lagi....

p/s: all pics from Google

Friday, October 11, 2013

Mary Kay Sunscreen daripada CLEO

Pada bulan Ogos lalu, saya ada join give away anjuran majalah CLEO. Masa tu sesaja join sebab kredit prepaid dah cecah RM80, asyik topup bila expired tapi tak banyak guna pun. Kebetulan bila belek2 CLEO bulan tu banyak pulak produk untuk give away yang best2, jadi saya pun ambik keputusan untuk laburkan sikit kredit - hantar sms untuk pilih produk yang saya suka. Untung2 naik nama, dapat juga produk mahal kan? Ekeke..

Peraduan tu tamat pada 31hb Ogos. Pastu pada 2hb Sept, ada sampai sms yang bagitau saya menang produk Mary Kay Sunscreen. Sila collect sebelum 13hb Sept. Pulak. Takkan saya nak datang ke KL semata2 nak collect benda ni je? Saya pun hantar emel tanya boleh tak saya hantar wakil ambikkan.


Rupa2nya, boleh pos, tapi  kita kena bayar wang kiriman pos dahulu sebanyak RM15. Mahal? Em, dari situ la kot dia buat untung jugak, selain sms yang dicas RM1 setiap satu. Huhu. Tapi, nilai sebenar produk tu RM75. So still ok la kan. Kalau bukan sebab give away, saya pun tak teringin nak beli sunscreen ni kat luar sebab mahal. Hehew...

Kira-kira 2 minggu lepas buat wang pos, produk ni pun sampai ke rumah saya. Cepat2 bukak dan belek...



Krim dia warna putih, takde bau. Mula2 pakai sunscreen ni, muka jadi berminyak, maybe sebab kulit muka saya jenis berminyak.. Pastu kat kulit muka ada rasa tingling atau dalam bahasa melayunya rasa macam kena gigit2 dengan semut kecik gitu...pedih2 gatal tapi tak la kuat sangat. Kulit muka tak jadi merah2 pun. So saya anggap normal jela kot rasa macam tu. Biarkan sekejap, lepas tu tepek compact powder bagi tutup kesan kilauan akibat minyak. Haha.

Lepas 15 minit pakai baru la keluar rumah...ikut nasihat dekat kotak dia jela. Saya pakai lebih kurang 6 jam sebelum balik rumah dan cuci muka. Sepanjang keluar tu, amazingly kulit muka saya takdela jadi tambah berminyak, dan tak rasa macam pakai krim apa2 pun kat muka. Seolah2 semua krim terserap dalam kulit. Nice!

Result penggunaan? Baru pakai 2 kali memang takdela nampak kesan apa2... sebab sunscreen ni bukannya krim pemutih. Hehe. Tapi saya cuba percaya kesan perlindungan matahari yang produk ni berikan sebab ia SPF 50. Oh ya, produk ni kalis air so kena ready pencuci muka la bila nak cuci.. ;)

Saya akan try buat eksperimen kemudian untuk lihat perbezaan bila pakai produk ni. Maybe sapu kat sebelah tangan je selama sebulan? Hehe...will be updated later.

Tuesday, October 8, 2013

Hadiah kahwin :)

Kepada sesiapa yang mencari idea untuk hadiah kahwin, jom tengok senarai hadiah berdasarkan pengalaman dan pendapat saya hihihi...


Antara hadiah yang kami dapat:

1. Periuk nasi elektrik - ada la 3 biji... ini tak bagus banyak2 sebab memang kita tak pakai sampai 2-3 periuk nasi kan. Kalau nak beli pun, beli yang betul2 mahal...share ramai2...baru marveles..kikiki...
2. Seterika - hah ini pun tak tau nak watpe kalau banyak2. Mau direcycle untuk kenduri orang lain lak...
3. Rak pinggan mangkuk - bagus...at least nak dua sebab satu rak pinggan basah, satu rak pinggan kering. Dan kebetulan memang kitorang dapat 2..hehe
4. Buku - buku2 agama dan untuk relationship. Sangat bagus sebab buku boleh jadi rujukan dan menambah ilmu orang yang membacanya ;) 
5. Microwave oven - adik perempuan yang hadiahkan sebab takde orang bagi..haha
6. Vacuum machine - sama jugak. Adik lelaki hadiahkan setelah meneliti yang kami mungkin perlukan ini memandangkan takde orang bagi jugak...keh3...
7. Blender
8. Food processor - ni up sket daripada blender... ;D
9. Set pinggan - no complaint kalau dapat banyak. Berguna untuk jamuan/kenduri kecil.
10. Set gelas - paling banyak dapat..hehe..ni pun ok je kalau dapat banyak..
11. Set teko dan cawan - ini tak ok kalau banyak. Cawan banyak takpe, tapi teko...?? Jenuh la pula nak simpan teko bebanyak.
12. Set lilin hiasan - quite ok, tapi pastikan orang tu suka la benda2 hiasan gini baru best. Nasib baik saya suka. Hehe...
13. Sandwich toaster - nice..! Tapi saya prefer toaster biasa.. ;p
14. Juice & soya milk extractor - best2...boleh wat homemade soy drink tu....
15. Jam dinding - dapat dua. Dah tak payah beli jam, hehe...
16. Electric kettle
17. Set mangkuk dessert/cocktail - ini pun ok kalau dapat banyak. Berguna untuk jamuan.
18. Induction cooker - hadiah dari Nana. Very useful bila kehabisan gas. Hihii
19. Selimut - bagus jugak kalau dapat banyak. Untuk tetamu datang rumah/anak2 soon...
20. Set cadar - very welcomed. Sila pilih cantik2 ye sebagai hadiah. Hihi...
21. Set toto - pun sangat berguna especially bila tetamu nak tido tetibe tilam tak cukup...ataupun nak bawak time bercuti duduk kat homestay ke kan...
22. Lampu chandelier - dapat masa kenduri di Kelantan. Member2 husband bagi ;) Memang tak sangka dapat hadiah macam ni...hehe
23. Lampu tidur - sama spt di atas
24. Set periuk non-stick - dihadiahkan oleh office mates saya dulu. Ada 3 periuk dengan penutup kaca dan 1 kuali leper. Semua non-stick dan boleh pakai dengan induction cooker. 


Selalunya saya bagi hadiah kat orang, adalah benda yang saya sendiri pun suka untuk terima benda tu sebagai hadiah. ;) Tapi kalau susah juga nak pikir apa nak beli, lebih baik bagi je angpau, lebih praktikal untuk pengantin baru gunakan pada permulaan hidup diorang...betul x? (^_^)



Monday, October 7, 2013

Tentang hari pernikahan

Assalamualaikum...

Tibalah masa untuk menceritakan tentang 'hari kejadian' sebab mood menaip panjang2 dah datang =D....  Seperti yang diceritakan, bos cuma bagi saya cuti sehari sebelum hari nikah jek, so Khamis lepas keje saya dan adik terus pecut balik Pahang. Sampai di rumah malam tu, mak & adik perempuan tengah busy packing door gift. Rumah bersepah jangan cakap la, penuh barang sana sini. Rumah pun dah la kecik je. Saya siapkan guest book. Simple2 jela tapi leceh gak sebab saya guna cop untuk buat border di sudut setiap page. Sakit pinggang..

**~**~**~**~**

Keesokan harinya, Jumaat, mak andam datang untuk pasang pelamin dan hias bilik. Dua orang je datang, pakcik n makcik yang pemilik butik tu. Makcik Eton namanya, pakcik tu lak saya lupa apa nama. Kitorang decide untuk buat pelamin depan rumah kat porch. Nanti bawah khemah cuma meja makan beradab jela sebab amik 5 khemah jek. 

Pakcik tu kuarkan barang2, besi2, palang2, sume bahagian pelamin dan hiasan kat katil, then tak lama pastu dia balik & tinggalkan makcik tu sorang2 wat keje. Saya pun pikir, sempat ke makcik ni siapkan pelamin & bilik sorang2? 

Mula2 Makcik Eton dengan pakcik tu pasang palang n tiang untuk sangkut kain sebagai backdrop pelamin. Makcik Eton tanya saya, "Awak nak warna apa? Makcik ada kain warna gold dengan kain warna krim. Kerawang pelamin warna putih. Karpet putih. Kerusi pun putih."   Eh... baju pengantin pun nanti krim. Sume warna senada jek. So saya kata nak warna gold la menyerlah sket. Kalau tak satu pelamin nampak putih jek. So Makcik Eton pun mula la cuba2 sangkut kain & adjust sikit2. 

Saya masuk dalam umah jap kasi clear bilik untuk dia wat hiasan bilik nanti. Pastu saya keluar balik tengok apa perkembangan pelamin, eh, dah siap pun sangkut kain sume dan hias dengan bunga. Cantik lak jadinya. Kerawang dia pun cantik. Happy! Then Makcik Eton kata dia ada lebihan kain gold. Boleh la sangkut kat sekeliling atap porch sebagai skirting. Baru meriah sket. Ok. Boleh je. Pastu Makcik Eton kata, tapi Makcik ni dah tak larat nak panjat pasang tinggi2 ni. Awak la kena tolong. Eh? Erm...ok la. Betul la sian gak la makcik tu wat keje sorang2. Tapi apasal dia yang tak bawak pekerja untuk tolong?


Pelamin kami ;) 


Saya pun tolong la stapler kain gold dan ikat dengan dawai untuk hasilkan skirting yang cantik...dibantu oleh adik lelaki sebab memang saya tak mampu la nak wat sorang2. Dah siap pasang sampai habis kain, terasa la lenguh tangan, tengkuk dan pinggang. Dah siap pasang tu, Makcik Eton mintak saya tolong lak gunting kain separa bulat ikut saiz kepala kelambu. Boleh tahan berat la kepala kelambu tu. Dah siap gunting, saya kena stapler untuk lekatkan kain tu sekeliling bingkai besi tu. Sementara tu, Makcik Eton pasangkan tiang kat belakang katil untuk backdrop dalam bilik, kena pulak dibantu oleh adik lelaki saya sebab dia tak larat nak angkat katil dan pasang sorang2. Haih, saya tak sangka kitorang lak yang kena kerah bagaikan pekerja butik. Haha. Berpeluh2 tau.

**~**~**~**~**

Lepas tengah hari pihak khemah pula datang pasang khemah depan rumah. Kejap je diorang hias khemah meja pengantin. Lepas kitorang dah settle bahagian bilik, Makcik Eton cadangkan letak langsir kat depan rumah untuk cover grill rumah. Sebab yela, agak kurang cantik la bila pelamin dah wow tetibe sebelah dia ialah grill rumah yang dah kusam. So dia pun balik semula butik dia, dan datang bawa kain langsir putih corak bunga emas untuk saya pasang sendiri. Dia balik je lepas tu sebab keje dia dah settle.

Saya pasang lagi langsir dengan bantuan adik lelaki sebab nak kena panjat grill dan pasang langsir setinggi mungkin. Lepas siap pasang, baru nampak ada kesan kotor kat langsir tu. Puas lak gonyoh kain tu dengan air sabun bagi bersih. Macam2. Masa ni saya dah tak perasan mak dan ayah pergi mana sebab terlalu busy dengan kerja masing2. Haha. Jurugambar saya mesej bagitau dia akan gerak subuh esok dari KL. OK. Juruvideo pulak dah sampai dan check in kat chalet Maran Golf Resort, alhamdulillah. Dia akan datang pagi esok dalam pukul 8 untuk rakam detik-detik persiapan sebelum akad nikah.

**~**~**~**~**

Malam tu, lepas maghrib kitorang wat makan2 sket jemput orang surau. Sebenarnya malas nak buat tapi jiran2 bunyi2 pula kata elok la buat...ok la...buat lah juga makan2. Saya pasang cadar pengantin dan buat final touch untuk guest book. Sepanjang hari tu mak, ayah, mak2 sedara dan pak2 sedara busy untuk makan malam tu serta jamuan pagi esok selepas majlis akad nikah. Yang tak cukup barang pergi beli lagi, yang mana tak cukup alatan pergi cari/pinjam kat orang. Malam tu layan tetamu sehingga kul 10 mlm..masih lagi ada orang datang.

Lepas dah clear makan malam, saya dan mak siapkan pomander ball dan gantung kat bawah atap porch. Masa gantung tu dah tengah malam. Pukul 3 pagi baru nak pakai inai sebab baru settle sume kerja. Bersihkan rumah, kemas semua barang yang bersepah, yang mana tak sempat kemas - takde tempat nak simpan - yang tak berkenaan main sumbat je dalam bilik lain selain bilik pengantin. Adik perempuan yang tolong saya pakai inai daun, nasib baik ada dia sebab orang lain sume busy. Dia jugak la yang tolong gubahkan hand bouquet untuk nikah.

Bunga tangan oleh adik saya ♥

Bila pikir2 balik, memang kena ramai sedara-mara datang tolong baru keje cepat siap. Kitorang ada je sedara boleh kata ramai gak, tapi ramai juga yang ada hal maka tak dapat datang tolong. Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama keluarga saya buat kenduri, memang planning dan timing sedikit fail la kot.

**~**~**~**~**

Esok paginya, cuci inai dan memang jari setakat oren je lah kan. Nasib baik 3 hari sebelum tu dah pakai inai tube so kuku pekat la sikit warna. Rushing mandi, solat, pakai baju. Dah siap awal, mak andam lak tak datang2. Patutnya dia datang pukul 8 untuk start mekap. Akad nikah kononnya 9 pagi. 2-3 kali saya call Makcik Eton tanya mana mak andam, sebab Makcik Eton gi mekapkan orang lain, mak andam ganti yang kena mekap saya. Last2, kul 8.30 baru mak andam ganti terkocoh2 masuk umah, bagi alasan anak dia buat hal la nak itu nak ini menyebabkan dia lambat. Huh? Saya tengok anak dia dah sekolah rendah, bukannya budak kecik sangat pun. Apa2 lah, cepat la mekap. Saya kata la akad nikah patut 9 pagi. Akak mekap nipis jela..akad nikah je pun. Dia pun kata eh tak boleh, mekap kena buat betul2. Takpe akak wat sepantas yang mungkin. Saya berdoa supaya mekap ni cepat selesai dan kitorang tak lewat ke majlis akad nikah. Sebab dah lewat, saya putuskan untuk pakai tudung awning biru turquoise instead of selendang half moon biru. Lagi cepat. Tudung raya 2 tahun lepas sebenarnya. Kui3..

Saya tadah jela muka dan cuba beri kerjasama sebaik mungkin untuk memudahkan kerja mak andam mekapkan saya. Dah la saya bukan jenis yang reti mekap,  so saya tak tau apa la yang dia tenyeh kat kulit muka saya. Time pakai bulu mata palsu agak horror sebab bulu mata tu tersangatla tebal dan panjang. Mak andam kata pakai macam tu baru nampak hasil mekap. Kening pun dia cukur, dia kata sikit tapi saya pasti bukan sikit la. Saya dah malas nak kata apa2, hati dah bengkak sebab jam dah pukul 9. Ayah, mak, mak sedara asyik tanya dah siap ke belum. Ustaz jurunikah dah tunggu. Keluarga pengantin lelaki pun dah lama menunggu di luar masjid. Mak andam tu mula la gelabah dan tersalah conteng menyebabkan dia amik masa tambahan lak nak membetulkan mekap.

Siap mekap 9.15. Lega. Tapi bila saya tengok cermin....... Saya rasa macam jantung terhenti. Terus tarik muka masam tapi cuba gak memaniskan muka bila menyedari semua orang nak tengok muka pengantin yang dah siap mekap hampir sejam. Kulit muka putih melepak macam pelakon opera, lipstik lak merah pekat, kat area hidung takde buat shading pun menyebabkan hidung macam leper terus. Padahal hidung saya ni rasanya ada la jugak naik sikit batang hidung. Mak saya tengok pun terus kata dengan perlahan, "ya Allah, nape dia mekap macam ni." Kitorang masuk kete nak bergegas ke masjid, mak pun lap2 sket mekap saya. "Sian anak mak, teruk betul mak andam ni," mak saya kata. Saya masa tu dah takde perasaan. Takde mood nak gi majlis akad nikah. ;(

**~**~**~**~**

Sampai di masjid, kitorang masuk ke bilik akad nikah. Dalam masjid ramai lak yang tengok sepanjang kitorang jalan ke bilik nikah sebab ada kursus haji masa tu. Adik lelaki saya letakkan bantal nikah. Adik perempuan saya lak siap bawak kipas pengantin sebab dia....xtaula. Maybe ingat kena bawak kot muahaha. Dalam sejam baru siap majlis akad nikah. Mula2 tunggu, pastu dalam 10 minit dah nak start untuk lafaz akad nikah. Ustaz tu suruh ayah saya tanyakan persetujuan saya untuk dinikahkan. Saya pun tercengang juga mula2 tapi pastu angguk je tanda setuju. Padahal mak saya kata lepas tu saya kena jawab 'Saya setuju'. Haha. Takpela. Sama je maksudnya.

Pastu ustaz start soalan interview dia. Antara yang saya dengar ialah nyatakan Rukun Islam. Gelabah kot, bakal suami terlupa satu. No 4 dia terus jump ke mengerjakan haji. Seketika diam pastu baru dia kata tunaikan zakat. Hihi. Orang sume dah diam nak dengar dia boleh jawab ke tak. Saya pun berdebar gak. Hehe. Kemudian ustaz kata ok kita mulakan untuk lafaz akad. Masa tu sume orang lagi senyap. Alhamdulillah sah sekali lafaz ;) Suami pergi solat sunat, kemudian sambung untuk sesi sain dokumen pernikahan dan dengar lafaz taklik. Kemudian barulah sesi batal air sembahyang. Suami letakkan tangan kanan atas ubun2 saya, dan dia bacakan doa. Then pakaikan gelang kat tangan saya. Nampak ketar sikit tangan dia. Hehe. Debaran lafaz akad nikah tadi belum habis kot. Salam tangan dia pun rasa sejuk. ;P


baju nikah biru muda, tudung pula biru turquoise.janji boleh nikah.. LOL

Selesai majlis nikah, balik semula ke rumah untuk tukar baju sanding lak. Plan kedatangan pengantin pukul 12.30 t/hari sebab nak awal sikit takut hujan. Masa tu memang musim hujan lepas Zohor hingga petang. Sampai rumah tengok jam dah dekat pukul 11. Rushing lagi tukar baju. Agak seksa la sebab bila pakai kebaya ni, kena pakai korset, dan rupanya korset tu kena try dulu sekali dengan fitting baju, baru la boleh tau kena kecikkan korset ke tak. Nak wat cmne sebab mak andam tuan baju ni tak bagitau pun. Dia bekalkan jek korset. Pastu puas la mak andam yang mekapkan saya ni pinkan korset kemas2 sebab besar sangat. Nak cari lain dah confirm la tak sempat. Sekali lagi, saya pakai tudung awning, warna krim yang mak andam mekap sediakan sebab macam tak sempat nak berleceh2 dengan selendang half moon krim.

Mak andam touch up mekap. Kali ni saya bersuara lagi, "Saya nak mekap slow sikit nampak natural, tak nak macam pagi tadi."

Mak andam jawab balik, "Saya tak kisah nak ikut pengantin tapi nanti kalau tak cantik dalam gambar jangan salahkan saya. Mekap memang macam ni. Dekat orang nampak macam opera tapi dari jauh cantik. Dalam gambar cantik."

Then saya diam je. Saya nampak dia ambil lipstik warna pekat then saya tanya, "Boleh tak kalau saya nak warna lipstik yang kurang pekat sikit?"

Adik perempuan saya pun tambah, "Aah, yang tu pekat sangat la. Tak sesuai dengan warna kulit akak saya."

Mak andam dah diam, tetibe mak sedara saya lak pergi sampuk, "Eh, jangan nak komplen. Hari ni bukan hari awak tau, hari ni hari mak andam. Awak tak reti mekap jangan cakap banyak." Dia pun toleh ke mak andam then cakap,"Takpe, diorang ni set2 tepek bedak johnson je memang tak tau pape. Kita orang reti mekap ni yang tau apa yang sesuai dan apa yang tak sesuai.."

Mak andam pun sengih balik,"Betul2, mak andam tau yang terbaik untuk pengantin tapi kekadang pengantin ni yang komplen sana sini sudahnya mekap dia pilih tu tak cantik salahkan mak andam juga bla..bla..bla........ada pernah jadi kat sorang pengantin tu bla..bla..bla......."

Fine. Fine. Whatever. Saya tak reti mekap. Tapi saya tau la jugak nak tengok mekap tu lawa ke tak. Masam balik muka. Panas jugak dengan mak andam n mak sedara ni. Betul la orang kata, bila kita kawin orang lain yang buat keputusan untuk kita. Inilah salah satunya.

Sementara menunggu rombongan sampai, saya ambil gambar dulu dengan beberapa tetamu yang dah nak balik awal sebab nak kejar ke kenduri lain/nak balik semula jauh/lain2 urusan. Saya sebenarnya tak berapa ingat pun dengan siapa saya bergambar sebab dalam hati asyik berdoa moga2 majlis berjalan lancar dan kalau boleh, perfect. Yang datang tu pula ramai sedara jauh yang tak pernah jumpa, kawan2 lama mak n ayah yang saya pun tak ingat sebab memang lama sangat tak jumpa dan tak pernah kenal. Memang 10 saat lepas tu dah tak ingat la nama dia siapa hahaha. Tapi yang bestnya dua kawan baik saya sampai juga ke kenduri, Cik Cahaya dan Ain...siap pakai baju kurung biru gelap sedondon lagi sebab kononnya nak gi akad nikah. Tapi tak sempat. Hehe. Takpela....asalkan selamat sampai kan, hihi. 

**~**~**~**~**

Ketibaan rombongan pengantin lelaki agak terlewat dari plan, iaitu 1.30 t/hari. Saya dan adik perempuan sebagai pengapit berjalan dalam tempo sederhana perlahan ke arah rombongan. Rombongan sedang berselawat dan rupa2nya menunggu wakil keluarga pengantin perempuan untuk menyambut dulang hantaran. Kitorang lak tak tau. Haha. Pastu baru la ada orang kata kena hantar wakil amik hantaran. Mak sedara, jiran dan mak andam sekali tolong amikkan hantaran, baru la rombongan berhenti selawat dan mula bersurai. Saya berdiri terus sebelah suami untuk *ehem* dirakam gambar seketika sebelum terus berarak ke pelamin. Saya TERLUPA untuk salam suami sebab blur sesangat. 

Sampai kat pelamin terhenti jap n kitorang fikir nak tanggal kasut tak. Pastu orang suruh je kitorang pijak karpet tu tak payah tanggal kasut. Takde tepung tawar ke apa ke sebab pelamin tu untuk bergambar je sebenarnya. Dan malas la nak wat adat gitu sebab tak elok pun kan. Bergambar dengan family, kemudian makan beradap. Makan pun sikit2 je sebab nak kena potong kek dan pulut kuning lak pastu. Nak kena kejar masa sebab nanti nak bergambar outdoor pulak. Dalam 3.30 petang kitorang bergambar kat Golf Resort, tengah panas. Huhu.

Balik rumah rushing lagi untuk solat Zohor. Nak tanggal pakaian pengantin punya la seksa. Entah berapa puluh pin dan jarum peniti lekat sana sini demi mengekalkan kedudukan veil, tiara, dan kemaskan tudung. Nak cuci mekap pun lama. Maklumla orang tak reti mekap. Sekali lap pipi dengan face cotton yang dibasahkan dengan mekap remover, terkejut tengok sebab terus warna coklat. Betapa tebalnya foundation.

Petang tu lepas asar kitorang masih lagi layan tetamu yang tinggal beberapa orang. Saya makan lagi nasi lebihan kenduri sebab lapar. Tak makan pagi tadi sebab tak selera dan tak sempat, pastu masa makan beradab bukannya kenyang sangat. Tapi alhamdulillah puas hati dengan makanan kenduri. Memang recommended pakcik katering Fahami Collections ni. 

**~**~**~**~**

Malam tu baru la nak kemas2 sket rumah dan dapat tau lebihan lauk pengantin dan kuih-muih yang dibawa sedara-mara hilang entah ke mana. Bila siasat2, rupanya lauk-pauk pengantin habis ditapau oleh beberapa orang....jiran yang tak berapa nak baik. Bukan hak dia, tapi dia pula yang makan anak-beranak. Pelik sungguh sikap sesetengah orang macam ni. Tapi takpela, biar dia je buat. Kita jangan ikut pula dan tak perlu nak marah. Yang penting, bila buat kenduri kita kena letak orang yang dipercayai untuk jaga barang hantaran, hadiah, dan paling penting bekas duit salam kukut. Kalau tak, ada la manusia yang amik kesempatan waima jiran paling ramah sekalipun. Bila kenang semula, alhamdulillah majlis tu berjalan lancar, takde apa perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah........

Bila nak tidur malam tu, saya dan husband alih bantal ke arah hujung kaki dan tidur terbalik...kaki mengadap ke kepala katil. Sebabnya? Cuak kalau2 tengah tidur kepala kelambu tu jatuh atas kepala kitorang. Haha..berat tu. Taknak amik risiko. Kih3...

Just for info on our wedding's...:


Next: Hadiah kahwin