Daisypath - Anniversary

Our Little Princess

Sunday, January 23, 2011

Mari membaca puisi ♥

Puisi ni saya ada ambil kat blog mana ntah dulu.. tak ingat lak.. main save aje dalam word kan.. haha. Sorry tak dapat nak quote dari blog mana.. Takpela, yang penting penulis sajak ni adalah Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Ok, saya dah gtau penulis asal..tak kena saman kan?hehe... jom baca sajak kesukaan saya ni..♥

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

( Usman Awang)




Sunday, January 2, 2011

Happy Anniversary to us (^_^)

Alhamdulillah..dah setahun rupanya sejak declare.. =)
Sebenarnya xkesah pun ade tarikh declare ke x... tapi dia nak, haha ikut aje la.. kalau dia lupa siap r.. =P
Want to thank him for being by my side at all times.. really want to dedicate this song to him (even though he does not really like it, I think, haha)..

Thank God I Found You by Mariah Carey

Featuring Joe and 98 Degrees

I would give up everything
Before I'd separate myself from you
After so much suffering
I finally found unvarnished truth
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heartache would not subside
I felt like dying
Until you saved my life

(Chorus 1:)
Thank God I found you
I was lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
'Cause, baby, I'm so thankful I found you

I will give you everything
There's nothing in this world I wouldn't do
To ensure your happiness
I cherish every part of you
'Cause, without you beside me, I can't survive
Don't want to try
If you're keeping me warm each and every night
I'll be all right
'Cause I need you in my life

(Repeat chorus 1)

(Bridge:)
See, I was so desolate
Before you came to me
Looking back, I guess
It shows that we were destined to shine
After the rain to appreciate
The gift of what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel this way

(Chorus 2:)
Thank God I found you
I was lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Sweet baby, I'm so thankful I found you

Thank God I found you
I was lost without you
I'm overwhelmed with gratitude
My baby, I'm so thankful I found you

I'm overwhelmed with gratitude
My baby, I'm so thankful I found you

Ingatan Buat Semua

(copied from my inactive Friendster blog, written on 15th Dec 2008)

Actually dapat ni dari satu lembaran kertas lama…..terjumpa waktu operasi mengemas buku2 hari tu…  Sorting out buku2 sjak dari zaman sblm tadika sampai la nota2 kat u.. Memandangkan waktu cuti mmg lapang gile, pastu musim hujan lak..takut banjir, maka my mom and i tepaksa reduce jumlah buku/nota/kertas pekse kami 3 beradik serta majalah2 lama kepunyaan ayah.. kwang3..(^-^) .. plagiarism ni…copy begitu sahaja..hehe..tapi memandangkan kat kertas tu takde nama penulisnya so tidakla diketahui sumbernya…


Wahai teman renungkan sejenak,
Kisah Muaz berjumpa Rasulullah s.a.w,
Bertanya Muaz wahai Muhammad,
Mengenai umat di Mahsyar kiamat.

Nabi Muhammad memulakan sabda,
Seksa bagi barisan pertama,
Semasa di dunia menyakiti jirannya,
Tiada bertangan lagikan berkaki.

Barisan kedua bangkit pula,
Babi hitam begitulah rupanya,
Amalan sembahyang sentiasa dilalaikan mereka,
Itulah balasan sewajar rupa.

Diiringi pula barisan ketiga,
Perut menggunung berisi ular serta kala,
Ada harta kedekut pula,
Hak Allah, zakat tidak ditunaikannya.

Golongan keempat dilaknati Yang Esa,
Ngeri wajahnya tiada terhingga,
Mengalir darah dari mulutnya,
Berjual beli sentiasa berdusta.

Angin bertiup bangun pula mereka,
Barisan kelima diberi nama,
Berbau busuk lebih dari bangkai manusia,
Menyembunyi kederhakaan kerana dunia.

Bangkitan keenam wujudlah pula,
Saksi palsu itulah tugasnya,
Tengkuk terkulai putus jua,
Sering mengada-adakan cerita.

Nanah dan darah tiada hentinya,
Mengalir keluar dari mulut mereka,
Tiada kesaksian terhadap pangkuannya,
Golongan ketujuh empunya cerita.

Barisan kelapan dahsyatnya,
Kepala di bawah kaki di atas kepalanya,
Terseret kepala kepalang terasa,
Berzina, melacur akhir hayatnya.

Harta anak yatim habis dikebasnya,
Barisan kesembilan sering terleka,
Api memenuhi ruang tubuhnya,
Janji Allah nerakalah tempat mereka.

Mengelupas kulit bisa terasa,
Kedua orang tua sering didurhakai,
Barisan kesepuluh peri terseksa,
Menggaru menjerit sepanjang hayatnya.

Golongan kesebelas buruk keranda,
Buta mata butalah hati mereka,
Melebar bibir hingga ke dada,
Arak, judi permainan mereka.

Wajah berseri bulan purnama,
Semasa di dunia kemungkaran ditegahinya,
Nikmat kesenangan dikecapi bersama,
Barisan terakhir gembira hatinya.

Tamat sudah sabda Baginda,
Tinggal hanya amanat meminta,
Oleh itu fikirkanlah semua,
Barisan mana kita berada.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum,

2010 sangatla pantas berlalu dan sekarang dah pun masuk sehari dalam tahun 2011.
Sempena tahun baru ni saya pun sesaja la nak wat blog...hehe.. sebabnya dulu rasa malas nak wat.. mungkin xter update selalu... tapi last2 pikir..peduli ape kan.
OK la..sebagai starting, elok describe sket2 pasal diri sendiri.. =)

  • nama panggilan: Hani
  • anak sulung dr 3 beradik
  • xsuka makan sayur (tapi apepun kena blaja mkn sket2)
  • amik food technology kat UiTM Shah Alam 2006-2010
  • suka berangan, bercita2 melangit tinggi tapi usaha amatla sket untuk capai cita2 tuh..huuhu... kena masukkan dalam azam tahun baru ni..berusaha keras untuk mencapai sesuatu..chaiyok!
  • ok at least cita2 nak wat blog dah tercapai kan..haha.. xpe2..sedikit demi sedikit...mana boleh accomplish sume dlm satu masa..
  • suka subjek2 bahasa.. xsuka kira2 yang memeningkan kepala..mcm add maths ngan fizik.. Salah satu sebab nak kuar skolah cepat2 dulu adalah kerana tak tahan belajar 2 ketul subjek tuh.. tak paham ape yang dikira.. (T_T)
  • tapi saya pun tak paham kenapa saya amik food tech untuk degree..dan kenapa saya masuk matrik??huhuu...takpela benda dah lepas..cuma still ade regrets sket.. asyik tertanya2 adakah prestasi saya akan jadi lebih cemerlang andainya saya amik subjek linguistik?huhu
Ok dah la tu membebel...lain kali lak sambung..hehe...salam..