Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Sunday, June 10, 2012

Once Upon a Time....

Bila duduk berseorangan kadang-kadang terkenang zaman kanak-kanak saya dulu... Masa tu rasanya hidup ni tak rumit. Walaupun keadaan keluarga tak mewah, makan pun hari2 nasi putih dan ikan selar kuning.. Tapi hidup ketika itu bahagia. Makan ayam sekali-sekala je (tak tahu setahun berapa kali), makan ayam KFC dan seumpamanya memang jauh sekali la.

Seingat saya juga, masa Darjah 1 (1994), saya bawa duit 50sen je ke sekolah untuk beli makanan waktu rehat. Dah cukup untuk sepinggan mi goreng dan secawan air sirap. Tak lama lepas tu harga makin naik. Saya ni sebenarnya kat sekolah agak lembik, orang berebut-rebut beli makanan, saya tersepit je kat celah-celah orang. Last2 nasi lemak/mi goreng habis, dapat kuih2 je. Pastu ada jual air gas (air berkarbonat la..hehe) rasanya RM1, letak dalam plastik..memang saya tak pernah beli la. Masa tu kalau belanja seringgit sehari memang anak orang kaya la... Bila adik saya pun masuk sekolah, dia jenis makan banyak, nak belanja banyak hari2 memang pokai la mak ayah. Jadinya mak bagi bekal nasi goreng kat kitorang hari2. Ada juga kena sindir dengan budak2 sekolah, tapi saya pun dah tak ingat, tak kisahla. Saya pun tak ada ramai kawan baik, cuma seorang saja, itupun kena kebas juga oleh sorang classmate ni, yang saya rasa dia jeles kat saya kot. Jadi saya selalu makan bekal sorang2 je.. Saya sekolah petang, adik saya sekolah pagi. Kalau tak boleh juga saya makan dengan adik saya kan. Hehe.

Bercakap pasal seseorang yang 'jeles' tu, dia start buat perangai masa kitorang Darjah 4 kalau tak silap. Masa tu dia 'curi' satu-satunya kawan baik saya sejak tadika, saya rasa terpinggir. Kawan baik saya tu serba-salah sebenarnya, saya tahu bukan salah dia. Jadi saya biarkan, saya tak larang dia nak berkepit berdua ke mana-mana. Lama-kelamaan saya dah macam takde kawan baik jadi saya bengang, saya keraskan hati, fine, kau tak nak kawan dengan aku, aku ada ramai lagi kawan2 yang sudi nak berkawan. Saya biarkan dia dengan kawan baik baru dia sampai satu tahap kitorang tak bertegur sapa langsung. Cikgu pun pelik. Saya kawan dengan semua orang je, tapi takde geng/kawan baik. Saya cerita pada mak saya keadaan ni, mak saya selalu motivate supaya tak give up dengan hidup hanya sebab seorang tak nak kawan dengan kita. 

Keadaan bertambah teruk masa Darjah 5, masa tu satu kelas taknak kawan dengan saya sebab dilarang oleh budak perempuan ni. Saya ingat lagi, tiap kali waktu rehat saya kena tinggal sorang2 dalam kelas, so saya makan bekal dalam kelas (walaupun masa tu tak boleh makan dalam kelas). Cikgu pun tahu keadaan masa tu so cikgu tak marah saya. Serius jugak ye walaupun masa tu still budak sekolah rendah. Huhu. Lama-lama saya develop tabiat tak makan waktu rehat...siapkan kerja sekolah saja then bila balik sekolah dah boleh rehat. (^___^)    Bila dah nak setengah tahun, baru la ada budak perempuan berborak2 dengan saya, masa tu saya nampak "budak" tu tak suka, sikit2 jeling...tapi member yang nak kawan dengan saya tu dah tak tahan, dia cerita semuanya pada saya. Dia cakap, sebenarnya budak perempuan tu jeles dengan saya. Jeles?? Sebab saya tiap2 tahun dapat no 1 dalam darjah. Cikgu selalu puji. Budak2 semua nak kawan. Masa Darjah 5 dia dapat jadi pengawas tetiba, sebab pakcik dia jadi Guru Disiplin. ;P Jadi dia dah "lebih" dari saya. Bila dia ada "kuasa" sikit, dia larang orang bercakap dengan saya. Kalau nampak bercakap, dia akan pulaukan pula orang tu. Mestila orang semua takut kan? Budak2 lagipun....mesti takut kena ugut taknak kawan...hehe..

Tak puas hati lagi, dia nak semua orang kawan dengan dia dan minta tunjuk ajar daripada dia, jadi dia kata kat semua orang, jangan kawan dengan Hani, dia sombong, mentang2 la dia cerdik, dia kata kita tak layak kawan dengan dia sebab bukan budak pandai. Bila cikgu puji, tengok dia mesti kembang punya. Mengada2...bla3.... Hmmm..banyak sangat la saya nak senaraikan apa yang dia kata, saya masih ingat sampai sekarang. Saya tak sangka dia akan cakap macam tu pasal saya. Dan yang paling menakjubkan, dia "beli" kawan2 sekelas supaya diorang tak kawan dengan saya. Macam mana? Setiap hari dia belanja semua budak perempuan kuih2 kat kantin. Ataupun ada yang bertuah dapat merasa makanan kat kantin cikgu (sebab dia boleh masuk). Takpela, saya fikir. Dia anak orang yang banyak duit. Dia boleh buat apa saja yang dia nak. Saya tak kisah sikit  pun. Saya buktikan, tanpa seorang pun kawan saya masih boleh belajar dengan baik dan dapat no 1 pada tahun tu. Saya dah berusaha, malangnya saya dapat no 2 tahun tu, kalah setengah markah dengan saingan utama saya, budak lelaki.

Bila naik Darjah 6, eh2, tetibe si musuh tadi ni terhegeh2 nak berkawan dengan saya, tak minta maaf pun tapi just nak kawan macam biasa. Saya tak kisah. Saya dah takde hati dan perasaan pada dia dan bekas kawan baik saya, saya tak marah dan saya juga tak gembira sangat. Saya cuma tak boleh lupakan. Kawan baik saya minta maaf, dia kata memang diorg banyak buat salah kat saya. So tahun ni nak amik exam UPSR so kena la berbaik, minta maaf. Oh...sebab itu rupanya. Sebab takut tak lulus ek? Tak kisahla. Hoho.. Sindrom takde kawan baik ni pun mcm kekal dengan saya sehingga masuk sekolah menengah...saya kawan biasa je dengan semua, takde geng mahupun partner. Mungkin sebab saya serik, ataupun saya taknak "rampas" kawan baik orang lain. Saya masuk sekolah tu agak lambat jadi mesti semua orang dah ada geng sendiri. Saya tahu macam mana peritnya kawan baik diambil orang, jadi saya taknak buat benda tu pada orang lain.

Ini hanyalah sebahagian kenangan pahit manis zaman kecik2 saya, ;) mungkin itu semua perlu untuk mematangkan saya.. Kenapa tetibe teringat? Hehe..sebab saya layan banyak video My Generasi Contest kat YouTube..best2 mengimbau  benda2 zaman kecik dulu yang mungkin generasi sekarang dah tak buat ;) .....


Semoga bertemu kembali (^___________^)