Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Saturday, May 12, 2012

Crochet Project 2: Beanie

Salam..

Ni dia gambar projek mengait yang kedua..topi/beanie:


Ni bahagian luar, abaikan yang oren tu sebab dah salah buat, malas nak bukak banyak kali. Sebab benang oren lagi mudah berbulu. Yang biru tu ok sikit, bukak 2,3 kali pun masih xberbulu. ;)



Lepas ni nak buat yang lain pulak, tapi Youtube downloader buat hal. So x start buat yang lain lagi. Hehe..

Sunday, May 6, 2012

Crochet Project 1: Bunga-bunga cinta

Dah semakin addicted dengan projek mengait nih. Hehe. Cuti 1 Mei baru ni parents datang, dan mak tidur kat rumah saya. Dengan malu2 dan rendah diri, tunjuk kat mak saya mengait sekeping xtau apa la..yang oren tu (gambar bawah). Mak pun kata, "ni nak buat apa sebenarnya?"





"Em, xde pape..asas je nak tengok jadi mcm mana. Orang dlm Youtube tu suruh buat mcm tu. Hehe.."

"Ala...nak belajar buat ni mak boleh ajar..mana mak tau akak minat mengait."

Dan saya pun menunjukkan beberapa lagi video kat mak, seperti di bawah ni:



Sambil tengok, mak cuba buat. Pergh. Lancar lagi tangan mak mengait walaupun dah berbelas-belas tahun tak buat. Kagum.

Malam tu lepas mak dah balik Pahang, saya pun *ehem2* cuba la buat bunga kait ni.. huh. Orang buat satu bunga 5 minit, saya buat 15 minit baru dapat satu. Itupun xberapa jadi. Excited je lepas tu telefon mak kata dah dapat buat. Keh3.. Mak kata kalau betul2 minat, nanti mak ajar buat benda lain..beg, topi, alas meja, alas dulang hantaran ke.. (^_^)

Ok mak! ;)

Balik keje je xsabar2 nak sambung wat bunga. Dan akhirnya hari Sabtu (semalam) saya beli lagi 3 bola benang kait, lain2 warna. Dulu dah beli pink (salah saiz, benang kecik) dengan oren, kali ni beli warna merah, kuning, dan satu yang istimewa, campur warna biru-putih-hijau. Mahal sikit la. Yang warna plain RM2, yang warna campur RM4.50. Huhu. Pastu semangat beli butang lak. 10 sen satu. Sebab dlm video tu dia letak butang. Ekeke.


yang pink tu xjadi. Sebab saiz benang halus sgt, xsesuaiii..

paling suka yg warna campur tu.. ;) yang pink adalah satu
kerugian. RM 8.50 tuu.... ;(




Sejak tengah malam semalam, saya cuba projek lain lak. Hehe. Masih separuh jalan. Dah jadi nanti baru boleh upload gambar ;P