Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Friday, August 30, 2013

Tips cuci span compact powder

Tips cuci span ni saya dapat dari blog mana ntah tak ingat dah..hehe...tapi ramai je yang bagi tips ni, tinggal lagi kita cuba untuk buktikan je. LOL. Kebetulan span Silky Girl saya memang dah jadi coklat di semua permukaan. Saya cuba jelah baru2 ni dan ternyata tips ni berkesan:

Larutkan sedikit pencuci muka anda dalam air panas/suam (Saya guna Neutrogena Facial Foam, larut dalam air panas terus..huhu). Rendam span yang dah kaler coklat tu ke dalam larutan tadi selama beberapa jam. Nak lebih efektif, goyang2kan bekas yang berisi span terendam tu ibarat washing machine yang tengah cuci baju.

Biarkan selama 3 - 4 jam dan anda akan dapati span dah memutih sket, sementara keladak2 coklat (compact powder yang terperangkap dalam span tu dulu) berkumpul di bahagian bawah bekas tu. Buangkan air rendaman dan bilas span yang dah kembali putih. Kalau tak cukup bersih lagi, ulang prosedur di atas sampai betul2 puas hati dengan kebersihannya. ;)

Lastly, keringkan, dan dah sedia untuk diguna semula...

Tuesday, August 27, 2013

Persiapan kahwin: Pelamin, baju sanding, katering dan kanopi

Berderet post pasal persiapan kahwin..hee.. Alang2 dah ada mood menaip baik habiskan sume cerita sebelum cerita pasal hari kejadian. Hehe.

Bulan Disember 2012 memang busy bagi saya dan family sebab dah start gear 4 untuk persiapan majlis 2 Februari 2013. Dulu masa beli barang hantaran kira gear 1 la kan. Pastu terus jump gear 4. Haha. Sebab biasalah...dah dekat2 baru nak prepare segala benda. And what I mean by prepare is, baru nak mula tanya orang, survey harga kemudian tempah dengan rushingnya. Maybe sebab kitorang fikir, alah..Maran, bukan ramai sangat yang nak kahwin macam kat Lembah Klang. Tak perlu berebut kot. Mana tau, sangkaan kami meleset.

Pada 9 Disember, saya dan parents pergi sebuah kenduri kahwin di Temerloh. Alang2 gi sana kami usya sekali tempat katering. Ada la beberapa tempat katering tapi kebanyakan kedai/butik yang sediakan katering tu tutup, maybe sebab ada kenduri la kot hari tu. So esoknya, hari Isnin kami pergi semula ke salah satu butik yang turut menyediakan khidmat katering, Fahami Collections namanya. Bila borak2 tanya pakej katering dia, menu dia quite ok dan harga pun paling murah yang kami jumpa. Saya terus book aje sebab tengok tarikh kami nak masih available, tapi seminggu sebelum tu dah ada orang book. Demi tak menyesal sebab tak book awal2, saya pun letak jela deposit RM200. At least 50% baki bayaran kena bayar seminggu sebelum majlis. Tinggal lagi berharap makanan dia sedap la... 

Settle hal katering, petangnya saya dan family serta family tunang sekali pergi tengok n fitting baju sanding kat Kg New Zealand. Saya nak tema majlis krim/gold, so saya amik baju kebaya krim (kebaya Indonesia kot namanya). RM100 je sewa. Memandangkan takde baju lelaki yang tunang saya berkenan, dia amik baju lelaki warna krim kat butik lain, tapi alhamdulillah dapat harga RM100 juga. 

inilah baju sanding kami ;)
Keesokan harinya saya dan mak pergi ke Butik Eton D'Classic kat Maran untuk tempah pelamin. Sebabnya tengok kat butik2 lain sebelum ni macam mahal gak la. Yang kat butik ni saya dapat harga Rm1000, iaitu pakej untuk pelamin + mekap 2kali + hiasan bilik. Saya letak deposit RM100. Tapi pelamin macam mana saya tak tengok  lagi sebab pakcik tu kata dia akan bagi saya pelamin baru, anak dia yang first rasmi pelamin tu. Sekarang dia takde gambar lagi. So takpela...tunggu jela nanti, still boleh pilih kalau tak berkenan yang dia bagi tu. Masa booking ni la saya ternampak ada orang lain dah tempah pelamin pada tarikh yang sama dengan majlis saya, pun dekat taman perumahan saya. Aik..sape ya.. Tak dengar pun ada orang nak wat kenduri gak. Huhu.

Masa tu jugak saya terus call ayah suruh gi tempah juru nikah. Cuak gila kalau tak dapat juru nikah pada waktu yang kita nak. Saya dah la plan nak nikah pagi 2hb Februari tu. Sebab saya malas nak buat makan 2 kali. Sehari terus je senang sikit saya rasa. Pastu yang lawaknya, ayah saya siap 3 kali dail salah nombor. Sebab orang yang bagi nombor juru nikah tu pun salah bagi, dan maybe jugak sebab ayah saya dah cuak. Hehehe. Akhirnya alhamdulillah dapat la tempah.

Settle tempah pelamin, settle tempah juru nikah. Alhamdulillah. Seterusnya kanopi. Tentang kanopi, senang ambil kat Maran jelah sebab dekat, takdela cas transport bagai.. so saya dan ayah pergi kat kedai, tengok2 album dia untuk pilih warna. Dalam fikiran saya cuma terbayang warna gold, coklat keemasan atau oren. Sebab baju pengantin warna krim, baju pengapit warna oren, baju ahli  keluarga warna coklat keemasan.

Pilih2 punya pilih, last2 saya nak ambil oren, sebab warna gold n coklat tak cantik. Tapi tuan kedai kata oren dah ada orang amik. Yang wat kenduri sama tarikh n kat taman perumahan saya tu jugak la. Hmmm...takde rezeki saya. So saya pilih jela warna coklat sebab gold tu memang tak cantik langsung. Tengah call mak cerita balik pasal warna khemah, tetibe tuan kedai kata, orang yang tempah warna oren tu baru je call kata cancel amik khemah dgn dia. So boleh la saya amik gak warna oren tu. Alhamdulillah lagi... ada jugak rezeki. Banyak yang dah dipermudahkan Allah untuk persiapan majlis saya... (^-^) Harga 5 buah kanopi RM1000, saya letak deposit Rm50. Yeay. Settle semua yang penting2. 

Sementara itu, kitorang dah beli bekas bunga telur dan sarung bunga telur untuk diletak depan pelamin. Bekas warna gold untuk cucuk bunga telur, RM8.90 kat Sakan. Sarung bunga telur, RM38.90/50pcs, kat Cowboy Kuantan. Memang best la usya barang kahwin kat situ.


sarung bunga telur mengikut warna tema ;)
bekas bunga telur...xla cantik pun tapi janji boleh cucuk
bunga telur bagi kembang cantik kat pelamin..hihi

Lagi sebulan lebih sebelum majlis. The clock is ticking......

Sambungan: Tentang hari pernikahan




Persiapan kahwin: Door gift

Bab door gift ni memang pening kepala. Bukan apa, pilihan memang banyak, tapi bajetnya...terasa macam alamak banyaknya duit habis ke benda yang tak wajib pun. Sudah la tak wajib, berkemungkinan besar door gift kita terus dibuang bekasnya kat depan rumah kita betul (oleh kebanyakan budak2 dan sebilangan orang dewasa) sebaik sahaja isinya habis dimakan. Kan sia-sia melabur banyak kat door gift gitu...huhu. Bila nak cari yang cantik2 dan semestinya orang simpan pula, harganya peh...memang tak mampu la rasanya. Takut nanti sampai pokai lak lepas majlis semata-mata nak memenuhi kehendak nafsu untuk majlis grand2.


Bekas tisu RM2.50, dari Style Weddings. Nak bagi 1200++ tetamu.
Erk..mampukah saya?

Sweet..tapi still rasa RM1.80 untuk bekas tin sahaja (tak termasuk kos isi)
agak mahal....hmm.. tak ingat apa nama vendor..

RM1.80 dari Style Weddings. Menarik2..! Tapi ayah kata doorgift begini
sesuai untuk saudara-mara/kawan2, tak berapa sesuai untuk tetamu2
biasa..kurang bermakna katanya...hmm...betul juga. Tapi takkan nak
beza2kan doorgift..saya tak setuju la kalau gitu..

Untuk door gift, saya nak harga satu unit tu tak lebih dari RM1.50, so saya decide untuk bagi glass jar yang berisi coklat & gula2 untuk dewasa, manakala isi yang sama untuk kanak2 tapi diisi dalam plastik. Plastik tu pula asalnya nak mengambil ilham dari majalah Pengantin keluaran September 2012. Last2 tak jadi sebab rasa macam leceh sangat nak buat bila dah last minute macam ni.


ingat nak ambil inspirasi dari ini. Nak guna lebihan wrapping paper
instead of doily paper, azam nak berjimat la ni...tapi....agak leceh pula
nak gunting wrapping paper satu2.

ni pulak agak mahal sebab kena guna kertas yang tebal sikit takut
mudah koyak.

Glass jar tu pada awalnya nak yang bentuk bulat macam yang kita biasa dapat di majlis2 perkahwinan yang lain. Dalam awal bulan 11 saya dan family pun pergi survey kat Cowboy Kuantan nak tengok2 harga dan sesuaikan dengan bajet. Ada macam2 bentuk rupanya, dan yang terkini pada waktu tu ada bentuk segi empat. Siap dengan ukiran TERIMA KASIH. Harga 1 tray RM18.90. 1 tray ada 30 biji jar so sebiji jar bersamaan 63 sen. Memang berminat dah nak amik tapi masa tu mak kata awal lagi ni... penuh rumah kita dengan jar ni nanti.. lain kali dekat2 esok kita beli la.. Ok... sambil tu usya2 harga coklat n gula2, bunga telur, etc.


Jar 63 sen dari Cowboy Kuantan ;)

Then pada 1 Disember kitorang gi lagi Cowboy nak beli jar lah kononnya, tup2 design segi empat tu tinggal 9 tray je. Eh. Baru 2-3 minggu lepas kitorang tengok berlambak lagi. Pekerja tu kata aah, sebelum ni banyak tapi sebab design baru, memang tengah hot. Sekarang kita habis stok dan kena tunggu bulan 3 nanti baru sampai shipment baru. Ha?? Mana sempat..majlis bulan 2. Mak ai. Masa tu rasa menyesal habis tak ambik terus awal2 dulu. Puas lak lepas tu round kat Temerloh cari jar macam tu, tapi harga mahal sikit. Kalau kat Cowboy Kuantan harga dalam 63 sen satu jar. Kat Cowboy Temerloh takde stok, kat Sakan Temerloh ada tapi naik jadi 70 sen satu jar. Kita nak beli 1200 biji woo.. memang aim yang 63 sen tu jela. Dengan penuh harapan, saya berdoa moga2 ada jugak rezeki kami untuk dapat lagi jar yang murah mcm kat Cowboy tu...

Lastly, Allah kabulkan doa kami, dalam 3 minggu sebelum majlis, mak n ayah saya dapat juga beli lagi jar tu sebab ada shipment baru sampai. Alhamdulillah.... ;) Dah settle untuk door gift. Lega.

Jadi, anggaran cost untuk door gift dewasa + kanak2 saya:
1. Bekas kotak door gift 1000 pcs : Free dari pakej kad kahwin
2. Glass jar, 63 sen x 1200 pcs : RM 756
3. Bekas plastik door gift kanak2, anggaran 500 orang: RM15
4. Coklat bentuk syiling besar, RM18.90/200 pcs. Saya beli 6 balang : RM113.40
5. Gula2 dan coklat lain (dibeli oleh mak saya, tak ingat harga) : anggaran RM 200
6. Gula2 dan coklat sumbangan ibu saudara : Free..hehe

Total: ~RM1085

Untuk door gift dewasa sahaja kosnya tak lebih dari RM1.20 ;)


Monday, August 26, 2013

Persiapan kahwin: Pomander ball

Orang lain buat pomander ball untuk serikan majlis kahwin, saya pun teringin nak buat juga. Lalu saya google dan dapat cara2 buat pomander ball dari:


Ok, so saya pun mula membeli bahan2 yang diperlukan untuk buat pomander ball idaman:

1. Bunga2 palsu, saya beli dari Romantika di Amcorp Mall. Bunga kuning sejambak RM6, bunga peach sejambak RM4. Saya guna lebih kurang 2 jambak bunga kuning dan 3 jambak bunga peach untuk sebiji pomander ball.

2. Riben organza, RM1.50 semeter. Saya guna je semeter untuk satu pomander ball. Nanti nak gantung tinggi ke rendah boleh adjust kemudian (^_~)

3. Span, saya beli di Romantika juga, RM1.50 sebuku. Sebuku tu dapat buat dua biji pomander ball.

4. Pisau, untuk potong span. Saya beli cutter kat Popular, RM2.50

5. Glue gun, RM13.90

6. Glue sticks, RM3.90

7. Pemotong dawai kecil, RM8.90. Tak larat weh nak potong dengan gunting. Rosak gunting dibuat den hari tu. Huhu...


Langkah-langkah membuatnya:

a) Mula-mula potong tangkai bunga2 yang anda kehendaki, agak2 dalam 10 cm panjang. Jangan potong pendek sangat sebab nanti pomander ball tu jadi kecik disebabkan bunga terlalu rapat dengan span. Melainkan kalau nak buat pomander ball kecik lah. Hehe. Yang saya nak buat ni macam saiz bola sepak gitu.....

potong panjang sikit xpe, sebab boleh potong lagi kemudian kalau terlebih
panjang. Kalau terpotong pendek sangat tu yg susah..hehe

b) Potong span kepada dua bahagian yang sama besar. Satu buku kecik tu dapat la untuk satu pomander ball. Trim bahagian bucu dan tepi supaya jadi seakan-akan bulat.


2 buku span ni akan dapat 4 biji pomander balls...yeay
tak habis trim lagi nih...

c) Bila span dah jadi bentuk yang anda nak, potong pula tengah2 span supaya terbahagi dua. Nanti kita nak lekatkan riben bermula dari tengah2 span tu. Nak gantung kan? Tak nak bagi pomander ball tetibe gugur sebab riben tak melekat kukuh kan? Haa... ikut jela cara ni.. (sori xde gambar sbb lupa nak snap)

d) Letakkan hujung riben pada tengah2 span yang dah dibelah tadi, gamkan dengan gam panas. Kemudian gamkan kembali separuh lagi span dan biarkan kering. Sekarang riben akan terjuntai dari span tu. Panjang riben ikut sukalah, saya ambil je semeter untuk setiap pomander ball saya.

e) Sekarang boleh mula gubah pomander ball. Cucuklah bunga2 yang kita dah potong tadi ikut citarasa masing2. Adjust mana2 bunga yang terkeluar sangat atau termasuk dalam sangat sehingga bentuk bulat diperolehi... ;)


f) Dah siap untuk digantung di hari perkahwinan anda! Mudah kan?

abaikan lubang2 yang belum ditutup itu..hehe..belum dikemaskan lagi
mana2 yang kurang..

P/s: saya habis RM143.50 untuk 5 biji pomander ball bersaiz sebesar bola sepak (tak termasuk pisau, pemotong dawai, glue gun n gun sticks). Kira2 RM29 sebiji. Cuba tengok kalau yang jual kat luar berapa harganya. Jauh beza tau... Lebih berbaloi buat sendiri. Selamat mencuba!


Kad kahwin dan baju akad nikah: Bahagian 2

Dah lama tinggal blog ni, terasa malas pula nak sambung post2 terdahulu. Tapi memikirkan sendiri pun nak ingat apa yg berlaku dalam hidup..so sambunglah sebelum memori tu terkikis sedikit demi sedikit.

Mengenai kad kahwin, setelah tung tang tung tang email pembetulan sana sini, akhirnya kad kami siap untuk diambil pada 18/12/2012.. kira2 sebulan la dari tarikh mula2 bagi design. Alhamdulillah, memang kena selalu follow up kat email untuk make sure vendor boleh siapkan ikut jadual yang diorang dah janji pada kita.

Pada 21/12/2012, saya ajak adik lelaki pergi collect kad dan terus hantar balik rumah ke Pahang. Sampai di kedai, tunjuk resit dan pekerja yang sama yang uruskan order kitorang bawak keluar kotak2 besar berisi 1000 kotak doorgift yang masih berlipat, 1000 kad kahwin + sampul kad kahwin, tali kotak doorgift, 20 pcs badge ahli keluarga dan 1000 Thank You tag untuk kotak doorgift.

Takde masa dan tenaga la nak kira sume benda, tapi saya dan adik cuma kira kad n kotak tu cukup. Tali tu tak reti la nak kira mcm mana sebab dah berkumpul dalam satu plastik. Kira2 separuh daripada kad saya poskan ke rumah keluarga bakal mentua di Kelantan beserta baju melayu untuk nikah. Settle.

Bercerita tentang baju akad nikah, saya masih lagi dalam misi mencari baju yang sesuai dengan warna baju melayu bakal suami. Sebabnya, bila baju turquoise tu diletak sebelah baju melayu biru muda, warna dia jadi macam hijau. Betul2 nampak tak sepadan! Saya memang tak puas hati dan saban minggu asyik keluar ke Jalan TAR/Shah Alam semata-mata nak cari baju nikah...warna biru muda. Lupakan biru turquoise walaupun itu adalah warna kesukaan.....

Baju melayu biru muda tu kitorang beli kat Semua House, RM199 dengan sampin sekali RM89.90. Masa tu sebab dah penat n tension cari baju, kitorang putuskan untuk ambil je baju biru yang kelihatan paling dekat tone warnanya dengan baju turquoise saya. Kainnya pun selesa. Tapi bila bawak balik rumah dan compare semula, memang lain. Mungkinkah sebab pencahayaan kat kedai telah mengaburi mata kami? Oh!

baju nikah yang sungguh berbeza. Tak boleh jadi nih..
Memikirkan yang lagi susah untuk mencari baju melayu turquoise, saya putuskan untuk cari baju kurung yang warna biru muda. Akhirnya, tinggal lagi seminggu nak nikah, saya terjumpa sepasang baju kurung biru muda yang agak sepadan dengan warna baju melayu. Masa tu dah tak kisah design dia lawa ke biasa2 ke, janji warna sepadan. Tawar-menawar jugak sebab tu last piece, dapatla harga RM135. Asalnya saya dah tak ingat berapa, kalau tak silap RM150 kot. Lega sebab dah settle. Sekarang dah boleh rehat sikit sebelum balik pada 31 Januari lepas keje. Maklumlah, kenduri 2hb Februari tapi bos bagi cuti sehari sebelum jek dengan alasan takde orang nak wat keje. Huhu (T_T)

baju nikah baru..hehe...ok la sbb dapat tone warna sepadan..huhu