Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Sunday, February 20, 2011

Saya suka ini.... BookXcess

Kali ni saya nak tunjukkan satu tempat yang saya suka sangat pergi.. Mungkin dah ramai yang tau, tapi kepada sesiapa yang belum tau, hope entry ini dapat membantu.. (^_____^) ..ni dia tempatnya..




ni Facebook BookXcess.. lokasi, waktu buka sume ada kat situ..sangat menarik untuk pergi sini sebab:
  1. Kedai ni penuh dengan buku yang tersusun kemas, saya suka!
  2. Harga yang amat rendah.. dah berapa biji novel saya sapu kat sini.. semuanya bawah RM20 walaupun hardcover novel...
  3. Selain novel, ada jugak buku2 DIY macam scrapbook DIY, baking cupcakes, macam2 la.. pun harga murah jugak! Rasanya susah nak dapat kat tempat lain dengan harga yang macam BookXcess tawarkan.. hehe
Beberapa gambar untuk tatapan anda...
BookXcess dari luar

Siap ada bakul lagi bagi sesiapa yang suka borong buku =)

Suka rak dekat dinding tu..rasa nak buat jugak kat rumah sendiri nanti..heheh
Just snap this pic coz i love the glossy cover!
Jauh tak beza harga ni? Recommended Retail  Price dan BookXcess price

Sebenarnya, saya boleh habiskan masa berjam2 malah seharian hanya dalam kedai buku je... sebelum ni Popular la jadi kegemaran sebab dapat diskaun untuk ahli.. MPH kurang sket sebab mahal..tapi masuk jela saja suka2.. ;D Tapi skarang ni dah ada BookXcess yang jauh lagi murah..berulang ke situ jela..hehee..

Satu je kelemahan BookXcess ni. Takde novel Melayu..haha. Tapi novel Melayu pun dah murah kan.. agak2 la sume nak murah.. =P

Love to see nice books...♥ oh ye..ini kat Popular Amcorp Mall.. Note book pun saya suka tengok? Hehe..memang!



Kalau ada cadangan buku yang best2, bgtau ye! Dah lama saya xbaca novel yang best.. hehe


Monday, February 7, 2011

Tahun 2011

Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh:
1-11-11,
11-1-11,
1-11-11,
11-11-11.

Sekarang cuba ini:
Ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda, dicampur dengan umur anda tahun ini.
Hasilnya pasti = 111.

Nice..! Subhanallah..It's miracle. Try it!! ♥

Bila balik dalam jam...

Cuti Tahun Baru Cina kali ni... dapat cuti 4 hari memang seronok. Betul-betul dapat rehatkan kepala..♥
Rasa sangat bahagia bila ada di samping keluarga; rehat sepuas-puasnya, borak-borak dengan mak sampai mak pun terpaksa tidur lambat..haha (sampai pukul 3 pagi), dapat makan masakan mak, yang penting I'm home!

Pergi Kuantan, beli pulak novel Ramlee Awang Murshid yang baru, tengok macam best, ambik jela. hehe.


Tak taula bila boleh baca ni..Asalnya nak ambil novel Cinta Sufi, sambungan trilogi Bagaikan Puteri-Cinta Sang Ratu-Hijab Sang Pencinta. Tapi bila baca sinopsis macam kurang best. Laksamana Sunan tersayang dah jadi lemah pulak...aiseh... Lagipun tengok review buku ramai kata ending tergantung. erk..ada sambungan lagi ke? Maka Rayyan Fantasi naik saham la sket sebab taknak la amik dua buah novel sekaligus kan. haha ;D

Lepas tu bila dah seronok cuti kat rumah.. nak balik pj mula la sakit kepala dah..huu.. baru pikir nak balik, belum pun balik lagi. Sabar jela. Hari Ahad pukul 10 lebih gerak dari rumah, konon nak gerak awal lagi sebab nak elak jam, tapi bangun pun dah nak pukul 9 kan.hehe. Nasib la.. Dari rumah, saya drive Kancil saya, mak kat sebelah. Ayah drive kete Mazda. Sebelum ni sampai kat terminal Temerloh, parking kete ayah, then ayah naik Kancil, saya drive sampai pj, dengan bantuan arah jalan daripada mak & ayah. Tapi kali ni..ayah pulak kata nak drive dari Temerloh. Saya agak, maybe sebab dah lambat. Jam lagi nanti. Ayah drive pecut sket.. OK la takpela..

Sampai kat Highway Karak, dah start jam sebelum tol Bentong. Lepas tol & seterusnya pun memang jam la jugak. Sampai kat selekoh & turun bukit sket, kete Kelisa depan kitorang tu emergency brake. Sebab kete depan dia pun benti tetibe. Ayah pun tekan brek la.. tapi saya dah agak mesti langgar punya, sebab memang dah dekat pun kete still xdapat stop.huhu.. redha jela.. Kete belakang kitorang dah brek kuat gila bunyi..nasib baik xlanggar jugak..hoho. Ayah bawak dalam 20km/j...jarak sebuah kete gak la. Tapi dah nak jadi kan..huhu. Kitorang dah langgar Kelisa tu, dia pun cium gak kete depan dia. Tapi kete depan skali tu xde pape pun, dia pun trus blah je. Kete Vios ke ape ntah. Xperasan sangat. Maka....tinggal la dua biji kete kat situ..lane kanan lak tu..menambah jam la kan.huhu.. Inila rupa kereta ku..


Rasanya langgar sket je.. Kitorang dalam kete xterlantun ke depan pun walaupun sket. Tapi bila kuar tengok damage kete tu.. ya Allah. Macam teruk pulak. Ini pun just langgar bucu..ayah dah try elak tapi xdapat la nak masuk lane sebelah..jam jugak. Kang accident lain plak.. hmm.. xpela..benda dah jadi.. Tiba2 terfikir, kalau langgar pada 20km/j pun mcm ni rupanya, kalau laju lagi...? Nauzubillah..

Then... kete ditarik lori tunda..kitorang pun duduk la dlm lori.. bawak ke Bentong. Selesai wat report, balik ke pj dgn sepupu & husband dia. Diorg dah sampai kat Batu Caves sbenarnye, dari Kuantan nak balik Selayang. Mintak tolong dia patah balik sini..haha..kesian lak diorg. Kena tempuh jam lagi dahsyat lak pastu. Masa tu pukul 5 ptg. Sampai kat Genting Sempah pukul 6.30 ptg. Smpai Gombak pukul 7.10. Bawak pun 5km/j. huhu.. Akhirnya smpai umah..kul 8 mlm.. =) Alhamdulillah..

Hari ni dah start gi keje naik bas mcm dulu.. xtau la bape lama lak kete tu boleh siap. Nak setel dgn insurans dulu..hmm.. berkenaan keje lak, xpela lain kali lak post entry. tu pun ada byk gak nak ngomel2..haha